Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, May 14, 2010

KITA (23)

“Abi, bangun!” kejut Irshad lagi.

Kali ini barulah Dato'Muzaffar membuka kelopak matanya. Irshad menghela nafas lega. Pada tadi dia kejut, barulah sekarang Dato'Muzaffar bangun.

“Irshad,” ujar Dato'Muzaffar sepatah.

Irshad lemparkan senyuman tawar.

“Abi balik lah dulu. Biar Irshad yang jaga umi. Abi rehat dekat rumah dulu,” ujar Irshad.

Dato'Muzaffar bangun. Tangannya diletakkan di atas bahu Irshad.

“Irshad, maafkan perbuatan umi kamu. Umi tak...”

Irshad terus peluk Dato'Muzaffar, menghalang daripada dia bercakap lebih lanjut.

“Semua tu tak penting. Yang penting kesihatan umi,” ujar Irshad.

Pelukan dileraikan.

“Terima kasih Irshad. Sungguh abi dan umi bertuah dapat anak macam kamu,” ujar Dato'Muzaffar.

Irshad hanya tersenyum. Dato'Muzaffar mencium dahi Datin Aliza dan kemudian keluar dari bilik itu. Irshad duduk di kerusi sebelah katil Datin Aliza. Tangan Datin Aliza yang berserabut dengan wayar digenggamnya kejap.

“Umi, Irshad datang,” ujar Irshad.

Irshad telan liur.

“Irshad tahu umi dengar kan apa yang Irshad cakap. Doktor ada cakap dengan Irshad yang umi akan lebih cepat sembuh kalau dengar orang lain berinteraksi dengan umi. Umi, Irshad minta maaf tau atas segalanya. Umi tahu tak, Irshad pun sayangkan umi,” ujar Irshad.

Wajah pucat Datin Aliza direnungnya. Air matanya mengalir perlahan.

“Irshad sayangkan umi. Irshad akan buat apa sahaja untuk umi. Umi cakap je lah dengan Irshad. Irshad akan tunaikan. Yang penting umi bangun. Irshad nak keluarga kita yang dahulu. Biarlah Irshad tak tahu siapa keluarga kandung Irshad. Yang penting umi, abi dan Nurin ada di samping Irshad. Irshad sayang semuanya,” ujar Irshad.

Dan serentak itu bunyi benda jatuh kedengaran dari muka pintu. Irshad pandang ke arah muka pintu. Tiada orang di situ. Hanya ada sebotol air mineral di situ.


* * *


Pili air ditutup. Wajah yang basah dengan air paip dan air mata dipandang lama. Dia tak tahu kenapa air matanya pantas sahaja mengalir apabila mendengar Irshad cakap macamtu dekat umi. Dia tak tahu kenapa dia berlari ke bilik air apabila botol mineralnya jatuh tadi.

Apakah ini semua kerana cinta? Nurin sendiri tak tahu. Tisu dari beg tangannya dikeluarkan lalu wajahnya dilap. Nafas ditarik dalam-dalam, cuba menenagkan perasaannya.

“Nurin, kau kena kuat!”

Nurin senyum tawar. Kemudian dia melangkah keluar dari tandas. Langkahnya diaturkan ke wad persendirian Datin Aliza. Sampai sahaja dia nampak botol mineralnya sudah dipungut. Mungkin Irshad yang mengambilnya.

Dia melangkah masuk ke dalam wad itu. Dia nampak Irshad sudah terlena sambil tangannya menggenggam erat tangan Datin Aliza. Tersentuh hati Nurin melihatnya. Perlahan Nurin melangkah ke arah Irshad. Bahu Irshad digoyang perlahan.

“Abang, bangun,” ujar Nurin.

Irshad tidak bergerak.

“Abang Irshad, bangun,” ujar Nurin lagi.

Kali ini Irshad bergerak namun matanya masih tertutup.

“Abang, bangun,” ujar Nurin lagi.

Barulah mata Irshad terbuka. Pantas dia pandang Nurin. Nurin lemparkan senyuman.

“Nurin,” ujar Irshad.

Irshad bangun.

“Nurin tengoklah umi. Abang boleh keluar,” ujar Irshad.

Irshad sudah melangkah.

“Abang!” panggil Nurin.

