Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, September 17, 2010

Perjalanan Fasha (S5)

Setahun kemudian...

Alhamdulillah. Setelah bertahun-tahun dia menghadapi cabaran hidup, akhirnya dia kini dikurniakan kebahagiaan. Tapi dia tahu, satu hari nanti dia pasti akan menghadapi cabaran lagi. Cabaran yang dia sendiri tidak tahu.

Khairul. Lelaki itu dulunya memang hampir singgah di hatinya. Tapi kerana salah faham dan dengki khianat, dia terpaksa berpisah dengan lelaki yang ikhlas menyayanginya itu. Dan sekarang lelaki itu sudahpun berbahagia bersama isterinya yang tersayang. Dan dia akan sentiasa doakan kebahagiaan lelaki itu.

Izad. Lelaki yang pernah membuat dia resah. Lelaki yang dia cintakan seluruh jiwanya. Dan seluruh jiwanya itu jua hilang ketika lelaki itu pergi meninggalkan dia di saat kebahagiaan mula menghampiri. Tapi lelaki itu muncul kembali dan sekali lagi tinggalkan dia.

Dan apabila dia dalam proses mahu melupakan Aril, lelaki itu muncul lagi. Benar, lelaki itu dah jauh berubah. Lelaki itu lebih matang sekarang. Dia cuba berikan cintanya kepada lelaki itu tapi sayang, cinta dia hanyalah untuk Aril. Dan dia tak mampu memberikan cinta itu kepada Izad walaupun hanya sedikit.

Dan Aril. Lelaki yang dicintainya seumur hidupnya. Insya-Allah jika Allah izinkan, dia lah suami pertama dan suami terakhirnya. Tiada duanya. Hanya dia.

“Sayang, kenapa duduk luar malam-malam ni? Karang masuk angin pula. Kesian dekat baby nanti.”

Aril usap perut Fasha yang sudahpun masuk ke usia tiga bulan. Memang masih tidak kelihatan lagi tetapi akan datang, pasti perut Fasha akan memboyot. Dan dia tak sabar menanti detik itu. Alangkah bahagianya.

“Fasha teringatkan Izad.”

Aril peluk Fasha dari belakang.

“Kenapa sayang?”

“Kalau bukan sebab dia, hubungan kita mesti belum sampai ke tahap ini. Fasha rasa terhutang budi sangat dengan dia,” ujar Fasha.

Aril lepaskan pelukannya. Dia berdiri di hadapan Fasha. Bahu Fasha dipegangnya.

“Tahu tak macammana nak balas jasa dia?” soal Aril.

Fasha angkat kening, “apa?”

“Kita doakan yang terbaik untuk dia. Biar dia success dengan kerjaya dia dan menemui jodohnya,” ujar Aril.

Fasha senyum.

“Dahlah sayang, jom masuk dalam. Tak elok duduk luar malam-malam ni,” ujar Aril.

Fasha angguk.

Fasha bangga sangat dapat suami macam Aril. Aril memang seorang suami yang sempurna baginya. Doakan yang terbaik buat dia dan suaminya agar mereka memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Amin....

No comments:

Post a Comment