Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, April 30, 2010

KITA (22)

Irshad mendapatkan Melissa di satu sudut. Melissa agak terkejut dengan kehadiran Irshad. Dia sangka Irshad tak akan datang ke sini. Dalam hati dia bersyukur kerana Allah melembutkan hati Irshad untuk datang ke sini.

“Umi mana Mel?” soal Irshad.

“I.C.U,” jawab Melissa.

“Mel, jom pergi kafe,” ajak Irshad.

Melissa angguk. Perutnya memang sudah berbunyi. Iyalah dia tak makan apa-apa sejak petang tadi. Sekarang dah pukul lapan malam. Mestilah dia lapar! Lalu mereka berdua melangkah seiring ke kafe di tingkat bawah sekali.

“Irshad masih marahkan umi?” soal Melissa.

Irshad pandang Melissa. Sudu diletakkan ke bawah. Air jus oren diambil lalu disedut sedikit.

“Memang kalau ikutkan hati Irshad, Irshad marahkan umi lagi. Tapi apa yang Mel kata betul. She still my umi. Tak kira apa pun,” ujar Irshad perlahan.

Melissa senyum segaris. Tangan Irshad digenggam kejap.

“Irshad tak perlu ikutkan sangat hati. Ye, Irshad memang berhak untuk marah. Kalau Mel berada di tempat Irshad pun Mel akan marah, tapi cuba Irshad fikir. Kesalahan dia dengan pengorbanan dia terhadap Irshad. Mana satu lebih besar? Dia menatang Irshad bagai minyak yang penuh. Dia jaga dan sayang Irshad macam anak sendiri. Kalau Mel lah jadi Irshad, Mel rasa Mel beruntung giler!” ujar Melissa.

Irshad tersenyum tawar.

“Entah lah Mel. Dalam hal ni, Irshad biarkan masa yang menentukan. Lagipun sekarang Irshad rasa Irshad kena buang semua benda tu jauh-jauh sebab umi kan sakit. Apa pun, Irshad masih ada rasa simpati terhadap umi. Bukan macam umi, yang langsung tak nak bagitahu asal-usul hidup Irshad,” ujar Irshad.

“Mungkin dia ada alasan dia yang tersendiri. Biarkanlah. Lagipun dia masih manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan.
Give her a chance,” ujar Melissa.

Irshad angguk. Dan mereka makan makanan mereka kembali tanpa sebarang suara. Hanya sepi menemani mereka.


* * *

Irshad melangkah bersama Melissa ke arah Nurin dan Dato'Muzaffar. Nurin yang sedar akan kehadiran Irshad segera bangun mendapatkan mereka.

“Kau nak apa datang sini?” soal Nurin kasar.

Irshad tersentak. Namun Melissa lebih cepat bertindak.

“Abang Nurin nak tengok umi,” ujar Melissa lembut.

Nurin tersenyum sinis.

“Sejak bila dia abang Nurin? Dia ber'bin'kan Dato' Muzaffar ke? Setahu Nurin, Nurin anak tunggal diorang! Nurin mana ada abang. Kak Mel ni merepek apa?” ujar Nurin sinis.

“Ye, aku bukan abang kau! Aku bukan anak Dato'Muzaffar dan Datin Aliza! Aku anak Akmal dan Sofea! Puas hati kau?” ujar Irshad.

Nurin tersenyum sinis.

“Akmal je? Tak ada Dato ke Tan Sri ke? Tak ada? Patutlah dia serahkan anak dia dekat umi,” ujar Nurin sinis.

Irshad tahan geram.

“Dan patutlah anak dia tak reti hormat orang! Sebab mak bapak pun tak ada pelajaran!” cemuh Nurin lagi.

Habis sahaja Nurin menuturkan ayat itu, tangan Irshad dah hinggap dekat pipi Nurin. Terpusing Nurin dibuatnya kerana menerima penampar yang tidak disangka. Melissa agak tersentak. Segera dia tahan Irshad. Kalau tidak mahunya satu lagi penampar hinggap di pipi Nurin.