Langkah Irshad terhenti. Dia menoleh ke Nurin dan pada masa yang sama Nurin berlari lalu memeluk Irshad.

“Maafkan Nurin sebab kurang ajar dengan abang! Maafkan Nurin sebab pentingkan diri sendiri! Maafkan Nurin bang,” ujar Nurin teresak-esak.

Rambut Nurin diusapnya lembut.

“Abang dah lama maafkan Nurin. Abang pun minta maaf. Tak patut abang tampar Nurin. Abang tahu abang gagal kawal perasaan abang. Maafkan abang ye?”

Pelukan sudahpun dileraikan. Nurin angguk.

“Dah tak nak menangis lagi. Abang tahu Nurin kuat kan?” pujuk Irshad.

Nurin peluk Irshad lagi.

“Syhh.. Syhh.. Tak nak lah menangis. Nanti umi dengar, umi ingat abang pukul Nurin pulak,” pujuk Irshad lagi.

Irshad tarik tangan Nurin dan membiarkan Nurin duduk di sofa. Dia duduk di sebelah Nurin. Tangannya diletakkan di bahu Nurin. Dan sebelah lagi tangan diletakkan di atas kepala Nurin.

“Nurin sayang abang? Nurin sayang umi?” soal Irshad.

Nurin angguk.

“Kalau Nurin sayang abang, sayang umi, sayang abi, Nurin jangan menangis lagi. Okay?” pujuk Irshad.

Nurin angguk. Dan perlahan tangisannya berhenti. Irshad senyum.

“Nurin duduk sini. Temankan umi. Abang belikan Nurin makanan dekat cafe. Kita makan sama-sama tau,” ujar Irshad.

Nurin angguk. Irshad bangun. Sebelum dia keluar daripada wad Datin Aliza, senyuman dilemparkan ke Nurin. Nurin hanya tersenyum. Sungguh dia bahagia! Dan dia lupa status abangnya yang merupakan tunangan orang!


* * *


Melissa sarungkan T-shirt warna hijau bercorakkan gambar smiley sedang tersenyum dan jean biru pekat. Kemudian rambutnya diikat tinggi. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Melissa mencapai beg tangan dan diisikan telefon bimbitnya lalu dia keluar dari biliknya itu.

“Assalamualaikum mummy,” sapa Melissa apabila melintasi ruang tamu.

“Waalaikumusalam. Mel nak pergi mana ni?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa buka almari kasut.

“Nak pergi jenguk umi Irshad. Kan Mel cakap semalam, umi Irshad koma,” Melissa tarik sepasang sneakers hijau. Stokin yang disangkut diambil.

“Oh. Malam ni mummy dengan daddy pun nak lawat Datin Aliza,” ujar Puan Sri Lestari.

Melissa dah sarung stokin.

“Lawatlah. Nanti mummy call Mel okay?” Melissa sarungkan kasut.

Okay!” jawab Puan Sri Lestari.

Melissa ikat tali kasut dan dia bangun.

“Mel pergi dulu mummy. Assalamualaikum,” ujar Melissa.

Puan Sri Lestari jawab salam Melissa dan Melissa melangkah keluar dari rumah itu.


* * *


Pintu wad ditolaknya. Kelihatan Irshad dan Nurin sedang makan bersama. Melissa tersenyum. Gembira kerana hubungan dua adik beradik angkat ini sudah pulih.

“Eh Kak Mel!” ujar Nurin.

Melissa tersentak dari lamunannya.

“Jomlah makan,” ajak Nurin.

Irshad bangun dan melangkah ke arah Melissa.

“Tak apa lah. Mel baru je lepas makan. Nurin makanlah dengan Irshad,” ujar Melissa.

Irshad tersenyum. Tangan Melissa ditariknya.

“Jom lah makan sekali. Apa salahnya makan sesuap dua suap,” ujar Irshad.

You makanlah dengan Nurin. I datang nak lawat umi you,” ujar Melissa.

Melissa menarik tangannya lembut dari genggaman Irshad. Irshad hanya membiarkan sahaja.

“Eleh, Mel lawat umi sekali lawat Irshad lah kan kan. Bak kata pepatah, ada udang di sebalik batu,” usik Irshad.

“Ei, perasannya dia!” balas Melissa.

“Ala, Irshad tahu lah siapa Irshad bagi Mel kan,” Irshad buat-buat merajuk.

