Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, September 7, 2010

Perjalanan Fasha (S3)

Pejam celik, pejam celik. Sudah tiga bulan tempoh hubungan Fasha dengan Izad. Dari kawan biasa, mereka sudah melangkah ke fasa bercinta.

Fasha duduk sendirian di bangku yang disediakan di taman, tempat dia meluahkan perasaan dia kepada Aril. Dia pun tidak tahu kenapa dia berada di sini. Hati dia yang bawa dia ke sini.

Lima belas minit dia melayan perasaannya. Kemudian dia bangun. Melangkah ke arah keretanya.

“Fasha!”

Automatik kaki Fasha berhenti melangkah. Dia kenal suara tu. Terlalu kenal. Tetapi tak mungkinlah dia ada dekat sini. Mungkin perasaan dia sahaja. Dan Fasha melangkah kembali.

“Fasha!”

Fasha berhenti. Dia pusing ke belakang. Dan di hadapannya kini Aril. Aril, lelaki yang sangat dicintainya. Yang menghilang selama 5 tahun. Automatik air matanya mengalir laju. Dia cuba lari tetapi pantas tangannya ditarik Aril. Menahan dari dia terus pergi.

“Cukuplah. Jangan lari lagi,” ujar Aril.

“Pergi! Aku tak nak jumpa kau! Pergi!” marah Fasha dalam sendunya.

Please, listen to me,” ujar Aril.

“Aku tak nak dengar apa-apa lagi!” protes Fasha.

But you deserve an explanation,” ujar Aril.

Fasha tarik tangan dia kuat-kuat dari Aril. Dan dia berjaya.

“Apa lagi kau nak explain? Lima tahun kau hilang. Lima tahun! Tu bukan tempoh yang singkat. Setiap detik, aku tunggu kepulangan kau. Tak pernah lepas walaupun sesaat. Tapi kau langsung tak muncul. Dan di saat aku dah mulakan hidup baru tanpa kau, kau muncul kembali. Untuk apa? Aku dah penat jadi penunggu. Apa lagi yang kau boleh explain Mr Aril?” ujar Fasha.

“Aril cintakan Fasha,” ujar Aril.

“Kau tipu!” jerit Fasha.

“Aril tak tipu. Setiap saat, hanya ada nama Fasha dalam hati Aril,” ujar Aril.

But you leave me!”

“Aril tak pernah tinggalkan Fasha. But you the one who want to left me.”

Fasha terdiam. Air matanya dikesat.

“Fasha, Aril sayangkan Fasha. Fasha fikir Aril suka ke duduk dekat sana? Aril tak suka, Fasha. Setiap hari Aril kira bila Aril dapat pulang ke Malaysia. Aril selalu rindukan Fasha,” ujar Aril romantis.

“Tapi kau tak pernah call aku! Surat aku tak terbalas. E-mail aku apa lagi. Kau buat aku macam tunggul,” Fasha peluk tubuh.

“Rumah sewa Aril kena pecah waktu Aril pergi class. Dan waktu tu handphone Aril tertinggal. Jadi handphone Aril kena curi dan surat Fasha yang the only one yang Aril simpan dalam kotak pun hilang. Password email Aril lupa,” Aril menjawab segala persoalanan.

“Takkan kau tak ingat nombor handphone aku?” soal Fasha.

“Fasha ingat tak, Fasha ada tukar nombor sebelum Aril pergi sana. Dan seminggu lepas tu handphone Aril kena curi. Aril tak sempat ingat nombor Fasha,” jawab Aril.

“Alamat aku?” soal Fasha.

“Kan Fasha dah pindah lepas Aril pergi sana. Alamat baru Fasha, Aril tak ingat lagi. Tapi Aril ada hantar surat dekat alamat rumah lama Fasha,” ujar Aril.

Fasha terdiam. Dia tahu semua tu benar. Dia duduk di bangku berdekatan. Aril turut duduk di sebelah Fasha.

“Aril cintakan Fasha. Only you,” ujar Aril.

Fasha pandang Aril.Air matanya yang masih mengalir diseka.

Sorry,” ujar Fasha.

Aril kerutkan dahi.

I have move on my life without you,” ujar Fasha.

Aril tersentak.

“Dan Fasha tak mampu untuk tinggalkan hidup Fasha sekarang,” ujar Fasha lagi.

Aril tersentak lagi. Dan air mata dia mengalir. Fasha terharu tengok Aril menangis. Aril menangis kerana dia!

Fasha bangun. Dan dia melangkah pergi meninggalkan Aril. Hati dia rasa sangat-sangat sakit. Dia masuk ke dalam kereta. Tangannya memegang dadanya.

“Kenapa dekat sini rasa sakit sangat? Macam aku dah hilang separuh dari hati aku.”

* * *

Fasha sedut ice-blended mocha di tangannya. Pemandangan yang indah menyejukkan pandangan matanya.

“Fasha, Aril dah balik.”

Fasha pandang Misha yang berada di sebelahnya. Keningnya diangkat.

“Macammana kau tahu?”

“Aku terserempak dengan dia.”

Fasha diam sepuluh saat.

“Aku dah tahu.”

Misha terkejut.

“Dia jumpa kau?”

Fasha angguk.

So apa keputusan kau?” soal Misha.

“Misha, aku dah move on. Aku dah penat menunggu.”

“Tapi bukan salah dia.”

Fasha tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia hembuskan perlahan-lahan.

“Jadi kau nak aku tinggalkan Izad?” soal Fasha.

He dump you two times.”

But he change.”

How do you know?

Fasha diam lima saat.

“Aku percayakan dia,” ujar Fasha perlahan.

Misha mengeluh.

“Fasha, Aril cintakan kau dan aku tahu kau masih cintakan dia. Izad bukan sesiapa dalam hidup kau melainkan peganti sementara Aril,” ujar Misha.

“Tipulah kalau aku cakap aku tak cintakan dia. Ya, aku admit aku cintakan dia. Tapi tak bermakna aku harus memiliki dia. Misha, tak semua orang dapat apa yang dia nak. And he have to forget me. I'm not for him,” ujar Fasha.

“Ya, memang tak semua yang kita nak dapat. Tapi tak salahkan usaha? Fasha, ini bukan soal main-main. This is about your life. Memang kau boleh bohong semua orang but u can't lie to yourself. Please Fasha, open your eyes,” ujar Misha.

“Tapi tak salahkan aku mencuba? Izad hadir waktu aku perlukan teman. Dan sekarang hati aku dah terbelah dua. One for Izad and one for Aril. Dan tolong Misha, jangan paksa aku untuk terima Aril dan tinggalkan Izad. Biar takdir yang tentukan.Aku percaya, Allah dah tetapkan jodoh aku,” ujar Fasha panjang lebar.

Misha mengeluh lagi.

“Kalau itu yang kau nak, apa aku boleh buat? Itu semua hak kau. Aku hanya mampu nasihat, kau yang buat keputusan,” ujar Misha.

“Terima kasih Misha.”

“Aku pergi dulu lah. Nanti jumpa kau, okay?” ujar Misha.

Fasha angguk. Dan Misha berlalu tinggalkan Fasha. Fasha terus termenung. Memikirkan apakah keputusan yang harus dibuatnya. Tinggalkan Izad ataupun tinggalkan Aril.

No comments:

Post a Comment