Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, February 16, 2010

KITA (6)

Qaseh sudahpun diterima sebagai ketua kulinari di hotel itu. Irshad pula diterima di bahagian diving center. Qaseh tersenyum.

“Wei, kau sihat ke tak?” soal Irshad.

Qaseh pandang Irshad. Keningnya diangkat tinggi.

“Sihat lah. Kenapa kau tanya?” soal Qaseh.

“Tak adalah, kau tu senyum sorang-sorang. Menakutkan aku tahu tak?” usik Irshad.

Qaseh yang baru sedar dirinya dipermainkan menampar lembut bahu Irshad.

“Jahatlah kau!” ujar Qaseh.

“Aku gurau je lah,” ujar Irshad.

“Aku merajuk lah macamni. Cepat pujuk aku,” ujar Qaseh.

Irshad tergelak.

“Boleh pulak orang merajuk suruh kita pujuk dia,” perli Irshad.

Qaseh gelak.

Kemudian, Melissa dan Zakuan datang ke arah mereka.

“Ni kenapa gelak-gelak ni?” soal Melissa seraya duduk di sebelah Zakuan.

“Ada orang tu kan ....” belum sempat Irshad menghabiskan bicaranya, Qaseh menekup mulut Irshad dengan tangannya.

Melissa dan Zakuan saling berpandangan.

“Tak ada apa-apa,” ujar Qaseh.

Irshad menarik tangan Qaseh daripada terus menekup mulutnya.

“Sebenarnya kan....” sekali lagi Qaseh menekup mulut Irshad. Kali ini lebih kuat.

Okay-okay! Aku tak bagitahu,” ujar Irshad.

“Janji?” soal Qaseh.

“Janji,” jawab Irshad.

Qaseh lepaskan tangannya. Irshad sengih.

“Apa lah korang ni,” ujar Zakuan.

Melissa gelak perlahan.

“Eh korang! Aku chow dulu ye. Ada benda sikit nak buat,” ujar Qaseh.

“Sekarang?” soal Melissa.

Qaseh angguk.

“Jumpa korang malam nanti! Bye!” ujar Qaseh seraya berlalu meninggalkan mereka bertiga.

Tiba-tiba telefon bimbit Irshad bergetar menandakan ada orang menghantar pesanan ringkas kepadanya. Segera dibaca.


Jangan bagitahu orang! Kalau tak, aku merajuk betul-betul dengan kau!

Irshad tahan gelak. Qaseh memang kelakar!

“Kenapa kau macam nak gelak je?” soal Zakuan.

Irshad pandang Zakuan.

“Nampak sangat ke aku nak gelak?” soal Irshad.

Zakuan angguk.

“Wei, aku gerak dulu. Jumpa malam nanti,” ujar Irshad.

Irshad berlalu meninggalkan Zakuan dan Melissa.

“Kenapa dengan diorang?” soal Melissa.

Zakuan angkat bahu.

“Macam ada rahsia je,” ujar Melissa.

“Entahlah,” ujar Zakuan.

Melissa pun angkat bahu.

“Biarlah diorang,” ujar Zakuan.

Melissa angguk.

So macammana kerja Mel?” soal Zakuan.

Okay je lah. Mula-mula kekok jugak tau tapi lama-lama jadi senang pulak,” jawab Melissa.

“Mel, kalau Zak tanya sesuatu, Mel marah tak?” soal Zakuan.

“Terserah. Apa dia?” soal Melissa.

“Kenapa Mel berada dekat sini?” soal Zakuan.

Melissa pandang Zakuan.

Why I am here? Maybe untuk tenangkan fikiran Mel kot,” jawab Melissa.

“Tenangkan fikiran dari apa?” soal Zakuan.

“Kekusutan masalah,” jawab Melissa seraya bangun.

Zakuan mengikut langkah Melissa. Mereka jalan beriringan di tepi pantai.

“Masalah apa?” soal Zakuan.

Melissa diam.

“Kalau Mel tak nak bagitahu tak apa. Zak tak kisah,” ujar Zakuan.

Melissa behenti melangkah. Dia duduk di atas pasir-pasir itu. Zakuan turut duduk di sebelah Melissa.

“Mel kekurangan kasih sayang,” ujar Melissa.

Zakuan pandang Melissa.

Yeah, Mel memang ada seorang mummy and seorang daddy. But apa gunanya kalau diorang sentiasa busy? Langsung tak ada masa untuk Mel?” luah Melissa.

“Mungkin diorang nak yang terbaik untuk Mel,” pujuk Zakuan.

“Yang terbaik untuk Mel adalah kasih sayang diorang bukan harta! Mel hanya perlukan kasih sayang. Untuk apa semua harta kalau hidup tak gembira?” luah Melissa lagi.

Zakuan pegang tangan Melissa memberi Melissa kekuatan.

“Tapi Mel beruntung,” ujar Zakuan.

Melissa pandang Zakuan. Air matanya diseka dengan tangan kiri.

“Zak tak ada ayah. Tak ada ibu. Tak ada harta. Yang Zak ada hanyalah seorang pakcik. Dia bela Zak sebab dia penyebab ayah dan ibu Zak meninggal,” cerita Zakuan.

“Kenapa Zak cakap dia penyebab ayah dan ibu Zak meninggal?” soal Melissa.

“Malam tu, ayah call pakngah. Ayah suruh pakngah jemput ayah dekat airport but pakngah taknak. Katanya, dia demam. Lepastu ayah naik lah teksi. Lama Zak tunggu ayah dengan ibu balik tapi last-last Zak dikejutkan dengan panggilan pihak hospital mengatakan ayah dan ibu Zak terlibat dalam kemalangan jalan raya,” Zakuan berhenti sekejap.

Zakuan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan untuk mencari kekuatan.

“Pak ngah terus bawa Zak ke hospital. Sampai-sampai dekat hospital, Zak hanya sempat tengok dua insan yang Zak sayang terbaring kaku di situ,” ujar Zakuan.

Air mata Zakuan yang hendak mengalir ditahan. Melissa genggam erat tangan Zakuan.

“Semua ni ketentuan Allah, Zak. My late grandma pernah cakap, jodoh pertemuan ajal maut semuanya Allah yang tentukan,” Melissa memberi kekuatan.

Zakuan tersenyum tawar.

“Zak tahu. Tapi Zak masih tak dapat lupakan. And that's why I'm here. Untuk rehatkan fikiran Zak. Dan adanya Mel di sisi Zak, Zak akan rasa lebih tenang,” ujar Zakuan.

“Kenapa pulak?” soal Melissa.

“Entah. Sebab Zak rasa Mel seorang pendengar yang baik dan juga sahabat yang baik. Mel tahu tak? Mel lah orang pertama mendengar luahan hati Zak ini,” ujar Zakuan.

Melissa agak terkejut.

“Kiranya, I'm the lucky one lah,” Melissa cuba menghidupkan suasana yang tadinya suram.

Zakuan angguk.

“Iyelah tu,” ujar Zakuan.

Melissa gelak. Kemudian mereka bangun.

Okay lah Zak. Mel nak masuk kerja balik. Karang kena pecat, susah!” ujar Melissa berbaur gurauan.

Zak gelak sedikit.

Bye,” ujar Zakuan.

Lalu mereka bedua bergerak ke tempat kerja masing-masing dengan senyuman di bibir dan rasa tenang kerana apa yang terpendam sudah diluahkan.

No comments:

Post a Comment