Melissa gelak.

“Tengok, boleh gelak lagi tu,” Irshad buat muncung.

Melissa tutup mulut, tahan gelak.

“Gelak lah lagi. Gelak!” ujar Irshad.

Okay,” jawab Melissa sepatah lalu Melissa gelak sepuas-puasnya.

Irshad masih meneruskan lakonannya. Tangan disilangkan ke dada. Muka dimasamkan.

“Puas dah?” soal Irshad tegas.

Serta merta tawa Melissa berhenti. Dia dongak pandang wajah Irshad yang masam macam cuka tu.

“Dah. Lain kali jangan buat lawak antarabangsa boleh tak?” soal Melissa selamba. Dia tahu Irshad cuba berlakon.

“Lawak antarabangsa apanya?” soal Irshad tegas lagi.

Melissa senyum. Datang idea nakalnya.

“Jangan buat muncung selalu tau, Irshad. Sebab Irshad nampak comel buat muncung. Karang semua perempuan cair. Melepas Mel!” usik Melissa lagi.

Irshad dah nak tergelak tapi ditahannya. Apabila Melissa tengok Irshad tiada reaksi, Melissa mahu terus mengusik lagi.

“Nurin, macammana keadaan umi?” soal Melissa.

Langkah diaturkan mendapatkan Nurin di sofa. Irshad ditinggalkan begitu sahaja.

“Macamtu lah kak. Nurin pun tak tahu nak buat apa. Bila agaknya umi boleh sembuh ye kak?” soal Nurin pula.

Melissa senyum.

“Semua tu kuasa Allah, Nurin. Kita serahkan semua tu dekat Allah sebab hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang akan terjadi,” ujar Melissa.

Nurin senyum juga. Sebenarnya, dia kurang senang apabila Melissa berada di sini. Bukannya apa, dia cemburu melihat keakraban Irshad dan Melissa. Tapi memang patutlah mereka akrab. Kan mereka tunang!

Melissa pandang Irshad. Irshad sebenarnya geram jugak. Dia mahu kenakan Melissa tetapi nampak gayanya, macam dia yang kena balik.

“Hei orang sana. Tak penat ke berlakon tu? Udah-udah lah tu ye,” usik Melissa.

Irshad tersengih. Tengok, betulkan. Dia yang kena balik. Melissa memang tau!

“Dah ke sini budak perasan!” panggil Melissa.

Irshad melangkah mendapatkan Melissa dan duduk di sebelah Melissa.

“Baru nak bermanja,” rungut Irshad.

Melissa gelak apabila Irshad buat muncung lagi.

“Irshad ni gedik lah. Kita ni depan Nurin lah. Malu lah sikit,” ejek Melissa.

“Ala, Nurin je. Bukan orang lain pun,” ujar Irshad.

Melissa cubit tangan Irshad.

“Awww!” jerit Irshad.

Melissa gelak. Nurin pun tergelak. Irshad mengaduh sakit sambil menggosok tangannya.

“Eleh, tak aci you cubit,” ujar Irshad.

Melissa jelir lidah.

“Cubit lah balik,” balas Melissa selamba.

“Betul?” duga Irshad.

Of course betul!” jawab Melissa berani.

“Eleh, you tahu Irshad takkan sampai hari cubit Mel. Ini tak adil!” ujar Irshad.

Melissa jelirkan lidah.

“Siapa suruh tak sampai hati. Mel tak suruh kan?” usik Melissa lagi.

“Yelah. Nak menang je kerja Mel ni,” rungut Irshad lagi.

Melissa hanya tergelak.

Nurin yang memerhatikan terasa sakit di dada. Sakit sangat! Sakit melihat kemesraan mereka. Ye! Dia cemburu. Irshad takkan pernah faham perasaan dia dan Melissa juga.


* * *


“Qaseh, kalau Zak cakap something Qaseh marah tak?” soal Zakuan.

Qaseh yang sedang memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang ceria bermain layang-layang memandang Zakuan. Bibirnya menguntum senyuman manis.

“Cakaplah,” ujar Qaseh.

Zakuan tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembuskan perlahan-perlahan.

I love you!”

Qaseh terkejut. Serta-merta mulutnya melopong.

No comments:

Post a Comment