Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, October 15, 2010

Mencari Cinta [1]

Vroom! Bunyi deruman enjin kedengaran di merata tempat sekitar kawasan yang dikepung khas untuk perlumbaan drag itu. Dan pemenang bagi drag iaitu perlumbaan kelajuan dan daya pecutan pada trek lurus sejauh 400 meter ialah Arief. Memang setakat ni tiada orang boleh lawan dia. Sudah tiga kali dia menang berturut-turut. Hebat ke tak namanya tu?


Arief tersenyum bangga. Sebenarnya dia bukan nak sangat dengan hadiah yang ditawarkan itu tetapi dia hanya mahu bersuka ria. Arief keluar daripada keretanya. Dan di situlah ramai orang berkumpul untuk mengucap kata tahniah. Arief hanya tersenyum sahaja. Situasi itu sudah terlalu biasa baginya.


Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, lebih kurang pukul 3.00 petang, Arief memandu kereta Nissan Skyline R34 berwarna biru yang diberikan oleh bapanya sebagai hadiah hari lahir ke-21. Itulah kereta yang digunakan apabila ada acara di trek.


Sepuluh minit memandu dengan kelajuan yang maksima, akhirnya sampai jua Arief ke banglo mewah milik keluarganya. Arief menekan loceng tiga kali dan muncul wajah Laura, adik kandungnya.


“Abang menang?” soal Laura.


“Ha'ah,” jawab Arief pendek.


“Belanja lah Laura,” pinta Laura.


“Laura nak apa?” soal Arief.


“Abang belanja Laura makan lah,” ujar Laura.


“Boleh. Dekat mana?” soal Arief.


Royale Bintang Kuala Lumpur!” jawab Laura.


Arief tersenyum. Memang Laura ni kalau makan, mesti pilih dekat Royale Bintang. Tak ada tempat lain. Mesti Royale Bintang!


“Okay. Pukul 8.00 kita pergi. Jangan lambat-lambat tau,” ujar Arief.


Yes! Thanks abang,” ujar Laura seraya memeluk Arief.


Arief membalas pelukan Laura. Sememangnya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Laura, satu-satunya adik yang dia ada. Ibu dan bapanya sentiasa sibuk sehinggakan anak sendiri terabai. Kesian Laura.


“Abang naik dulu ye Laura. Nak mandi,” ujar Arief.


“Lepastu abang nak keluar ke?” soal Laura.


“Tak kot. Kenapa Laura ada nak pergi mana-mana?” soal Arief.


“Tak ada. Abang teman Laura dekat rumah lah. Laura bosan. Mummy dengan daddy selalu sibuk,” rungut Laura.


Terharu Arief mendengarnya. Arief tersenyum tawar. Menyedapkan hati adiknya.


“Mummy dengan daddy kan kerja. Takpe takpe, abang kan ada. Dah, jangan buat muka monyok je. Abang nak mandi dulu. Kejap lagi abang turun temankan Laura ye,” pujuk Arief.


“Iyelah abang,” ujar Laura.


Arief mendaki tangga untuk ke biliknya. Laura pula duduk di sofa empuk yang diimport daripada Bali, Indonesia. Plasma LCD 42 inci dibuka untuk menghilangkan rasa bosannya. Siaran Cinemax dibukanya lalu dia menontonnya.


***


Arief memakai jeans jenama Levi's bersama dengan kemeja kelabu Guess yang ranggi. Kemudian rambutnya yang diwarnakan perang itu dicacak-cacakkan mengikut gaya emo punk. Kemudian gelang-gelang yang bermotifkan skulls disarungkan di tangan kirinya.


Dia melangkah ke bawah. Kasut converse putih yang juga bermotifkan skull dipakai. Kemudian dia menunggu Laura di halaman rumah. Lima minit menanti, Laura muncul dengan penampilan yang agak menarik.


Laura mengenakan tube dress paras lutut berwarna putih bersama dengan half jacket berwarna hitam. Rambutnya yang panjang juga diwarnakan perang merah dilepaskan. Nampak begitu anggun penampilannya.


