Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, May 29, 2010

KITA (24)

Zakuan lemparkan satu senyuman manis kepada Qaseh. Dia rapatkan dagu Qaseh supaya mulut Qaseh kembali tutup.

I really mean it. Zak faham kalau Qaseh tak boleh terima. Mungkin semua ini terlalu drastik buat Qaseh. Zak faham,” ujar Zakuan lembut.

Qaseh telan liur. Dia malu apabila Zakuan menyentuh dagunya. Dan dalam masa yang sama, dadanya bergetar.

“Zak..” Qaseh tarik nafas panjang-panjang dan hembuskan perlahan-lahan, “I really speechless.”

Zakuan senyum lagi.

“Zak tak kisah kalau Qaseh tak nak jawab soalan Zak tu sekarang. Nanti bila Qaseh sedia, Qaseh jawab soalan Zak, okay?” ujar Zakuan.

Qaseh angguk.

“Qaseh dah dapat kerja?” soal Zakuan, ubah topik.

Geleng, “Qaseh rasa nak kerja balik dekat tempat haritu.”

Angkat kening, “really?”

Angguk, “betul sebab dekat sini susah lah nak cari kerja.”

“Kalau macamtu, Zak ikut boleh?” soal Zakuan.

“Boleh lah,” jawab Qaseh.

Zakuan senyum lebar. Qaseh bangun.

“Jom lah jalan. Bosan lah asyik duduk je,” ujar Qaseh.

Zakuan angguk.

Okay!” jawab Zakuan.

Lalu mereka berdua berjalan bersama-sama pada petang yang berangin itu.


* * *


DUA MINGGU SELEPAS ITU.....

Irshad yang sedang tidur terjaga apabila dirasakan gerakan di tangannya. Dengan terpisat-pisat dia memandang Datin Aliza. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat mata Datin Aliza sudah terbuka.

“Doktor!!!” jerit Irshad.

Datin Aliza tersenyum walau perit. Irshad nak keluar namun ditahannya.

“Umi minta maaf,” ujar Datin Aliza tersekat-sekat.

Irshad geleng.

“Irshad dah lama maafkan umi. Dah lah, lupakan je semua tu,” ujar Irshad.

Air mata Datin Aliza mengalir deras. Dan pintu wad terbuka. Doktor bersama Dato'Muzaffar dan Nurin berada di situ juga. Mereka mendekati Datin Aliza.

“Alhamdulillah, umi dah sembuh!” ujar Nurin gembira.

Tiba-tiba Datin Aliza berasa sesak nafas. Semua yang berada di situ mula panik. Doktor segera memeriksa keadaan Datin Aliza.

“Aliza, jangan tinggalkan abang. Please Aliza! Kuatkan semangat Aliza!” ujar Dato'Muzaffar tersekat-sekat.

Datin Aliza membalas genggaman tangan Dato'Muzaffar. Senyuman pahit diukirkan kepada Dato'Muzaffar. Doktor sudahpun berhenti daripada memeriksa Datin Aliza.

“Abang.. Jaga anak kita baik-baik. Ampunkan Aliza.. Halalkan makan minum Aliza... Aliza cintakan abang..” ujar Datin Aliza dengan payah.

Kemudian Datin Aliza pandang Nurin yang sedang menangis teresak-esak.

“Nurin..” panggil Datin Aliza.

Nurin menghampiri Datin Aliza. Datin Aliza cuba mengusap kepala Nurin, namun dia tidak larat.

“Umi sayangkan Nurin... Nurin anak umi.. Umi minta maaf kalau Nurin rasa umi pilih kasih.Tapi kenyataannya, umi sayangkan Nurin sepertimana umi sayangkan Irshad. Umi tak pernah pilih siapa lagi berhak menerima kasih sayang umi. Umi sayang Nurin!” tersekat-sekat Datin Aliza menuturkan.

Nurin tidak mampu berkata.

“Irshad, umi minta maaf,” ujar Datin Aliza.

Dan genggaman tangan Datin Aliza makin lama makin longgar. Ombak di dada Datin Aliza makin lama makin perlahan. Akhirnya mata Datin Aliza terpejam rapat, nafas berhenti bergerak dan genggaman sudahpun dilepaskan.


