Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, March 5, 2010

KITA (14)

Sudah sepuluh kali Zakuan cuba menghubungi Melissa tetapi semuanya tidak terjawab. Zakuan mengeluh perlahan.

Answer the phone Mel!”

Namun masih tiada jawapan. Zakuan letak telefon bimbitnya di atas meja. Badannya disandarkan ke kerusi kayu itu. Sebenarnya dia risau tentang keselamatan Melissa. Dia takut Melissa melakukan perkara yang di luar jangkaan. Zakuan mengeluh lagi.

“Kenapa kau ni? Pada tadi aku dengar asyik mengeluh je,” ujar Fiq lalu duduk di kerusi sebelah Zakuan.

Zakuan pandang Fiq kemudian dia mengeluh lagi.

“Mel tak jawab telefon?” soal Fiq.

Zakuan angguk.

Maybe dia ada hal kot,” Fiq cuba menenangkan Zakuan.

Zakuan senyum.

“Tapi aku takut dia buat benda bodoh je,” ujar Zakuan.

Fiq tepuk bahu Zakuan perlahan.

“Dia dah besar Zak. Aku percaya dia takkan buat benda bodoh,” ujar Fiq.

Zakuan angkat bahu.

“Aku harap lah,” ujar Zakuan.

Fiq bangun.

“Aku pergi dulu. Bye,” ujar Fiq.

Zakuan angguk. Fiq berlalu pergi. Zakuan pandang telefon bimbitnya di tangan. Sekali lagi, keluhan keluar daripada mulutnya.


* * *


Qaseh menarik keluar beg rodanya. Sudah tiba masanya dia menamatkan segala kekusutan ini. Pagi tadi, dia telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada manager hotel ini. Qaseh duduk di sofa dekat lobi.

Telefon bimbit dikeluarkan dan didail nombor Fiq. Setelah berbual ringkas, dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya. Dia menunggu sebentar.

“Qaseh,” panggil Fiq.

Qaseh bangun. Fiq mendekati Qaseh.

“Kenapa tiba-tiba je kau nak balik?” soal Fiq.

Fiq sendiri terkejut dengan keputusan Qaseh. Tiada ribut, tiada petir. Tiba-tiba sahaja nak balik K.L. Qaseh senyum.

“Dah tibanya aku hidup dalam dunia realiti aku dan menamatkan segala kekusutan ni. Bukan macamtu pakcik?” soal Qaseh.

Fiq senyum.

Orait. Tapi kau dah bagitahu Linda dengan Azhar tak?” soal Fiq.

Qaseh geleng.

“Jangan bagitahu diorang. Aku nak buat suprise. Kalau kau bagitahu, aku panggil kau pakcik buat selama-lamanya!” ugut Qaseh.

Fiq gelak.

“Ceh, nak ugut pulak,” ujar Fiq.

Qaseh turut gelak. Fiq tarik beg Qaseh. Mereka berjalan seiring.

“Kau tak nak jumpa Zak ke?” soal Fiq.

“Nak buat apa? Agaknya dia lagi suka kalau aku blah,” jawab Qaseh.

Tiba-tiba Zakuan melintas di hadapan mereka.

“Zak!” panggil Fiq.

Zakuan menoleh.

“Sini kejap!” panggil Fiq lagi.

Zakuan menurut. Qaseh cubit Fiq.

“Kenapa kau panggil dia?” soal Qaseh perlahan.

Fiq tidak menjawab.

“Ada apa?” soal Zakuan.

Zakuan pandang Fiq kemudian pandang Qaseh dan akhir sekali pandangannya jatuh ke beg besar yang ditarik Fiq.

“Nak pergi mana?” soal Zakuan.

Fiq sengih. Kebetulan telefon bimbitnya berbunyi. Lalu dia menjarakkan diri sedikit dengan mereka untuk menjawab panggilan itu sekaligus memberi ruang untuk mereka.

“Nak pergi mana?” ulang Zakuan.

“Balik K.L,” jawab Qaseh.

Zakuan kerut dahi.

“Kenapa?” soal Zakuan.

Qaseh pelik. Sejak bila Zakuan ni pirhatin terhadap dia?

