Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, February 28, 2010

KITA (13)

Pintu bilik dibuka dari luar. Melissa buat tak tahu. Sakit hatinya diperlakukan seperti budak kecil. Kedengaran derap kaki seseorang semakin hampir ke arahnya.

“Mel,” panggil Puan Sri Lestari.

Melissa buat tak tahu.

Stop acting Mel!” ujar Puan Sri Lestari.

Melissa diam.. Puan Sri Lestari tarik selimut yang menyelubungi Melissa. Melissa tarik balik lalu berlakulah pergelutan menarik selimut. Akhirnya, Melissa mengalah lalu Puan Sri Lestari menang dalam pergelutan itu.

What's wrong with you dear? Are you crying all night?” soal Puan Sri Lestari agak bimbang apabila melihat mata Melissa sembab.

Melissa bangun dari katil dan duduk di atas sofa berwarna pink di dalam biliknya itu.

“Kenapa Mel? Mel marahkan daddy?” soal Puan Sri Lestari lagi sambil duduk di sebelah Melissa.

Melissa pandang Puan Sri Lestari.

Daddy tak sepatutnya buat Mel macamni! I'm not a child anymore. Kenapa nak jaga Mel macam Mel ni budak kecil? Mel dah besar. Mel boleh fikir buruk baik sesuatu perkara,” adu Melissa.

Puan Sri Lestari usap kepala Melissa.

Daddy sayangkan Mel sebab tu daddy tak nak Mel rosak,” pujuk Puan Sri Lestari.

Melissa mengeluh.

“Tak! Daddy malukan Mel tahu tak? Mel tak suka,” ujar Melissa.

“Tak Mel, daddy nak jaga Mel,” pujuk Puan Sri Lestari lagi.

No, he's not! Mel nak balik sana! Mel tak kira Mel nak balik sana juga!” rengek Melissa.

“Ari, jangan dilayannya budak Mel ni. Perangai macam budak-budak!” sampuk Tan Sri Huzairy dari pintu.

Puan Sri Lestari pandang Tan Sri Huzairy kemudian dia mendekati Tan Sri Huzairy. Melissa hanya tunduk memandang kakinya.

“Janganlah berkasar sangat dengan anak kita, bang. Mel sorang je anak kita,” Puan Sri Lestari cuba memujuk Tan Sri Huzairy.

“Sebab dia sorang anak kita lah, abang taknak dia jadi manusia yang tak ada moral. Berpeleseran sana sini,” ujar Tan Sri Huzairy.

Mel bangun dan mendekati Tan Sri Huzairy.

But I'm not five years girl anymore! Mel tahu jaga diri Mel. Mel tahu baik buruk sesuatu perkara,” sampuk Melissa.

“Tengok. Sekarang dah pandai menjawab. Kalau dibiarkan entah apa jadinya,” ujar Tan Sri Huzairy.

Dad...”

“Mulai hari ni semua kebebasan Mel akan disekat! No handphone! No internet! No night outing anymore! And no shopping for you. Understand?” tegas Tan Sri Huzairy.

Melissa tergamam.

“Tapi daddy..”

No tapi tapi. Bagi handphone Mel dan credit card Mel dekat daddy sekarang!” arah Tan Sri Huzairy.

Perlahan Mel capai handphone dan credit card nya lalu diserahkan kepada Tan Sri Huzairy. Dia tahu jika dia tidak mengikut kata Tan Sri Huzairy, entah apa lagi hukuman dia.

Daddy tak patut buat Mel macamni. Mel benci daddy!!” jerit Melissa.

Tan Sri Huzairy buat tak peduli. Puan Sri Lestari dah tak tahu nak buat apa.

“Apa yang abang buat ni?” soal Puan Sri Lestari.

“Ini semua untuk kebaikan dia,” jawab Tan Sri Huzairy.

Mummy..” Melissa cuba meraih simpati.

“Abang, kita tak patut kongkong hidup dia,” ujar Puan Sri Lestari.

“Siapa kata kita tak patut? Kita ibu bapa kandung dia. Selagi dia tak kahwin, selagi tu lah abang ada hak untuk kongkong hidup dia!” ujar Tan Sri Huzairy seraya berlalu meninggalkan dua beranak itu.

Cecair hangat yang mengalir di pipi Melissa diseka perlahan.

“Sabarlah sayang. Nanti mummy cuba pujuk daddy ye,” pujuk Puan Sri Lestari.

Melissa angguk. Puan Sri Lestari menutup pintu bilik Melissa perlahan. Melissa pula membaringkan badanya di katil. Sedang dia melayan perasaan yang tidak keruan itu, tiba-tiba dia mendapat idea.

