Maisara membaringkan badannya ke atas katil. Penatnya masih terasa walaupun bukan dia yang memandu. Lenguh terasa badannya. Perjalanan daripada Kg. Gelam, Negeri Sembilan hingga ke Kuala Lumpur. Lama kan? Walaupun sebenarnya bukanlah lama sangat tetapi bagi dia yang tak pernah keluar dari daerah itu memang terasa lama.
Tangannya diletakkan ke atas kepala. Entah tiba-tiba ingatannya kembali pada pertemuan dia dengan seorang lelaki yang bernama Arief itu. Kenapa lelaki itu menolongnya? Adakah dia pun salah seorang penjahat yang cuba berbuat baik dengannya? Tapi gaya lelaki itu seperti anak orang kaya jadi takkanlah dia mahu merompaknya yang tiada apa-apa?
Perempuan itu pula siapa? Nampak seperti mesra sangat. Makwe dia ke? Ahh, kenapa aku memikirkan lelaki itu? Baru sekali nampak wajahnya, aku dah jadi begini. Maisara, control yourself.
Maisara bangun lalu menuju ke arah bilik mandi. Melekit rasanya! Dia berkira-kira, selepas mandi, dia harus mengemas pakaiannya!
***
“Good morning abang!” ucap Laura ceria.
Arief mengangkat kening.
“Good morning too. I wonder why you are so happy today?” soal Arief.
Laura tersengih menampakkan barisan giginya yang putih melepak. Arief duduk di sebelah Laura. Ibu dan bapanya berada di hadapan mereka.
“Morning mummy, morning daddy!” sapa Arief.
Tan Sri Halim dan Puan Sri Salimah hanya mengangguk sebagai menjawab sapaan Arief.
“Tak nak cerita?” soal Arief sambil menyiku tangan adiknya.
“Cerita apa?” soal Laura.
“Kenapa gembira sangat?” soal Arief.
“Saje. Tak boleh ke?” jawab Laura.
“Iyelah tu Laura,” ujar Arief.
“Abang! Cepatlah sikit. Laura dah lambat ni. Karang membebel pulak si Izad gedik tu,” ujar Laura.
“Sabarlah. Abang nak makan sekejap. Lapar ni,” ujar Arief.
Arief mencapai sekeping roti bakar lalu dimakan begitu sahaja. Oh, memang pada dulu Arief suka makan roti begitu sahaja tanpa ada apa-apa perisa. Favourite number one!
“Mummy, daddy! Abang pergi dulu. Nanti merajuk pula si Laura tu kalau lambat. Goodbye!” Arief meminta diri.
“Okay. Arief, don't forget you have to come to office today,” pesan Tan Sri Halim.
“For what daddy?” soal Arief pelik. Bila masa pulak dia janji nak pergi pejabat?
“Just come. I need you to work there,” ujar Tan Sri Halim.
“But daddy...”
“No but but. Follow what I said!”
“Okay daddy. But I'm not gonna take over the company for now. I'm still young and you can do it by yourself, right?”
“Sure!”
Arief tersenyum. Bagus! Dia tidak bersedia untuk mengambil alih syarikat daddy nya dan memberikan seratus peratus tumpuan kepada kerjanya. Nanti siapa yang nak jaga Laura? Tunggulah sehingga Laura besar dan mampu berdikari.
“Abang! Cepatlah. Dah pukul 7.10 ni,” panggil Laura dari luar dan sekaligus mematikan lamunan Arief.
Cepat-cepat Arief bangun. Dia melangkah keluar dengan kadar yang paling laju! Dilihatnya Laura sudah di sebelah kereta Evo nya itu. Arief masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Laura turut masuk.
Diundurkan keretanya dari parking lot dan terus memecut laju ke sekolah Laura. Tidak sampai lima minit, mereka sudahpun sampai. Laura tersenyum. Maknanya dia tidak lewat hari ini!
“Abang, Laura pergi dulu ye,” ujar Laura.
Laura membuka pintu kereta. Arief juga membuka pintu kereta.
“Laura!” panggil Arief.
Langkah Laura berhenti.
