Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, March 19, 2010

KITA (18)

Seperti yang dijanjikan, mereka berempat bertemu di restoran seafood itu. Zakuan datang sendiri dengan motosikal Modenas Kriss. T-shirt biru laut bertulis dan jeans hitam pekat tersarung di badannya. Rambutnya seperti biasa.-spiky!

Dan kemudian Qaseh pula tiba dengan skuter Ego warna metalic silver. Penampilannya seperti biasa. T-shirt hitam gambar smiley dan jeans biru. Rambutnya diikat satu.-pony tail!

Akhir sekali, tibalah kehadiran Melissa dan Irshad. Irshad jemput Melissa di rumahnya. Melissa dengan blaus hijau dan legging hitam. Irshad pula T-shirt hijau dan jeans biru. Nampak sedondon!

Dan kini mereka berempat sedang menjamu selera.

“Haa! Lama gila tak jumpa kauorang!” Melissa memecahkan kesunyian.

Qaseh angkat kepala pandang Melissa. Irshad dan Zakuan pun.

“Mesti kau rindukan aku kan?” Qaseh angkat kening.

“Mestilah!” jawab Melissa.

“Macamlah lama tak jumpa. Padahal tak sampai one month pun kan?” usik Irshad.

Melissa buat isyarat tangan Looser dekat Irshad.

“Ada orang jealous!” ujar Qaseh.

Irshad buat sign nak muntah.

“Tak ada masa aku nak cemburu!” ujar Irshad.

“Ala la la. Ye lah tu. Karang kalau Zak berkepit dengan Melissa twentyfour hours, ada jugak kedai yang terbakar,” usik Qaseh lagi.

Melissa gelak. Zakuan tak faham. Dahlah dia tak faham lepastu nama dia pulak tu yang terlibat. Segera dia pandang Melissa. Lalu diangkat keningnya apabila Melissa juga pandang dia.

“Janganlah dilayan si Qaseh ni. Karang melalut sampai esok pagi!” ujar Melissa.

Irshad angguk.

“Aku pulak yang kena?” soal Qaseh.

“Dah memang!” ujar Melissa dan Irshad serentak.

“Ye lah ye lah,” Qaseh mengalah.

Irshad dan Melissa berpandangan lalu tawa terhambur dari mulut masing-masing. Zakuan masih tidak mengerti ke mana arah perbualan itu. Lalu dia angkat tangan.

“Wei! Aku ada soalan!” ujar Zakuan.

Semua pandang Zakuan. Mereka hampir tertawa melihat Zakuan. Lucu! Seperti budak-budak yang nak jawab soalan.

“Apa?” soal Irshad.

“Kau dengan Melissa ada apa-apa ye?” soal Zakuan.

Irshad dan Melissa saling berpandangan.

“Diorang nak bertunang lagi dua minggu!” Qaseh tolong jawabkan soalan Zakuan itu.

Irshad dan Melissa pandang Qaseh. Qaseh jelir lidah.

Serius? Wahh, tahniah oh!” ujar Zakuan.

Thanks,” balas Irshad dan Melissa hampir serentak.

Kemudian suasana senyap kembali. Masing-masing menghabiskan makanan yang terhidang. Habis sahaja makanan tersebut, mereka semua bangun.

“Mel, nak cakap sikit,” ujar Zakuan.

Melissa pandang Zakuan. Kemudian dia angguk. Lalu mereka berdua melangkah ke satu tempat agak jauh dari Irshad dan Qaseh.

“Ada apa?” soal Melissa.

“Kenapa off handphone?” soal Zakuan.

Sorry lah Zak. Telefon Mel dekat daddy. Kena rampas! Mel tak boleh guna phone dah sampai lah Mel bertunang dengan Irshad dua minggu lagi,” jawab Melissa.

Zakuan angkat kening.

“Jadi pertunangan Mel dengan Irshad hanyalah untuk melepaskan Mel daripada hukuman daddy Mel tu?” soal Zakuan lagi.

Melissa tunduk. Rasa bersalah menyelubung dirinya.

“Mel terpaksa,” ujar Melissa.

“Banyak lagi cara yang Mel boleh buat. Tapi kenapa dengan bertunang dengan orang yang Mel tak cinta?” soal Zakuan.