“Laura dah siap. Jom lah abang!” ajak Laura.


“Okay,” ujar Arief pendek.


Arief menghidupkan enjin kereta Mitsubishi Evo 7 hijau miliknya. Kereta ini memang digunakan setiap hari ke mana-mana termasuklah drift. Kereta ini dihadiahkan oleh ibunya sempena hari lahirnya yang ke-22.


Kereta itu dipecut laju ke Royale Bintang. Sewaktu dalam perjalanan, Laura asyik menyanyi lagu yang dimainkan di radio Era.


“Dah sampai,” ujar Arief.


Laura membuka pintu. Arief turut membuka pintu. Kemudian Laura memegang tangan Arief. Gaya seperti orang sedang bercinta. Laura menarik Arief ke dalam cafe di situ. Lalu mereka memesan makanan. Sampai sahaja makanan di meja, mereka makan sambil berbual.


“Sekolah Laura macammana?” soal Arief.


“Okay. Tapi kan Laura tak suka lah dengan Izad,” jawab Laura.


“Siapa tu Izad?” soal Arief.


“Kawan sekelas Laura,” jawab Laura.


Then why you don't like him?” soal Arief.


“Abang tahu tak? Dia lah manusia paling kejam yang pernah Laura jumpa,” ujar Laura. Suapannya terhenti sekejap.


What have he done to you?” soal Arief gusar. Takut juga jika adiknya itu dibuli.


“Dia asyik buat Laura kena je. I know that he is prefect but dia asyik nak cari kesalahan Laura je. Even if Laura late one second, sure he wrote my name and membebel macam nenek tua. Menyampah Laura!” adu Laura.


Arief tersenyum. Dia tahu apa sebenarnya yang Izad cuba lakukan. Macammana dia tahu? Mestilah dia tahu sebab dia lelaki!


You know what dear?” soal Arief.


What?” soal Laura kembali.


Actually he like you. That's why dia cuba tarik perhatian Laura dengan harapan Laura akan kenal dia,” kata Arief sambil tersenyum.


Are you kidding, abang?” soal Laura, tidak percaya apa yang dikatakan Arief.


Arief mengangguk.


But dia merimaskan lah! Laura tak suka,” ujar Laura.


“Eleh, benci benci, karang jatuh cinta pula,” usik Arief.


“Abang!!” marah Laura.


Arief tergelak melihat muka masam Laura apabila diusik. Ala, senang sahaja mahu menyejukkan hati Laura itu. Nak tahu apa benda? Ajak dia pergi shopping!


“Laura, apa kata lepas makan-makan ni, kita pergi shopping,” ajak Arief.


Terus berubah wajah Laura. Daripada masam seperti jeruk basi, kini berubah ceria seperti pelangi.


“Nak! Nak!” ujar Laura.


“Okay. Makan lah dulu. Karang tutup pula mall,” ujar Arief.


Laura akur. Dimakannya makanan yang dipesan dengan tertib. Arief hampir sahaja tergelak melihat kerenah Laura. Ala, budak-budak biasalah!


***


“Abang! Laura nak try baju ni sekejap,” ujar Laura.


“Okay. Laura shopping lah dulu ye. Dah sudah call abang. Abang nak pergi lepak luar sekejap,” beberapa keping not lima puluh ringgit dihulurkan.


“Iyelah bang,” jawab Laura.


Arief mencubit kedua-dua belah pipi Laura dan kemudian melangkah ke pintu keluar sebelum Laura cuba mengejarnya.


Angin malam menampar-nampar badan Arief. Ahh, betapa tenangnya jiwanya! Malam ini sepatutnya dia drifting dengan kawan-kawan dia tetapi disebabkan Laura, dia cancel.


Baru sahaja Arief melabuhkan punggungnya, dia melihat seorang gadis yang dikepung tiga lelaki. Gaya seperti mahu mengacau gadis tersebut. Hal ini memang biasa di K.L. Entah kenapa, tergerak hati Arief mahu menolong gadis tersebut.