“Tak nak kenalkan abang dengan orang yang kacau Laura tu?” soal Arief.
Laura mendekati abangnya.
“Nak buat apa? Buang masa je!” jawab Laura.
“La, bakal adik ipar abang tu,” usik Arief.
“Abang! Malaslah nak layan abang. Laura pergi dulu,” ujar Laura berbaur rajukan.
“Iyelah adik abang! Bye!” ujar Arief.
Laura melangkah masuk. Arief turut masuk ke dalam kereta dan memecut laju apabila Laura sudahpun masuk ke dalam kawasan sekolah.
***
Telefon bimbit Nokia E72 milik Arief berbunyi. Pantas Arief menjawab apabila melihat nama Acai tertera.
“Hello,” sapa Arief.
“Arief! Kau dekat mana doe?” soal Acai.
“Aku on the way nak pergi office,” jawab Arief.
“Baru nak ajak kau lepak dengan kitorang,” ujar Acai.
“Sorry bro! Aku tak boleh. Ayah aku paksa pergi pejabat ni,” ujar Arief.
“Habis projek kita malam ni?” soal Acai.
“Malam ni aku on. Siapa nak challenge aku ni?” soal Arief.
“Spark,” jawab Acai.
“Dia lagi? Tak serik-serik ke dah kalah? Berapa dia taruh?” soal Arief.
“Dua ribu ringgit,”jawab Acai.
“Pukul berapa?” soal Arief.
“Sebelas malam,” jawab Acai.
“Dekat tempat biasa kan?” Arief meminta kepastian.
“Iye,” jawab Acai pendek.
“Kau tunggu aku dekat situ! Aku chow dulu,”ujar Arief lalu mematikan talian.
Pintu kereta dibuka. Arief melangkah keluar daripada keretanya. Selepas mengunci keretanya, kakinya dihayun masuk ke dalam bangunan tersebut yang menempatkan pejabat ayahnya.
Butang lif ditekannya. Tidak sampai sepuluh saat, lif sudah terbuka di hadapannya. Arief melangkah masuk ke dalam lif itu. Ditekannya nombor lima belas iaitu di mana Kersa Holding's.
Baru sahaja pintu lif itu mahu tertutup, seorang perempuan cuba menahan lif itu dari tertutup. Arief menekan punat supaya lif itu terbuka. Masuklah perempuan itu. Perempuan itu tidak menekan apa-apa nombor.
“Terima kasih ye,” ucap perempuan itu seraya memandang Arief.
“Sama-sama. Awak Maisara kan?” soal Arief apabila dilihatnya wajah perempuan itu.
“Iye. Dan awak Arief kan?”soal Maisara kembali.
“Kenal pun,” ujar Arief.
Maisara tersenyum.
“Nak pergi tingkat mana?” soal Arief.
“Lima belas,” jawab Maisara.
“Oh,” balas Arief pendek.
Pintu lif terbuka. Dan keluarlah dua manusia itu. Masing-masing berjalan dan menuju ke Kersa Holding's. Arief memandang Maisara.
“Awak kerja dekat sini ke?” soal Arief.
“Tak. Saya cuba nak mohon,” ujar Maisara.
“Awak nak mohon jadi apa?” soal Arief lagi.
“Kalau boleh nak jadi secretary,” jawab Maisara.
“Ohh,” balas Arief.
Arief membuka pintu pejabat dan menyuruh Maisara masuk. Maisara masuk diikuti Arief. Arief ke kaunter masuk.
“Selamat pagi Encik Arief,” sapa pekerja kaunter itu.
“Selamat pagi. Ain, dekat office kita ada kerja kosong tak?” soal Arief.
Maisara yang berada di sebelah Arief terpinga-pinga. Encik Arief? Adakah ini bermakna lelaki di sebelahnya itu majikannya? Ohh tidak!
“Hmm.., kalau tak silap saya, ada kerja kosong untuk belah kewangan,” jawab Ain.
Arief mengangguk.
“Kenapa Encik Arief?” soal Ain.
“Saya nak awak isikan kekosongan tu dengan Maisara. Immideately,” arah Arief.