* * *


Melissa mendekati Irshad yang berada di kubur. Sudah seminggu pemergian Datin Aliza dan Irshad masih jua begitu. Tidak banyak bercakap, muram dan banyak termenung. Irshad masih salahkan dirinya atas kematian Datin Aliza padahal ajal Datin Aliza memang sudah sampai.

“Irshad,” panggil Melissa.

Irshad dongak pandang Melissa. Kemudian dia tunduk. Menyambung kembali bacaan surah Yassin. Melissa turut duduk di sebelah Irshad dan mengikut bacaan Irshad. Usai sahaja semua itu, Melissa mengajak Irshad ke sebuah taman.

“Irshad sihat?” soal Melissa.

Irshad hanya mengangguk. Melissa mengeluh.

“Irshad, dah seminggu umi Irshad pergi. Sampai bila lagi Irshad nak macamni?” soal Melissa.

Irshad pandang Melissa.

“Sampai umi maafkan Irshad!” jawab Irshad.

“Umi Irshad dah lama maafkan Irshad. Irshad je yang rasa umi Irshad belum maafkan Irshad. Irshad, perjalanan hidup Irshad panjang lagi. Umi Irshad mesti tak nak tengok Irshad macamni. Please Irshad! Live your life!” ujar Melissa panjang lebar.

“Mel tak faham apa yang Irshad rasa!” ujar Irshad.

“Ye, memang Mel tak faham apa yang Irshad rasa sebab Mel tak pernah merasainya. Tapi guna akal logik lah Irshad. Orang yang dah pergi takkan boleh hidup balik di dunia ni. Terima hakikat ni Irshad!” ujar Melissa.

“Mel tak rasa, Mel bolehlah cakap macamtu,” ujar Irshad.

“Kalau Mel berada di tempat Irshad, memang Mel akan sedih. Siapa yang tak sedih kan. Tapi Mel takkan lepaskan apa yang Mel miliki sebab Mel tak nak kehilangan lagi. Irshad, cuba tengok orang lain. Cuba tengok anak-anak dekat pusat perlindungan mangsa HIV. Diorang tabah walaupun diorang tahu diorang tak mampu hidup lama. Diorang tabah walaupun bukan salah diorang dapat penyakit tu,” ujar Melissa.

Irshad diam. Tidak menjawab.

Please Irshad. Berubahlah. Mel tak nak Irshad hilang kebahagiaan yang lain hanya disebabkan Irshad terlalu lama merenung kepada kedukaan,” ujar Melissa.

Melissa bangun dan ingin berlalu namun tangannya ditarik Irshad. Melissa toleh pandang Irshad.

“Jangan tinggalkan Irshad. Irshad perlukan Mel untuk mengharungi semua ni. Janji dengan Irshad, Mel takkan tinggalkan Irshad seorang diri melalui semua ni,” ujar Irshad sambil bangun.

Jari kelingking dihulurkan kepada Melissa. Melissa senyum lalu disatukan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Irshad.

“Janji!” ujar Melissa.


* * *


Qaseh menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembuskan perlahan. Langkah diaturkan kepada Zakuan yang sedang duduk seorang diri di tepi pantai itu.

“Assalamualaikum,” sapa Qaseh.

Zakuan dongak pandang Qaseh. Senyuman terukir di bibirnya.

“Waalaikumusalam,” jawab Zakuan.

Qaseh duduk di sebelah Zakuan. Senyuman manis dilemparkan kepada Zakuan.

“Sedapnya angin,” ujar Qaseh.

“Memang! Sehingga menjilat jari!” usik Zakuan.

“Loya buruk!” ejek Qaseh.

“Taklah. Loya cantik!” balas Zakuan.

Qaseh jelir lidah. Memang semenjak dua menjak ni, Zakuan suka sangat loyar buruk dengan dia. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Lama mereka berdiam sebelum Qaseh memecahkan kesunyian.

“I dah fikir pasal soalan you dulu,” ujar Qaseh.

Zakuan angkat kening.

“Kalau jawapan you akan mengecewakan I, meranapkan persahabatan kita, I rasa lebih baik you tak bagitahu. Sebab I tak mampu untuk dengar jawapan yang I tak nak dengar,” ujar Zakuan.

