Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, February 18, 2010

KITA (7)

Ketukan pintu mematikan lamunan Qaseh. Segera Qaseh bangun dan melangkah ke arah pintu.

“Siapa?” soal Qaseh.

“Mel!” jawab Melissa di luar.

Qaseh buka pintu. Wajah Melissa jelas di matanya.

“Masuklah Mel,” pelawa Qaseh.

“Tak apa lah. Mel datang pun sebab ada orang nak jumpa Qash,” ujar Melissa.

Qaseh angkat kening. Siapa pula yang mahu berjumpa dengannya di malam hari ini?

“Siapa?” soal Qaseh.

“Entahlah. Zakuan yang suruh sampaikan dekat Qash,” ujar Melissa.

Qaseh angguk.

“Dekat mana?” soal Qaseh.

“Dekat tepi pantai,” jawab Melissa.

“Mel tunggu sini. Kita pergi sama-sama ye,” ujar Qaseh.

Melissa angguk. Qaseh mencapai sweater di dalam almari lalu disarungkan ke badan. Rambutnya yang sederhana panjang dibiarkan lepas. Kemudian dia menyarungkan selipar.

“Jom Mel!” ajak Qaseh.

Melissa hanya menurut. Lalu mereka berdua ke tepi pantai.

“Mana?” soal Qaseh.

Melissa angkat bahu. Sedang mereka mencari siapa orang itu, Zakuan muncul.

“Mana orang tu?” soal Qaseh.

“Tu,” jawab Zakuan sambil menjuihkan bibir ke arah yang dimaksudkan.

Qaseh pandang ke arah yang disebut Zakuan dan serta-merta senyuman di bibir layu. Melissa dan Zakuan saling berpandangan.



* * *

“Qaseh! Tunggu ayah!” jerit Azhar dari belakang.

Qaseh berhenti melangkah. Melissa dan Zakuan melopong. Iyelah, ada ke orang percaya lelaki semuda itu ayah Qaseh.

“Apa kau nak?” soal Qaseh kasar.

Azhar berdiri di hadapan Qaseh.

“Qaseh sihat?” Azhar cuba menghidupkan suasana.

Straight to the point, boleh tak?” perli Qaseh.

Azhar diam lima saat.

“Mama Qaseh rindukan Qaseh,” ujar Azhar.

Qaseh gelak jahat.

“Rindu? Are you kidding man?” ujar Qaseh sinis.

Azhar geleng.

“Ayah serius,” ujar Azhar.

Qaseh diam seminit.

“Mana kau tahu aku dekat sini?” soal Qaseh.

“Fiq yang bagitahu,” jawab Azhar.

“Kaki barua betul kembar kau tu,” kutuk Qaseh.

Azhar diam.

“Dia tak bagitahu kau sekali yang dia tampar aku tu?” soal Qaseh.

Azhar terkejut. Fiq tampar Qaseh? Biar betul?

Qaseh sedar akan perubahan wajah Azhar.

“Dia tak bagitahu pulak kan? Eh, aku malaslah nak buang masa dekat sini. Kau pergilah jumpa dengan kembar tersayang kau tu,” sengaja Qaseh menekankan perkataan kembar tersayang.

“Qaseh, ayah minta maaf bagi pihak Fiq,” ujar Azhar.

Qaseh gelak.

Whatever!” jawab Qaseh seraya lalu meninggalkan Azhar.

Melissa dan Zakuan mengejar Qaseh.

“Qaseh!” panggil Melissa.

Qaseh berhenti.

“Kenapa dengan kau?” soal Melissa.

What?” soal Qaseh.

“Aku tahu aku baru je kenal kau. Tak sampai satu minggu pun. Dan aku pun bukanlah nak masuk campur urusan peribadi kau tapi sebagai seorang sahabat, aku nakkan yang terbaik untuk kau.” soal Melissa.

Qaseh gelak.

“Kau tak faham apa yang berlaku,” ujar Qaseh.

Yeah, memang aku tak faham. Tapi kau sepatutnya hormat ayah kau. Tak kiralah ayah tiri ke ayah kandung,” ujar Melissa.

“Kau cakap senanglah sebab kau tak berada di tempat aku,” ujar Qaseh.

“Memang aku tak berada di tempat kau tapi hukum Islam juga menetapkan macamtu kan? Hormat kepada orang tua,” ujar Melissa.

Hey! Kau nasihatkan diri kau dulu baru nasihatkan aku. Aku dah muak lah dengar semua ni. Boleh tak kau jangan sibuk hal aku. Aku tahulah macammana nak hidup!” ujar Qaseh angkuh seraya berlalu pergi.

Melissa tergamam. Dipandangnya Zakuan disisinya.

“Sabar je lah Mel,” ujar Zakuan.

Melissa yang dah speechless itu hanya angguk. Perlahan mereka berdua meninggalkan tempat itu.


* * *


Fiq mendengus. Azhar disebelahnya dipandang. Tidak faham dia dengan sikap sabar Azhar.

“Salah ke aku tampar dia? Dah dia jatuhkan air muka aku,” Fiq membela dirinya.

“Kau tak berhak, Fiq,” ujar Azhar tegas.

“Kau ni kenapa? Kau masih cintakan dia ke?” soal Fiq.

Azhar diam.

“Betul ke?” soal Fiq.

“Dia anak aku, Fiq,” ujar Azhar.

Yeah. But she just your step-daughter,” ujar Fiq.

“Aku cintakan Linda," ujar Azhar.

“Kau jangan tipu aku, Azhar. Aku dah kenal kau sejak dalam perut lagi,” ujar Fiq.

Azhar terdiam.

“Kalau aku cintakan dia pun, aku tak mungkin dapat bersama dengan dia. Sampai mati pun aku dengan dia takkan boleh bersatu. Kau pun sedia maklum kan?” ujar Azhar.

“Aku tahu tu,” ujar Fiq.

“Aku akan lupakan dia juga. Aku tak nak perasaan haram ini ada dalam hati aku lagi,” ujar Azhar.

“Habis sampai bila kau nak bertahan dengan sikap dia?” soal Fiq.

“Sampai dia dapat terima aku sebagai ayah tiri dia,” jawab Azhar.

Fiq mengeluh.

“Kenapa kau tak nak terus-terang je sebab kau bernikah dengan mak dia?” soal Fiq.

“Belum masanya lagi Fiq,” ujar Azhar perlahan.

“Tapi sampai bila Har?”soal Fiq.

“Sampai masanya nanti,” jawab Azhar perlahan.

Fiq hanya mampu mengeluh. Azhar memang degil tetapi di sebalik kedegilan itu, ada sikap sabar. Sabar yang kadangkala memusnahkan hidup dia.

No comments:

Post a Comment