“Baik Encik Arief. Ada apa-apa lagi?” soal Ain.
“Daddy saya ada?” soal Arief.
“Tan Sri dekat bilik dan dia sedang menunggu Encik Arief,” ujar Ain.
“Okay. Thanks Ain,” ujar Arief.
Ain tersenyum.
“Mai, I hope you can give full coporation to Kersa Holding's. From now on, you are a part of Kersa Holding's family,” ujar Arief.
“From now? You mean today?” soal Maisara.
"Yupe. But I'm not that cruel. You start by tomorrow, okay? Sebagai penolong kewangan,” ujar Arief.
“Tapi saya ambil jurusan lain,” ujar Maisara.
“I guess you can do it. Encik Rahman will help you there. It's not too hard, Mai. You just have to know maths well,” ujar Arief.
Maisara tersenyum. Begitu mudah dia dapat kerja? Sebagai penolong kewangan pulak tu? Padahal dia ambil jurusan setiausaha.
“Thanks Encik Arief. I will give full coporation to my new family,” ujar Maisara bersemangat.
“Okay. Tomorrow, please see Encik Rahman. He will handle you. Maisara, I see you later. Thanks for joining Kersa Holding's,” ujar Arief.
“And thanks for accept me in Kersa Holding's,” balas Maisara.
Arief tersenyum. Kemudian dia melangkah ke bilik Tan Sri Halim pula. Maisara pula melangkah keluar daripada bangunan itu. Riang hatinya kerana diterima masuk ke Kersa Holding's.
Arief mengetuk pintu bilik Tan Sri Halim. Kemudian dia memulas tombol pintu tanpa menunggu balasan Tan Sri Halim. Kelihatan Tan Sri Halim sedang tekun menghadap komputer.
“Afternoon daddy,” sapa Arief.
Tan Sri Halim memandang Arief sekilas. Arief berjalan menuju ke arah sofa di salah satu sudut di bilik Tan Sri Halim itu. Tan Sri Halim bergerak ke Arief lalu duduk di hadapan Arief.
“Why do you call me? Any important?” soal Arief.
“Arief, how long do you need to take over this company from daddy?” soal Tan Sri Halim.
Arief memandang Tan Sri Halim. Tidak habis-habis isu ini yang dibangkitkan. Naik jemu sudah dia.
“Dad, Laura need me. I can't left her like that. Daddy and mummy always busy on your business and abang nak luangkan masa dengan dia,” ujar Arief.
“Laura can take care of herself. Instead, she's bigger now! Abang tak perlu risau pasal dia,” ujar Tan Sri Halim.
Arief mengeluh perlahan. Itulah kesilapan Tan Sri Halim. Selalu yakin yang anaknya boleh dijaga dengan duit.
“Are you kidding dad? Laura just seventeen. And she's struggling on SPM. She need us!” ujar Arief.
“Don't give such a lame excuse! Abang masih lumba haram kan?” soal Tan Sri Halim.
Arief terdiam.
“Look. That's your problem! You just wasting your time on that stupid thing! It's not about Laura actually right?” soal Tan Sri Halim.
Arief tidak mampu menjawab. Apa lagi dia mahu jawab? Tan Sri Halim ni bukan boleh dengar dia menjawab. Tak pasal-pasal dia kena herdik.
“Okay dad. Macamnilah, abang promise will take over this company when Laura finish her study. And I will left my night activity. And you will accompany Laura at home? It's a deal right?” ujar Arief.
“Finish her study? You mean what? After Laura dah habis kerja?” soal Tan Sri Halim.
“I mean, after her finish her SPM. Just six months more,” ujar Arief.
Tan Sri Halim tersenyum.
“Orait. That's your promise,” ujar Tan Sri Halim.
“Iye,” balas Arief.
Tan Sri Halim tersenyum. Arief pula gusar. Betulke dia yang berjanji? Enam bulan lagi dan dia akan tinggalkan segala lumba haramnya dan tumpukan pada Kersa Holding's. Ohh dia sendiri tidak tahu adakah dia mampu.
No comments:
Post a Comment