“Cinta tu boleh dipupuk kan? Insya-Allah Mel akan cuba cintakan Irshad,” ujar Melissa.

Zakuan mengeluh.

“Apa-apa lah Mel. Asalkan Mel bahagia. Zak tak nak tengok Mel tersiksa sebab Mel kawan Zak. Zak nak yang terbaik untuk Mel,” ujar Zakuan.

Melissa senyum.

“Insya-Allah Mel akan bahagia,” ujar Melissa.

Zakuan turut tersenyum tawar. Dan mereka berdua melangkah ke arah Irshad dan Qaseh yang juga sedang berbual ringkas.

Okay lah guys! Kita orang balik dulu. Bye!” ujar Irshad.

Dan sekarang tinggallah Qaseh dan Zakuan. Qaseh dah siap dengan helmet nya.

“Qaseh!” panggil Zakuan.

Qaseh pandang Zakuan.

Goodnight,” ujar Zakuan.

Qaseh angguk.

Goodnight to you too,” ujar Qaseh sebelum membonceng skuternya jauh dari situ.


* * *


Irshad pandang Melissa menggunakan ekor matanya. Melissa seperti orang kematian kucing. Ke situ salah ke sana salah. Tapi Irshad hanya diam dan memerhatikan sahaja dari ekor matanya.

“Pasang radio boleh tak?” soal Melissa.

Irshad pandang Melissa sekilas.

“Boleh tak?” soal Melissa lagi.

“Kenapa?” soal Irshad.

“Bosan!” jawab Melissa.

“Tipu!” ujar Irshad.

Melissa pandang Irshad. Kening kanan diangkat.

“Maksud Irshad?” soal Melissa.

“Apa yang buat Melissa gelisah macamtu? Kenapa? Apa yang Zak cakap dekat Mel?” soal Irshad.

Melissa diam. Tidak menjawab.

“Kenapa tak jawab?” soal Irshad.

“Tak tahu nak jawab apa,” jawab Melissa.

Irshad senyap. Dia membelokkan keretanya ke tepi jalan dan diberhentikan keretanya. Enjin dibiarkan terpasang. Melissa pelik.

“Kenapa berhenti?” soal Melissa.

Irshad pusing pandang Melissa.

We need to solve this problem right now! Please bagi kerjasama,” ujar Irshad tegas.

Melissa tunduk.

“Masalah apa?” soal Melissa.

Irshad hembus nafas panjang.

“Mel, apa yang Zak cakap? Apa yang buat Mel gelisah macamni? Bagitahu Irshad. I'm your future fiance,” ujar Irshad.

Melissa diam lima saat. Irshad mengeluh. Lalu dia mengangkat muka Melissa. Kelihatan butir-butir jernih di mata Melissa.

Please don't cry. Irshad cuma tanya Melissa. Irshad tak nak Melissa terbeban. Okay, I'm not going to force you again,” ujar Irshad.

Tangannya sudah siap dipegang ke stereng. Namun cepat-cepat Melissa pegang tangan Irshad. Menghalang dia daripada memandu.

“Mel tak tahu apa keputusan yang Mel ni buat betul atau tidak,” ujar Melissa. Cuba menahan tangisnya.

Irshad pandang Melissa. Tangan Melissa dipegangnya.

Look Mel. Irshad tak terbeban pun dengan apa yang Mel buat,” ujar Irshad.

“Mel tak nak hancurkan masa depan Irshad. Mel tahu Mel sellfish sebab paksa Irshad macamni. Mel bersalah sangat. Kita batalkan pertunangan kita,” ujar Melissa.

Irshad agak terkejut. Dia segera memusingkan badannya ke hadapan. Lalu kereta dipandunya. Melissa hanya tunduk sepanjang perjalanan. Dia agak takut melihat wajah Irshad yang seakan marah.

Irshad berhentikan kereta di hadapan villa mewah milik keluarga Melissa. Enjin dibiarkan hidup. Melissa tidak keluar.

Air mata yang ditahan akhirnya keluar jua. Irshad toleh ke Melissa.

“Maaf Mel. Irshad tak boleh batalkan pertunangan kita. Dan Irshad ulang lagi, Irshad tak terasa beban sebab Mel. Irshad harap Mel faham,” ujar Irshad.

