Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, March 21, 2010

KITA (19)

Sudah dua hari Irshad dan Melissa bergelar tunang. Status baru bagi mereka! Majlis yang diadakan kecil-kecilan antara keluarga Irshad dan keluarga Melissa serta orang-orang yang berkenaan berjalan dengan lancar. Tetapi Irshad pelik, mengapa Nurin langsung tidak mahu hadir ke majlis pertunangannya?

“Assalamualaikum umi,” ujar Irshad.

Datin Aliza tersenyum senang melihat Irshad gembira.

“Waalaikumusalam,” jawab Datin Aliza.

“Assalamualaikum abi dan Nurin,” ujar Irshad lagi.

Dato' Muzaffar menjawab salam Irshad. Nurin pula langsung tidak menjawab.

Irshad duduk di sebelah Nurin. Pinggan dicapai lalu diisikan dengan nasi goreng.

“Nurin, ambilkan abang sudu,” ujar Irshad.

Nurin capai sudu lalu diberikan kepada Irshad tanpa senyuman seperti selalunya.

“Nurin kenapa? Sakit ke?” soal Irshad.

Nurin mencebik.

“Sihat walafiat je,” jawab Nurin.

“Ke gaduh dengan boyfriend?” usik Irshad.

Nurin terus bangun. Tangannya dihulur kepada Datin Aliza lalu dicium. Kemudian Dato' Muzaffar pula.

“Nurin pergi dulu umi, abi,” ujar Nurin seraya melangkah keluar dari rumah.

Irshad kerut dahi.

“Kenapa dengan dia?” soal Irshad.

Datin Aliza hanya mendiamkan diri.

“Sejak kebelakangan ni perangai dia makin pelik lah. Tak faham Irshad,” ujar Irshad.

“Irshad kena lebih memahami Nurin,” ujar Datin Aliza.

Irshad angguk.


* * *

Zakuan baring. Tangannya diletakkan di atas dahi. Penat memikirkan siapakah abang kandung bapanya. Terngiang-ngiang kata pakngah nya tempoh hari.

“Arwah ayah Zakuan diserahkan kepada keluarga pakngah waktu ayah Zakuan kecil lagi. Around six years old. Tapi ayah Zakuan tahu dia just anak angkat je. Tok dengan nenek tak pernah pilih kasih. Diorang jaga arwah dengan pakngah sama je. Waktu arwah nak berlepas ke London haritu, arwah ada pesan dekat pak ngah kalau apa-apa jadi, surat ni haruslah diserahkan kepada Zakuan andai Zakuan sudah mampu menerima segalanya.”

Surat di atas meja dicapainya. Buat kali ke berapa, surat itu dibaca sekali lagi.


Zakuan anak ayah,

Waktu Zak baca surat ni mungkin ayah dengan ibu dah lama tak ada. Maybe.. Dan mungkin Zak dah tahu ayah dan pak ngah bukanlah adik beradik kandung.

Sekarang mesti Zak tertanya-tanyakan siapa pak cik Zak yang sebenarnya. Dan siapa nenek dan datuk Zak yang sebenarnya. Untuk pengetahuan Zak, ayah dibagi kepada keluarga Tok sebab kewangan. Ayah dan ibu kandung ayah tak mampu nak bela ayah. Jadi diorang bagi ayah kepada Tok. Tapi abang ayah dibelanya kerana ketika itu umur abang ayah sudahpun 10 tahun
.

Tak perlu lah ayah cerita panjang-panjang tetapi kalau Zak nak cari siapa pak long Zak, Zak carilah. Nama dia Huzairy. Dan isterinya Lestari. Ayah sempat mengunjungi diorang lima bulan sebelum ayah terbang ke London. Dia terima ayah seadanya. Tapi sayang, datuk dan nenek Zak sudahpun meninggal. Itu info yang ayah dapat sewaktu berkunjung ke rumah Huzairy.

Zak, ayah tahu Zak mampu lalui hidup ini. Akhir kata, semoga Zak hidup bahagia. Ibu dan Ayah di sini bahagia andai Zak bahagia. Ingatlah wahai anakku, hidup ini hanya sekali dan jangan dipersiakannya. Ingat Allah selalu ye Zak. Wassalam..



Zakuan melipat kembali surat itu. Huzairy dan Lestari! Itulah nama pak long dan mak long kandungnya! Ahh, susahlah dia harus mencari mereka! Tiada alamat yang arwah bapanya berikan kepada dia. Nama Huzairy kan ada beratus di Malaysia ini dan begitu jua Lestari! Macammana harus dicarinya?

Akhirnya Zakuan terlelap dengan surat di tangannya. Terlelap bersama seribu satu kemungkinan.


