Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, February 12, 2010

KITA (2)

Beg besar ditariknya. Azhar dan Linda yang sedang menonton televisyen saling berpandangan. Kemudian Azhar mendapatkan Qaseh yang sudahpun sampai di muka pintu.

“Qaseh nak pergi mana?” soal Azhar lembut.

Qaseh pandang Azhar. Kemudian dia pandang Linda yang berada di sebelah Azhar.

“Apa kau peduli?” soal Qaseh.

“Qaseh tak kesiankan mama Qaseh ke?” soal Azhar.

Qaseh mencebik.

“Dia kesiankan aku ke?” perli Qaseh.

“Mama minta maaf sebab tampar Qaseh. Mama cuma tak nak Qaseh biadab dengan ayah Qaseh,” ujar Linda.

“Ayah Qaseh dah lama meninggal!!” jerit Qaseh.

Qaseh melangkah keluar daripada rumah itu. Sebuah teksi yang berhenti di hadapan rumahnya ditahan.

“Qaseh! Mama sayangkan Qaseh!” jerit Linda.

Qaseh buat tak peduli. Dia terus masuk ke dalam teksi dan disuruhnya teksi itu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Qaseh!” jerit Linda.

Azhar peluk Linda untuk menenangkan isterinya itu.

“Sabar sayang. Nanti Qaseh pasti akan pulang ke pangkuan kita. Biarlah dia tenangkan fikiran dia,” nasihat Azhar.

Linda terus menangis di pelukan Azhar.



* * *


Irshad melangkah ke arah Datin Aliza, Dato' Muzaffar dan Nurin yang sedang duduk di sofa di ruang tamu.

“Umi..” panggil Irshad.

Datin Aliza pandang Irshad.

“Irshad nak pergi mana? Jangan tinggalkan umi,” ujar Datin Aliza apabila terpandangkan beg besar di sebelah Irshad.

“Maafkan Irshad, umi, abi,” ujar Irshad.

Datin Aliza bangun lalu memeluk Irshad.

“Irshad, jangan tinggalkan umi!” ujar Datin Aliza.

Irshad meleraikan pelukan.

“Irshad perlukan masa untuk tenangkan fikiran Irshad yang kusut,” ujar Irshad.

Irshad melangkah ke arah muka pintu. Datin Aliza, Dato'Muzaffar dan Nurin mengekori Irshad. Sampai di muka pintu, Irshad pandang mereka.

“Terima kasih sebab sudi bela Irshad dari kecil hingga lah besar. Umi dengan abi memang baik. Terima kasih atas pengorbanan umi dan abi,” ujar Irshad.

Irshad peluk Dato' Muzaffar dan Datin Aliza. Air mata Datin Aliza sudahpun mengalir.

“Umi jangan risau. Irshad akan balik juga. Irshad cuma perlukan masa untuk tenangkan fikiran Irshad,” ujar Irshad.

“Jaga diri baik-baik ye Irshad,”pesan Datin Aliza.

Irshad angguk.

“Rumah ni sentiasa terbuka menanti kepulangan Irshad,” ujar Dato'Muzaffar pula.

Sekali lagi Irshad angguk. Kemudian satu teksi berhenti di depan rumahnya. Irshad pandang Nurin pula.

“Nurin, belajar rajin-rajin ye,” pesan Irshad.

Nurin angguk. Air matanya yang deras mengalir diseka.

“Jangan lah menangis. Perjalanan hidup Nurin masih panjang. Biarlah abang mencari arah tuju hidup abang,” ujar Irshad.

“Abang, jangan lupakan Nurin tau,”ujar Nurin tersekat-sekat.

“Takkan. Kan abang membesar dengan Nurin. Manalah boleh abang lupakan Nurin yang nakal ni,” usik Irshad.

Nurin tersenyum.

“Kan manis senyum tu,” ujar Irshad.

“Abang ni kan,” marah Nurin.

“Dah, jangan nangis!” ujar Irshad.

Nurin angguk.

Irshad menarik begnya. Sampai di pintu pagar, dia menoleh memandang tiga beranak itu.

Bye umi, abi dan Nurin! Irshad sayang semua!” jerit Irshad sambil melambai-lambaikan tangannya.

Bye Irshad” jerit mereka pula.

Irshad masuk ke dalam teksi dan teksi itu pun meninggalkan rumah yang menyimpan 1001 kenangan Irshad.


* * *


Melissa tarik begnya. Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy pandang Melissa. Riak wajah mereka tidak menunjukkan apa-apa perasaan.

Where are you going Mel?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa pandang Puan Sri Lestari yang sedang menonton televisyen.

Somewhere that both of you will never find me!” jawab Melissa.

What do you mean by that?” soal Tan Sri Huzairy.

“Kan mummy dengan daddy tak pernah nak pedulikan Mel. Kenapa tanya Mel? Biarlah Mel nak pergi mana pun,” ujar Melissa.

“Apa yang Mel merepek ni?” soal Puan Sri Lestari.

Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy mendapatkan Melissa yang sedang memakai kasut.

I bet you know what I''m talking about,” ujar Melissa.

“Mel, bagitahu mummy Mel nak pergi mana,” arah Puan Sri Lestari.

“Kan Mel dah cakap tadi,” jawab Melissa.

Well, if Mel tak nak bagitahu mummy and daddy, daddy tak bagi Mel pergi,” ugut Tan Sri Huzairy.

Melissa tergelak.

“Kenapa tiba-tiba berlakon jadi pirhatin dekat Mel? Sudahlah daddy, mummy! Mel nak keluar dari kesibukan rumah ni. Mel pergi dulu,” ujar Melissa.

Melissa melangkah ke arah teksi yang sememangnya berada di luar rumahnya pada tadi.

Mel! Come back here!” arah Puan Sri Lestari.

Melissa buat tak tahu. Dia segera masuk ke dalam teksi itu dan teksi itu meluncur laju ke tempat yang diberitahu Melissa.


* * *


“Zak nak pergi mana ni?” soal Zulkifli.

Zakuan pandang Zulkifli sekilas. Kemudian dia terus keluar untuk memakai kasut. Zulkifli mengekori Zakuan.

“Zak nak keluar daripada neraka ni!” ujar Zakuan kasar.

Zulkifli mengeluh.

“Zak nak pergi mana?” soal Zulkifli.

“Mana-mana lah asalkan bukan rumah ni!” ujar Zakuan.

“Zak nak tinggalkan pak ngah?” soal Zulkifli.

“Itu yang sepatutnya Zak lakukan pada dulu lagi. Bodoh betul Zak sebab sanggup tinggal dengan seorang pembunuh!” ujar Zakuan.

Zakuan bangun dan melangkah ke arah teksi yang berada di luar rumahnya. Tanpa menoleh ke belakang, dia masuk dan teksi itu meluncur laju ke destinasi yang ingin dituju.

Zulkifli hanya mengeluh melihat perlakuan Zakuan. Sampai bila Zakuan mahu begitu, dia sendiri tidak tahu.

No comments:

Post a Comment