Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, April 2, 2010

KITA (20)

Di malam yang tenang dan indah itu, kelihatan dua insan sedang duduk di luar dengan gelak tawa masing-masing.

“Kelakar lah pak cik!” Qaseh ketawa.

“Kau ni memang tak makan saman kan?” soal Fiq.

Qaseh angkat kening. Masih dalam keadaan tertawa.

“Jangan panggil aku pak cik!” ujar Fiq.

Qaseh buat muka takut.

“Eii garangnya!” ejek Qaseh.

Fiq hanya menggelengkan kepala melihat kedegilan Nur Qaseh itu! Memang tak makan saman betul!

“Wei, tanya sikit boleh?” soal Fiq tiba-tiba.

Qaseh angguk. Masih ketawa!

“Kau dengan Azhar still tak elok lagi?” soal Fiq.

Automatik tawa Qaseh berhenti. Dan sekarang Fiq pula nak ketawa. Tapi cuba ditahannya.

“Kenapa kau tanya?” soal Qaseh.

“Sebab aku nak tahu lah,” jawab Fiq mudah.

Qaseh senyap. Lama! Matanya asyik menatap langit yang suram. Tiada bintang tiada bulan! Seperti hatinya sekarang.

“Aku still tak boleh lupakan dia,” ujar Qaseh setelah lama mendiamkan diri.

“Kenapa?” pantas sahaja Fiq bertanya.

Qaseh pandang Fiq. Merenung ke dalam anak mata pemuda itu agar pemuda itu faham keadaan dia. Tapi semua itu mustahil. Fiq takkan tahu kerna Fiq bukan Azhar!

“Sebab dia! Dia yang buatkan aku tak boleh lupakan dia!” ujar Qaseh.

Fiq angkat kening.

“Maksud kau?” soal Fiq.

“Entah lah Fiq. Yang aku tahu aku tak boleh lupakan dia! It's hard for me! Walaupun beribu cara aku cuba tapi bayang dia ada dekat mana-mana,” Qaseh mengeluh.

“Tapi kau tahu kan walau apapun berlaku, kau takkan boleh bersama dengan dia,” ujar Fiq.

“Aku tahu tu. Aku tahu. Tapi entahlah. Ini semua berkaitan dengan hati, Fiq. Mungkin keputusan aku untuk balik sini bukanlah the right choice. Mungkin aku sepatutnya ada dekat sana,” ujar Qaseh separuh merungut.

Fiq angkat kening.

How about kau ikut aku balik esok?” ajak Fiq.

“Habis aku nak kerja apa dekat sana?” soal Qaseh.

“Tolong aku dekat dive shop tu sudahlah,” ujar Fiq.

Qaseh geleng.

But my life's here! Aku kena jugak teruskan hidup aku dekat sini. Biarlah aku berdikari,” ujar Qaseh.

Fiq angguk.

That's my anak buah!” usik Fiq.

Qaseh gelak. Fiq juga gelak. Qaseh gelak sekadar mahu menyedapkan hati dan Fiq pula gelak sekadar mengikut rentak Qaseh.


* * *


Irshad tengok kiri dan kanan. Setelah memastikan keadaan tenang, Irshad melangkah masuk ke dalam bilik umi dan abinya. Sepatutnya dia tidak boleh menceroboh bilik itu namun dalam keadaan ini, dia terpaksa!

Irshad buka laci-laci. Mencari sehelai kertas yang berharga! Lagi dia mencari. Dan akhirnya! Dia mencapai kertas itu lalu ditutup segala laci yang dibuka. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu menuju ke biliknya.

Pintu bilik ditutup perlahan. Irshad duduk di atas sofa dalam biliknya itu. Kertas itu diperhatikan.

“Muhammad Irshad Bin Akmal,” ujar Irshad perlahan.

Kemudian kertas berharga itu disimpan ke dalam begnya. Dan dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Lalu didail nombor Melissa.

Hello,” jawab Melissa.

“Irshad jemput Mel dekat rumah sekarang,” ujar Irshad terus.

“Pergi mana?” soal Melissa.

“Nanti Irshad cerita. Mel siap tau! Lagi sepuluh minit Irshad datang. Bye,” ujar Irshad dan terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan Melissa.


* * *


“Nak pergi mana ni?” Melissa memakai tali pinggang keledar.

Irshad terus sahaja memandu.

“Cari siapa sebenarnya ayah Irshad!” jawab Irshad.

Melissa agak terkejut namun dia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengacau mood Irshad yang agak moody itu. Lima belas minit Irshad memandu, akhirnya sampai jua ke destinasinya.

“Jom turun,” ujar Irshad sambil mematikan enjin.

Melissa akur. Dia keluar dari kereta dan berjalan bersama Irshad ke rumah yang Irshad tuju.

“Assalamualaikum!” panggil Irshad kuat.

Tiada jawapan.

“Assalamualaikum!” panggil Irshad lagi.

Masih tiada jawapan.

Irshad pandang Melissa.

