Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, October 18, 2010

Mencari Cinta [3]

“Kenapa dengan kau ni?” soal Acai.


“Kenapa apa? Kan aku menang tadi,” jawab Arief sambil lewa.


Acai menggelengkan kepalanya.


“Arief. Kau ni macam baru je aku kenal kau. Daddy kau paksa kau kerja lagi?” soal Acai.


Arief memandang Acai. Kemudian dia mengangguk.


“Dan kau tahu tak Acai? Aku buat perjanjian dengan daddy aku that I will work there six months more,”ujar Arief.


“Bagus apa. Masa depan terjamin. Kenapa kau tak nak kerja?” soal Acai pelik.


“Bukan tu yang aku gusar. Waktu tu, Laura pun dah habis belajar cuma yang aku risau ni pasal perjanjian tu. Aku janji aku takkan lumba lagi,” ujar Arief.


Acai terperanjat. Biar betul si Arief ni?


“Kau biar betul?” soal Acai.


Arief mengangguk.


“Kenapa kau pergi janji benda yang kau sendiri tak boleh lakukan?” soal Acai.


“Aku pun tak tahu. Acai, tolonglah aku!” pinta Arief.


“Tapi apa yang ayah kau cakap tu betul. Umur macam kita ni sepatutnya dah kerja. Dah tak buat benda haram ni,” ujar Acai.


“Maksud kau?” soal Arief.


“Maksud aku, how about you give it a try?” ujar Acai.


“Kau biar betul? Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kereta! This is just the only  way that can make me calm,” ujar Arief.


“Sampai bila Arief? Takkan nanti kau dah ada anak pun kau still nak lumba? Aku tak suruh kau berubah seratus peratus,” ujar Acai.


“Habis?” soal Arief.


Acai tersenyum.


“Kalau kau rasa gian sangat nak berlumba, kau pergi lah lumba dekat trek. Kan lebih selamat dari dekat jalanraya?” ujar Acai.


Arief turut tersenyum.


“Bijak jugak kau Acai!” puji Arief.


“Tengoklah siapa. Acai kan,” Acai mendabik dada.


Arief tergelak. Acai nampak comel sangat buat macamtu. Ehh, aku bukan gay tau! Haha...


“Kau pulak?” soal Arief.


“Aku pulak apa?” soal Acai kembali.


“Kau tak nak kerja?” soal Arief.


Acai tergelak.


“Aku kerja lagi dua bulan,” ujar Acai.


“Sampai hati tak bagitahu. Dekat mana?” soal Arief.


“Bukan tak nak bagitahu tapi kau jarang nampak sekarang. Aku kerja dekat syarikat bapak aku lah. Kan satu bangunan dengan kau,” jawab Acai.


“Lahh.. Muka kau lagi aku nampak nanti,” usik Arief.


“Wah, lupa diri nampak?” balas Acai.


Mereka tergelak. Sememangnya Acai itu sahabat yang baik walaupun dia agak nakal. Acai boleh dipercayai. Segala masalahnya diceritakan kepada Acai dan Acai lah yang memberi pandangan untuk dia menyelesaikan masalahnya.




***




Taburan bintang yang menghiasi malam dan sinaran bulan yang menerangi malam membuatkan hati Maisara tenang. Setenang malam itu. Maisara mendail nombor rumah di kampungnya. Tidak sampai seminit, panggilannya dijawab.


“Assalamualaikum,” sapa suara di talian.


Maisara tersenyum. Tidak perlu tanya siapa, dia sudah tahu siapa penjawab panggilannya.


“Waalaikumusalam! Kenal tak siapa ni?” soal Maisara.


“Maisaraa!!” jerit suara di sana.


“Adielaa!!” jerit Maisara pula.


“Aku rindu kau lah Mai,” ujar Adiela.


“Aku pun rindu kau. Ayah sihat?” soal Maisara.


“Ayah sihat je. Ayah pun rindu kau,” jawab Adiela.


“Aku pun rindu ayah,” ujar Maisara.


“Kau dah dapat kerja ke dekat sana?” soal Adiela.


“Baru dapat pagi tadi. Kau nak tahu tak macammana aku dapat kerja?” soal Maisara.


“Kau pergi interview lepastu kau dapatlah,” seloroh Adiela.


“Salah! Aku punye pelik sikit,” ujar Maisara.


“Pelik?” soal Adiela sekali lagi.


“Aku nak kerja ambil jawatan setiausaha sebab memang tu jurusan aku kan tapi aku dapat belah kewangan punya pulak. Dan yang peliknya, aku langsung tak pergi interview. Dia main ambik je aku sebagai pekerja dia,” cerita Maisara.


“Wah, untung lah kau kan?” ujar Adiela seraya tergelak.


“Untung memang untung,” balas Maisara.


Boss kau tu lelaki ke perempuan?” soal Adiela.


“Lelaki,” jawab Maisara.


“Haa! Patutlah,” ujar Adiela.


“Patutlah kenapa?” soal Maisara.


“Patutlah dia main ambil je kau kerja, rupa-rupanya dia dah terpikat dengan kau,” jawab Adiela. Di hujung ayat, dia ketawa.


“Kau ni buat lawak antarabangsa pulak,” ujar Maisara.


“Eleh, kalau kau tak percaya, kau tengok lah nanti. Sure both of you will be a great couple!” usik Adiela lagi.


“Adielaa!!” marah Maisara.


Adiela tergelak.


“Kau ni asyik kacau aku je. Kau tu dengan Epul macammana?” soal Maisara mengubah topik.


“Aku dengan Epul macamtu je lah. Tunggu kau kahwin dulu, barulah aku menyusul. Tak nak langkah bendul,” ujar Adiela.


“Langkah bendul lah sangat! Kau dengan aku tu hanya dibezakan beberapa minit je okay?” ujar Maisara.


“Tetap jugak kau yang tua jadi kau kakak aku,” kata Adiela.


“Kita kembar lah!” ujar Maisara.


“Kau kakak kembar aku,” kata Adiela.


“Heisyh dia ni. Nak menang je,” ujar Maisara.


Adiela tergelak.


“Adiela kan,” ujar Adiela.


“Diela, aku nak tidur dulu lah. Esok nak kerja. Kirim salam dekat ayah tau,” kata Maisara sambil bangun dari tempat duduknya.


“Okay. Mai, jangan lupa esok make-up cantik-cantik,”ujar Adiela.


“Kenapa pulak?” soal Maisara pelik.


“Kan nak ngorat boss baru!” usik Adiela sambil tertawa.


“Adielaa!” marah Maisara.


Okay bye,” cepat-cepat Adiela memutuskan talian sebelum Maisara membebel.


Maisara memandang telefon bimbitnya. Adiela, Adiela! Ada-ada je nak usik orang. Nak pikat boss baru konon. Cehh, orang kaya macamtu takkan nak je dia ni. Orang macam Arief tu mesti nak orang yang setaraf dengan dia.


Maisara menggeleng-geleng. Dia melangkah masuk ke rumah dan terus ke biliknya untuk merehatkan badannya yang penat.

No comments:

Post a Comment