Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, February 15, 2010

KITA (4)

Angin pantai membuatkan Qaseh tenang. Biarpun banyak masalah yang berserabut di kepalanya, dia akan tenang apabila berada di pantai. Itulah cara Qaseh menenangkan fikirannya.

Sedang Qaseh berangan, dia terlanggar seorang lelaki. Qaseh jatuh.

Sorry!” mohon Qaseh.

Zakuan menghulurkan tangannya untuk membantu Qaseh bangun. Qaseh menyambut tangan Zakuan.

“Lain kali hati-hati,” nasihat Zakuan.

Qaseh senyum.

“Okay lah. Saya pergi dulu,” ujar Zakuan.

Qaseh hanya diam. Baru beberapa tapak Zakuan melangkah, Zakuan patah balik ke Qaseh.

“Iye, ada apa?” soal Qaseh.

“Kalau awak berminat untuk diving, boleh lah datang dekat booth sana,” ujar Zakuan seraya menunjukkan ke arah booth diving tersebut.

“Ada kerja kosong tak dekat situ?” Qaseh tepuk dahi. Macammana dia boleh terlepas tanya soalan tu? Nampak sangat dia ni darurat perlukan kerja.

Zakuan senyum.

“Tak tahu. Tapi kalau awak nak tahu, awak boleh tanya the big boss dekat situ,” ujar Zakuan.

“Siapa the big boss tu?” soal Qaseh.

“Awak ikut saya,” ujar Zakuan seraya melangkah ke arah booth diving itu.

Qaseh mengekori Zakuan dari belakang. Sampai sahaja di sana, Zakuan memanggil seseorang.

“Fiq!” panggil Zakuan.

“Apa dia?” soal Fiq.

“Ada orang nak jumpa ni,” ujar Zakuan.

“Siapa pulak?” soal Fiq.

“Kau sini lah,” ujar Zakuan tanpa menjawab soalan Fiq.

Fiq melangkah ke arah Zakuan.

“Awak,” panggil Zakuan.

Qaseh yang sedang membelakangi Zakuan menoleh ke arah Zakuan. Serta-merta dia terasa degupan jantungnya berhenti. Malapetaka apa ini?



* * *


Hari pertama dia bekerja di bahagian hotel management memang agak mudah. Melissa tersenyum.

“Cik, boleh tekankan butang G tak?” soal Irshad dari belakang.

Melissa pandang Irshad. Keningnya diangkat. Kurang jelas dengan apa yang dipinta Irshad.

“Tolong tekankan butang G,” ujar Irshad.

Melissa angguk lalu ditekannya butang G.

Thanks,” ucap Irshad.

Melissa senyum.

Welcome,” ujar Melissa.

Baru Melissa sedar, hanya dia dan lelaki itu sahaja berada dalam lif itu. Dan kedudukannya betul-betul di hadapan punat-punat untuk ke tingkat berapa.

Pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar. Dan kebetulan, mereka berdua hendak ke cafe.

Join me?” ajak Irshad.

Melissa senyum. Kemudian dia angguk. Baginya, orang berbudi dia berbahasa. Orang dah pelawa, dia okay je.

Selepas makanan mereka berdua dihantar ke meja mereka, barulah mereka memulakan perbualan.

“Cik...” belum sempat Irshad menghabiskan ayatnya, Melissa sudah potong.

“Melissa. Panggil je Mel,” ujar Melissa.

Irshad angguk.

“Cik.. Eh, maksud saya Mel, kerja dekat sini ke?” soal Irshad.

Melissa angguk.

“Ha'ah. Kenapa?” soal Melissa.

“Bahagian apa?” soal Irshad.

Hotel management,” jawab Melissa.

Irshad angguk.

“Kenapa?” soal Melissa.

“Ada kerja kosong tak dekat hotel ni?” soal Irshad.

Melissa diam sepuluh saat.

“Ha! Ada kalau tak silap saya. Tapi awak ambil course bahagian apa?” soal Melissa.

“Perniagaan,” jawab Irshad.

Sorry. My boss sekarang sedang cari orang bahagian ketua kulinari,” ujar Melissa.

Irshad mengeluh hampa.

But awak cuba cari dekat diving center bawah ni. Mana lah tahu ada kerja kosong,” ujar Melissa setelah diam dua minit.

Irshad angkat kening.

“Kejap lagi saya teman awak pergi. Semalam saya ada berborak dengan Fiq, empunya diving center tu. Dia kata dia sedang cari seorang pekerja,” ujar Melissa.

Irshad senyum.

“Okay!” jawab Irshad mudah.

Mereka meneruskan sesi makan mereka yang tertangguh dek kerana berbincang mengenai kerja.


* * *

“Qaseh,” ujar Fiq teruja.

Qaseh nak melangkah namun ditahan Fiq.

“Kenapa nak larikan diri dari Fiq?” soal Fiq.

Qaseh buat muka bosan.

Fiq cuba pegang tangan Qaseh tetapi cepat Qaseh mengelak.

“Kenapa ni Qaseh?” soal Fiq.

Qaseh gelak perlahan. Fiq dah pelik. Zakuan pula hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.

“Kelakar lah kau ni,” ujar Qaseh bersama sisa tawanya.

Fiq kerut dahi.

“Apa maksud Qaseh?” soal Fiq.

“Kau boleh tanya aku kenapa kan? Sedangkan kau lah punca semuanya!” marah Qaseh kasar.

Fiq terkesima. Tidak disangka Qaseh yang dahulunya lembut bertukar menjadi begini.

“Qaseh dah berubah,” ujar Fiq perlahan.

Sekali lagi Qaseh tergelak. Sengaja untuk menyakitkan hati Fiq.

Then what do you expect from me? To forgive you?” soal Qaseh sinis.

“Qaseh berdendam,” ujar Fiq.

For your information Mr. Fiq, aku bukan Qaseh yang dulu kau senang-senang nak perbodohkan tapi sekarang aku Qash! Qash yang tak mudah untuk kau perbodohkan lagi!” ujar Qaseh kasar.

Qaseh, I'm sorry!” mohon Fiq.

“Kau ingat sesenang tu? Aku takkan maafkan kau selagi kau tak rasa apa yang aku rasa dulu. Kau tunggu je lah Fiq. Aku akan pastikan kau menderita macam mana aku menderita dahulu,” ujar Qaseh penuh dendam.

Dan pada waktu yang sama, Irshad dan Melissa sampai. Mereka berdua ke Zakuan.

“Kenapa tu?” soal Melissa.

Zakuan pandang Melissa.

“Perang dunia ke-3,” jawab Zakuan.

Kemudian mereka diam dan memerhatikan Qaseh dan Fiq.

“Apa yang Qaseh nak buat?” soal Fiq.

Qaseh gelak.

“Kenapa? Kau takut?” soal Qaseh sinis.

Fiq yang sudahpun terlalu geram menampar pipi Qaseh. Habis terjatuh Qaseh. Zakuan, Melissa dan Irshad yang memerhatikan drama itu cepat-cepat ke mereka. Melissa ke Qaseh. Qaseh bangun dan tampar balik Fiq. Fiq tergamam.

“Kan aku dah cakap, I'm not the old Qaseh! I'm Qash!” ujar Qaseh seraya berlalu meninggalkan Fiq.

Melissa mengekori Qaseh. Irshad dan Zakuan pula hanya menenangkan Fiq yang ternyata sudah begitu marah.

No comments:

Post a Comment