“Sebab saya ada hal sikit,” jawab Qaseh.

Zakuan angguk.

“Tak balik sini balik ke?” soal Zakuan lagi.

Qaseh angkat bahu.

“Tak kot. Saya nak teruskan hidup saya dekat K.L,” jawab Qaseh.

Zakuan angguk.

Take care yeah,” ujar Zakuan.

Qaseh tersentak. Aku mimpi ke? Dia kata take care dekat aku? What a dreammm!

Bye,” ujar Zakuan seraya berlalu pergi.

Qaseh hanya angguk. Dia sendiri hilang dalam angannya.


* * *


Melissa senyum. Hari ini, dia terlepas dari jagaan guard yang dua puluh empat jam asyik mengekori dia sahaja. Langkahnya dilajukan dan ditahan sebuah teksi. Kemudian dia masuk ke dalam teksi lalu mengatakan arah tujunya.

Melissa sengih. Mesti sekarang guard yang diupah daddynya itu sedang sibuk mencari dia. Setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju, Melissa keluar. Langkahnya diaturkan masuk ke dalam Pavilion. Melissa berjalan-jalan.

Entah macammana dia terlanggar seorang lelaki apabila dia hendak keluar daripada butik.

“Aww,” jerit Melissa perlahan.

Lelaki itu menghulurkan tangan.

“Awak tak apa-apa?” soal lelaki itu.

Melissa pandang lelaki itu. Serta-merta senyuman terukir di bibir dia. Tangan lelaki itu disambut lalu lelaki itu menarik dia bangun.

“Irshad!!” jerit Melissa gembira.

Irshad pun terkejut.

“Melissa!”

“Apa Irshad buat dekat sini?” soal Melissa.

“Jalan-jalan. Lepaskan bosan. Mel?”

“Samalah!”

“Ehh, jom pergi makan lah dulu. Takkan nak borak dekat sini je,” ajak Irshad.

Melissa angguk.

Mereka pun berjalan ke restoran. Setelah makanan sampai di meja mereka, mereka pun berbual.

“Mel dah berubah,” ujar Irshad.

Melissa angkat kening. Berubah? Apa maksud dia?

“Berubah?” soal Melissa.

Irshad angguk.

“Badan Mel macam dah susut sikit. Lepastu muka Mel macam banyak menangis. Ada apa-apa terjadi dekat Mel ke?” soal Irshad pirhatin.

Melissa mengeluh.

“Ketara sangat ke?” soal Melissa.

Irshad angguk.

“Entahlah Irshad. Mel pun tak tahu. Family Mel dah tak macam dulu. Daddy hukum Mel. Mel tak boleh berhubung dengan sesiapa. Handphone daddy ambik, internet daddy potong, and even my credit card pun daddy ambik. Mel dah macam terkurung,” luah Melissa.

Irshad agak terkejut. Menderitakah Melissa?

“Tapi how Mel boleh datang sini?” soal Irshad agak keliru.

“Mel lari,” jawab Melissa.

Irshad terkejut.

What? Lari?”

Yeah. I can't take it anymore. I'm not five years girl anymore. I'm twenty five already and I can think buruk baik sesuatu hal!”

“Tapi Mel tak boleh lari macamtu.”

I know. But I just need some time.”

Irshad angguk.

How about you?” soal Melissa pula.

Irshad terdiam seketika.

“Irshad pun macam Mel. Tapi Irshad lagi lah teruk. Semua hidup Irshad kena atur dengan umi Irshad. Irshad pun tak faham kenapa umi bersikap macamtu sedangkan Irshad cuma anak angkat diorang. Sepatutnya diorang tumpukan lebih kepada Nurin, anak kandung diorang!” luah Irshad.

Melissa angguk.

Maybe Irshad kena kahwin. Barulah umi lepaskan Irshad,” sambung Irshad.

Melissa diam. Tiba-tiba dia dapat idea. Pantas dia petik jarinya.

“Kita kahwin?” ajak Melissa.

Irshad terkejut. Melissa ni dah gila ke? Sukahati dia je ajak orang kahwin. Irshad renung wajah Melissa. Kemudian dia telan liur. Nampaknya dia serius!

No comments:

Post a Comment