Arief melangkah ke arah gadis tersebut. Wajah gadis itu seperti takut-takut melihat ketiga-tiga lelaki nakal itu. Rasanya lelaki-lelaki itu seperti penagih dadah.


“Woi! Apa kau buat tu? Lepaskan dia!” jerit Arief.


Ketiga-tiga lelaki itu memandang Arief.


“Kau siapa?” soal salah seorang daripada mereka.


“Aku teman lelaki dia! Kau pulak siapa?” soal Arief.


Ketiga-tiga lelaki memandang antara satu sama lain sebelum beredar dari situ. Arief menghampiri gadis tersebut.


“Terima kasih ye awak,” ujar perempuan itu.


“Sama-sama. Awak ni datang dari mana?” soal Arief apabila terpandang beg besar yang dijinjing perempuan tersebut.


“Saya dari kampung,” ujar perempuan itu.


“Ohh patutlah. Lain kali awak kena berhati-hati sikit. K.L ni bukan macam kampung. K.L ni bahaya. Awak kena pandai jaga diri. Lagi-lagi awak tu cantik,” nasihat Arief yang berbaur pujian itu.


Gadis itu tersipu-sipu malu.


“Eh lupa tanya, nama awak siapa?” soal Arief.


“Nur Aliya Maisara Binti Razak!” jawab gadis itu.


Arief ketawa lucu apabila mendengar jawapan penuh gadis itu. Siap bagitahu nama bapa sekali. Macam nak meminang pulak.


“Nak panggil apa?” soal Arief apabila tawanya reda.


“Maisara,” jawab gadis itu.


“Saya Arief,” Arief memperkenalkan diri. Tangannya dihulurkan kepada Maisara. Maisara menyambut tangan Arief lalu mereka berjabat.


Baru sahaja mereka mahu berbual lanjut, Laura sudah berada di situ dengan wajah masam mencuka.


“Abang! Orang call dia, dia tak nak jawab. Penat Laura cari abang tau!” ujar Laura.


Arief memandang Laura. Terkejut juga dia.


Sorry dear. Abang tak sedar. Laura jangan marah,” pujuk Arief.


“Macammana Laura tak marah. Abang suruh Laura call abang tapi bila Laura call, abang tak jawab,” rajuk Laura.


I'm sorry dear. Abang tak perasan,” ujar Arief.


“Iyelah tu,” ujar Laura.


“Ala bucuk-bucuk! Sebagai tanda abang minta maaf, esok abang hantar Laura pergi sekolah ye? ,” pujuk Arief lagi.


“Okay!! Dahlah jom balik,” ajak Laura.


Laura menarik tangan Arief. Arief hanya mengikut langkah Laura. Sudah jauh mereka berjalan, barulah dia ingat Maisara! Serta merta langkahnya berhenti. Badannya dipusingkan. Namun kelibat Maisara pun tiada.


“Abang cari siapa?” soal Laura pelik.


“Maisara,” jawab Arief.


“Siapa tu?” soal Laura, lagi pelik.


“Takde. Tadi abang tolong dia sebab dia kena kacau. Tengah berborak lepastu tiba-tiba Laura datang. Tak sempat nak kata goodbye dekat dia,” ujar Arief.


“Laa... Kakak yang bawak beg besar tu?” soal Laura.


“Haa.. Tu lah,” jawab Arief.


“Waktu Laura tarik abang, dia pun pergi. Tapi muka dia lain sangat. Entah kenapa. Makwe abang ke?” soal Laura.


Nope lah. Baru kenal tadi,” ujar Arief.


“Iye ni?” soal Laura.


“Iye. Dahlah jom balik. Dah lewat ni. Esok Laura nak sekolah kan,” ujar Arief.


Laura hanya tersengih apabila tangannya ditarik Arief. Eleh, malu-malu pulak abang ni!

No comments:

Post a Comment