Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, March 14, 2010

KITA (16)

Zakuan baring di atas katil separa empuknya. Begnya dicampak ke tepi. Rindu dia kepada katilnya itu. Matanya memerhatikan sekeliling. Tiada yang berubah sejak dia meninggalkan rumah ini.

Baru sahaja dia nak terlelap, bunyi derapan kaki seseorang kedengaran. Pantas Zakuan bangun. Tombol pintu dipulas. Langkahnya dilajukan ke bawah. Dari atas, dia sudah nampak kelibat pakngah dan makngah nya sedang duduk di atas kerusi. Zakuan senyum sedikit.

“Pak ngah.. Mak ngah..” panggil Zakuan dari tangga.

Zulkifli dan Zubaidah pandang ke arah Zulkifli. Zakuan cuba senyum. Zulkifli terkejut. Dia bangun. Zubaidah turut mengikut rentak Zulkifli.

“Zakuan..”

Zakuan tidak membenarkan Zulkifli bercakap lagi. Dia pantas menuju ke arah Zulkifli dan memeluk Zulkifli.

“Maafkan Zak, pakngah. Maafkan Zak. Zak tahu selama ni Zak biadab dengan pakngah. Zak tak hormat pakngah. Zak....”

“Pak ngah dah lama maafkan Zak,” potong Zulkifli.

Pelukan dileraikan. Zakuan menitiskan air mata. Zulkifli sebenarnya terkejut juga melihat kehadiran Zakuan di rumahnya dan tiba-tiba meminta maaf.

“Zak janji Zak takkan kurang ajar dengan pakngah lagi,” janji Zakuan.

Zulkifli senyum segaris.

Zakuan melangkah ke arah Zubaidah pula. Tangan dihulurkan. Zubaidah menyambut tangan Zakuan lalu Zakuan mencium tangan itu.

“Maafkan Zakuan, makngah,” ujar Zakuan.

Zubaidah angguk. Zakuan senyum. Zulkifli turut tersenyum. Akhirnya, terbuka juga hati Zakuan untuk pulang ke pangkuan bapa saudaranya.


* * *


Qaseh berdiri di hadapan rumah. Entah kenapa, hatinya terasa tenang berada di sisi mama nya yang tersayang. Angin malam yang bertiup membuatkan dia berasa tenang. Bulan yang memberi cahaya kepada malam dan bintang sebagai hiasannya tersangatlah menarik di langit.

“Ya Allah, betapa indahnya dunia ciptaan-Mu,” ujar Qaseh perlahan.

“Memanglah. Allah kan Maha Adil.”

Azhar menyampuk. Qaseh toleh kanan. Entah bila Azhar berada di sebelahnya dia pun tak tahu. Qaseh senyum.

“Ayah,” tegur Qaseh.

“Qaseh buat apa malam-malam dekat sini?” soal Azhar.

Qaseh lapangkan kedua-dua belah tangannya.

“Hirup udara malam,” jawab Qaseh.

Azhar gelak kecil.

“Sedap ke?” soal Azhar lagi.

“Tak sedap tapi best! Tenang!” jawab Qaseh.

Azhar angguk. Dia turut meniru gaya Qaseh. Qaseh sengih. Kemudian dia memeluk tubuhnya.

“Tenang kan?” soal Qaseh.

“Tenanglah jugak,” jawab Azhar.

“Mama mana?” soal Qaseh.

Azhar angkat bahu.

“Entahlah. Tadi dekat atas sekarang tak tahu lah,” jawab Azhar.

Qaseh angguk. Seketika, keadaan sunyi.

“Kenapa Qaseh quit job Qaseh?” Azhar memecahkan kesunyian.

Qaseh pandang Azhar sekilas kemudian dia pandang depan kembali.

“Itu bukan kerjaya Qaseh sebenarnya. Cuba ayah ingat, Qaseh ambik jurusan apa dulu?” Qaseh angkat kening.

Berkerut dahi Azhar cuba mengingatkan. Qaseh hanya tersengih.

“Hahh!”

“Apa?”

“Ayah dah ingat!”

“Ye lah apa?”

“Jurusan Perniagaan!”

Qaseh tersenyum.

“Qaseh fikir ayah dah tak ingat oh,” ujar Qaseh.

Azhar sengih.

“Mana boleh ayah lupa. Kan Qaseh ni..”

Qaseh pandang Azhar. Azhar terdiam sebentar. Dia telan liur.

“Anak ayah,” sambung Azhar.