* * *


Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari duduk di atas katil. Tan Sri Huzairy memegang kepala. Puan Sri Lestari memicit lemput kepala suaminya yang tercinta.

“Kenapa bang?” soal Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy pandang Puan Sri Lestari.

“Abang teringatkan Zafran,” jawab Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari berhenti daripada memicit kepala Tan Sri Huzairy.

“Kenapa?” soal Puan Sri Lestari.

“Abang dah lama tak contact dia Ari. Lebih pada sepuluh tahun Ari. Abang tak tahu mana dia berada sekarang. Entah hidup entahkan meninggal. Abang sendiri tak tahu,” jawab Tan Sri Huzairy.

“Abang tak tahu alamat rumah dia?” soal Puan Sri Lestari.

“Abang pernah pergi rumah dia dulu tapi tak ada orang. Kosong! Rumah tu macam terbiar. Macam dah lama tak ada orang duduk,” jawab Tan Sri Huzairy.

“Abang nak cari dia?” soal Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy senyum tawar.

“Mana abang nak cari dia Ari. Dunia ni luas. Dan beratus nama Zafran dekat bumi ni,” ujar Tan Sri Huzairy.

“Takkan abang nak menyerah macamtu je? Apa pun dia masih adik abang,” nasihat Puan Sri Lestari.

“Abang tahu Ari. Tapi macammana?” soal Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari petik jari. Lalu diberitahunya tentang idea dia. Tan Sri Huzairy senyum.

“Pandai betul Ari ni kan,” puji Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari hanya tersenyum sebagai balasan.


* * *


Perbualan antara Nurin dan Datin Aliza menarik Irshad untuk mendengarnya. Lagi-lagi namanya ada disebut. Ditekapkan telinganya ke pintu bilik Nurin yang tertutup itu.

What's wrong with you dear?”

What's wrong with me? What's wrong with you umi?”

“Nurin ada masalah kan?”

“Pernah ke umi ambil berat tentang Nurin? Semuanya abang! Semuanya abang! Umi langsung tak pernah fikirkan Nurin! Nurin ni siapa umi? Nurin ni anak kandung umi kan? Dan abang bukan anak kandung umi tapi kenapa umi layan Nurin teruk!”

Irshad tersentak. Namun dia masih cuba mendengar apa yang mahu dikatakan Nurin. Dia mahu mendengar walaupun hatinya sakit!

“Kenapa Nurin cakap macamtu? Umi tak pernah bezakan Irshad dengan Nurin. Dua-dua umi sayang!”

“Habis kenapa biarkan abang bertunang?”

Irshad semakin berminat. Apa kaitan aku bertunang dengan kasih sayang umi?

“Kenapa umi tak jawab? Umi tahukan Nurin cintakan abang! Umi tahu kan? Kenapa umi buat Nurin macamni?”

Irshad tersentak. Pantas kakinya dihayunkan menuju ke biliknya. Tidak sanggup untuk dia mendengar kata-kata Nurin lagi. Pintu biliknya ditutup perlahan. Lalu dia baring di atas katil.

“Nurin cintakan aku? Tapi kenapa?”

Soalan tanpa jawapan. Akhirnya Irshad tenggelam dalam persoalanan yang belum terungkai dan kenyataan yang membuatkan dia bersalah.


* * *

Qaseh mencapai telefon bimbitnya. Nombor Melissa dicari lalu didail. Kemudian dia menghantarkan pesanan ringkas kepada Melissa.


Hey, just wanna ask you out. I'm damn boring here! Can we?

Tidak sampai dua minit, pesanannya dibalas.

I'm afraid cannot. Sorry yeah Qaseh! Try tanya Zakuan ataupun Irshad. Maybe diorang free kot:) Once again, sorry!

Qaseh membalas ringkas mesej itu.

NVM. Okay bye!

“Qaseh!” panggil Linda.

Qaseh segera bangun lalu membuka pintu.

“Ada apa ma?” soal Qaseh.

“Kita ada tetamu tu,” jawab Linda.

Qaseh kerut dahi.

“Siapa?” pantas sahaja Qaseh bertanya.

Linda tersenyum.

“Turunlah baru tahu,” ujar Linda.

Qaseh angguk.

“Kejap lagi Qaseh turun ye ma,” ujar Qaseh.

Linda angguk dan berlalu pergi. Qaseh menutup pintu biliknya. Langkahnya dituju ke arah meja yang meletakkan barang-barangnya. Dia capai sikat dan menyikat rambutnya. Kemudian rambutnya diikat satu.

Akhirnya dia melangkah keluar daripada bilik. Pantas kakinya melangkah ke ruang tamu di tingkat bawah. Dan...

“Fiq!!”

Fiq angkat kepala pandang suara yang memanggil dirinya. Automatik dia berdiri dan bibirnya menguntumkan senyuman.

