Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, March 16, 2010

KITA (17)

“Qaseh, bangun!,” Linda mengetuk pintu bilik Qaseh.

Qaseh diam. Dia sememangnya awal-awal sudah bangun ataupun lebih tepat dia tak boleh tidur langsung! Ini semua gara-gara Azhar!

“Qaseh!” panggil Linda lagi.

Akhirnya, Qaseh menjawab jua.

“Ye. Kejap lagi Qaseh turun ma,” ujar Qaseh.

Selepas itu, tiada lagi kedengaran bunyi ketukan pintu. Qaseh baring kembali. Matanya ditutup. Sebenarnya dia malu untuk turun! Kalau dia turun, bermakna dia akan berhadapan dengan Azhar. Dan kalau dia berhadapan dengan Azhar, pastinya dia akan teringat peristiwa semalam!

Dia sendiri tahu dia tak boleh bersembunyi di mana-mana kerana dia serumah dengan Azhar! Dia pasti akan bertemu jua dengan lelaki itu. Akhirnya Qaseh buka mata dan bangun daripada baringnya. Langkahnya menuju ke bilik air.

Usai sahaja siap, pantas Qaseh turun ke bawah dan menuju ke ruang makan.

“Mama masak apa?” soal Qaseh.

Linda yang berada di dapur pandang Qaseh sekejap. Kemudian dia menyambung kerjanya.

“Mama masak ayam masak merah dengan kubis goreng,” jawab Qaseh.

Qaseh duduk. Dia mencapai pinggan lalu disendukkan nasi ke dalam pinggan.

“Mama, tolong ambikkan Qaseh air sekali ye!” ujar Qaseh.

Linda tidak menjawab. Qaseh terus sahaja makan.

“Lindaa! Mana awak letak kunci kereta saya?”

Azhar masuk ke dapur. Qaseh tunduk. Suapannya terhenti.

“Dekat dalam laci lah. Awak nak pergi mana?” soal Linda.

Azhar pandang Qaseh sekejap kemudian dia pandang Linda kembali.

“Saya nak pergi kedai sekejap,” jawab Azhar.

Linda angguk. Baru sahaja Azhar mahu melangkah, Linda bersuara.

“Awak tolong bagi air ni dekat Qaseh,” ujar Linda.

Azhar angguk. Dia capai gelas minuman itu.

“Ada benda nak pesan tak?” soal Azhar.

Linda geleng.

Azhar melangkah ke Qaseh yang masih tunduk. Gelas diletakkan di sebelah pinggan Qaseh. Qaseh masih lagi menunduk.

“Qaseh nak pesan apa-apa tak?” soal Azhar.

“Tak ada apa-apa,” jawab Qaseh perlahan. Masih dalam keadaan tunduk.

Azhar terus sahaja berlalu ke hadapan. Dia sendiri rasa bersalah. Hubungan yang baru sahaja mahu jernih menjadi keruh kembali.

Qaseh mahu meneruskan suapannya tetapi dia tidak mampu. Seleranya mati begitu sahaja! Pantas dia meneguk minuman sehingga tinggal setengah. Kemudian dia bawa pinggan ke sinki dan membasuhnya.

“Qaseh kenyang,” ujar Qaseh.

Linda hanya angguk.



* * *


Telefon bimbit dicapai lalu didail nombor Irshad. Panggilan pertamanya tidak terjawab. Panggilan kedua baru lah dijawab.

Hello,” ujar Irshad.

Hello,” balas Qaseh.

“Ada apa Qaseh?” soal Irshad.

“Sibuk?”

“Tak lah. Why?”

“Jumpa nak?”

“Lahh, aku dekat K.L ni.”

“Aku tahu. Aku pun dekat K.L.”

Really?”

“Betul. So boleh jumpa atau tak ni?”

Sure boleh. Dekat mana?”

How about Tasik Titiwangsa?”

Alright. I'll be there in 5.00 p.m,”

Okay. Aku tunggu kau,”

Talian dimatikan.



* * *


Tepat jam 5.00, Irshad tiba. Kelibat Qaseh sudahpun ada. Terkocoh-kocoh Irshad mendapatkan Qaseh.

“Aku lambat ke?” soal Irshad.

Qaseh geleng.

“Aku yang cepat,” jawab Qaseh.

Irshad duduk di sebelah Qaseh.

So bila balik K.L?” soal Irshad.

“Baru je. Tak sampai seminggu pun lagi,” jawab Qaseh.

Irshad angguk.

“Maknanya tinggal Zak sorang je lah dekat sana?” tanya Irshad lagi.

Qaseh angguk.

“Tapi tak tahulah kalau dia dah balik K.L jugak kan,” jawab Qaseh.

“Oh..”

“Kau tahu tak mana Melissa sekarang? Aku call dia tapi tak dapat,” Qaseh angkat kening.

Irshad senyum.

“Tahu,” jawab Irshad.

“Mana?” soal Qaseh.

“Kau nak jumpa dia ke?” Irshad tidak menjawab soalan Qaseh.

Qaseh angguk.

“Kalau boleh.”

“Nanti aku aturkan perjumpaan kau dengan dia. Jangan risau, okay?” ujar Irshad.

