Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, February 2, 2010

Melodi Cinta Ending

Areena merenung memandang bulan yang indah. Gitar di tangannya dipetik menjadikan alunan muzik yang indah dan kemudian suaranya bercampur bersama alunan muzik yang dipetik.



Berlari-lari ku mengejarmu di dalam mimpiku
Bintang-bintang kita telah melihat tingkah laku kita berdua
Sang purnama turun menyinari taman cinta kita
Insan ketawa riang kerana kita sedang bercinta
Sedang bercinta…


Dan tiba-tiba satu suara meyambung dari belakang. Suara siapa lagi jika bukan Ayyie. Areena terdiam dan meneruskan petikan gitarnya.

Saat pertama kita berjumpa
Engkau meninggi diri
Katamu aku tak layak memiliki cintamu
Tak ku peduli kerana engkau yang tetap ku mahu
Akhirnya kini kau telah menjadi milikku

Areena dan Ayyie kemudian bernyanyi bersama-sama.


Aku takkan pernah
Melukakan perasaan hatimu
Kerna ku mencintaimu
Kerna ku mencintaimu
Kerna ku mencintaimu
Kerna ku mencintaimu


Ayyie memeluk Areena sebaik sahaja Areena meletakkan gitar di sebelah. Areena membalas pelukan Ayyie. Sudah tujuh bulan mereka berkahwin. Dan tidak lama lagi tambahlah seorang. Ayyie mengusap perut Areena yang kian memboyot.

“Bila baby ayah nak keluar ni?” soal Ayyie.

“Lama lagi lah ayah. Kita baru empat bulan,” Areena mengajuk suara budak kecil.

Ayyie mencuit hidung Areena. Areena tergelak manja.

“Reen, bila nak tinggalkan hobi Reen ni?” soal Ayyie.

Areena mengerutkan dahi. Hobi?Hobi apa ye? Ayyie yang sedar kerutan dahi Areena tertawa. Kelakar melihat wajah Areena begitu.

“Itu gitar lah sayang,” usik Ayyie.

“Oh,” automatik Areena menuturkan.

Sekali lagi Ayyie tertawa. Areena menarik muka masam.

“Bila nak tinggalkan tu sayang? Takkan nak main gitar waktu sarat mengandung nanti,” ujar Ayyie.

“Ala, waktu tu Reen pencen sekejap lah tapi takdelah tinggalkan sampai bila-bila. Rindu tu nanti,” ujar Areena.

“Kalau rindu, nanti abang mainkan lah untuk sayang. Jangan risau ye Reen,” ujar Ayyie.

“Iyelah tapi Reen tak janji tau,” ujar Areena.

“Heisyh, Reen ni tetap degil macam dulu. Tak pernah nak berubah kan?” rungut Ayyie.

Areena menarik muka lagi. Sedepa muncungnya.Ayyie menarik muncung Areena dan serentak Areena tertawa.

“Kenapalah sejak Reen berbadan dua ni kuat benar rajuknya?” soal Ayyie.

Areena hanya tergelak bahagia. Ayyie turut tertawa.

“Reen, Ilham dengan Lyn ada dekat bawah tu. Jom jumpa diorang,” ujar Ayyie.

“Lama dah ke diorang dekat bawah?” soal Areena.

“Lama tak lama tapi adalah dalam dua puluh minit kot,” ujar Ayyie.

“Kenapa tak cakap? Kesian diorang!” ujar Areena.

Ayyie hanya tertawa. Diraih tangan Areena dan menariknya perlahan keluar dari bilik dan turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu.

“Assalamualaikum kak,” sapa Alyna sambil menghulurkan tangan kepada Areena.

“Waalaikumusalam,” balas Areena. Tangan Alyna disambut dan automatik Alyna mencium tangannya.

Areena duduk di sebelah Ayyie berhadapan dengan Ilham dan Alyna.

“Ilham, Lyn ada apa?” soal Areena.

“Kak sebenarnya kan, Lyn nak bagitahu sesuatu,” ujar Alyna.

“Apa dia?” soal Areena.

Alyna memandang Ilham. Ilham tersenyum.

“Lyn dengan Ilham sebenarnya nak bertunang dua bulan lagi,” ujar Alyna.

Areena agak terperanjat. Tiada khabar berita yang mereka bercinta, tup tap tup tap dah nak bertunang. Dua bulan lagi pula tu? Areena pandang Ayyie dan Ayyie tersengih.

“Tahniah. Korang memang sepadan tau,” ujar Ayyie tanpa mempedulikan pandangan Areena.

“Tapi kan Lyn masih study. At least habiskan study dulu,” Areena protes.

Alyna tersenyum. Begitu juga Ilham. Ayyie memandang Areena. Memegang tangan Areena supaya Areena bersabar. Areena tidak memberikan sebarang reaksi.

“Lyn faham kak. Memang Lyn akan habiskan study dulu. Lyn Cuma bertunang je. Lepas Lyn habis belajar, barulah Lyn akan fikirkan pasal kahwin,” terang Alyna.

“Betul Areena. Ilham cuma tak nak dia dikebas orang,” ujar Ilham.

Alyna mencubit paha Ilham. Malulah tu! Ayyie hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Areena masih berdiam dan akhirnya dia bersuara.

“Kalau macamtu, Ilham kenalah biasakan diri panggil Areena kakak,” ujar Areena.

Alyna menghela nafas lega dan kemudian mereka berempat tertawa. Bahagia rasanya apabila diri dicintai dan bahagia rasanya apabila mencintai. Alhamdulillah, segalanya sudah selesai.

Siapa kata manusia tidak mampu bahagia? Bahagia tidak perlu dicari. Biarlah ia datang sendiri. Sebelum meraih kebahagiaan, kesusahan perlu dirasai dahulu. Barulah kita bersyukur dengan kebahagiaan itu.

No comments:

Post a Comment