Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, April 23, 2010

KITA (21)

Tan Sri Huzairy menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Tali leher dicampakkan ke tepi. Puan Sri Lestari hulur segelas air sejuk kepada Tan Sri Huzairy. Huzairy sambut lalu meneguknya sehingga habis. Jelas menunjukkan dia haus.

“Melissa mana?”soal Tan Sri Huzairy.

“Keluar dengan Irshad,” jawab Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy angguk. Gelas diletakkan di atas meja. Kepala disandarkan ke sofa.

“Abang kenapa?” soal Puan Sri Lestari sambil memicit kepala Tan Sri Huzairy.

Tan Sri Huzairy tak jawab terus. Dia tarik nafas panjang-panjang dan kemudian hembuskan perlahan-lahan.

“Zafran dah meninggal,” ujar Tan Sri Huzairy sayu.

Automatik tangan Puan Sri Lestari berhenti dari memicit kepala Tan Sri Huzairy.

“Innalillah,” ujar Puan Sri Lestari.

“Abang gagal Ari. Abang ada sorang je adik. Tu pun abang tak mampu jaga. Abang teruk. Kenapa bukan dari dulu lagi abang cari dia? Kalau tidak, semua ni takkan berlaku!” ujar Tan Sri Huzairy sebak.

Puan Sri Lestari tenangkan Tan Sri Huzairy.

“Abang, ni semua takdir Tuhan. Ada hikmah disebalik segala kejadian,” pujuk Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy diam.

“Anak diorang macammana?” soal Puan Sri Lestari.

“Ada. Nama dia Zakuan,” ujar Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari angguk.

At least, kita boleh cari anak dia dan jaga dia,” ujar Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy tidak menjawab dan Puan Sri Lestari tidak lagi bersuara. Mereka membisu dalam kesayuan dengan berita yang baru mereka tahu.


* * *


“Ala, kau dah nak balik dah?” soal Qaseh dengan nada yang agak sedih.

Fiq angguk. Qaseh muncung.

“Aku tarik muncung kau baru,” usik Fiq.

Qaseh gelak.

“Jom lah ikut aku!” ajak Fiq lagi.

“Tak nak! Wekk,” Qaseh jelir lidah.

“Ek eleh!”

“Wei, teksi kau dah sampai tu!” ujar Qaseh.

“Halau nampak. Tak apa. Aku sedar siapa aku kan. Aku hanyalah insan yang lemah,” ujar Fiq.

Qaseh tumbuk bahu Fiq.

“Hek eleh! Geli lah aku!” ujar Qaseh.

Fiq dan Qaseh gelak.

“Aku pergi dulu lah. Nanti bila kau perlukan aku, just give me a call,” ujar Fiq.

Qaseh angguk.

“Nanti kau datang ar sini lagi ek,” ujar Qaseh.

“Tengoklah, kalau ada masa. Okay lah. Chow!” ujar Fiq.

Fiq masukkan beg ke dalam bonet teksi. Dan kemudian dia mendekati Azhar dan Linda. Qaseh mengekori Fiq.

“Fiq pergi dulu tau. Nanti kalau senang, datanglah dekat sana okay?” ujar Fiq.

“Insya-Allah kalau tak ada apa-apa, Kak Linda dengan Azhar pergi sana. Fiq jaga diri elok-elok tau,” ujar Linda.

Fiq angguk. Azhar tarik Fiq jauh sedikit dari Qaseh dan Linda. Qaseh dan Linda saling berpandangan. Kemudian, masing-masing angkat bahu.

Thanks sebab temankan Qaseh sepanjang kau ada dekat sini. Aku dah tak tahu macammana nak pulihkan hubungan antara aku dan Qaseh lagi. Aku buntu,” bisik Azhar.

Fiq tepuk bahu Azhar.

Give her some time. I know dia dapat lupakan kau andai kau bagi dia masa. Okay?” bisik Fiq.

Azhar angguk. Kemudian mereka melangkah ke mereka kembali. Fiq melambaikan tangan ke mereka dan kemudian masuk ke dalam teksi. Teksi itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Linda.

“Ma, Qaseh masuk dulu,” ujar Qaseh.

Linda angguk. Dan Qaseh masuk ke dalam. Diikuti Linda. Dan akhirnya Azhar.


