Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, February 25, 2010

KITA (11)

Zakuan yang sedang sibuk memeriksa peralatan skuba langsung tidak menoleh ke kiri dan kanan. Agaknya kalau ada orang lemas yang terpekik-terlolong minta tolong pun dia tidak dengar.

“Semuanya dah sedia?” soal Fiq.

Zakuan pandang Fiq yang berada di sebelah kirinya.

“Dah. Kita nak pergi sekarang ke?” Zakuan angkat kening.

Fiq angguk.

“Kau hantar barang-barang ni dekat bot dulu. Lepastu tunggu aku dekat situ. Aku akan datang dengan diorang sekali,” ujar Fiq.

Zakuan tunjuk ibu jari.

Okay boss!” usik Zakuan seraya berlalu ke arah bot.

Sewaktu dia sedang melangkah ke bot, dia terserempak dengan Qaseh. Qaseh senyum dekat dia tetapi Zakuan hanya buat muka selamba.

“Dah nak pergi dive ke?” soal Qaseh.

“Taklah. Malam nanti baru pergi,” perli Zakuan.

Qaseh terpukul mendengar kata-kata Zakuan. Zakuan terus melangkah ke arah bot tanpa mempedulikan Qaseh. Qaseh memerhatikan langkah Zakuan. Dia agak terasa dengan sikap dingin Zakuan.

“Pandang macam nak makan orang je,” usik Fiq.

Qaseh menoleh ke arah Fiq yang berada di belakangnya. Entah bila Fiq berada di situ, dia sendiri tidak pasti.

“Kenapa? Suka dia ke?” soal Fiq.

Qaseh gelak.

“Apa pak cik merepek ni?” ujar Qaseh berbaur usikan.

Fiq bulatkan mata.

Don't you ever call me 'pak cik' again,” Fiq bagi amaran.

Qaseh hanya buat tak tahu.

“Pak cik. Pak cik. Pak cik,” usik Qaseh.

Fiq buat muka marah.

“Degil ye!” ujar Fiq.

Qaseh jelir lidah.

“Ni memang nak kena ni!” ujar Fiq.

“Apa yang pak cik boleh buat?” sengaja Qaseh menekankan perkataan pak cik.

Fiq senyum. Kemudian dia geletek Qaseh. Qaseh gelak terkekek-kekek.

“Nak gelak sangat kan? Rasakan,” ujar Fiq.

Qaseh angkat kedua-dua belah tangan.

Okay okay. I'm off,” ujar Qaseh cuba menahan tawanya.

Fiq berhenti menggeletek Qaseh.

“Lain kali kalau nak kena, buat lah lagi ye,” ujar Fiq.

Qaseh melangkah menjauhi Fiq. Kemudian dia pandang Fiq.

Okay pak cik!” ujar Qaseh.

Fiq buat gaya mahu kejar Qaseh. Segera Qaseh lari. Lari untuk keselamatan diri! Fiq gelak. Kemudian dia geleng.

“Qaseh, Qaseh!”

Fiq kemudian melangkah ke arah bot. Dia duduk di sebelah Zakuan.

“Dah bagitahu apa yang patut?” soal Fiq.

Zakuan angguk.

Okay, here we go guys!” ujar Fiq.

Mereka semua mengangguk.



* * *


Nurin pandang Irshad yang sedang memandu. Entah kenapa dia terasa amat bahagia di samping Irshad.

“Ada apa Nurin?” soal Irshad yang sedar dirinya diperhatikan Nurin.

Nurin sengih. Kantoi pulak!

“Tak ada apa-apa,” jawab Nurin.

Irshad pandang Nurin sekilas kemudian dia menumpukan perhatian kepada pemanduannya kembali.

I know you well, Nurin,” ujar Irshad.

“Kalau Nurin tanya, abang marah tak?” soal Nurin.

“Tengok soalan lah. Kalau soalan logik abang tak marah. Kalau soalan yang tak masuk akal, memang abang marahlah,” jawab Nurin.

Nurin terdiam sekejap.

“Err... Abang kan.. Abang dah ada yang special ke dekat hati abang tu?” soal Nurin sedikit tergagap.

Irshad tergelak.

“Mestilah ada,” jawab Irshad selamba.

Nurin terpana dengan jawapan selamba Irshad. Rasa seperti hatinya terbelah dua. Hancur luluh! Nak sahaja dia menangis tetapi ditahannya.

Irshad memberhentikan kereta di hadapan kolej Nurin. Dia menoleh ke arah Nurin.

“Nak tahu siapa ada dekat hati abang?” soal Irshad.

Nurin pandang Irshad.

“Siapa?” soal Nurin perlahan.

Irshad senyum penuh makna.

“Umi, abi dengan Nurin lah orangnya! Dah sesak dah hati abang ni. Kalau tambah seorang, bolehlah. Tapi tak boleh banyak-banyak. Karang meletup pula hati abang,” seloroh Irshad.

Nurin lega mendengar jawapan Irshad. Senyuman di bibir terukir.

“Iyelah tu. Nurin pergi dulu ye bang,” ujar Nurin.

Tangan dihulurkan kepada Irshad lalu Irshad menyambutnya. Nurin mencium tangan Irshad dan kemudian keluar dari kereta Irshad. Kakinya melangkah masuk ke dalam kolej. Irshad memerhatikan langkah Nurin.

Why are you so different Nurin?”

Irshad mengeluh. Kemudian dia memandu kembali keretanya itu.

No comments:

Post a Comment