Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, September 2, 2010

Perjalanan Fasha (S2)

Fasha tengok jam dekat tangannya. Dah pukul 11.00 malam. Kliniknya dah tutup pukul 10.00 malam tadi tapi dia baru hapis rawat pesakit yang terakhir pukul 10.45 malam tadi.

“Dr. Fasha, kami balik dulu ya,” ujar Ria, pembantu kliniknya.

Fasha angguk. Dan sekarang dia keseorangan. Fasha kemas mejanya. Kemudian dia capai telefon bimbitnya dan masukkan ke dalam beg tangan jenama Guess yang harganya mencecah empat ratus ringgit.

Fasha bangun. Beg tangan diletakkan di bahunya. Dan dia matikan suis. Pintu bilik dikunci. Pintu klinik juga dikunci. Dan dia tarik grill besi dari atas.

Usai mengunci grill besi itu, Fasha pun melangkah ke arah keretanya yang terletak berhadapan dengan kliniknya. Waktu dia nak buka pintu keretanya, ada orang pegang bahu dia.

Fasha dah rasa seram-seram sejuk.

“Tolong!” jerit Fasha sekuat hati.

Dan serentak itu, mulutnya ditekup. Orang itu memusingkan badan Fasha agar berhadapan dengannya.

Hey, it's me! Khairul!” ujar Khairul.

Fasha pandang Khairul lama. Dan Khairul pun lepaskan tangannya.

What's wrong with you?” soal Khairul.

Fasha geleng.

“Saya fikirkan penjahat mana entah tadi,” ujar Fasha.

Sorry,” ujar Khairul.

It's okay. Tapi lain kali jangan buat lagi tau,” ujar Fasha.

Promise!” ujar Khairul.

Fasha senyum. Khairul turut senyum.

“Jom makan,” ajak Khairul.

At this time?” soal Fasha.

Khairul tengok jam tangannya. Kemudian dia angguk.

Why not? Kita supper!” ujar Khairul.

Fasha nampak macam keberatan.

Come on! Dah lama tak berborak,” ajak Khairul lagi.

Akhirnya Fasha angguk jua. Khairul tersenyum lebar. Gembira kerana pelawaannya diterima.

* * *

So, how your life?” soal Khairul, mulakan perbualan.

Fasha sedut air orange juice nya dahulu sebelum menjawab soalan Khairul.

“Macamnilah. Busy memanjang uruskan klinik,” ujar Fasha.

“Patutlah. Badan awak pun nampak macam susut sikit. Penat sangat yer?” soal Khairul.

Fasha hanya angguk.

“Apa ni, doktor sendiri yang tak jaga kesihatan doktor,” usik Khairul.

Fasha gelak. Sedikit-sebanyak, Khairul dapat menghiburkan hati dia.

“Tak ada boyfie?” soal Khairul.

Geleng, “siapa lah nak dekat saya ni.”

“Ramai orang nak cuma awak tu je yang busy sangat sampai tak ada masa nak social dengan orang ramai,” ujar Khairul.

“Eh, saya social tau dengan orang ramai. Habis, macammana saya nak tahu pesakit saya tu sakit apa kalau tak cakap dengan diorang,” Fasha dah selesa dengan Khairul.

“Eleh, tu memang kerja awak, Dr. Fasha hui!” balas Khairul.

“Awak cakap orang, awak tu dah ada girlfie belum?” soal Fasha.

“Awak lah girlfie saya. Sedih tau, awak tak mengaku saya ni boyfie awak,” Khairul buat-buat sedih.

Fasha ketawa.

“Laa, iya ke? Awak tak cakap awal-awal. Saya manalah tahu awak ni boyfie saya,” balas Fasha.

Dan mereka berdua ketawa.

Seriusly, siapa girlfie awak?” soal Fasha.

“Saya mana ada girlfie. Wife ada lah,” ujar Khairul selamba.

“Serius?” Fasha terkejut.

“Ye lah, takkan tipu kot,” jawab Khairul.

Fasha senyum sampai ke telinga.

“Wah, tahniah Khairul. Siapa girl yang bertuah tu?” soal Fasha.

“Alia nama dia,” jawab Khairul.

“Oh, macammana kenal? Bila kahwin? Ceritalah about your wife tu,” ujar Fasha berminat.

“Kitorang kenal waktu study dekat UITM dulu. Baru je empat bulan kahwin. Macammana ya nak cerita pasal my wife tu. Dia cantik, baik, caring, understanding, dan yang paling penting, dia cintakan saya,” cerita Khairul.

Fasha angguk.

“Jaga dia elok-elok tau. Jangan pernah tinggalkan dia sebab saya yakin, dia seorang isteri yang paling sempurna buat awak. Okay lah, saya kena pergi dulu. Nanti papa marah balik lewat. Bye!” ujar Fasha.

Dan Fasha melangkah meninggalkan Khairul. Dia start engine keretanya dan terus pecut laju meninggalkan kawasan itu.