“Cuba try tanya jiran sebelah,” usul Melissa.

Irshad angguk. Dia menuju ke rumah sebelah. Lalu diberi salam. Dan tidak sampai seminit, seorang wanita yang berumur lingkungan 60-an keluar. Irshad lemparkan senyuman manis.

“Assalamualaikum mak cik,” ujar Irshad sopan.

“Waalaikumusalam,” jawab mak cik itu.

Mak cik itu membuka pintu pagar dan mendapatkan Irshad dan Melissa.

“Nama saya Irshad. Dan ni tunang saya, Melissa,” Irshad memperkenalkan diri.

Melissa bersalam dengan mak cik itu.

“Panggil je mak cik, Mak Timah,” ujar mak cik itu.

Irshad angguk.

“Mak Timah, orang yang duduk sebelah Mak Timah ni pergi mana?” soal Irshad.

“Kenapa kamu cari dia?” soal Mak Timah agak serius.

“Tak ada, dia tu pak cik saya. Kenapa Mak Timah?” soal Irshad.

“Kamu tak tahu ke?” soal Mak Timah.

“Tahu apa?” Irshad angkat kening.

Mak Timah beristighfar.

“Dia dah meninggal dunia,” ujar Mak Timah.

Irshad tersentak. Meninggal dunia? What the?

“Isteri dia macammana?” soal Irshad.

“Isteri dia pun dah lama tak ada,” ujar Mak Timah.

Irshad terdiam. Nampak gayanya, pencarian dia dah berakhir. Kedua ibu bapa dia sudah meninggal!

“Mak Timah tahu kenapa diorang meninggal?” soal Melissa.

“Dengar cerita, diorang accident,” jawab Mak Timah.

“Dah lama ke diorang meninggal?” soal Melissa lagi.

“Lama jugak. Lebih kurang lima belas tahun dah,” ujar Mak Timah.

“Bukan diorang ada anak ke? Mana pergi anak diorang?” soal Irshad.

“Kalau tak silap Mak Timah, anak diorang, diorang bagi dekat sepasang suami isteri yang agak kaya kerana kesempitan duit dan juga masalah peribadi. Waktu tu umur anak dia baru lima bulan,” ujar Mak Timah.

Irshad tersentak.

“Tapi kalau kamu anak sedara dia, takkanlah kamu tak tahu apa-apa?” soal Mak Timah agak pelik.

Irshad pandang Melissa. Melissa pandang Irshad. Melissa buat isyarat mata, jujurlah-dekat-Mak Timah.

“Sebenarnya... sebenarnya... Sebenarnya sayalah anak pasangan tu,” ujar Irshad.

Mak Timah tersentak.

“Dan saya ingat saya boleh tahu di mana ibu dan bapa kandung saya tetapi ternyata, mereka dah pergi,” ujar Irshad pelahan.

Sekali lagi Mak Timah tersentak.


* * *



Zakuan masih begitu. Tiada semangat mahu mencari siapakah pak long dia sebenarnya. Dia rasa semua itu tidak penting. Langsung tak penting!

“Zak memang tak nak cari pak long Zak ke?” soal Zulkifli.

Zakuan angguk.

“Untuk apa pak ngah? Sepatutnya dia lah cari Zak. Lagipun kalau Zak cari dia, dia nak ke bela Zak? Zak dah besar pak ngah,” ujar Zakuan.

Zulkifli senyum.

At least Zak boleh kenal siapa bapa saudara kandung Zak yang sebenarnya,” ujar Zulkifli.

“Biarlah pak ngah. Zak malas nak fikir. Buat berat kepala otak Zak je. Biarlah. Just go with the flow. Kalau dia nak cari Zak, Zak terima. Kalau tak, sudah,” ujar Zakuan.

Zulkifli hanya mengangguk. Zakuan senyum.

“Bila Hazif nak balik sini, pak ngah?” soal Zakuan.

“Minggu depan kot,” jawab Zulkifli.

Zakuan angguk.

Okay lah pak ngah. Zak naik dulu. Nak mandi lepastu solat,” ujar Zakuan.

Zakuan berlalu pergi meninggalkan Zulkifli. Zulkifli hanya memandang sepi langkah Zakuan. Timbul sedikit simpatinya kepada Zakuan. Dia tahu Zakuan agak kecewa dengan kenyataan itu.


* * *

Telefon bimbit dicapai. Nombor Puan Sri Lestari dicari lalu ditekan punat call. Tidak sampai beberapa saat, talian telahpun disambung.

Hello,” sambut Puan Sri Lestari.

“Ari,” ujar Tan Sri Huzairy lemah.

“Kenapa ni bang?” soal Puan Sri Lestari agak gusar.

“Abang nak balik ni,” ujar Tan Sri Huzairy.

Okay,” ujar Puan Sri Lestari.

Klik!

Talian dimatikan. Puan Sri Lestari duduk di atas sofa. Dia agak risau dengan perangai Tan Sri Huzairy. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Tapi entahlah.

No comments:

Post a Comment