Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, July 6, 2010

KITA (30) ending

Tepat jam 8 pagi, sebuah kereta BMW berhenti di hadapan rumahnya. Dan keluarlah dua orang manusia dari kereta itu. Dengan senyuman yang menghiasi bibirnya, Nurin menarik bagasinya keluar dari rumah.

Zakuan tolong masukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Nurin melangkah mendekati Melissa.

“Kak Mel, terima kasih sebab sudi jemput Nurin,” ujar Nurin.

Melissa angguk.

“Ala, kak Mel bukannya orang lain. Kakak ipar Nurin juga,” ujar Melissa.

Nurin tunduk.

“Dah lah, masuk dalam kereta. Karang lewat pula,” ujar Melissa.

Nurin angguk.

Lalu mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Zakuan yang memandu. Tidak sampai tiga puluh minit, mereka sudah sampai ke airport. Melissa dan Nurin keluar dari kereta. Zakuan pula pergi cari tempat parking.

Melissa dan Nurin melangkah masuk ke dalam airport. Nurin nak masuk dah ke dalam. Mahu menunggu di ruang dalam.

“Kak Mel, Nurin minta maaf,” ujar Nurin.

Melissa senyum.

“Kak Mel dah lama maafkan Nurin,” balas Melissa.

“Lupakan apa yang Nurin cakap dulu. Anggaplah semua tu tak pernah berlaku. Dan Kak Mel, Nurin tahu Kak Mel cintakan abang Irshad kan? Kak Mel janganlah buat dia macamtu. Kalau Kak Mel nak tahu, saat Kak Mel keluar dari rumah tu, hidup dia seratus peratus berubah. Dia terlalu cintakan Kak Mel. Sebab tu jugaklah, Nurin ambil keputusan untuk berterus-terang. Sebab Nurin sedar, cinta abang Irshad hanyalah kepada kak Mel,” ujar Nurin panjang lebar.

Melissa senyum.

“Soal tu Nurin jangan risau. Buat masa sekarang, biarlah dulu. Kak Mel masih cintakan dia. Cuma hati Kak Mel susah untuk terima dia buat masa sekarang,” ujar Melissa.

“Tapi semua tu bukan salah dia. Semua tu salah Nurin,” ujar Nurin.

“Kak Mel tahu tapi... Biar masa je lah yang tentukan. Kalau ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, Kak Mel pasrah,” ujar Melissa.

Nurin angguk.

“Nurin pergi dulu ye Kak Mel,” ujar Nurin.

Nurin bersalam dengan Melissa. Kemudian dia menarik bagasinya. Baru sahaja dia mahu melepasi ruang itu, namanya dipanggil. Pantas Nurin menoleh ke belakang. Wajah Irshad kelihatan. Segera Nurin memberi ruang untuk orang di belakangnya.

“Nurin! Abang minta maaf,” ujar Irshad.

Nurin tersenyum.

“Tak bang, sepatutnya Nurin yang minta maaf,” balas Nurin.

Nurin hulurkan tangan kepada Irshad. Irshad sambut tangan Nurin. Lalu Nurin membawa tangan itu ke bibirnya.

“Halalkan makan minum Nurin. Nanti bila abi balik Malaysia, cakap dengan abi Nurin sambung belajar. Cakap dengan abi juga, Nurin minta maaf sebab tak bagitahu abi awal-awal,” ujar Nurin.

Irshad terkejut.

“Nurin tak bagitahu abi pasal ni?” soal Irshad.

Nurin geleng.

“Kenapa?”soal Irshad.

“Nurin dapat offer letter ni dah dua bulan. Tapi Nurin tak bagi apa-apa jawapan. Sehinggalah semalam universiti ni call Nurin. Menyoal keputusan Nurin. Jadi Nurin pun bersetuju dan pihak universiti suruh Nurin mendaftar diri secepat mungkin,” cerita Nurin.

Irshad angguk.

“Abang doakan Nurin berjaya,” ujar Irshad.

Nurin angguk. Dia kemudian melangkah ke ruang seterusnya. Sebelum dia menghilang, dia sempat melambaikan tangannya kepada semua.

Irshad pandang Melissa. Melissa pandang Irshad. Melissa agak terkejut dengan penampilan Irshad hari ini. Irshad nampak sangat kemas. Tidak macam semalam. Irshad melemparkan senyuman kepada Melissa.

So jom balik Mel,” ujar Irshad.

“Balik?” soal Melissa.

“Kan semalam Mel cakap akan ikut Chad balik kalau Chad dah beli rumah untuk kita,” ujar Irshad.

Melissa terkejut.

“Chad dah lama beli rumah kita. Cuma tinggal nak duduk je,” ujar Irshad lagi.

Melissa angguk. Dia pandang Zakuan.

“Zak, jom balik,” ujar Melissa.

Melissa melangkah ke arah Zakuan namun Irshad pantas menarik tangannya. Melissa pandang Irshad.

No! Mel balik dengan Chad,” arah Irshad.

Melissa tarik balik tangannya.

“Tadi I datang dengan Zak, jadi biarlah I balik dengan dia,” ujar Melissa.

Irshad melangkah ke arah Zakuan.

“Zak, kau balik dengan Qaseh boleh?” soal Irshad.

Zakuan angguk.

Irshad pandang Melissa.

Problem solved! Jom kita balik Mel,” ajak Irshad.

Nak tak nak Melissa terpaksa ikut langkah Irshad. Dia tahu dia harus berbaik dengan Irshad kembali. Yelah, takkan sampai bila-bila nak bergaduh kot.


* * *


Melissa duduk di atas katil. Irshad pandang Melissa. Kemudian dia turut duduk di sebelah Melissa.

“Chad minta maaf,” ujar Irshad.

