Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, February 2, 2010

Melodi Cinta 20

Areena duduk bersama gitarnya. Sewa rumahnya sudah dibayar untuk tiga bulan menggunakan duit simpanannya semalam. Pokai sudah Areena sekarang. Dia harus mencari kerja. Tapi yang pasti bukan di syarikat kepunyaan Ayyie.

Areena terus menukar pakaian. Disarungnya slack hitam dan juga kemeja putih polos. Digayakan bersama vest. Fail yang mengandungi sijil-sijil kelayakannya diacapai. Dia terus memecut laju keretanya ke sebuah syarikat.

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah bangunan syarikat.Dia akan mencari kalau-kalau ada jawatan kosong di beberapa syarikat yang ada di bangunan itu.

Dia memasuki Bulan Holding’s kerana di situ ada jawatan kosong. Segera Areena masuk dan bertemu dengan penyambut tetamu.

“Dekat sini ada jawatan kosong ke?” soal Areena.

“Ada. Kitorang sedang mencari setiausaha. Setiausaha lama dah nak kahwin,” ujar penyambut tetamu yang mesra itu.

“Boleh kalau saya nak try?” soal Areena.

“Boleh. Awak isi borang ni dulu,” ujar penyambut tetamu itu sambil menghulurkan satu borang untuk Areena.

Areena mencapai borang tersebut dan kemudian mengisi maklumat peribadi dan kemudian dia menyerahkan kepada penyambut tetamu itu kembali.

“Cik duduk sini dulu ye. Sekejap lagi saya panggil,” ujar penyambut tetamu itu lagi.

Areena mengangguk. Penyambut tetamu itu kemudian bangun dan melangkah ke dalam. Mungkin ke bilik boss. Areena kemudian duduk di sofa yang disediakan. Rasanya seperti pernah dengar nama syarikat itu. Tapi dia sendiri lupa.

Lima minit kemudian, penyambut tetamu itu kembali dan menyuruh Areena masuk ke dalam bilik boss. Areena hanya menurut sahaja.

Pintu diketuk dua kali dan kemudian dia diarahkan masuk. Areena masuk. Seorang perempuan berdiri di sebelah boss. Mungkin itulah setiausahanya. Dan wajah boss itu tidak dinampak. Terselindung di sebalik komputer riba.

“Duduk,” arah perempuan itu.

Areena hanya menurut. Fail di tangan dihulurkan kepada perempuan itu dan kemudian. Entah kenapa, berdebar rasanya.

“Areena kan?” soal perempuan itu.

“Iye,” jawab Areena.

“Saya Elina,” ujar perempuan itu. Fail dihulurkan kepada boss. Areena hanya melihat sahaja.

Kemudian lelaki itu menutup komputer ribanya sekaligus menampakkan wajahnya. Dan Areena begitu terkejut kerana boss nya itu ialah Ayyie. Dan baru dia teringat, dahulu kan dia bekerja di Bulan Center. Ahh, macammana dia boleh lupa?

“Awak tahu tak, awak minta kerja untuk setiausaha bukan guru tuisyen ataupun pengurus cawangan,” perli Ayyie.

Areena menelan liur. Cuba berlagak selamba. Memandangkan ini satu-satunya peluangnya untuk bekerja.

“Saya faham dan saya sedia,” ujar Areena.

“Maaf, awak tiada kelayakan untuk bekerja sebagai setiausaha sebab polisi syarikat ni tidak membenarkan pekerja bekerja dua jawatan sekaligus,” ujar Ayyie.

“Tapi sekarang saya menganggur encik,” ujar Areena.

“Bukanke awak masih menguruskan Bulan Center?” soal Ayyie.

Areena memandang Ayyie.

“Untuk pengetahuan awak Areena, syarikat itu sudahpun dipindahkan ke atas nama awak disebabkan awak sudah mencapai 100 orang pelajar di situ. Bukan dulu saya pernah janji dengan awak ke?” soal Ayyie.

Areena tergamam. Betulkah apa yang didengarinya?

“Betulke Ayyie?” soal Areena. Dia terlupa seketika yang dia tidak menyebut encik Ayyie tetapi hanya menyebut Ayyie.

“Iye. Saya harap awak uruskan syarikat tu betul-betul tapi syer syarikat itu dibahagi dua. Lima puluh saya dan lima puluh awak. Faham?” soal Ayyie.

Areena mengangguk.

“Saya pergi dulu,” ujar Areena. Segera dia bangun dan melangkah keluar. Ayyie hanya melihat langkah Areena menjauhi. Masih mahu berahsia perempuan itu. Ayyie akhirnya tersenyum sendiri.

***

Sudah dua minggu Areena bekerja semula di Bulan Center tetapi kali ini berbeza kerana syarikat ini atas nama dia dan juga Ayyie. Ayyie? Ke mana perginya lelaki itu? Langsung tidak nampak.Rindunya menapak di dada. Areena mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya dan terus didail nombor Ayyie.

“Boleh jumpa sekejap tak?” soal Areena.