Qaseh kerut dahi.

“Kau macam P.A dia je,” usik Qaseh.

Irshad dan Qaseh gelak.

“Dia bakal tunang aku,” ujar Irshad setelah tawa Qaseh reda.

Qaseh bantai gelak lagi.

“Perasan!” ujar Qaseh.

“Aku serius. Kitorang bertunang lagi dua minggu,” ujar Irshad serius.

Qaseh berhenti gelak. Dipandangnya wajah Irshad untuk mencari kebenaran. Betul lah. Dia tak tipu.

“Betul?” Qaseh meminta kepastian sekali lagi.

Irshad angguk. Senyuman di bibir terukir.

“Kenapa kau tak percaya?” soal Irshad.

Qaseh angkat bahu.

“Aku ingat Melissa dengan Zakuan,” ujar Qaseh.

Irshad angkat kening.

“Kenapa?”

“Sebab dia dua orang rapat kan dulu,” Qaseh sengih.

First come first serve. Siapa cepat, dia yang dapat. Kesian Zak. Aku dah sambar dulu Melissa,” ada tawa di hujung ayatnya.

“Kau cakap macam kau ni evil tahu tak?” Qaseh ketuk kepala Irshad.

Irshad usap kepala dia yang diketuk Qaseh tadi.

“Ala, aku bergurau je lah. Zak kan ada kau,” usik Irshad.

Qaseh bulatkan mata.

“Gila kau!” marah Qaseh.

Irshad tertawa. Qaseh turut tertawa.


* * *


Dah masuk lima kali Zakuan cuba hubungi Melissa namun semuanya tidak berjawab. Zakuan mengeluh lama. Dan entah kenapa, nombor Qaseh didailnya pula. Tidak sampai seminit, talian sudah dapat disambungkan.

Hello..” suara Qaseh kedengaran.

Zakuan diam.

“Zakuan!” panggil Qaseh lagi.

Zakuan masih diam. Sebenarnya bukan dia sengaja untuk senyap tetapi sebaik sahaja kedengaran suara Qaseh, mulutnya seperti dikunci.

“Ada orang tak ni?” soal Qaseh.

“Er..” akhirnya keluar juga suara Zakuan walaupun sekadar 'er'.

“Haa ada apa telefon saya ni?” soal Qaseh.

“Kalau ada hal je ke baru boleh telefon awak?” entah kenapa laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Zakuan. Dengan nada keras pulak tu!

“Tak adalah,” jawab Qaseh perlahan. Dia agak tersinggung dengan kata-kata Zakuan itu. Keras sahaja bunyinya!

“Awak dekat mana tu?” Zakuan cuba mengubah topik. Tahu akan kesalahannya tapi tidak pula mahu meminta maaf. Hai biasalah ego!

“Dekat Tasik Titiwangsa,” jawab Qaseh.

Alone?” soal Zakuan.

No lah. Ada Irshad dekat sebelah ni,” jawab Qaseh.

Zakuan tersenyum tawar.

Hey Zakuan!” suara Irshad kedengaran menyampuk.

“Diamlah Irshad. Menjerit je tahu,” itu pula suara Qaseh sedang marah Irshad.

Dan kedengaran pula tawa Irshad. Entah kenapa, Zakuan berasa sedikit kecewa bercampur rasa sakit. Cemburukah dia? Tak mungkin!

“Malam ni free tak?” soal Zakuan.

Free. Kenapa?” Qaseh pula bertanya.

“Saya ada dekat K.L ni. So boleh lah kita keluar makan. Maksud saya, awak, Irshad dan saya,” ujar Zakuan.

Qaseh diam lima saat.

“Kalau tak boleh tak apalah,” ujar Zakuan.

“Eh boleh boleh! Dekat mana?”

Zakuan senyum sedikit. Kemudian dia beritahu di mana tempat dan pukul berapa mereka boleh bertemu. Kemudian talian dimatikan.


* * *


Qaseh masukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya. Kemudian dia pandang Irshad. Senyuman terukir di bibir. Irshad angkat kening kiri.

“Zak ajak kita pergi dinner malam ni,” ujar Qaseh.

“Wah! First date lah ni?” usik Irshad.

Qaseh ketuk kepala Irshad.

“Bukan aku seorang je tapi K.I.T.A. Maksudnya, aku, kau, dia dan juga Mel,” ujar Qaseh.

“Oh!”

“Ajak Mel sekali tau!” ujar Qaseh.

Irshad senyum nakal.

“Mestilah. Aku kan nak hancurkan hati Zak! Melissa kan sayangkan aku. Nanti kau cepat cepat lah masuk line. Biar dia cair dengan .....”

Qaseh bangun dan mula melangkah. Malas mahu mendengar Irshad melalut. Irshad turut bangun.

“Wei! Tunggu lah aku!” jerit Irshad.

Qaseh sudahpun jauh ke hadapan. Qaseh pusing belakang.

First come first serve!” jerit Qaseh.

Kemudian Qaseh meneruskan langkahnya. Irshad mendengus dan terus mengejar Qaseh.

No comments:

Post a Comment