Melissa pandang Irshad.

“Chad minta maaf sebab tak percayakan Mel. Sebab tolak Mel. Sebab bunuh anak kita. Chad minta maaf,” ujar Irshad.

Melissa tahu Irshad betul-betul sedang minta maaf. Dia dapat lihat melalu sinar mata Irshad.

“Mel dah lama maafkan Chad. Mel tahu, mestilah Chad lebih percayakan Nurin. Nurin kan adik Chad. Pasal Chad tolak Mel tu pun salah Mel. Chad cuma nak selamatkan Nurin. Dan pasal anak kita, itu semua takdir. Siapalah Mel untuk melawan takdir,” ujar Melissa.

Irshad terus peluk Melissa. Melissa balas pelukan Irshad.

“Chad janji Chad takkan sia-siakan Mel. Chad sayangkan Mel!” ujar Irshad bersungguh-sungguh.

“Mel pun sayangkan Chad juga,” balas Melissa.

Mereka berdua tersenyum. Akhirnya, masalah tu selesai juga.


* * *


LIMA TAHUN KEMUDIAN...

Morning sayang!” ucap Zakuan.

Qaseh tersenyum. Dia bangun.

Morning too sayang!” balas Qaseh.

Zakuan pegang perut Qaseh yang semakin memboyot.

Morning anak ayah,” ujar Zakuan.

Qaseh gelak.

Morning ayah,” Qaseh buat suara budak kecil.

Zakuan tersenyum. Dia cuit hidung Qaseh.

“Siap cepat. Hari ni Mel dengan Irshad ajak makan-makan dekat rumah dia. Sambut birthday Irfan,” ujar Zakuan.

Qaseh angguk. Dia berlalu ke bilik air untuk mandi.


* * *


“Masuklah,” ujar Melissa.

Qaseh dan Zakuan senyum.

“Irfan mana?” soal Qaseh.

“Irfan!” panggil Melissa.

Irfan datang ke Melissa.

“Salam aunty Qaseh dengan uncle Zakuan,” arah Melissa.

Irfan salam Qaseh dengan Zakuan.

H
appy birthday Irfan! Yang ke berapa ye?” soal Qaseh.

“Yang ke empat lah aunty,” jawab Irfan petah.

Qaseh tersenyum. Kotak warna merah itu dihulurkan kepada Irfan.

“Hadiah untuk Irfan,” ujar Zakuan.

“Haa, suka lah tu. Cakap apa Irfan,” ujar Irshad.

“Terima kasih aunty. Terima kasih uncle,” ujar Irfan.

“Sama-sama Irfan,” ujar Zakuan dan Qaseh hampir serentak.

Kemudian Irfan berlalu. Letak hadiah dekat atas meja.

“Masuklah. Makan-makan dulu,” pelawa Irshad.

Zakuan dan Qaseh angguk. Mereka masuk ke dalam. Dan datang pula seoang gadis yang bertudung.

“Assalamualaikum,” sapa gadis tersebut.

“Waalaikumusalam,” balas Melissa dan Irshad.

Mereka tersentak. Tidak sangka dengan perubahan Nurin. Betulke yang berada di hadapan mereka itu Nurin? Adik angkat Irshad yang sekian lama tidak berjumpa.

“Nurin?” soal Irshad.

Nurin senyum.

“Iye,” jawab Nurin.

Dan Nurin salam dengan Irshad dan Melissa.

“Mana birthday boy?” soal Nurin.

“Irfan!” panggil Irshad.

Irfan datang ke arah mereka.

“Ye papa!” balas Irfan.

“Salam dengan aunty Nurin,” ujar Irshad.

Irfan menurut. Nurin hulurkan satu bungkusan berwarna hijau kepada Irfan.

Happy birthday Irfan,” ucap Nurin.

“Terima kasih aunty Nurin,” balas Irfan.

Nurin senyum. Irfan berlalu ke dalam.

“Comel betul. Adik Irfan tak ada?” soal Nurin.

Coming soon,” jawab Irshad.

“Kak Mel mengandung? Dah berapa bulan ni?” soal Nurin excited.

“Baru tiga bulan,” jawab Melissa.

“Nurin bila lagi?” soal Irshad.

Nurin tersipu-sipu.

“Ni mesti dah ada pilihan kan? Tak nak bawa jumpa akak ke?” usik Melissa.

“Dia ada dekat luar. Kejap, Nurin panggilkan,” ujar Nurin.

Nurin melangkah ke luar. Dan kemudian dia muncul kembali dengan satu jejaka yang sememangnya dikenali mereka. Qaseh yang nampak pun mendekati Melissa.

“Fiq?”

“Eh, macammana kenal?” soal Nurin pelik.

Qaseh tersengih.

“Dia pak cik tiri akak,” ujar Qaseh.

Nurin tersenyum.

“Oh diam-diam ada skandal dengan Nurin ye!” usik Qaseh.

“Diamlah Qaseh,” ujar Fiq.

“Bila nak berlangsung?” soal Melissa.

“Orang on je. Tengah tunggu pihak perempuan ni pula,” ujar Fiq.

Dan yang lain semua ketawa melihat muka Nurin yang dah blushing tu. Tiba-tiba si kecil Irfan muncul di antara mereka.

“Bila nak potong kek? Kawan-kawan Irfan semua dah tunggu,” ujar Irfan.

Mereka semua saling berpandangan dan tawa mereka kedengaran lagi.

“Mama!” rengek Irfan.

Okay okay. Jom kita potong kek,” ujar Melissa.

Alhamdulillah, mereka semua bahagia. Masing-masing dah bertemu dengan jodoh mereka. Semoga hidup mereka bahagia sehingga akhir hayat. Amin..

No comments:

Post a Comment