Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, August 28, 2010

Perjalanan Fasha (S1)

SELEPAS 5 TAHUN...

Kot panjang warna putih ditanggalkan dan disangkut di belakang kerusi. Kemudian dia capai telefon bimbitnya. Ada dua missed calls. Dan pemanggilnya daripada Misha. Fasha cepat-cepat call kembali.

“Kau buat apa haa? Dua kali aku call kau, kau tak jawab!”

Fasha jauhkan sedikit handphone dari telinganya.

“Aku ada patient lah tadi. Ada apa kau call?” soal Fasha.

“Jom lunch!”

“Eh, mana suami kau yang tercinta tu?”

“Dia ada meeting.”

“Oh, bila dia ada hal, baru cari aku kan.”

“Taklah. Kalau dia tak meeting pun, aku memang nak lunch dengan kau.”

“Iyelah tu.”

“Iye.”

“Okay lah. Dekat mana?”

“Dekat tempat biasa.”

“Hmm.. Baik puan!”

Bye Doktor Fasha!”

Dan talian dimatikan. Fasha tersenyum. Dia tumpang bahagia dengan pernikahan Misha dengan Aliff Iman yang baru berlangsung dua bulan lepas. Misha dapat juga kahwin dengan Aliff Iman tu.

Fasha tersenyum. Ingatan dia tiba-tiba berputar kembali ke zaman persekolahannya.

Bermula dengan Khairul, kemudian Nazrin, lepastu Izad, dan akhir sekali Aril. Dan sekarang? Dia dah tak ada siapa-siapa. Senyuman dia pudar.

Aril, mana kau? Aku rindu kau sangat-sangat.

Fasha cepat-cepat kesat matanya sebelum air matanya jatuh. Dia tak nak menangis sebab Aril lagi. Dia tak nak! Cukuplah selama ni dia tersiksa menunggu Aril. Cukuplah.

Fasha bangun dan capai beg tangannya. Kemudian dia terus keluar dari mini office nya tu.


* * *

“Ada apa kau nak jumpa aku?” Fasha angkat kening.

Misha senyum. Makanan di mulutnya dikunyah dan ditelan.

“Kau tahu tak?” soal Misha.

“Tak.” jawab Fasha terus.

Misha dah muncung.

“Ala, tekalah!” ujar Misha.

Fasha gelak.

“Dah jadi bini orang pun perangai tak ubah-ubah!” komen Fasha.

“Biarlah. Tekalah cepat, Fasha!” desak Misha.

Fasha buat-buat fikir. Dua minit dia dalam keadaan begitu.

“Tak tahulah. Kau bagitahu je lah,” Fasha angkat kedua-dua belah tangan. Lagak orang mengalah.

“Kau ingat lagi tak Nazrin?” soal Misha.

Fasha angguk.

“Aku jumpa dia semalam,” bagitahu Misha.

So?” Fasha angkat kening.

“Dia cakap dia nak jumpa kau,” ujar Misha.

Fasha gelak.

“Jumpa aku? Nak buat apa?” soal Fasha.

“Mana lah aku tahu,” jawab Misha.

Fasha suap nasi goreng cendawan ke dalam mulutnya.

“Kau nak jumpa dia tak?” soal Misha.

“Nak buat apa?” soal Fasha kembali lepas telan makanannya.

“Merapatkan silaturrahim,” jawab Misha.

Fasha gelak.

“Bukan silaturrahim kitorang memang dah rapat giler ke?” perli Fasha.

Misha gelak.

“Kau ni!” ujar Misha.

“Dahlah, cepat makan. Kejap lagi, aku nak balik rumah kejap,” ujar Fasha.

Misha menurut. Dia mula makan kembali. Begitu jua Fasha.

* * *

“Yay! Kakak Fasha dah balik!!”

Fasha tersenyum. Tu suara adik dia. Nama adik dia Farina. Dan sorang lagi Faris. Farina tu dah lima tahun, Faris tu pula empat tahun.