“Mulut kau tu jaga sikit! Kau jangan sampai penampar aku hinggap sekali lagi dekat pipi kau tu!” jerkah Irshad.

Nurin kesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Senyuman sinis masih dihadiahkan kepada Irshad.

“Tamparlah. Kau ingat aku takut ke? Tampar! Tampar!” jerit Nurin kuat.

Mata Irshad dah merah menahan marah. Nasib baik tangannya dipegang Melissa. Kalau tidak, entah apa nasib Nurin di hadapannya itu.

“Hei korang! Please respect! Ini hospital. Kalau nak bergaduh pergi dekat luar sana tu! Bukan dekat sini. Umi korang tu tengah sakit tenat dalam, korang pulak bergaduh,” ujar Dato' Muzaffar yang sudahpun mendapatkan mereka.

Irshad akur. Dia tidak mahu biadab dengan Dato'Muzaffar. Dia melangkah ke satu sudut lain. Melissa mengekori Irshad. Nurin pula memandang langkah Irshad. Hatinya memang panas dengan Irshad! Lagi-lagi melihat kemesraan dia bersama Melissa!

* * *

Zakuan mencapai tin sardin dan dimasukkan ke dalam bakul. Kemudian dia beralih pula ke bahagian biskut. Baru sahaja dia mahu mencapai satu paket biskut, bahunya dilanggar dan membuatkan paket biskut itu terjatuh. Zakuan tunduk untuk mengambil paket biskut itu. Begitu jua orang yang melanggarnya.

I'm really sorry. Saya tak perasan tadi,” ujar Qaseh.

Zakuan seperti pernah mendengar suara itu lalu dia mendongak memandang Qaseh. Senyuman di bibir terukir.

“Ini kena denda ni,” ujar Zakuan.

Qaseh pelik. Dia pun pandang Zakuan. Dan senyuman terukir di bibirnya.

“Zak!” jerit Qaseh perlahan.

Zakuan tersengih.

“Jom temankan Zak makan,” ujar Zakuan.

Qaseh angguk.

“Kejap, bayar barang dulu,” ujar Qaseh.

Zakuan angguk. Lalu mereka berdua melangkah ke kaunter dan membayar barang yang mereka beli. Selepas itu, mereka melangkah ke restoren yang terdekat untuk menjamu selera.

So apa cerita?” soal Zakuan.

“Tak ada cerita pun. Zak?” soal Qaseh pula.

“Pun tak ada. Cuma sekarang ni tengah cari kerja. Tak tahulah kerja apa yang sesuai,” ujar Zakuan.

Nasi goreng yang masih hangat disuapkan ke mulut.

“Qaseh pun ingat nak cari kerja lah. Susah tak ada kerja. Bosan duduk rumah dua puluh empat jam,” ujar Qaseh.

Zakuan senyum.

“Kita kerja tempat yang sama nak?” soal Zakuan.

“Boleh jugak. At least tak ada lah bosan sangat,” ujar Qaseh.

“Betul tu. Boleh lah kita selalu jumpa kan? Tak ada lah bulu mata Qaseh asyik gugur je kan?” usik Zakuan.

“Maksud you apa?” soal Qaseh lurus.

I mean, tak adalah nanti Zak asyik rindukan Qaseh je,” ujar Zakuan.

Serta-merta pipi Qaseh merona merah. Zakuan gelak. Automatik tangannya mencuit pipi Qaseh yang agak kemerahan.

“Comel!” komen Zakuan sepatah.

Lagilah pipi Qaseh merona merah. Namun Zakuan hanya berlagak selamba.

“Malu ke sayang?” usik Zakuan lagi.

Qaseh tidak menjawab. Segera disedutnya air coke nya.

“Tak payahlah malu-malu. You know what Qaseh, I think I dah mula sayangkan you!” ujar Zakuan.

