Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, March 8, 2010

KITA (15)

Melissa angkat kening. Irshad hela nafas dalam-dalam.

“Perkahwinan bukan satu permainan, Mel. Perkahwinan memerlukan cinta. Mel jangan terburu-buru. Hidup Mel masih panjang lagi. Mel fikir lah dalam-dalam ye,” ujar Irshad.

“Mel dah fikir dalam-dalam dan itu keputusan Mel. Perkahwinan memang perlukan cinta tapi kita boleh pupukkan nanti?” ujar Melissa.

Irshad diam.

“Irshad pun nak kahwin kan? Dan Mel pun kena kahwin untuk lepaskan diri dari seksaan daddy Mel. Jadi kita bekerjasama lah,” ujar Melissa.

Irshad mengeluh. Melissa ni memang keras kepala. Dia fikir perkahwinan tu macam main pondok-pondok ke apa?

“Mel..”

“Ataupun kita tunang je dulu. Kita tunang enam bulan. Kalau kita tak serasi, kita putuskan tali pertunangan kita. Amacam?” potong Melissa.

Irshad pandang wajah Melissa. Kesian pula dia lihat wajah Melissa. Seperti berharap sungguh. Tanpa disedari, Irshad angguk. Melissa senyum lebar.

Thanks Irshad! Thanks!” jerit Melissa perlahan.

Perlahan-lahan Irshad mengukirkan senyuman.

“Mel janji Mel takkan susahkan Irshad! Dalam tempoh enam bulan ni kalau Irshad nak keluar dengan sesiapun Mel tak kisah,” ujar Melissa.

Irshad hanya tersenyum tawar. Dia sendiri was-was dengan keputusan yang dibuatnya ini.



* * *


Teksi yang berhenti di hadapan rumah membuatkan Azhar bingkas dari duduknya. Dia membuka pintu. Linda mengekori langkah Azhar. Mereka melihat sahaja gerangan siapa yang datang itu.

Mereka pandang sahaja gerak-geri perempuan itu. Rambut dan gayanya sama seperti Qaseh tetapi adakah itu Qaseh? Sebaik sahaja perempuan itu menoleh memandang mereka dengan menarik beg rodanya, Linda menjerit.

“Qaseh!!” jerit Linda gembira.

Qaseh senyum segaris. Langkahnya dilajukan lalu dia memeluk Linda.

“Mama! Qaseh rindukan mama!” ujar Qaseh dalam pelukan Linda.

Beg rodanya dicapai Azhar lalu dibawa masuk. Azhar sendiri terkejut dengan kepulangan Qaseh tetapi dia bersyukur. Akhirnya terbuka juga hati Qaseh untuk kembali kepada ibunya.

Pelukan dileraikan. Qaseh pergi ke arah Azhar pula. Tangannya dihulur lalu disambut Azhar. Pantas Qaseh membawa tangan itu ke bibirnya.

“Qaseh minta maaf sebab selama ni Qaseh selalu kasar dengan ayah. Maafkan Qaseh,” ujar Qaseh.

Azhar senyum.

“Ayah dah lama maafkan Qaseh,” ujar Azhar.

Qaseh senyum segaris.

“Dahlah, jom masuk,” ajak Azhar.

Qaseh angguk. Tangan Linda dicapainya lalu ditarik mengekori langkah Azhar masuk ke rumah. Dia duduk di atas sofa.

“Qaseh cuti berapa lama?” soal Linda.

Qaseh senyum penuh makna.

“Kalau Qaseh kata Qaseh dah berhenti kerja dan nak tinggal dekat sini. Macammana?” duga Qaseh.

Linda angkat kening. Azhar tidak menyampuk perbualan dua beranak itu. Dia ke dapur untuk membuat minuman.

“Mestilah mama suka!!” jerit Linda.

Qaseh senyum.

“Qaseh dah buat keputusan. Qaseh akan tinggal sini dengan mama dan ayah,” ujar Qaseh.

Linda senyum. Sekali lagi, dia peluk Qaseh. Qaseh turut tersenyum. Tiba-tiba Azhar datang membawa dulang berisi dua gelas minuman.

“Minumlah dulu Qaseh,” ajak Azhar.

Qaseh angguk. Dia membawa gelas itu ke bibirnya lalu meneguk minuman itu sehingga habis.