“Qaseh!” balas Fiq.

Qaseh sengih. Sungguh dia tak sangka Fiq melawat dia!- Err melawat dia atau melawat Azhar?

“Korang boraklah dulu. Aku solat Zuhur kejap,” ujar Azhar tiba-tiba.

Azhar bangun dan berlalu ke biliknya di tingkat atas. Qaseh segera duduk di sebelah Fiq.

“Pak cik rindu saya err?” usik Qaseh.

“Rindu? Eysh, perasan betul anak buah aku ni!” balas Fiq.

Qaseh buat muncung. Fiq ketawa.

“Ala la la, iye pak cik rindu betul dengan anak buah pak cik sorang ni!” pujuk Fiq.

Qaseh pula ketawa.

“Tidur sini err?” soal Qaseh.

Fiq angguk. Qaseh dah gembira.

“Berapa lama?” soal Qaseh.

“Hari ni je lah. Esok nak kena balik dah. Diving shop tu siapa nak jaga. Dahlah pembantu dah tak ada,” ujar Fiq.

Qaseh sengih. Tahu apa yang dimaksudkan Fiq.

“Err jom lah Qaseh bawak pakcik bersiar-siar dekat K.L ni,” ajak Qaseh.

Fiq menjengilkan matanya.

“Eleh, macam aku ni orang asing je,” ujar Fiq.

Qaseh gelak.

“Kita pergi KLCC nak?” ajak Qaseh.

Fiq angkat kening.

“Nak buat apa? Barang dekat situ mahal!” ujar Fiq.

Then how about Bukit Bintang?” soal Qaseh.

Fiq geleng.

“Panas!” ujar Fiq.

“Kalau Jalan Chow Kit?” soal Qaseh.

Fiq geleng lagi.

“Banyak orang!” jawab Fiq.

Qaseh dah geram.

“Banyak songeh ahh kau!!” jerit Qaseh kuat.

Fiq gelak. Qaseh buat muka masam.

“Okay okay. Kita pergi Mid Valley!” ujar Fiq.

Qaseh senyum.

Yeah finally!” ujar Qaseh gembira.

Fiq hanya menggelengkan kepala melihat telatah Qaseh.


* * *

“Sampai bila awak nak rahsiakan tentang ibu dan ayah kandung Irshad?” soal Dato' Muzaffar.

Datin Aliza pandang Dato' Muzaffar.

“Kenapa abang bangkitkan hal ni? Saya lah ibu Irshad dan abang ayah Irshad! Fullstop!” ujar Datin Aliza tegas.

Datin Aliza duduk di atas katil.

“Memang awak ibu Irshad dan saya ayah Irshad tapi awak tak boleh nak nafikan bahawa kita bukan ibu bapa kandung Irshad! Darah yang mengalir di tubuh Irshad bukan darah kita!” ujar Dato' Muzaffar.

“Habis? Abang nak saya buat apa?” soal Datin Aliza.

“Bagitahu Irshad yang sebenarnya! Dia berhak tahu!” ujar Dato' Muzaffar.

“Tak abang! Perkara tu ialah perkara terakhir yang akan saya buat,” ujar Datin Aliza.

Dato' Muzaffar mengeluh dengan kedegilan isterinya.

“Kenapa dengan awak ni? Awak tahu tak, kalaulah ibu bapa kandung Irshad masih hidup kita yang berdosa sebab tak mempertemukan Irshad dengan mereka!” ujar Dato' Muzaffar.

Irshad yang berada di luar tersentak. Dia sememangnya mengintai dan mendengar perbualan suami isteri itu di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat.

“Siapa suruh mereka bagi Irshad dekat kita?” Datin Aliza protes.

“Diorang tak bagi tapi diorang suruh kita jaga untuk sementara waktu. Awak tahu kenapa? Sebab diorang ada masalah. Awak sendiri sedia maklum pasal masalah diorang kan?”

Dan Irshad terus berlalu meninggalkan pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu. Hatinya bagaikan hancur. Tidak sanggup lagi dia mahu mendengar. Ini baru sedikit, agaknya apa lagi yang umi dan abi nya tipu?

“Abang kenapa?” tiba-tiba Nurin menyoal.

Irshad pandang Nurin. Kemudian dia geleng.

“Abang tak sihat ke?” soal Nurin lagi.

Nurin meletakkan tangannya ke dahi Irshad. Irshad menepis lembut.

“Abang okay. Abang masuk bilik dulu,” ujar Irshad.

Nurin hanya mengagguk. Dan Irshad pun berlalu meninggalkan Nurin dengan hati yang hancur dan kecewa! Kecewa kerana umi dan abi nya sanggup berbohong dengan dia!

No comments:

Post a Comment