Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, February 26, 2010

KITA (12)

Sedang Melissa, Qaseh dan Zakuan sedang leka melayan perasaan masing-masing di tepi pantai, suara manusia di belakang menarik perhatian mereka.

“Melissa!”

Mereka bertiga pandang belakang. Melissa rasa seperti darah berhenti mengalir. Melissa telan liur. Qaseh dan Zakuan pandang Melissa dan dua makhluk itu silih berganti.

Mummy.. Daddy..” keluar juga suara Melissa.

Zakuan dan Qaseh agak terkejut. Maknanya dua manusia di hadapan mereka kini ialah ibubapa Melissa.

Tan Sri Huzairy melangkah ke arah Melissa. Tangan Melissa ditariknya kuat.

“Ikut daddy sini!” marah Tan Sri Huzairy.

Melissa ikut Tan Sri Huzairy. Qaseh dan Zakuan bangun tetapi tidak mengikut Melissa. Melihat dari jauh sahaja.

Daddy, sakit,” ujar Melissa mengharapkan simpati.

Tan Sri Huzairy melepaskan tangan Melissa kasar. Puan Sri Lestari berdiri di sebelah Tan Sri Huzairy.

“Mel nak malukan daddy dengan mummy? Berpeleseran dekat luar sedangkan mummy dengan daddy risaukan Mel? Mel tak fikirkan perasaan mummy dengan daddy ke?” herdik Tan Sri Huzairy.

Melissa tunduk. Air matanya mengalir. Pertama kali dia diherdik sebegitu rupa. Puan Sri Lestari tenangkan Tan Sri Huzairy.

“Apa yang Mel buat dekat sini? Mummy dengan daddy sibuk cari duit untuk Mel tapi Mel conteng arang dekat muka daddy dengan mummy. Nasib baik ada orang bagitahu daddy Mel dekat sini. Kalau tak, sampai sekarang pun daddy tak tahu kegiatan Mel!” tengking Tan Sri Huzairy lagi.

“Apa yang tak cukup lagi Mel? Cakap dengan mummy apa yang tak cukup lagi?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa angkat muka. Dia kumpulkan segala keberanian.

“Kasih sayang! Mel ketandusan kasih sayang! Mummy dengan daddy faham tak?” ujar Melissa.

“Tak cukup ke kasih sayang mummy dan daddy bagi selama ni?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa geleng.

“Tak cukup! Mummy and daddy asyik sibuk dengan kerjaya. Langsung tak ada masa untuk luangkan dengan Mel!” jawab Melissa.

Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy mengeluh sedikit.

It's for your future,” ujar Tan Sri Huzairy.

Future apa benda kalau kasih sayang tak ada? Kalaulah arwah nenek masih ada, kan senang!” ujar Melissa.

“Jangan cakap pasal orang yang dah tiada, Mel,” ujar Puan Sri Lestari.

“Habis? Dengan cara berpeleseran macamni, Mel dapatlah kasih sayang tu?” soal Tan Sri Huzairy.

Melissa angguk.

“Diorang semua mampu buat Mel senyum, gelak dan ceria. Tapi daddy dengan mummy hanya mampu buat Mel menangis! Mel bersyukur sangat dapat kawan macam diorang!” jawab Melissa.

Daddy tak nak dengar apa lagi! Pack your things! Kita balik malam ni jugak!” ujar Tan Sri Huzairy.

Melissa terkejut. Qaseh dan Zakuan yang pada tadi dengar pertengkaran itu jua turut terkejut.

Daddy! Mel tak nak! Mel nak duduk sini!” ujar Mellisa.

Daddy tak nak dengar apa lagi. Pergi siap sekarang!” tegas Tan Sri Huzairy.

Melissa pandang Puan Sri Lestari.

Mummy..” Melissa buat muka simpati.

Puan Sri Lestari buat tak peduli.

Daddy dengan mummy tunggu dekat lobi. I give you thirty minute from now!” ujar Tan Sri Huzairy sambil menarik tangan Puan Sri Lestari untuk berlalu ke lobi.

Zakuan dan Qaseh melangkah ke arah Melissa. Melissa terus peluk Qaseh.

“Aku tak nak balik,” ujar Melissa.

Qaseh usap belakang badan Melissa.

“Sabarlah Mel. Ikut je lah cakap your parents. Mungkin lepasni diorang akan berubah,” pujuk Qaseh.

Melissa leraikan pelukan.

“Kenapa diorang tak faham aku?” soal Melissa.

“Diorang bukan tak faham cuma diorang tak nak benda buruk berlaku dekat kau. Sebab diorang sayangkan kau,” pujuk Qaseh lagi.

Melissa diam. Kemudian dia masuk ke bilik dan kemaskan barang-barangnya. Setelah siap semua, dia letak beg dalam bilik. Dia keluar.