“Sedap!” komen Qaseh.

Azhar senyum.

“Qaseh naiklah dulu. Rehat dulu. Malam nanti turun makan ye,” ujar Azhar.

Qaseh angguk. Dia bangun lalu melangkah naik ke atas untuk menuju ke bilik tidurnya.


* * *


“Apa semua ni? Sampai hati Har dengan mama buat Qaseh macamni. Apa dosa Qaseh pada Har? Har tipu Qaseh!” luah Qaseh sambil menangis teresak-esak.

Azhar mendekati Qaseh. Dia cuba memegang tangan Qaseh tetapi cepat ditepis Qaseh. Linda hanya memerhatikan. Air matanya turut tumpah. Fiq pula duduk di atas kerusi memerhatikan mereka.

“Ni semua bukan macam Qaseh fikirkan. Har boleh terangkan semua ni,” ujar Azhar.

“Terangkan apa? Dah terbukti Har curang! Tapi kenapa dengan mama? Har mungkir janji!” tengking Qaseh.

“Qaseh...” belum sempat Linda menghabiskan ayatnya, Qaseh potong.

“Qaseh tak sangka mama tergamak buat Qaseh macamni. Sampai kena tangkap khalwat semua. I hate you mama! And I hate you Azhar!” jerit Qaseh.


* * *


“Qaseh! Bangun sayang,” kejut Linda.

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!” jerit Qaseh.

Linda terkejut. Qaseh dah tersedar. Dia terduduk.

“Qaseh, kenapa ni?” soal Linda.

Qaseh geleng. Dia meraup wajahnya. Kemudian dia beristighfar.

I have a bad dream,” ujar Qaseh.

Linda senyum.

“Tu lah. Tidur sampai Maghrib,” ujar Linda.

Qaseh sengih.

“Mama tak kejutkan Qaseh. Okaylah ma. Qaseh nak mandi lepastu solat,” ujar Qaseh.

Linda angguk. Dia berlalu keluar dari bilik Qaseh. Pintu bilik Qaseh ditutup perlahan.

“Ya Allah. Kenapa aku teringat kembali kisah lama aku?” ujar Qaseh perlahan.

Qaseh meraup wajahnya sekali lagi dan kemudian dia bingkas dan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.


* * *


Batu-batu kecil yang berada di situ dilemparkan ke dalam laut. Dia kebosanan di situ seorang diri.

“Diorang tak nak balik sini ke?” keluh Zakuan seorang diri.

Zakuan masih lagi duduk. Ingatannya mula menerjah kepada pak ngah nya. Entah kenapa dia rasa bersalah kerana sering membuatkan pakngah nya berkecil hati. Walhal dia sendiri tahu ibu dan bapanya meninggal bukan kerana pak ngahnya tetapi kerana ajal mereka sudah sampai.

Dan itu semua ketentuan-Nya. Tetapi hati dia yang degil. Hati dia yang tidak mahu mengalah. Mungkin dia masih belum menerima hakikat. Entahlah, Zakuan sendiri tidak tahu.

“Mungkin dah tiba masanya aku berhadapan dengan realiti,” ujar Zakuan perlahan.

Zakuan bangun dan melangkah ke arah biliknya. Keputusan telah diambil dan dia takkan sesekali berpaling.


* * *


Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy saling berpandangan. Sungguh mereka terkejut dengan keputusan yang dibuat Melissa. Tidak pernah dijangka otak waras mereka Melissa akan buat keputusan sebegitu.

Are you serius?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa angguk.

“Tapi kenapa Mel?” soal Puan Sri Lestari lagi.

“Mel dah dua puluh lima tahun. Mel berhak kan untuk pilih pasangan hidup Mel sendiri,” jawab Melissa.

Puan Sri Lestari mengeluh.

“Mel akan bawa dia jumpa mummy dan daddy this saturday,” ujar Melissa.

Melissa senyum segaris. Kemudian dia bangun lalu melangkah ke biliknya. Puan Sri Lestari memerhatikan langkah Melissa sehinggalah Melissa hilang ke dalam biliknya.

“Abang setuju ke?” soal Puan Sri Lestari.

“Mungkin itu yang terbaik,” jawab Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari angguk. Tidak membantah kata-kata Tan Sri Huzairy.

No comments:

Post a Comment