Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, February 14, 2010

KITA (3)

Qaseh melangkah ke arah kaunter depan. Dua gadis yang bertugas di situ menguntumkan senyuman kepada Qaseh. Qaseh turut balas senyuman gadis itu.

“Selamat datang cik,” sapa gadis yang tag namanya bertulis Erin.

Qaseh senyum.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Erin mesra.

“Saya perlukan bilik,” ujar Qaseh.

“Bilik ataupun chalet?” soal Erin.

Just a nice room,” jawab Qaseh.

Erin angguk.

“Untuk berapa lama?” soal Erin.

Two days,” jawab Qaseh.

Erin angguk.

“Cik kena bayar separuh daripada harga tu dahulu,” ujar Erin.

“Berapa?” soal Qaseh.

“RM 200,” jawab Erin.

Qaseh angguk. Dihulurkan RM 200 kepada Erin. Erin ambil dan kemudian dia menghulurkan kunci bilik bernombor 32 kepada Qaseh. Qaseh capai kunci tersebut.

Thanks,” ujar Qaseh.

“Semoga cik enjoy menginap di sini,” ujar Erin.

Qaseh senyum dan kemudian dia melangkah mencari bilik bernombor 32 itu.


* * *


Irshad hempaskan tubuh di atas katil. Walaupun dia tidak memandu tetapi kepenatan tetap terasa. Bayangkanlah, duduk selama lebih empat jam di dalam teksi! Lenguh sendi-sendi tulangnya.

Dilihatnya jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Irshad terus bangun. Terasa mahu berjalan-jalan di pantai yang indah. Irshad segera mencapai beg nya dan mengeluarkan pakaian yang mahu dipakainya.

Selepas dia siap berpakaian yang ringkas, Irshad mencapai pula I-pod hijau yang dihadiahkan oleh Datin Aliza sempena hari lahirnya yang ke-17 tahun. Earphone dipasang di telinganya.

Dia keluar daripada biliknya. Pintu bilik bernombor 33 ditutupnya perlahan. Segera dia melangkah ke arah pantai.


***


Melissa melangkah ke arah kaunter. Tujuannya hanyalah satu, dia harus mencari kerja kerana dia mahu tinggal di situ lama.

“Tumpang tanya,” ujar Melissa.

Erin pandang Melissa.

“Ye cik,” ujar Erin.

“Dekat sini ada kerja kosong ke?” soal Melissa.

“Saya tak pasti lah cik. Tapi cik boleh jumpa pengurus kalau nak tahu,” jawab Erin.

“Pengurus? Dia ada ke sekarang?” soal Melissa.

“Ada. Cik tunggu sekejap ye,” ujar Erin.

Melissa angguk. Sementara menunggu kedatangan pengurus, Melissa pandang sekeliling. Cantik sungguh panaroma di hadapannya. Tenang sangat! Terasa seperti dia mahu terjun ke dalam laut yang membiru itu.

“Cik..” panggil Erin.

Melissa pandang Erin di belakangnya.

“Ini pengurus kami, Encik Razlan,” Erin memperkenalkan pengurus yang berada di sebelahnya.

Melissa pandang Encik Razlan. Seperti dia pernah jumpa tetapi di mana?

“Melissa kan?” soal Encik Razlan.

Melissa angguk.

“Anak Tan Sri Huzairy kan?” soal Encik Razlan sekali lagi.

Melissa angguk.

Encik Razlan hulurkan tangan. Melissa sambut tangan Encik Razlan kemudian dia menarik kembali tangannya.

How about kita pergi cafe dulu?” ajak Encik Razlan.

Okay,” jawab Melissa.

Mereka berdua melangkah ke arah cafe. Setelah minuman yang dipesan sampai, mereka memulakan perbualan.

“Tan Sri sihat?” soal Encik Razlan.

“Sihat. Kenapa ye Encik?” soal Melissa.

“Saya kenal dengan ayah Melissa. Dulu saya pernah kerja bawah dia,” ujar Encik Razlan.

Melissa telan liur.

“Err.. Kalau saya minta tolong sikit boleh?” soal Melissa teragak-agak.

Encik Razlan angkat kening.

“Apa dia?” soal Encik Razlan.

“Jangan bagitahu daddy saya yang saya dekat sini. Please!” rayu Melissa.

“Kenapa?” soal Encik Razlan.

“Ada masalah peribadi sedikit. Please, saya minta jasa baik encik jangan bagitahu daddy saya,” rayu Melissa lagi.

Encik Razlan terdiam. Kemudian dia mengangguk.

Okay!” Encik Razlan setuju.

Melissa senyum.

Back to the topic, dekat sini ada kerja kosong tak?” soal Melissa.

“Ada tu ada lah. Kenapa?” soal Encik Razlan.

“Boleh saya jawat jawatan tu tak?” soal Melissa.

“Melissa ambil course apa?” soal Encik Razlan.

Management,” jawab Melissa.

I think you boleh jadi hotel management dekat sini. Boleh?” soal Encik Razlan.

Melissa senyum.

Of course! Thanks Encik Razlan,” ujar Melissa gembira.

“Sama-sama,” balas Encik Razlan.

Encik Razlan bangun.

You can start your first day tomorrow. Meet me at my office there, okay?” ujar Encik Razlan.

Melissa bangun.

Okay. Once angain, thank you!” ujar Melissa.

Mereka berjabat tangan. Kemudian Encik Razlan pergi dan Melissa pula menuju ke arah pantai.


* * *


Zakuan melangkah ke arah tempat diving. Hasratnya mahu bertanya kalau-kalau ada jawatan kosong. Bolehlah menampung dia di sini dan bolehlah dia tinggal di sini lebih lama.

“Assalamualaikum,” sapa Zakuan.

Seorang lelaki melangkah ke arah Zakuan. Mereka berjabat tangan.

“Waalaikumusalam,” jawab lelaki itu.

“Boleh tumpang tanya tak?” soal Zakuan.

“Apa?” soal lelaki itu.

“Dekat sini ada perlukan penolong ke apa-apa ke?” soal Zakuan.

Lelaki itu senyum.

Yeah. Aku tengah cari orang untuk tolong-tolong aku dekat booth ni,” ujar lelaki itu.

Can I?” soal Zakuan.

Lelaki itu pandang Zakuan. Kemudian dia mengajak Zakuan duduk.

“Kau ada pengalaman diving?” soal lelaki itu.

“Pengalaman tu ada lah,” jawab Zakuan.

“Okay. Kau datang esok pukul 8.00 pagi. Aku tunggu kau,” ujar lelaki itu.

Zakuan angguk.

Thanks. Anyway, siapa nama?” soal Zakuan.

“Kau panggil je aku Fiq,” jawab lelaki itu.

Okay. Dan kau boleh panggil aku Zak je,” jawab Zakuan.

Fiq senyum. Kemudian Zakuan beredar ke pantai. Kerjanya sudah selesai. Permohonan dia untuk bekerja sudah diluluskan.

No comments:

Post a Comment