“Nak buat apa ye?” soal Ayyie kembali.

“Nak bincang pasal kita,” jawab Areena jujur. Tidak mahu berselindung lagi.

“Kita?” soal Ayyie.

“Ye. Pasal Areena dan Ayyie. Please,” ujar Areena.

Okay. Dekat mana?” soal Ayyie.

“Dekat kedai mamak bawah ni,” jawab Areena.

“Lima minit lagi saya sampai,” ujar Ayyie seraya mematikan talian.

Areena terdiam. Mengapa agaknya Ayyie begitu? Sudah megalahkah dia? Ahh, hari ini dia perlu selesaikan segalanya. Itu semua atas nasihat Alyna semalam. Barulah dia faham dan sedar tujuan dia ke Kuala Lumpur kembali.

Areena menyepit rambut hadapannya. Rambut belakang yang sudahpun panjang dilepaskan sahaja. Kemudian Areena mencapai beg tangannya dan turun ke kedai mamak. Lama dia menanti barulah Ayyie datang.

“Ada apa?” soal Ayyie.

Makanan yang dipesan sudahpun dihabiskan dan sewaktu makan tiada sepatah kata pun terluah. Dan selesai sahaja makan, Ayyie terus bertanya.

“Saya nak selesaikan segala kekusutan yang terjadi disebabkan ego saya dahulu. Saya minta maaf atas segalanya. Kiranya saya dah terlambat untuk ucapkan yang saya cintakan awak, saya minta maaf,” ujar Areena.

Ayyie memandang Areena. Boleh diluahkan dengan muka yang selamba badak tu? Ayyie memandang Areena.

“Kalau dulu saya malu nak mengaku yang saya cintakan awak tapi sekarang saya dah berani untuk mengaku. Kalau dulu saya bodoh sebab tinggalkan awak tapi sekarang saya dah pandai sedikit. Kalau dulu saya buta menilai cinta awak tapi sekarang saya dah celik. Katakan pada saya kalau semua ni terlambat dan saya akan pergi,” ujar Areena. Matanya merenung mata sepet berwarna biru pekat itu. Mata yang amat dirinduinya!

“Maaf, semuanya dah terlambat….” Belum sempat Ayyie menghabiskan ayatnya, Areena sudah memotong.

“Tak apa. Tak perlu minta maaf. Saya tahu cinta kita memang takkan pernah kesampaian. Cinta saya memang takkan pernah bersambut. Saya faham. Saya doakan yang terbaik untuk awak dan bakal isteri awak,” ujar Areena seraya bangun dan melangkah pergi.

Ayyie hanya membiarkan sahaja. Senyuman terukir di bibir. Lantas dia membayar harga makanan dan kemudian melangkah ke pusat tuisyen yang dikongsi bersama Areena itu. Dia menuju ke bilik Areena. Dari luar kedengaran esak tangisan Areena

“Areena-Areena, pandai kau berlakon!” ujar Ayyie perlahan.

Ayyie kemudian memulas tombol pintu Areena dan masuk. Areena agak kaget dengan kehadiran Ayyie segera mengesat air matanya.

Apa yang dia ni buat dekat sini? Buat malu aku je!

“Ada apa?” soal Areena.

“Awak pernah dapat awards tak?” soal Ayyie bersama satu senyuman.

Awards apa?” soal Areena lurus. Dalam keadaan begini, sempat pula ditanya soalan entah apa-apa itu.

Awards pelakon terbaik di dunia,” jawab Ayyie sambil tertawa.

“Maksud awak?” soal Areena.

“Areena, boleh tak awak menangis kalau sedih. Bukannya menunjukkan muka sepuluh sen ketika sedih. Dan boleh tak awak senyum bila gembira dan bukan menangis?” soal Ayyie.
Areena terdiam.

“Kalau awak sedih, nangis je. Luahkan apa yang terbuku. Awak tahu tak awak luahkan perasaan awak tu macam awak luahkan pada kayu. Langsung tak ada feeling. Boleh tak kali ni awak luahkan dengan feeling? Sekurang-kurangnya awak puas,” ujar Ayyie.

Areena menunduk. Betul juga apa yang dikatakan Ayyie. Perlahan air matanya menitis.

“Saya cintakan awak Ayyie. Mungkin bukan cinta pertama tapi ia tetap cinta. Tapi mungkin saya dah terlambat untuk luahkan segalanya tetapi percayalah saya cintakan awak. Dengan sepenuh hati saya,” luah Areena.

“Dan awak nak tahu tak, awak mungkin terlambat untuk luahkan perasaan awak tapi awak tak pernah terlambat meraih cinta saya. Dah lama saya tahu awak cintakan saya Cuma awak sendiri tidak mahu bagitahu kan? Dan sekarang terbuktilah kan?” ujar Ayyie.

Areena merenung ke dalam mata Ayyie. Ahh, tidak mungkin. Adakah aku bermimpi? Areena mencubit pipinya tetapi tetap sama. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Perlahan air mata Areena membasahi pipinya sebelum dia didakap Ayyie.


No comments:

Post a Comment