Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, February 11, 2010

KITA (1)

Qaseh melangkah ke biliknya. Penat sungguh dia hari itu. Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam biliknya, kedengaran suara ayah tirinya memanggilnya.

“Qaseh,” panggil Azhar, ayah tirinya.

Qaseh pandang Azhar.

What?” soal Qaseh kasar.

“Sini. We need a talk,” ujar Azhar.

Qaseh melangkah malas ke arah Azhar.

“Duduk,”arah Azhar.

Qaseh hanya menurut. Dia duduk berhadapan dengan Azhar.

“Bila Qaseh boleh terima ayah?” soal Azhar.

Qaseh tergelak.

“Kenapa Qaseh ni? Tak boleh ke Qaseh lupakan perkara dulu?” soal Azhar.

“Kau ingat senang aku nak lupakan semuanya?” soal Qaseh kasar.

“Ayah tahu ayah salah. Ayah minta maaf,” ujar Azhar.

“Kau ingat dengan kata maaf tu dapat pulihkan keadaan? Dapat hilangkan sakit hati aku? Macamtu? Well, kalau kau fikir macamtu kau salah! Aku ada hati dan perasaan dan kau hancurkan hati dan perasaan aku,” ujar Qaseh.

Azhar terdiam.

“Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau!” ujar Qaseh.

Dan serentak itu satu penampar hinggap di pipi Qaseh. Penampar itu bukan datangnya daripada Azhar tetapi daripada ibunya, Linda.

“Mama tak pernah ajar Qaseh kurang hajar macamni,” marah Linda.

Qaseh pegang pipinya. Kemudian dia pandang Linda. Air matanya diseka.

I hate you mama!” jerit Qaseh lalu berlari ke biliknya.


* * *

Bunyi benda pecah membuatkan semua memandang ke arah itu. Terkejut mereka apabila Irshad yang berdiri di situ.

“Irshad!” mereka bertiga menjerit kecil.

Irshad melangkah ke arah mereka.

“Jadi siapa sebenarnya mak dan ayah Irshad?' soal Irshad.

Mereka berdua saling berpandangan.

“Irshad, umi tak pernah anggap Irshad orang lain. Irshad anak umi!” ujar Datin Aliza.

“Tapi sebenarnya Irshad bukan! Irshad cuma anak angkat kan? Kenapa umi dengan abi tak pernah nak bagitahu Irshad? Kenapa sorokkan dari Irshad? Bukan ke Irshad ada hak untuk tahu perkara ni?” soal Irsad bertalu-talu.

Datin Aliza pegang bahu Irshad namun cepat ditepis Irshad.

“Irshad...” belum sempat Datin Aliza menghabiskan ayatnya, Irshad sudah memotong.

“Siapa ibu dan ayah kandung Irshad sebenarnya?” soal Irshad.

Datin Aliza menangis.

“Irshad, kesianlah dekat umi,” ujar Nurin, anak kandung kepada Datin Aliza dan Dato' Muzaffar.

Irshad pandang Nurin.

“Kenapa Nurin tak nak bagitahu abang?” soal Irshad.

“Sebab Nurin pun baru tahu,” ujar Nurin.

“Jadi siapa ibu dan ayah kandung Irshad?” soal Irshad.

Nurin terdiam.

“Kenapa semua orang tak nak bagitahu Irshad?” tengking Irshad.

“Ibu dan ayah Irshad dah lama meninggal,” jawab Dato' Muzaffar.

Irshad terkedu.

“Kami ambil Irshad dekat pusat anak yatim,” ujar Dato' Muzaffar lagi.

Sekali lagi Irshad terkedu.

“Irshad, umi dengan abi tak pernah anggap Irshad orang lain,” ujar Datin Aliza tersekat-sekat.

Irshad buat tak peduli. Dia segera melangkah ke biliknya. Pintu biliknya dihempas kuat sebagai tanda protes.
* * *


Seperti biasa, malam itu ibu dan ayah Melissa balik tepat pukul 12.00 malam. Melissa buat keputusan muktamad.

“Baru balik?” soal Melissa.

Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari pandang Melissa. Mereka senyum.

“Macam tak biasa pulak Mel ni,” ujar Puan Sri Lestari.

Melissa melangkah ke arah mereka.

“Dah terlalu biasa sehinggakan Mel bosan dengan kehidupan Mel,” ujar Melissa.

What do you mean?” soal Tan Sri Huzairy.

“Mel rasa lah mummy dengan daddy memang tak sayangkan Mel kan?” perli Melissa.

“Mel merepek apa ni?” soal Puan Sri Lestari.

“Mel tak merepek. Mel cakap benda betul,” ujar Melissa.

“Apa sebenarnya Mel nak?” soal Tan Sri Huzairy.

“Kasih sayang,” jawab Melissa pantas.

Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari terdiam.

“Betul lah kan. Mummy dengan daddy tak pernah sayangkan Mel. Mummy and daddy cuma tahu kerja, kerja dan kerja. Dan tinggallah Mel seorang diri. Don't you two never think of my feeling? I'm lonely!” ujar Melissa.

“Mummy dengan daddy kerja untuk Mel. Supaya Mel senang. Semua ni untuk Mel. Bukan untuk kami,” ujar Puan Sri Lestari.

“Tapi Mel tak nak,” ujar Mellisa.

“Dah lah Mel, daddy dengan mummy penat ni. Tidur dulu ye,” ujar Tan Sri Huzairy.

I hate youuu!!” jerit Melissa.

Mellisa berlari ke biliknya. Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari hanya memerhatikan sahaja.

* * *


Pukul 12 malam barulah Zakuan pulang ke rumahnya. Belum sempat dia masuk ke dalam biliknya, suara Pak Ngahnya kedengaran.

“Baru balik Zakuan?” soal Pak Ngahnya, Zulkifli.

Zakuan pandang Zulkifli.

“Ha'ah. Kenapa?” soal Zakuan.

“Zakuan pergi mana?” soal Zulkifli.

Zakuan tergelak.

“Suka hatilah Zak nak pergi mana pun. Pak ngah bukannya ayah Zak pun,” ujar Zakuan agak kurang ajar.

“Tapi pak ngah yang bela Zak,” ujar Zulkifli.

“Dan Pak Ngah juga yang bunuh mak bapak Zak!” jerit Zakuan.

“Pak ngah tak bunuh! Itu semua dah ditakdirkan Allah,” ujar Zulkifli.

“Kalau pak ngah ambil ayah dengan ibu waktu tu, mesti semua ni tak akan berlaku,” ujar Zakuan.

Zakuan berlalu meninggalkan Zulkifli. Zulkifli hanya mampu mengeluh.

No comments:

Post a Comment