Pantas dia bangun. Senyuman mula terukir di bibirnya.

“Ye! Aku perlu kahwin!”



* * *


“Kenapa ni? Muka monyok je,” soal Fiq sambil dia ligat memeriksa peralatan skuba.

Qaseh duduk di kerusi dekat kaunter. Dagunya ditongkat.

“Sini lah,” ajak Qaseh.

Fiq menurut. Dia berdiri di hadapan Qaseh.

“Kenapa?” soal Fiq.

“Bosanlah. Macam dah sepi je pantai ni,” rungut Qaseh.

“Sepi? Kenapa?” soal Fiq.

“Irshad dengan Melissa dah balik K.L,” jawab Qaseh.

So?” Fiq angkat kening.

“Sepilah!” ujar Qaseh.

“Aku kan ada,” usik Fiq.

Qaseh buat aksi nak muntah. Fiq gelak.

“Habis kau nak balik K.L?” soal Fiq setelah tawanya reda.

Qaseh angkat bahu.

“Entahlah,” jawab Qaseh pendek.

“Apa maksud entahlah?” soal Fiq.

“Lupakan je lah pasal tu,” Qaseh senyum.

Fiq angguk. Malas mahu bertanya lagi. Kalau dipaksa pun, bukannya Qaseh nak bagitahu.

“Nasib baik ada pakcik kan kan?” usik Qaseh.

Fiq sengih bangga.

See the leg lah,” ujar Fiq.

Qaseh gelak.

“Zak pun ada kan,” ujar Fiq lagi.

Serta-merta tawa Qaseh berhenti. Fiq kerut dahi.

“Kenapa? Kau gaduh dengan Zak ke?” soal Fiq.

Qaseh angkat bahu.

“Entah,” jawab Qaseh.

Can you please don't use the word 'entah'?” soal Fiq.

Qaseh sengih.

So?” Fiq angkat kening.

“Dia macam dingin dengan aku. Bosanlah aku,” ujar Qaseh jujur.

Fiq gelak perlahan. Qaseh kerut dahi tak faham.

“Kau nak tahu tak kenapa dia dingin dengan kau?” soal Fiq.

“Apa?” Qaseh angkat kening.

Fiq bisikkan sesuatu di telinga Qaseh dan kemudian meninggalkan Qaseh dengan muka blushing nya. Fiq gelak kuat. Qaseh macam tak percaya dengan apa yang dikatakan Fiq.

“Fiq!!” jerit Qaseh kuat apabila disedari dia dipermainkan.

Fiq tergelak puas-puas. Kalau ikutkan hati, nak je terguling dekat situ. Ha.. Ha.. Kelakar betul reaksi Qaseh!


* * *


Irshad pandang Datin Aliza mengharapkan pengertian. Kemudian dipandangnya Dato'Muzaffar dan akhir sekali Nurin.

Please umi..” rayu Irshad.

“Abang ni. Janganlah buat umi sedih,” sampuk Nurin.

Yeah. Abang bukannya nak derhaka ataupun nak jadi derhaka tapi abang ada life abang,” ujar Irshad.

Datin Aliza pandang Irshad. Bukan dia taknak melepaskan Irshad tapi dia takut dia akan kehilangan Irshad buat selama-lamanya. Dia hanya ada tiga orang yang berharga dalam hidupnya dan dia tidak mahu jumlah itu berkurangan.

“Irshad sayangkan umi tak?” soal Datin Aliza.

Irshad angguk.

“Kalau macamtu, don't left me!” ujar Datin Aliza.

Irshad mengeluh.

“Takkan umi nak kurung Irshad macamni? Irshad bukan budak kecil umi,” keluh Irshad.

Datin Aliza menitiskan air mata. Irshad dah gelabah.

“Umi sayangkan Irshad. Umi taknak kehilangan Irshad lagi. Kenapa Irshad tak faham umi?” rintih Datin Aliza.

Irshad mendekati Datin Aliza. Bahu Datin Aliza dipegangnya.

“Irshad minta maaf, umi. Jangan nangis lagi. Irshad tak nak jadi anak derhaka,” ujar Irshad.

Datin Aliza menyeka air matanya.

“Umi nak Irshad sentiasa dengan umi selagi Irshad belum berkahwin,” ujar Datin Aliza.

Irshad angguk. Nurin pula rasa bagai nak tercabut jantungnya mendengar perkataan keramat itu. K-A-H-W-I-N!

No comments:

Post a Comment