* * *

Hari ini hari minggu dan Fasha berada di Tasik Titiwangsa. Mahu merehatkan mindanya yang bercelaru. Fasha pakai pakaian yang simple. T-shirt berwarna kelabu dengan gambar smiley lengan pendek bersama Jeans warna hitam. Rambutnya diikat tinggi. Nampak comel.

Fasha duduk di bangku. Di hadapannya, jelas ada Menara Berkembar Petronas tu. Dia pandang lama KLCC tu.

Macam pegang tangan. Bersatu menghadapi segalanya.

“Nampak macam KLCC tu sedang berpegang tangan kan?”

Fasha menoleh ke arah suara itu. Dan dia terkejut.

“Izad?” soal Fasha tak percaya.

Izad senyum. Dia kemudian duduk di sebelah Fasha.

“Fasha, dah lama tak jumpa you. Apa khabar?” soal Izad.

“Baik je. How about you?” Fasha angkat kening.

I'm good as usual. But I think, you ni khabar tak baik. Tak nak story dengan I?” soal Izad peramah.

Fasha pelik dengan perangai Izad ni.

Sejak bila mamat ni pandai speaking London? Wah, hebat betul! Dan sejak bila, dia pandai baca hati orang ni? Selalunya, dialah mamat yang selalu dapat F bila masuk bab hati. Fuh, dia dah jadi doktor pakar cinta ke?

“Pelik,” ujar Fasha.

Izad kerut dahi, “apa benda yang pelik?”

“You lah,” jawab Fasha.

What do you mean by that?” soal Izad.

“Apa occupation you?” soal Fasha.

“Pelayan dekat disko,” jawab Izad selamba.

“Patutlah.” Fasha geleng kepala.

“Patut apa?” sekali lagi, Izad kerut dahi.

“Patutlah pandai cakap London. Lagi pula tu, pandai baca hati orang. Dah jadi kasanova tahap first class rupanya,” Fasha gelak.

“Hei, bila masa pulak I jadi kasanova. I cakap I pelayan dekat disko je,” Izad mempertahankan haknya.

Fasha gelak lagi.

“Cukuplah tu. Jangan gelak!” marah Izad.

“Siapa suruh buat lawak antarabangsa pagi-pagi ni,” balas Fasha.

“Ye lah,” ujar Izad.

“Serius, apa occupation you?” soal Fasha.

Hello, you tak kenal I ke?”

“Kenal lah. You Izad.”

Izad tepuk dahi.

“Fasha, dah berapa lama you tak tengok tv?”

“Tadi baru tengok.”

“You pernah dengar tak group Kilat?”

“Kilat? Hujan pernah lah I dengar.”

I'm the drummer.”

Fasha gelak.

“Jangan lah buat lawak lagi. I serius ni.”

“I serius lah. Tak buat lawak. I am the drummer of Kilat Group.”

Fasha pandang Izad. Dan dia nampak Izad memang serius. Fasha dah rasa bersalah.

Patutlah pada tadi aku nampak budak-budak perempuan asyik pandang aku je. Rupa-rupanya aku tengah bercakap dengan drummer group Kilat.

Sorry! I tak tahu pun you artis. Nanti mesti peminat you marah I kan. I pergi dulu lah,” Fasha nak melangkah tetapi Izad tarik tangannya.

“Fasha!”

Fasha pandang Izad.

“Diorang tak ada hak nak marah. You kan kawan I. Takkan you tak sudi dah kawan dengan I?”

Fasha dah rasa serba salah sangat.

“Tak, bukan macamtu. I cuma nak jaga nama you,” ujar Fasha.

“Jadi you sudi lah nak jadi kawan I balik?” soal Izad.

“Of course I do. Gila tak nak kawan dengan drummer Kilat!” usik Fasha.

Izad gelak. Tangan Fasha dilepaskan.

So jom teman I breakfast,” ujar Izad.

“Dekat mana?” soal Fasha.

“Kedai mamak depan sana tu,” jawab Izad.

“Ait, artis macam you pun makan dekat kedai mamak ke?” usik Fasha.

“Hei, you tahu tak? Kedai mamak lah best! Boleh buat apa-apa je. Kalau makan dekat hotel 5 star, kena jaga adab segala bagai,” bebel Izad.

Fasha dah melangkah ke hadapan. Malas dengar Izad membebel macam nenek tua.

“Tunggulah dulu Fasha!” jerit Izadl sambil kejar Fasha.

* * *

“You buat apa lepas ni?” soal Izad sambil suap roti canai dalam mulut.

“Balik lah. Buat apa lagi,” jawab Fasha.

“Jom pergi ikut I jamming. Nak?” ajak Izad.

Jamming? Dekat mana?” soal Fasha.

“Dekat studio lah,” jawab Izad.

“Bukan I tak nak tapi...”

“Tapi you takut dengan I kan? Fasha, you dengan I dah lama berkawan. Untuk apa you takut dengan I? I tahu I pernah buat salah dengan you dulu, tapi itu hal dulu kan? Why not kita buka buku baru,” ujar Izad panjang lebar.

“Okay,” balas Fasha.

Izad senyum penuh makna. Dia tahu hati Fasha senang dilembutkan.

No comments:

Post a Comment