Qaseh tersenyum tawar dan menundukkan kepalanya memandang kaki. Azhar hanya memerhatikan sahaja. Dia tahu Qaseh masih belum boleh melupakan dia. Dalam hati Azhar menyumpah dirinya kerana hampir-hampir sahaja terlepas cakap tadi.

“Qaseh masuk dulu,” ujar Qaseh.

Azhar pandang Qaseh. Qaseh terus sahaja berlalu. Azhar hanya memerhatikan langkah Qaseh sehingga hilang dari pandangan.

“Kenapalah aku pergi cakap macamtu dekat dia?” keluh Azhar.

Qaseh menutup perlahan pintu biliknya. Badannya dibaringkan di atas tilam. Tangan diletakkan di atas dahi. Perlahan air mata Qaseh mengalir.

“Kenapa perasaan cinta aku kepada kau muncul kembali? Kenapa?” keluh Qaseh.

Qaseh tahu dia takkan boleh bersama dengan Azhar. Sampai mati pun dia tak boleh. Tetapi dia sendiri tidak berupaya menepis perasaan cinta itu. Kalaulah Azhar tidak bercakap begitu, mungkin perasaan itu masih terkawal.

Dan sekarang Qaseh berasa menyesal kembali ke rumah ini. Rumah yang menyimpan seribu satu kenangan. Qaseh mengeluh untuk sekian kalinya.


* * *


Melissa pandang ke kiri dan ke kanan. Senyuman mula terukir apabila kereta Mazda berhenti di hadapan rumahnya. Segera dia melangkah ke arah kereta itu.

Irshad keluar daripada kereta itu. Kaca mata hitamnya ditanggalkan lalu diletakkan ke dalam dashbox keretanya.

“Jom Irshad,” ajak Melissa.

Irshad angguk. Mereka berdua berjalan ke pintu rumah Melissa. Sampai sahaja di dalam rumah, Melissa mempersilakan Irshad duduk di atas sofa. Kemudian Melissa memanggil ibu bapanya.

“Assalamualaikum Tan Sri, Puan Sri,” ujar Irshad.

Tangan dihulurkan ke arah Tan Sri Huzairy. Tan Sri Huzairy menyambutnya dan Irshad lantas membawa tangan itu ke dahinya.

“Waalaikumusalam,” balas Tan Sri Huzairy.

“Duduklah Irshad,” pelawa Puan Sri Lestari.

Irshad menurut. Melissa duduk di sebelah Irshad.

Kemudian bibik datang membawa minuman.

“Bik, sediakan makan tengah hari untuk empat orang ye,” arah Puan Sri Lestari.

“Baik Puan Sri,” jawab bibik sambil berlalu ke dapur.

“Irshad makan tengah hari dekat sini ye,” ajak Puan Sri Lestari.

“Ha'ah Irshad. Hari ni mummy masak sedap!” ujar Melissa.

Irshad senyum.

“Kalau macamtu, saya okay je,” ujar Irshad.

So macamana kenal si Melissa ni?” soal Tan Sri Huzairy.

Irshad senyum. Dia pandang Melissa sekilas dan kemudian pandang Tan Sri Huzairy.

“Waktu Mel kerja dekat hotel tepi pantai tu,” jawab Irshad.

Tan Sri Huzairy angguk.

“Baru lagi lah ni?” soal Puan Sri Lestari.

Irshad angguk.

“Tak nak kenal hati budi masing-masing dulu? Macam gopoh je gayanya,” ujar Puan Sri Lestari.

Irshad senyum.

“Sebab tu lah saya ingat nak bertunang enam bulan dulu. Dalam waktu tu, kami akan cuba mengenal hati budi masing-masing. Lagipun saya percayakan Melissa,” ujar Irshad.

Puan Sri Lestari angguk.

So bila tu nak bertunang?” soal Tan Sri Huzairy.

“Kalau boleh secepat mungkin. Puan Sri dengan Tan Sri boleh tentukan tarikh tu. Saya tak kisah. Janji saya dan Melissa disatukan jua akhirnya,” ujar Irshad.

Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari diam. Melissa dan Irshad berpandangan sebentar. Kemudian mereka pandang kembali ke arah Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari.

“Kalau dua minggu lagi macammana?” soal Puan Sri Lestari.
Irshad senyum.

“Saya okay je!” jawab Irshad.

Melissa senyum.

“Makanan sudah dihidangkan Puan Sri,” ujar bibik.

Okay bik,” ujar Puan Sri Lestari.

Bibik berlalu ke dapur.

“Jom makan, Irshad,” ajak Melissa.

Irshad menurut. Mereka berempat melangkah ke arah meja dan mula menikmati makanan.

No comments:

Post a Comment