I'm sorry. I memang akan meranapkan persahabatan kita. Tapi I tak pasti ini akan mengecewakan you atau tidak,” ujar Qaseh.

“Jangan cakap jawapan tu...”

“I love you too!” potong Qaseh.

Zakuan terkejut. Mulutnya melopong mendengar jawapan Qaseh. Sungguh tidak disangka, Qaseh akan menjawab itu. Disangkanya Qaseh akan cakap, 'maaf, I tak cintakan you'.

“Zak! Lalat masuk mulut!” usik Qaseh.

Segera Zakuan menutup mulutnya. Qaseh tergelak. Dia bangun dan berlari-lari anak masuk ke dalam hotel. Menyambung tugasannya.

You are so cute, Qaseh!” ujar Zakuan perlahan.


* * *


Telefon bimbit yang terjatuh dari tangannya. Air mata mengalir deras. Lututnya lemah lalu dia terduduk di atas pasir-pasir itu. Tiba-tiba satu tangan menyentuh lembut bahunya.

“Qaseh,” panggil Zakuan.

Qaseh tidak menoleh. Zakuan mencangkung berhadapan Qaseh.

“Jom balik K.L,” ujar Zakuan.

Qaseh pandang Zakuan dan tiba-tiba dia peluk Zakuan.

“Dia... Dia dah pergi, Zak... Dia dah pergi...” tersekat-sekat Qaseh menuturkan.

Zakuan longgarkan pelukan. Kepala Qaseh diusapnya perlahan.

“Semua itu kehendak Allah Yang Maha Esa. Kita tak boleh buat apa-apa. Setiap yang bernafas di muka bumi ini pasti akan pergi juga. Redakan pemergian dia, Qaseh,” ujar Zakuan.

Qaseh masih teresak-esak menangis. Zakuan senyum. Air mata Qaseh disekanya.

“Zak yakin Qaseh cukup kuat untuk mengharungi semua ini. Kalau Qaseh tak cukup kuat, Qaseh pegang Zak. Zak akan papah Qaseh,” ujar Zakuan.

Zakuan berdiri. Tangan dihulurkan ke Qaseh. Qaseh menyambut tangan Zakuan dan mereka berdua berlalu meninggalkan pantai itu untuk ke Kuala Lumpur.


* * *


Melissa tersenyum pandang ke arah Irshad, Nurin dan Dato'Muzaffar yang mash memandang dia tanpa kelip. Melissa nak je tergelak tengok muka diorang.

“Duduklah makan. Jangan tengok Mel macamtu,” ujar Melissa.

Irshad, Nurin dan Dato'Muzaffar menurut. Mereka duduk. Melissa turut duduk di sebelah Irshad.

“Makanlah. Penat je Mel masak kalau semua orang just nak tengok je,” ujar Melissa.

Pantas Irshad mencapai lauk dan mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Melissa tersenyum. Apabila melihat Irshad makan, yang lain turut makan.

“Sedap Mel masak,” komen Dato'Muzaffar.

Melissa hanya tersengih. Malu dipuji oleh bakal bapa mertuanya!

“Mana ada. Biasa-biasa je,” balas Melissa merendah diri.

“Boleh gemuk Irshad nanti bila kita kahwin,” ujar Irshad.

“Baguslah. Nanti tak ada orang nakkan Irshad lagi. Boleh Mel konker Irshad sorang,” ujar Melissa.

“Tamaknya Mel,” balas Irshad.

Well, you know me,” ujar Melissa.

Yang lain hanya tergelak mendengar kata-kata Melissa. Usai sahaja makan, Melissa mengemas pinggan-pinggan dan membawanya ke dapur. Irshad dan Nurin turut membantu Melissa.

“Eh tak payahlah tolong. Mel boleh buat soranglah,” ujar Melissa.

“Eleh, macamlah Mel tu kuat sangat,” usik Irshad.

“Eh, tengok oranglah! Ni Melissa the super tau. Orang tak panggilnya Mel ni Melissa kalau Mel tak super duper!” ujar Melissa.

Irshad gelak.

“Irshad! Mel cakap tak payah tolong lah,” ujar Melissa.