“Kau nak pergi mana ni?” soal Qaseh.

“Jumpa orang yang bertanggungjawab mengadu dekat mummy dengan daddy aku!” ujar Melissa.

Qaseh pandang Zakuan. Zakuan hanya angkat bahu. Mereka berdua mengekori langkah Melissa ke hotel manager.

Pintu bilik ditolak kasar. Encik Razlan yang berada di dalam terkejut. Melissa melangkah ke meja Encik Razlan. Encik Razlan bangun.

You promised me you won't tell them! Tapi kenapa kau bagitahu?” marah Melissa.

Encik Razlan diam seribu bahasa.

“Aku cuma minta kau tolong jangan bagitahu apa-apa! Susah sangat ke? Jawablah soalan aku! Kenapa kau diam?” marah Melissa lagi.

“Ini semua untuk kebaikan Mel..”

“Kebaikan apa bendanya? Aku kena marah itu satu kebaikan?” marah Melissa lagi.

Zakuan pegang tangan Melissa supaya Melissa tidak melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Mel, bertenang!” nasihat Zakuan.

“Nak bertenang apa lagi?” marah Melissa.

“Mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya. Sabar ye Mel?” pujuk Zakuan.

Melissa hela nafas. Kemudian dia meraup mukanya.

Encik Razlan, thanks for everything,” ujar Melissa.

Zakuan tarik tangan Melissa keluar daripada bilik tersebut. Melissa hanya menurut.

“Mel, sabar ye. Mungkin semua nia ada hikmahnya,” nasihat Zakuan.

Melissa angguk. Qaseh hanya memerhatikan mereka.

“Mel balik lah ke pangkuan keluarga Mel,” ujar Zakuan.

“Tapi Mel perlukan Zak, Qaseh dan Irshad,” ujar Melissa.

“Mel boleh contact kitorang lagi kan? Nanti bila senang, Mel boleh datang sini ataupun kita jumpa je dekat K.L sana? Okay?” pujuk Zakuan.

Melissa angguk.

“Mel pergi dulu ye Zak,” ujar Melissa.

Zakuan angguk. Melissa melangkah ke lif. Zakuan memerhatikan sahaja sehingga Melissa hilang di dalam lif itu.


* * *


Telefon bimbit dicapainya. Nombor Qaseh dicari dan didailnya. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya disambut.

Hello,” sapa Qaseh.

“Qaseh,” sapa Irshad pula.

“Irshad!!” jerit Qaseh gembira.

Irshad terpaksa menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga.

“Ingatkan kau dah lupakan aku! Glad to hear your voice,” ujar Qaseh.

“Takkanlah aku lupakan kau kot. So apa cerita?” soal Irshad.

“Macamni je lah,” ujar Qaseh perlahan.

“Kenapa ni? Macam ada yang tak kena je,” ujar Irshad.

“Lepas kau balik K.L, Mel pula balik K.L. Lepasni aku tak tahu siapa lagi. Pantai ni pun dah tak berseri lagi,” ujar Qaseh sedikit mengeluh.

Irshad agak terperanjat.

“Kenapa Mel balik K.L?” soal Irshad.

“Entah. Dia bergaduh dengan parents dia tadi. Lepastu parents dia paksa dia balik,” jawab Qaseh.

“Kesian dia,” ujar Irshad.

“Bila kau nak datang sini balik?” soal Qaseh.

Irshad diam lima saat.

“Irshad?”

“Aku tak tahu lah. Umi macam tak bagi je aku jauh dari dia. Ayah aku pulak suruh aku takeover his company,” jawab Irshad.

Qaseh mengeluh.

“Tak apalah. Maybe keluarga kau perlukan kau dekat sana,” ujar Qaseh perlahan.

“Tapi aku akan datang sana lawat kau. Kau jangan risau ye,” ujar Irshad.

Qaseh gelak perlahan.

“Terpaksalah aku berbaik dengan mamat dingin ni,” seloroh Qaseh.

“Mamat dingin?” soal Irshad.

“Zakuan. Dia macam tak suka aku je,” ujar Qaseh.

“Taklah. Dia okay,” ujar Irshad.

“Dengan kau. Dengan aku tak,” ujar Qaseh.

“Entahlah,” ujar Irshad.

Mereka diam. Tak ada topik nak cakap.

Okay lah Irshad. Aku mengantuk lah. Nanti bila ada masa, jangan lupa contact aku tau,” pesan Qaseh.

Okay. Goodnight dear,” ujar Irshad.

Talian telefon dimatikan. Qaseh merenung lama telefon bimbitnya.

“Irshad panggil aku dear?”

No comments:

Post a Comment