Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, February 19, 2010

KITA (8)

Melissa yang kebetulan lalu di hadapan cafe ternampak Fiq dan Azhar sedang menikmati sarapan. Perlahan kaki Melissa melangkah ke arah mereka berdua.

“Assalamualaikum,” sapa Melissa.

Fiq dan Azhar mendongak memandang Melissa.

“Waalaikumusalam,” jawab mereka serentak.

Melissa senyum.

Join us, Mel?” ajak Fiq.

Melissa angguk. Dia duduk di sebelah Fiq. Kemudian seorang pelayan datang ke arah mereka.

“Minum?” soal pelayan itu.

Melissa geleng.

“Tak apalah,” ujar Melissa.

Pelayan itu berlalu meninggalkan mereka bertiga.

“Ada apa ni Mel?” soal Fiq.

“Er..” Melissa pandang Fiq di sebelahnya dan Azhar di hadapan Fiq.

Fiq dan Azhar hanya memerhatikan Melissa.

“Apa hubungan awak dengan Qaseh?” soal Melissa.

Fiq dan Azhar tidak terkejut dengan soalan Melissa itu. Mereka tahu satu hari nanti rahsia yang mereka pegang itu akan terbongkar jua.

“Ayah tiri Qaseh,” jawab Azhar.

“Dan pak cik tiri Qaseh,” jawab Fiq separa bergurau.

Melissa angguk.

“Kalau encik...” belum sempat Melissa menghabiskan ayatnya, Azhar sudah memotong.

“Tak perlu ber-encik dengan saya. Panggil je pakcik Azhar,” ujar Azhar.

Fiq tahan gelak. Pakcik Azhar? Tak sesuai betul dengan umur dia!

“Saya bukan nak busybody ataupun apa. Tapi sebagai seorang sahabat, saya ada hak kan untuk tahu masalah Qaseh?” soal Melissa lagak peguam.

Azhar angguk.

“Boleh tak pakcik Azhar ceritakan apa sebenarnya yang berlaku?” soal Melissa.

It's too private, Mel,” ujar Azhar.

“Kadang-kadang kita kena cerita benda too private tu dekat orang supaya masalah kita dapat diselesaikan. Cuba pakcik Azhar ceritakan dekat Mel. Mel tak nak lah hanya kerana masalah ni, Qaseh rosakkan hidup dia,” ujar Melissa.

Azhar diam beberapa saat. Melissa buat muka simpati.

“Betul juga cakap dia, Har. Aku rasa ada baiknya kau ceritakan dekat dia,” ujar Fiq.

Azhar angguk. Melissa senyum.

“Sebenarnya Qaseh dengan pakcik dulu pernah bercinta,” ujar Azhar.

Melissa terkejut namun dia tidak bersuara.

“Tapi disebabkan satu perkara, pakcik terpaksa tinggalkan Qaseh dan Fiq menggantikan posisi pakcik sebagai Azhar kekasih Qaseh. Rahsia tu terbongkar sehari sebelum pakcik kahwin dengan mama Qaseh, Linda,” cerita Azhar.

“Tapi kenapa pakcik kahwin dengan mama Qaseh?” laju sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulut Melissa.

Azhar pandang Fiq. Fiq angguk.

“Dua bulan selepas pertunangan pakcik dengan Qaseh, pakcik disahkan menghidap penyakit kanser tulang.”

Kenyataan itu membuatkan Melissa agak terkejut. Namun dia masih berdiam, mahu Azhar meneruskan lagi bicaranya.

“Waktu kecil, pakcik pernah diserang penyakit tu tapi pakcik dah bedah. Entah macammana, penyakit tu datang balik sekarang. Lalu pakcik mengambil keputusan agar Fiq menggantikan posisi pakcik sementara,” Azhar berhenti sekejap.

Azhar tarik nafas dalam-dalam dan kemudian dihembuskan perlahan. Kemudian, dia menyambung kembali.

“Seminggu pembohongan pakcik bertahan dan akhirnya Qaseh tahu juga siapa Fiq dan siapa Azhar. Semuanya selepas pakcik ditangkap berdua-duaan bersama mama Qaseh. Waktu tu kitorang diperangkap. Ada orang hantar pesanan ringkas dekat kitorang berdua mengatakan Qaseh dalam bahaya. Bila sampai je, yang ada hanyalah mama Qaseh,” Azhar mengeluh.

“Dan tidak sampai beberapa minit, Jabatan Agama Islam datang dan tangkap kitorang. Qaseh mengamuk sakan waktu tu. Dan pakcik ambil keputusan melulu berkahwin dengan mama Qaseh. Pakcik tahu, Qaseh masih muda dan lebih berhak dengan lelaki lain. Perjalanan hidup dia masih panjang. Pakcik tak dapat bahagiakan dia sebab hidup pakcik dah tak lama,” cerita Azhar.

Air mata Melissa gugur jua mendengar cerita Azhar. Terharu dia mendengar cerita pengorbanan Azhar kepada Qaseh. Kenapalah Qaseh tidak menyedari ketulusan cinta Azhar?

“Mel tahu pakcik berniat baik. Pakcik rela bekorban demi untuk orang yang pakcik sayang, yang pakcik cinta. Tapi kenapa Qaseh tak menghargai pengorbanan pakcik?” soal Melissa.

Azhar tersenyum tawar.

“Qaseh tak tahu semua ni. Yang Qaseh tahu hanyalah pakcik curang dengan dia. Tapi dia tak tahu pakcik diperangkap,” ujar Azhar.

“Penyakit pakcik?” soal Melissa laju.

Azhar geleng.

“Kenapa pakcik taknak bagitahu? Kan senang kalau pakcik bagitahu?” soal Melissa.

“Belum masanya lagi, Mel,” jawab Azhar.

“Pakcik nak tunggu sampai bila? Sampai Qaseh dah jauh dari mama dia? Sampai Qaseh dah jauh berdendam dengan pakcik? Sudahlah pakcik, Mel rasa baik pakcik terus terang sebelum semuanya terlambat,” ujar Melissa.

Azhar hanya diam.

Okay lah pakcik. Mel pun ada kerja sikit ni. Tapi Mel harap pakcik cepat bagitahu Qaseh hal sebenar. Mel tak nak lihat pakcik dan Qaseh macamni. Mel pergi dulu. Assalamualaikum,” ujar Melissa seraya berlalu.

“Waalaikumusalam,” jawab Azhar perlahan.

“Kan aku dah cakap. Kau degil,” ujar Fiq.

Azhar diam. Fiq mengeluh perlahan. Memanglah Azhar ni tak reti bahasa!

No comments:

Post a Comment