Irshad jelir lidah. Melissa dah geram.

“Irshad nak tolong sangat kan kan?” soal Melissa.

Irshad angguk. Melissa senyum penuh makna.

“Okay. Irshad angkat semua pinggan mangkuk ni. Lepastu basuh. Dan akhir sekali, lap meja ni. Baik?” ujar Melissa.

Irshad melopong.

“Nak ke tak nak?” soal Melissa.

Laju Irshad mengangguk. Melissa senyum. Dia bangun dan melangkah ke ruang tamu untuk duduk bersama Dato'Muzaffar dan Nurin yang sudahpun berehat di hadapan. Irshad mengangkat pinggan mangkuk lalu membawanya ke dapur.

“Mana Irshad?” soal Nurin apabila Melissa duduk di sofa.

“Dekat dapur. Dia cakap dia nak tolong ambil alih tugas Mel,” ujar Melissa.

Dato'Muzaffar gelak. Nurin juga tergelak.

“Kak Mel buli abang lah ni,” ujar Nurin.

“Mana ada buli. Kak Mel dah cakap dah dengan abang Nurin tu tak payah tolong tapi dia berdegil jugak. Haa buatlah kerja tu semua sorang-sorang. Malas Kak Mel nak bertengkar dengan dia,” ujar Melissa.

Nurin hanya tersenyum. Dan selang beberapa minit, Irshad muncul dengan bajunya yang separuh basah. Semua di situ tergelak melihat keadaan Irshad.

“Sayang, you basuh pinggan atau you basuh baju you?” perli Melissa.

Irshad mencebik.

“Buat malu kaum lelaki je Irshad ni!” komen Dato'Muzaffar.

“Tu lah tak pernah basuh pinggan lagi,” ejek Nurin.

“Ejek lah lagi,” ujar Irshad geram. Dahlah dia dah membasuh pinggan, kena perli pulak tu. Ingatkan dapat lah pujian.

“Wohooo! Ada orang merajuk!” ejek Melissa.

Dato'Muzaffar dan Nurin ketawa.

“Mel sengaja je kan nak kenakan Irshad,” ujar Irshad geram.

“Ye lah ye lah. Sayang, terima kasih tolong Mel. Mel amat amat terharu dengan pertolongan Irshad. Ye lah, siapa tak terharu sampai basah lencun baju tu,” ujar Melissa dan diakhiri dengan tawanya.

Irshad melangkah mendapatkan Melissa. Pantas pipi Melissa dicubitnya geram. Melissa menjerit.

“Aww! Sakit lah Irshad. Tengok Irshad ni Nurin, abi,” adu Melissa.

Irshad gelak.

“Sakit ke? Sorry lah sweetheart. Irshad tak sengaja tadi,” perli Irshad.

Melissa jelir lidah. Dan mereka semua tergelak.

“Ni tak boleh jadi ni!” tiba-tiba Dato'Muzaffar bersuara.

Semua tawa mati. Semua pandang wajah Dato'Muzaffar yang serius tu.

“Abi kena jugak kahwinkan Ishad dengan Mel secepat mungkin!” ujar Dato'Muzaffar.

Yang lain tertawa.

“Apa lah abi ni. Ingatkan apa entah. Ala abi, lagi sebulan je kitorang akan kahwin. Kan tarikh dah tentukan waktu pertunangan haritu,” ujar Melissa.

“Ke abi cemburu tengok kitorang?” Irshad kenyit mata.

Dato'Muzaffar gelak.

“Cemburu lah!” jawab Dato'Muzaffar.

“Kahwin lah!” ujar Irshad.

“Abi setia dengan arwah umi,” ujar Dato'Muzaffar.

“Baguslah abi ni. Nurin pun tak nak ibu tiri. Ibu tiri jahat!” ujar Nurin.

Dato'Muzaffar gelak.

“Dah besar pun takut dengan mak tiri!” usik Irshad.

“Bukan takut tapi berhati-hati,” balas Nurin.

Yang lain hanya tertawa.

Sungguh mereka berasa sangat-sangat bahagia. Bahagia dengan kehidupan mereka sekarang. Doakan agar kebahagiaan mereka kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment