Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, June 10, 2010

KITA (25)

SEBULAN ½ SELEPAS ITU....

“Kak Mel dengan Abang Irshad nak honeymoon dekat mana?”soal Nurin.

“Kenapa? Nurin nak sponsor akak?” soal Melissa.

“Tak lah. Tanya je. Nurin manalah ada duit. Kalau abi tu lainlah,” ujar Nurin.

Melissa dan Irshad hanya tergelak.

“Nak honeymoon ke mana?” soal Nurin.

Irshad dan Melissa senyum.

“Pulau Langkawi,” ujar Melissa dan Irshad hampir serentak.

“Pulau Langkawi je? Kenapa tak Bali ke New York ke. Takpun Australia,” ujar Nurin.

“Heisyh, kesian kan bakal suami Nurin nanti. Nurin ni high taste sangat!” ujar Melissa.

“Mana ada!” ujar Nurin.

“Iye,” balas Melissa.

“Tak.”

“Iye.”

“Tak.”

“Iye.”

“Tak.”

“Iye.”

“Iye. Eh, tak tak.”

Melissa tergelak.

“Akhirnya adik Chad mengaku jugak!” ujar Melissa.

Irshad hanya menggeleng melihat kemesraan yang terjalin di antara Melissa dan Nurin. Dia harap sangat agar kebahagiaan ini akan berterusan.


* * *


“Zak, itu bukan Mel dengan Irshad ke?” soal Qaseh.

Zakuan pandang ke arah yang ditunjuk Qaseh.

“Ha'ah kan. Jom,” ujar Zakuan.

Mereka melangkah mendekati Melissa dan Irshad yang sedang melangkah. Mukin ke chalet mereka.

“Mel! Irshad!” jerit Qaseh.

Melissa dan Irshad pandang Qaseh. Senyuman terukir di bibir mereka. Pantas Melissa peluk Qaseh.

“Qaseh! Lama gilerr tak jumpa,” ujar Melissa.

Qaseh tersenyum.

“Jomlah pergi makan-makan ke lepak-lepak ke macam dulu,” ajak Qaseh.

“Aku okay je. Tapi petang lah. Nak balik chalet dulu. Kemas-kemas,” ujar Melissa.

Qaseh angguk. Dia pandang Irshad pula. Tiba-tiba satu persoalan bermain di fikirannya. Lagi-lagi dia melihat dua-dua tangan mereka seperti ada kesan inai yang semakin pudar.

“Korang dah kahwin ye?” soal Qaseh.

Melissa pandang Irshad. Irshad pandang Melissa. Dan mereka pandang Qaseh dan Zakuan yang memerhatikan mereka. Dengan senyuman terukir di bibir, mereka mengangguk.

“Sampai hati tau tak jemput kitorang!” ujar Qaseh jauh hati.

“Macammana aku nak jemput kau, dah kau tukar nombor telefon. Zak pun tukar nombor telefon jugak. Alamatnya, melepaslah korang kan kan,” ujar Melissa.

Qaseh tersengih. Zakuan pun tersengih.

“Tapi tak apa. Petang nanti Irshad belanja semua makan! Okay?” soal Melissa.

Irshad yang terdengar namanya disebut segera menoleh ke arah Melissa. Melissa kenyitkan mata. Irshad hanya tersenyum.

Okay!” jawab Qaseh dan Zakuan hampir serentak.

Okay. Mel masuk bilik dulu lah. Penat oh! Bye-bye!” ujar Melissa seraya mula melangkah ke chalet.

“Aku pun blah dulu. Jumpa kau orang semua nanti,” ujar Irshad dan mula mengikut langkah Melissa.

Qaseh dan Zakuan saling berpandangan. Kemudian mereka berdua tersenyum sebelum ada satu bunyi dari belakang. Qaseh menoleh ke belakang dan senyuman di bibir makin mekar.

“Fiq!!” jerit Qaseh gembira.

Fiq tersenyum. Qaseh segera mendekati Fiq. Zakuan hanya memerhatikan sahaja.

“Akhirnya kau balik juga dekat sini!” ujar Qaseh gembira.

“Takkan tak balik pulak kan. Aku balik lah,” ujar Fiq.

Qaseh senyum.

“Eh, jomlah lepak sana kejap. Banyak benda aku nak ceritakan dekat kau,” ujar Fiq.

Qaseh angguk. Lalu mereka berdua melangkah meninggalkan Zakuan sendirian. Zakuan hanya memerhatikan sahaja. Dalam hati, ada rasa cemburu. Siapa tak cemburu bila kekasih pergi dengan lelaki even pak cik tiri pun but dia masih lelaki kan?


* * *


Melissa dan Irshad melangkah bersama-sama ke arah Zakuan yang sedang mengemas-ngemas booth diving shop.

“Zak!” sergah Melissa.

Zakuan sedikit tersentak. Melissa gelak.

“Mel!” marah Irshad.

Melissa masih gelak. Zakuan toleh pandang Melissa dan Irshad.

“Hai, dah jadi isteri orang ingatkan dah berubah perangai tu. Tapi sama je. Macam budak-budak!” komen Zakuan.

Melissa jelir lidah.

“Jenuh lah kau nak layan dia kan Irshad,” usik Zakuan.

“Tu lah. Agaknya macammana lah perangai dia kalau dah ada anak. Entah-entak mak dengan anak jadi satu geng pulak,” usik Irshad.

“Nasib kau lah Irshad,” Zakuan menggeleng-geleng.

Melissa jelirkan lidah lagi. Zakuan dan Irshad hanya tertawa melihat telatah Melissa yang memang macam kanak-kanak ribena tu.

“Mana Qaseh?” soal Melissa menukar topik.

Wajah Zakuan serta-merta berubah. Melissa dan Irshad saling berpandangan.

“Dia dengan Fiq,” jawab Zakuan perlahan.

“Pak cik dia tu?” soal Melissa.

Zakuan angguk.

“Dia tak nak ikut makan?” soal Melissa.

“Tak kot. Sebab dia kalau dah jumpa dengan pak cik dia tu, sampai tengah malam lah dia berborak,” sengaja Zakuan menekankan ton suaranya apabila menyebut 'pak cik'.

Melissa senyum. Dia tahu apa masalah Zakuan.

“Tak apa lah, jom pergi makan,” ajak Melissa.

Zakuan angguk. Lalu mereka bertiga melangkah ke restoren yang dahulu sering dikunjungi mereka. Dekat sahaja. Tak perlu naik kereta pun. Selepas memesan makanan, mereka berbual.

“Zak, you nak tahu tak apa masalah you?” soal Melissa.

Zakuan angkat kening.

“Sini,” ujar Melissa.

Zakuan mendekatkan telinganya ke mulut Melissa. Irshad memerhatikan sahaja mereka berdua.

“You cemburu buta,” bisik Melissa.

Zakuan pandang Melissa. Melissa angguk kepala. Dan kemudian makanan yang dipesan mereka sampai. Setelah pelayan pergi, mereka menyambung kembali perbualan.

“Kenapa pulak?” soal Zakuan.

“Qaseh keluar dengan pak cik dia je kot. Lepastu you dah cemburu giler giler. Tak ke namanya cemburu buta?” soal Melissa.

“Eh, semua orang akan cemburu lah. Cuba tengok Irshad. You bisik dekat I pun dia dah cemburu,” ujar Zakuan.

Melissa pandang Irshad.

“Cemburu ke?” soal Melissa.

“Gila tak cemburu!” jawab Irshad.

“Tengok!” ujar Zakuan.

“Mel sayang, cemburu kan tandanya sayang. Betul tak Zak?” soal Irshad.

“Betul,” jawab Zakuan.

“Memang lah betul tapi kalau terlalu cemburu kan bahaya. Boleh mendorong kepada pergaduhan. Betul tak?” ujar Melissa.

“Memang lah...”

Haahh see!” potong Melissa.

“Belum habis cakap lagi,” ujar Zakuan.

Melissa gelak.

“Tapi I tak terlalu cemburu. I cuma cemburu bila Qaseh bersama Fiq! Kalau Qaseh dengan Irshad, I tak cemburu,” ujar Zakuan.

“Memanglah. Sebab you tahu Irshad dah kahwin,” ujar Melissa.

“Tapi boleh tambah lagi satu,” sampuk Irshad.

Melissa pandang Irshad. Irshad gelak.

“You cemburu kan kalau Irshad cakap macamtu?” soal Zakuan.

“Mestilah sebab dia husband I. Tapi actually I tak kisah. Kalau dia berani, pergilah tambah lagi satu,” ujar Melissa.

“Betul?” soal Irshad.

Melissa angguk. Irshad senyum. Zakuan hanya menggeleng sahaja melihat telatah pasangan pengantin baru itu.

“Dah lah. Karang tak pasal-pasal bergaduh pulak. Dah, makan!” ujar Zakuan.

Melissa dan Irshad hanya menurut. Mereka bertiga makan dalam keadaan yang agak sunyi. Tiada lagi suara sewaktu mereka makan. Masing-masing makan dengan penuh nikmat.


* * *


Qaseh tergelak lagi. Memang dia akan gembira apabila bersama Fiq. Fiq adalah ubat segala kesakitan.

“Lepastu apa dia cakap?” soal Qaseh.

“Dia tak cakap apa-apa lah. Dia terus blah macamtu je. Sure lah malu kan kan,” ujar Fiq.

Qaseh gelak lagi.

Sure lah. Kalau aku jadi perempuan tu pun aku malu,” ujar Qaseh.

“Siapa suruh dia sound aku macamtu. Kalau apa yang dia cakap tu betul, aku tak kisah. Ni hundred percent salah! Ada ke aku intip dia. Hei, tolonglah!” ujar Fiq.

Qaseh gelak.

“Tak baik lah kau!” ujar Qaseh.

Fiq tidak menjawab. Dia turut tertawa.

“Mama macammana?” soal Qaseh tiba-tiba apabila tawanya dan tawa Fiq reda.

“Sihat tapi dia rindukan Qaseh. Qaseh tak nak jenguk mama Qaseh?” soal Fiq.

Qaseh mengeluh.

“Nak tu nak tapi tak boleh ambil cuti lah. Insya-Allah, minggu depan Qaseh cuba try apply cuti,” ujar Qaseh.

“Baguslah,” balas Fiq.

“Fiq, bila nak kahwin?” soal Qaseh sekaligus mengubah topik.

“Aku akan kahwin lepas kau kahwin,” jawab Fiq.

“Kau ingat lagi tak Melissa?” soal Qaseh.

Fiq kerutkan dahi. Cuba mengingati siapa Melissa.

“Ala, yang dulu kerja dekat sini tu,” ujar Qaseh lagi.

“Haa! Ingat-ingat. Yang cantik gilerr tu. Kenapa dengan dia?” soal Fiq tak sabar-sabar.

“Dia dah kahwin. Kau tahu tak dengan siapa?” soal Qaseh.

“Siapa?” soal Fiq.

“Irshad! Yang kerja dekat diving shop tu. Diorang honeymoon dekat sini oh!” ujar Qaseh teruja.

Fiq melopong.

“Aku fikir kau yang akan kahwin dengan Irshad nanti. And Melissa pulak dengan Zakuan. Nampaknya apa yang aku fikir dah terbalik jadinya,” ujar Fiq separuh bergurau.

Qaseh tampar bahu Fiq lembut.

“Apa lah kau ni!” ujar Qaseh.

Fiq gelak. Tiba-tiba Qaseh tarik supaya Fiq bangun.

“Kenapa?” soal Fiq.

“Tu Qaseh dengan Irshad. Jom lah jumpa diorang!” ajak Qaseh.

Fiq akur. Lalu mereka berdua berlari mendapatkan Melissa, Irshad dan Zakuan.

“Mel! Irshad!” jerit Qaseh.

Melissa, Irshad dan Zakuan yang tadinya ketawa terus berhenti daripada ketawa. Melissa melambai-lambaikan tangannya ke Qaseh dan Fiq.

“Eh Fiq pun ada,” ujar Melissa.

Melissa sempat mengerling ke Zakuan. Dilihatnya air muka Zakuan berubah seratus peratus.

“Korang pergi mana ni?” soal Qaseh.

“Pergi makan lah. Kau kenapa tak datang?” soal Melissa.

Qaseh tepuk dahi.

“Aku lupa!” ujar Qaseh.

Sungguh! Dia memang betul-betul lupa! Ni semua Fiq punya pasal lah! Kalau lah Fiq tak ajak dia berborak, tak adalah sampai dia lupa.

“Macammana nak ingat kan kalau asyik berkepit dengan pak cik dia. Hmm.., I blah dulu lah ye Mel, Irshad,” ujar Zakuan.

“Eh, nanti lah dulu,” ujar Melissa.

“I mengantuk lah Mel. Bye!” ujar Zakuan.

Zakuan melangkah pergi meninggalkan mereka. Qaseh memerhatikan langkah Zakuan. Dia tahu kata-kata tu ditujukan kepada dia. Dah memang pun! Dia rasa sangat-sangat sedih!

“Dia tu ada problem,” Melissa cuma menenangkan keadaan.

Problem apa?” soal Qaseh.

“Dia tu sebenarnya cemburu bukannya apa. Kau pandai-pandai lah pujuk dia,” ujar Melissa.

Qaseh senyum sedikit. Sebenarnya dia agak tersentuh dengan kata-kata Zakuan tadi tetapi apabila memikirkan memang salah dia. Dia terpaksa cool kan dirinya. Lagipun, cemburu kan tandanya sayang.

“Aku balik chalet dulu, okay? Pandai-pandai lah kau settle kan keadaan. Bye!” ujar Melissa.

Qaseh angguk. Melissa dan Irshad melangkah ke chalet mereka.

“Kau nak aku terangkan dekat Zak?” soal Fiq. Dia rasa bersalah.

“Tak payah. Biarkan. Nanti aku pandai-pandai lah settle kan dengan Zak tu,” ujar Qaseh.

Fiq angguk. Dia tahu Qaseh mampu lakukan. Tak diberi nama Qaseh kalau hal sekecil kuman tu pun dia tak mampu selesaikan.

No comments:

Post a Comment