Qaseh tersedak. Muka Zakuan dipandang mengharapkan pengertian. Zakuan hanya berlagak selamba dan menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

* * *

Pintu wad I.C.U sudahpun dibuka. Segera Dato'Muzaffar mendapatkan doktor itu. Begitu jua Nurin, Irshad dan Melissa.

“Dok, macammana isteri saya?” soal Dato'Muzaffar.

Doktor itu menggeleng kepala perlahan. Bahu Dato'Muzaffar dipegangnya.

“Maaf, isteri anda berada dalam koma. Saya harap anda bersabar,” ujar doktor itu.

Dato'Muzaffar tergamam. Irshad turut terkejut. Nurin pula sudah terduduk mendengar berita itu. Lalu Melissa memainkan peranan di situ.

“Boleh kami lawat dia?” soal Melissa.

Doktor itu mengangguk.

“Kami akan pindahkan pesakit ke wad biasa. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan menemani dia larut malam nanti. Datanglah ke bilik saya untuk tahu lebih lanjut,” ujar doktor itu dan berlalu pergi.

Melissa mendapatkan Dato'Muzaffar.

Uncle, aunty okay. Jom kita lawat dia,” ujar Melissa.

Dato'Muzaffar angguk dan berlalu ke wad. Nurin bangun.

“Semua ni sebab kau! Kalau apa-apa jadi dekat umi, aku takkan maafkan kau!” Nurin memberi peringatan.

Irshad hanya terdiam. Nurin berlalu mendapatkan Dato'Muzaffar. Melissa mendapatkan Irshad. Tangan Irshad digenggamnya.

“Jangan ambil hati sangat dengan apa yang Nurin cakap. Dia tak matang lagi,” ujar Melissa.

Irshad tidak berkata. Memang perasaan bersalah begitu tebal di hatinya.

“Jom kita lawat umi,” ajak Melissa.

Irshad angguk. Lalu mereka berdua masuk ke dalam wad yang menempatkan Datin Aliza. Air mata Irshad gugur jua apabila melihat keadaan umi yang menjaganya dari kecil sehingga besar.

Tangan Datin Aliza digenggam Irshad. Nurin mencebik melihat Irshad.

“Maafkan Irshad, umi. Irshad tahu Irshad salah. Irshad salah buat perhitungan. Irshad ingat bila Irshad marah-marah macamtu, perkara akan selesai. Maafkan Irshad, umi!” rintih Irshad.

Namun tiada gerakan dari Datin Aliza. Iyalah, orang koma mana boleh bergerak! Hanya nafasnya sahaja yang turun naik. Irshad cium tangan tua Datin Aliza itu.

“Irshad sayangkan umi. Irshad janji Irshad takkan tinggalkan umi lagi. Irshad janji!” ujar Irshad bersungguh-sungguh.

Irshad bangun. Kemudian Nurin pula duduk.

“Umi, Nurin datang umi. Umi bangun lah cepat. Nurin sayangkan umi,” ujar Nurin. Air mata sudah meleleh-leleh keluar.

Nurin mengesat air matanya yang meleleh-leleh. Irshad segera mendapatkan Nurin. Tidak sampai hati melihat keadaan Nurin begitu. Bahu Nurin dipegangnya.

“Nurin, sabarlah,” ujar Irshad.

Nurin pandang Irshad. Matanya dibulatkan.

“Kau diam! Sebab kau lah, umi jadi macamni! Aku tak faham kenapa umi terlalu sayangkan kau!” ujar Nurin kasar dan berlalu keluar dari wad Datin Aliza.

Irshad hanya memandang sahaja langkah Nurin yang makin menjauh. Melissa segera mendapatkan Irshad.

“Sabarlah Irshad. Nanti hati Nurin akan lembut juga. Give her some time!” ujar Melissa.

Irshad tersenyum tawar. Dan mereka berdua duduk di sofa menemani Datin Aliza dan Dato'Muzaffar di situ.

No comments:

Post a Comment