* * *


Melissa duduk di atas sofa. Tan Sri Huzairy yang sedang membaca akhbar dipandang. Tan Sri Huzairy yang sedar akan pandangan Melissa, angkat kening.

“Ada apa Mel?” soal Tan Sri Huzairy.

Melissa tersengih.

“Mel nak minta something. Boleh tak?” soal Melissa.

Tan Sri Huzairy angguk.

“Mel nak kerja,” ujar Melissa.

Tan Sri Huzairy angkat kening.

“Kerja apa?” soal Tan Sri Huzairy.

“Dekat syarikat daddy lah. Takkan tak ada kerja kosong kot,” ujar Melissa.

“Ada tu ada lah. Tapi sebagai counter service. Mel nak ke?” duga Tan Sri Huzairy.

Melissa menjengilkan matanya. Tan Sri Huzairy tergelak sedikit. Puan Sri Lestari yang baru sahaja muncul duduk di sebelah Tan Sri Huzairy.

“Kenapa ni?” soal Puan Sri Lestari.

Mummy, look at daddy!” Melissa memuncungkan mulutnya ke Tan Sri Huzairy.

Puan Sri Lestari pandang Tan Sri Huzairy yang masih ketawa.

“Apa yang abang usik si Mel ni?” soal Puan Sri Lestari.

“Tak ada. Mel ni nak mintak kerja. Entah, buang tabiat ke apa budak ni. Lepastu abang cakap lah kerja kosong ada tapi sebagai counter service,” ujar Tan Sri Huzairy bersama sisa tawanya.

Daddy!!” jerit Melissa.

Puan Sri Lestari menggeleng melihat kerenah dua beranak ni.

“Abang ni! Ada ke anak kita yang lawa ni jadi counter service!” ujar Puan Sri Lestari.

“Eh orang yang lawa lah kena kerja counter service!” ujar Tan Sri Huzairy.

“Dah lah, malas nak cakap dengan daddy,” rajuk Melissa.

“Ala merajuk pulak. Okay lah, Mel ambil alih posisi mummy. Jadi CEO kedua besar syarikat daddy. Nak?” soal Tan Sri Huzairy.

Melissa tak menjawab.

“Nak tak?” soal Tan Sri Huzairy lagi.

Melissa tak menjawab lagi.

“Kalau tak nak tak apa, daddy boleh bagi dekat orang lain jawatan tu,” ugut Tan Sri Huzairy.

“Eh Mel nak! Mel nak!” cepat Melissa menjawab.

Terhambur tawa Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari.

“Suka main ugut-ugut!” Melissa mencebik.

Tan Sri Huzairy masih tergelak. Puan Sri Lestari membelai rambut Melissa lembut. Dan telefon bimbit Melissa berbunyi. Segera Melissa menekan punat hijau di telefon itu. Lima minit bercakap dan akhirnya dia letak telefon. Wajahnya jelas menunjukkan riak cemas.

“Kenapa Mel?” soal Puan Sri Lestari.

Mummy, Mel keluar dulu! Mel ada hal penting! Mel pergi dulu!” ujar Melissa kabut.

Melissa terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar jean yang dipakai. Kunci kereta di atas almari dicapai lalu dia keluar. Hidupkan enjin kereta dan memecut laju ke destinasi!


* * *


Melissa tekan loceng rumah Irshad. Dan pintu pagar itu terbuka luas. Segera Melissa berlari anak menuju ke dalam rumah. Wajah Nurin menyapa matanya.

“Mana Irshad?” soal Melissa.

“Dekat atas. Cepat kak. Tolong Nurin!” ujar Nurin cemas.

Nurin tarik tangan Melissa ke atas. Sampai sahaja di atas, Melissa sudah dengar suara Irshad menjerit-jerit bagai orang gila. Melissa segera mendapatkan Irshad.

Calm down Irshad! Calm down!” ujar Melissa.

Irshad pandang Melissa sekilas.

“Macammana Irshad nak sabar lagi Mel? Perempuan ni dah hancurkan hidup Irshad! Dia dah buat hidup Irshad macamni!” jerit Irshad kuat.

