Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, February 15, 2010

KITA (5)

“Kau okay?” soal Melissa.

Qaseh dongak pandang Melissa.

Okay,” jawab Qaseh.

Melissa duduk di sebelah Qaseh. Qaseh menyeka air matanya.

“Dah lah, tak payah menangis,” ujar Melissa.

Qaseh pandang Melissa. Melissa senyum.

Yeah, aku tahu aku bukannya tahu sangat hal kau ni but aku faham perasaan kau. Kita sama-sama datang sini untuk menenangkan fikiran daripada masalah peribadi kita. Betulkan apa yang aku cakap ni?” soal Melissa.

Qaseh angguk.

“Tapi malangnya, masalah tu still mengekori aku dekat sini,” ujar Qaseh.

“Tak apa. Lama kelamaan masalah tu akan selesai,” ujar Melissa.

Qaseh senyum. Tiba-tiba Irshad dan Zakuan datang.

“Melissa,” panggil Irshad.

Melissa pandang belakang.

“Eh Irshad. Sini lah, duduk,” ajak Melissa.

Irshad lalu duduk di sebelah Melissa dan Zakuan pula duduk di sebelah Qaseh.

Anyway, aku Melissa,” ujar Melissa.

Qaseh pandang Melissa. Melissa senyum.

“Qash,” ujar Qaseh.

Qaseh pandang Irshad.

“Irshad,” ujar Irshad.

Irshad pandang Zakuan.

“Zak,” ujar Zakuan.

Mereka berempat senyum.

“Aku harap kita dapat jadi kawan. Bukan setakat kawan je tapi sahabat,” ujar Melissa.

Zakuan, Qaseh dan Irshad pandang Melissa. Kemudian mereka senyum.

Of course. From now on we are SAHABAT,” ujar Zakuan, Qaseh dan Irshad serentak.

Melissa sengih. Kemudian mereka berempat tergelak. Hilang sekejap kesedihan mereka di dalam tawa mereka.


* * *


Telefon bimbit yang berbunyi muzik Nocturne segera ditekan punat hijau lalu ditekapkan ke telinganya.

Hello Irshad,” sapa suara di sebelah sana.

Irshad senyum sedikit.

Hello, ada apa?” sengaja Irshad buat moody.

“Abang tak sihat ke?” soal Nurin.

Irshad tergelak.

“Abang mainkan Nurin kan!!” marah Nurin.

Sorry sorry,” ujar Irshad bersama sisa tawanya.

“Tak nak kawan lah,” ujar Nurin.

“Ala bucuk-bucuk. Janganlah merajuk,” pujuk Irshad.

“Abang ni asyik kacau Nurin je,” rungut Nurin.

“Dah Nurin bukan reti bagi salam. Lepastu panggil abang guna nama je pulak tu. Tahulah kita ni bukan abang kandung dia,” ujar Irshad.

“Apa abang ni? Nurin tetap sayangkan abang lah tak kira apa pun,” ujar Nurin.

“Tak kira apa pun?” soal Irshad sekali lagi.

“Iyelah,” jawab Nurin.

“Abang pun sayangkan Nurin jugak,” ujar Irshad.

“Nurin tahu tu,” ujar Nurin.

Irshad tertawa.

“Umi sihat?” soal Irshad.

“Umi sihat tapi umi asyik sedih je lepas abang tinggalkan rumah ni. Rumah ni pun dah tak berseri lagi,” ujar Nurin. Nadanya agak perlahan.

Irshad diam.

“Umi terlampau rindukan abang,” ujar Nurin.

“Abi?” soal Irshad.

“Abi pun rindukan abang. Kitorang semua rindukan abang lah!” ujar Nurin.

“Abang pun rindukan umi, abi dan jugak Nurin,” ujar Irshad.

“Bila abang nak balik?” soal Nurin.

Irshad diam sepuluh saat.

“Abang?” soal Nurin.

“Ada,” jawab Irshad.

“Jawablah soalan Nurin. Bila abang nak balik?” soal Nurin.

“Abang akan balik jugak Nurin. Tapi bukan sekarang. Biarlah abang cari kehidupan abang. Abang tak ada apa-apa,” ujar Irshad.

“Kenapa abang cakap macamtu? Umi, abi dengan Nurin tak pernah anggap abang orang asing. Kitorang semua perlukan abang. Abi nak abang teruskan perusahaan syarikat kita,” ujar Nurin.