Melissa pandang Irshad. Bibir Irshad mengukirkan senyuman.

“Dah, jangan nak menangis. Buruk benar rupa Mel menangis,” Irshad ketawa.

Melissa turut tertawa.

“Terima kasih Irshad!” ujar Melissa.

“Kasih diterima,” seloroh Irshad.

Melissa hanya tertawa. Kemudian Melissa keluar daripada kereta Irshad dan melangkah masuk ke dalam villa nya. Irshad hanya memerhatikan langkah Melissa sehinggalah dia hilang dari pandangan. Kemudian, dia memecut laju kereta BMW nya.



* * *



Nurin pandang Irshad yang baru sahaja pulang. Datin Aliza dan Dato' Muzaffar turut pandang Irshad. Irshad yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah agak hairan. Kenapa agaknya semua pandang aku?

“Kenapa?” soal Irshad.

Irshad duduk di sofa sebelah Nurin. Badannya disandarkan.

“Dari mana?” soal Nurin.

“Dari kedai makan,” jawab Irshad.

“Kan umi dah masak, kenapa nak makan dekat luar lagi?” soal Nurin.

Irshad pandang Nurin sekilas.

“Jumpa kawan sekali,” jawab Irshad.

“Lelaki ke perempuan?” ada nada cemburu dalam ayat Nurin itu.

Irshad tidak menjawab. Nurin geram.

“Umi, Irshad nak bertunang dua minggu lagi,” ujar Irshad.

Datin Aliza tersentak. Nurin turut tersentak. Dato'Muzaffar biasa sahaja.

“Kenapa cepat sangat ni?” soal Datin Aliza.

“Irshad dah jumpa parents dia haritu. Dan mereka pun dah setuju. Diorang yang tentukan tarikh tu. So two weeks more left,” ujar Irshad.

But you just twenty-two years old!” ujar Datin Aliza.

“Bukannya Irshad nak kahwin lagi pun. Irshad cuma nak bertunang je. Bila umur Irshad dua puluh tiga tahun, barulah Irshad akan kahwin. Okay?” ujar Irshad.

Datin Aliza senyap.

Okay! But Irshad kena bawa perempuan pilihan Irshad tu dekat sini esok,” ujar Datin Aliza.

Irshad agak gembira. Senyuman terukir di bibir.

Thanks umi!” jerit Irshad gembira seraya memeluk Datin Aliza.

Nurin yang hanya memerhati dan mendengar jadi sakit hati. Perlahan dia bangun dan naik ke atas. Pintu biliknya dihempas kuat.

“Kenapa dengan Nurin tu umi?” soal Irshad.

Datin Aliza menggeleng.

“Sakit perempuan kot,” jawab Irshad sendiri.

Datin Aliza hanya angkat bahu. Dato'Muzaffar pula buat tak tahu.


* * *


Zakuan hela nafas panjang. Wajah Zulkifli dan Zubaidah dipandangnya silih berganti. Kata mereka ada hal penting yang mahu dibicarakan.

“Saya dah bersedia sekarang. Boleh bagitahu sekarang tak?” soal Zakuan.

Zulkifli dan Zubaidah saling berpandangan. Kemudian mereka pandang Zakuan.

“Ini mengenai kamu, Zakuan,” ujar Zulkifli.

Zakuan angkat kening. Mengenai aku?

“Just bagitahu je pak ngah,” desak Zakuan.

Actually arwah ayah kamu dan pak ngah bukanlah adik beradik,” ujar Zulkifli.

Zakuan tersentak. Bukan adik beradik? Maknanya apa?

“Arwah ayah kamu dan pakngah hanyalah adik beradik angkat,” ujar Zulkifli lagi.

Kali ini dia memang dah tak boleh nak cakap apa. Kenyataan itu membuatkan dia sedar betapa murninya hati pak ngahnya menjaga dia walaupun dia hanyalah anak saudara angkat.

“Habis siapa keluarga ayah saya?” akhirnya keluar jua suara dari Zakuan.

Zulkifli tarik nafas panjang kemudian dihelanya perlahan. Lalu diberitahu segalanya kepada Zakuan. Zakuan hanya mampu mendengar dan mendengar.

No comments:

Post a Comment