“Kakak bawa gula tak?” soal Faris.

Fasha angguk. Dia bagi satu beg plastik kepada Faris dan satu lagi kepada Farina.

“Terima kasih kakak!” jerit mereka berdua serentak.

Fasha menggeleng.

Comel betul adik-adik aku ni!

Fasha duduk di sofa, sebelah Meen.

“Dah makan?” soal Meen.

Angguk, “dah. Makan dengan Misha tadi.”

“Pukul berapa pergi klinik balik?” soal Meen lagi.

“Pukul 3.30,” jawab Fasha.

“Pergilah rehat. Muka macam tired sangat bonda tengok,” ujar Meen.

Fasha tersengih. Dia bangun. Langkahnya diaturkan menuju ke biliknya.

“Faris! Farina! Jangan main dekat sini. Pergi duduk dengan bonda dekat bawah,” ujar Fasha bila melihat Faris dan Farina sedang bermain di tangga.

Faris dan Farina menurut. Dia turun dan pergi dekat Meen. Fasha teruskan perjalanannya kembali.

Sampai dalam bilik, dia hempaskan tubuhnya ke atas katilnya. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangannya. Dan dia buka folder pictures. Dia klik lagi satu folder dalam tu yang bertajuk 'ARIL'.

Gambar-gambar itu ditengoknya kembali untuk ke berapa kali entah. Rasanya dah lebih seratus kali dia tengok gambar Aril yang ada lebih kurang lima belas keping.

Dan dia bawa ke dada handphone nya.

“Aku dah penat menunggu.”

Fasha mark folder tu, kemudian dia tekan butang delete. Dan dia tekan Yes. Lalu gambar-gambar itu telah dihapuskan.

Fasha kemudian campakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia bangun dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

* * *

Yes, Encik Kharul. Awak sakit apa?” Fasha yang sibuk mencatat sesuatu di buku rekod pesakit pandang ke arah pesakitnya.

Dan kedua-dua muka agak terkejut.

“Fasha?”

“Khairul?”

Dan Khairul senyum.

“Tak sangka dapat jumpa awak balik,” ujar Khairul.

Fasha turut tersenyum.

“Saya pun,” balas Fasha.

“Dr. Fasha, awak apa khabar?” soal Khairul.

“Eh, bukan sepatutnya saya yang tanya awak ke soalan tu. Encik Khairul, awak sakit apa?” soal Fasha.

Khairul tergelak kecil.

“Doktor, perut saya sakit giler!” ujar Khairul.

“Nasib baik awak tak gila kan. Macammana awak rasa?”

“Maksud?”

“Sakit tu rasa mencucuk-cucuk ke memulas ke apa?”

“Mencucuk-cucuk.”

“Awak makan apa harini?”

“Pagi saya makan sandwiches yang saya buat sendiri dengan milo. Petang pulak saya makan nasi goreng pedas dekat kedai.”

“Bila awak rasa sakit tu?”

“Lepas makan petang.”

“Nasi goreng tu pedas ke tak?”

“Pedas giler!”

Okay.”

Fasha mencatatkan sesuatu di buku rekod. Kemudian dia pandang Khairul kembali.

“Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Awak cuma gastrik. Lepasni, cuba elakkan makan makanan pedas. Perut awak tu sensitif sikit,” ujar Fasha panjang lebar.

“Selama ni perut saya lah paling tahan lasak,” sampuk Khairul.

Not anymore. Saya bagi awak ubat gastrik. Nanti nurse dekat depan tu cakap," ujar Fasha.

Khairul bangun.

“Terima kasih Dr. Fasha!” ujar Khairul.

Fasha angguk. Dan Khairul keluar dari bilik rawatan. Fasha menggeleng-geleng kepalanya.

Tak sangka kita jumpa balik kan Khairul. What a small world!

No comments:

Post a Comment