“Abang tak berhak, Nurin,” ujar Irshad.

“Habis siapa yang berhak?” soal Nurin.

“Nurin lah. Nurin kan anak kandung umi dengan abi,” ujar Irshad.

“Nurin tak berhak bang. Nurin tak tahu langsung pasal selok-belok syarikat tu. Abang yang lebih berhak. Kan Nurin dah cakap, umi dengan abi tak pernah anggap abang orang luar. Bagi diorang, abang tetap anak kandung diorang,” ujar Nurin.

Irshad mengeluh.

“Nanti lah Nurin. Berikan abang masa untuk tenangkan fikiran abang yang kusut ni,” ujar Irshad.

“Ambillah banyak mana masa pun yang abang perlukan. Tapi abang kena ingat satu perkara, semua orang dekat rumah ni sayangkan abang,” ujar Nurin.

Irshad senyum. Walaupun dia tahu, mustahil Nurin dapat melihatnya.

“Nurin, jangan bagitahu umi dengan abi mengenai perbualan kita. Cukuplah Nurin bagitahu, abang sayangkan diorang,” ujar Irshad.

“Baiklah bang,” ujar Nurin.

Irshad mematikan talian. Telefon bimbitnya dipandang lama. Dia juga rindu kepada keluarganya. Walaupun mereka bukan keluarga kandungnya, namun layanan mereka terhadap dia terlalulah baik.

“Irshad,” panggil seseorang.

Irshad dongak atas. Wajah Qaseh memenuhi penglihatannya.

“Qash,” balas Irshad perlahan.

Irshad berganjak sedikit untuk memberi Qaseh ruang. Qaseh duduk di sebelah Irshad.

“Kau ada masalah?” soal Qaseh.

Irshad pandang Qaseh lama.

“Semua orang tak lari dari masalah. Aku, kau, semua orang orang ada masalah,” ujar Irshad setelah diam beberapa saat.

“Aku tahu,” ujar Qaseh.

Mereka diam beberapa minit.

“Aku bukan anak kandung diorang,” ujar Irshad tiba-tiba.

Qaseh kalih pandang ke arah Irshad.

“Aku cuma anak angkat diorang. Aku bukan sesiapa. Selama dua puluh dua tahun aku tinggal dengan diorang, barulah aku tahu aku bukan anak diorang. Aku hanya anak angkat. Anak pungut!” cerita Irshad.

“Tapi diorang sayangkan kau kan?” ujar Qaseh.

Irshad angguk.

“Sepatutnya kau bersyukur,” ujar Qaseh.

Irshad pandang Qaseh.

“Bukan macam aku. Aku tak ada ayah. Aku cuma ada seorang emak. Tapi yang paling sedih, emak aku kahwin dengan kekasih aku. Bodohkan?” cerita Qaseh. Manik-manik jernih yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua.

Irshad tergamam.

“Kau boleh bayangkan tak perasaan aku waktu tu? Emak aku kahwin dengan kekasih aku yang cuma dua tahun tua daripada aku. Dan kau tahu, semata-mata sebab lelaki tu, aku kena tampar,” cerita Qaseh lagi.

“Aku tak sangka sampai macamtu sekali kau menderita,” ujar Irshad.

“Dan kau tahu siapa lelaki yang tampar aku petang tadi?” soal Qaseh.

Irshad angkat kening.

“Kembar ayah tiri aku. Kau tahu, diorang mempermainkan aku! Waktu mak aku kahwin dengan ayah tiri aku tu, Fiq ambil alih jadi kekasih aku. Mentang-mentanglah muka diorang serupa. Diorang ingat aku alat mainan? Aku tak boleh terima semua ni. Dan atas sebab tu, aku akan pastikan Fiq dan ayah tiri aku akan dapat balasan yang setimpal,” ujar Qaseh.

“Kau nak buat apa, Qash?” soal Irshad.

“Kalau boleh aku nak je bunuh diorang. Senangkan? Biar lenyap keturunan diorang dekat bumi ni. Tapi aku tahu semua tu salah dari sisi Islam & undang-undang. Sebab tu, aku akan buat dengan cara halus,” ujar Qaseh.

“Cara halus?” soal Irshad.

“Kau tunggu dan lihat je lah,” ujar Qaseh.

Irshad telan liur. Qash dah macam psycho! Apa yang perlu aku lakukan untuk menghalang Qash daripada melakukan perkara bodoh?

No comments:

Post a Comment