Melissa pegang tangan Irshad. Untuk menenangkan dia. Wajah Datin Aliza dipandang. Kelihatan air mata jatuh berlinangan dari wajah tua itu. Dan kemudian pandangannya singgah pada Dato'Muzaffar. Wajah lelaki yang sebaya dengan daddy nya juga agak kusut.

“Mel tahu. Tapi Irshad rasa dengan cara ni dapat ke selesaikan masalah? Tak kan?” Melissa cuba memujuk.

“Irshad bencikan dia Mel! Irshad benci! Disebabkan perempuan ni, Irshad jadi macamni. Disebabkan perempuan ni...”

“Cukup!!” jerit Nurin menghentikan cemuhan Irshad.

Irshad terdiam. Terkejut dengan jeritan Nurin, sebenarnya.

“Kalau bukan sebab perempuan ni yang bela abang, tak mungkin abang dapat hidup macamni! Kalau bukan sebab perempuan ni yang jaga abang, abang tak mungkin ada dekat sini! Perempuan ni lah yang sayangkan abang lebih daripada dia sayangkan Nurin! Lebih dari apapun! Tapi ini ke balasan abang kepada dia? Haa?” tengking Nurin.

“Nurin, cukup tu!” jerit Datin Aliza.

Nurin terdiam.

“Biarkan Irshad. Memang patut pun dia marah umi. Umi berdosa! Umi tipu dia! Memang umi patut dilayan macamni,” ujar Datin Aliza.

Nurin menjengilkan mata.

“Tengok! Tengok! Umi lebih sayangkan abang daripada Nurin sendiri! Tu pun abang tak reti bersyukur?” tengking Nurin lagi.

“Kau diam Nurin! Kau tak ada kena-mengena dalam hal ni! Kau ke tepi,” ujar Irshad.

“Irshad, sabarlah!” pujuk Melissa.

“Nak sabar macammana lagi Mel? Irshad dah lama bersabar. Irshad dah lama bagi dia peluang untuk bagitahu Irshad perkara yang sebenar tapi haprak! Cukuplah Mel. Irshad bukan boneka!” ujar Irshad.

Melissa diam. Namun tangannya masih lagi erat menggenggam tangan Irshad.

“Kalau abang tak sayangkan umi, abang pergi je dari sini! Pergi! Umi dah menatang abang bagai minyak yang penuh tapi ini balasan abang! Dasar anak yang tak reti untung!” jerit Nurin bagaikan dirasuk.

Irshad hampit-hampir menampar Nurin namun Melissa lebih pantas menghalang. Nurin agak terkejut.

“Kenapa tak tampar je? Tampar lah! Tampar!!!!” jerit Nurin.

“Irshad, jangan biarkan emosi menguasai diri Irshad. She still your sister! Walaupun lain emak lain bapak. Jangan biarkan amarah menguasai Irshad,” nasihat Melissa.

Irshad tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Sedar akan kesilapannya.

“Jom Mel, kita pergi dari sini! Tinggalkan rumah neraka ni!” ujar Irshad.

Tangan Melissa ditariknya. Sampai sahaja di muka pintu, kedengaran bunyi benda jatuh diikuti jeritan. Automatik langkah kaki Irshad terhenti.

“Umi!!!” jerit Nurin.

Melissa dah toleh belakang. Segera dia berlari mendapatkan Datin Aliza yang sedang terbaring dipangku Dato'Muzaffar.

“Irshad! Jangan biarkan amarah menguasai diri. Kasihankanlah umi you,” pujuk Melissa.

Irshad masih kaku.

“Biarkan dia Kak Mel. Abi, tolong Nurin papah umi masuk dalam kereta. Kita bawa dia pergi hospital,” ujar Nurin.

Nurin dan Dato' Muzaffar memapah Datin Aliza. Melissa melangkah ke Irshad yang masih kaku.

“Irshad, kalau macamnilah perangai you, apa lagi yang Mel boleh buat? Mel cuma mampu berdoa agar Allah lembutkan hati Irshad. You have to remember, she still your umi no matter what,” ujar Melissa.

Lalu Melissa melangkah meninggalkan Irshad di situ. Irshad masih kaku terdiam. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Adakah dia harus, a) melangkah mendapatkan Melissa, atau b) Terus memecut laju kereta ke hospital, ataupun c) biarkan sahaja.

No comments:

Post a Comment