Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 20, 2010

Mencari Cinta [4]

Lif terbuka lalu Maisara melangkah masuk ke dalam. Maisara menekan punat bernombor sebelas. Pintu lif tertutup. Sementara menunggu lif tersebut sampai ke tingkat sebelas, Maisara membetulkan tudungnya. Kemudian dilihatnya penampilan dirinya. Ringkas berbaju kurung biru muda.


Maisara tersenyum sesaat. Kemudian pintu lif terbuka. Maisara melangkah keluar. Dadanya berdegup agak kencang. Biasalah, hari pertama. Maisara menolak pintu kaca Kersa Holding's.


Maisara berjalan menuju ke salah satu meja. Di tingkat ini tiada penyambut tetamu jadi terpaksalah dia bertanya kepada sesiapa sahaja.


“Err.. Assalamualaikum,” ujar Maisara takut-takut kepada seorang gadis yang berselendang ungu.


Gadis itu memandang ke arahnya.


“Waalaikumusalam,” jawab gadis itu.


“Boleh saya tanya sesuatu?” soal Maisara.


“Boleh. Apanya?” soal gadis itu.


“Encik Rahman siapa ye?” soal Maisara.


“Encik Rahman ada dalam bilik sana tu. Cik...”


“Maisara.” jawab Maisara.


“Cik Maisara ada apa nak jumpa dia?” soal gadis itu.


“Saya pekerja baru di bahagian ni. Encik Arief suruh saya jumpa Encik Rahman hari ni,” terang Maisara.


Gadis itu mengangguk. Kemudian dia bangun.


“Mari, saya tunjukkan bilik Encik Rahman,” ujar gadis itu.


“Okay,” jawab Maisara.


Maisara mengekori langkah gadis itu sehinggalah gadis itu berhenti di hadapan satu pintu. Kemudian dia mengetuk pintu tersebut dan masuk ke dalam. Maisara hanya tunggu di luar. Tidak sampai seminit, dia keluar kembali.


“Mai, silakan masuk,” ujar gadis itu lembut.


“Terima kasih ye,” ujar Maisara.


Gadis itu tersenyum dan kemudian melangkah pergi. Maisara menghela nafas panjang kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.


“Maisara?” soal lelaki di dalam bilik itu.


“Iye saya,” jawab Maisara.


“Duduklah,” ujar lelaki itu.


Maisara duduk di hadapan lelaki itu.


“Seperti yang awak tahu, saya Rahman. You can call me Encik Rahman. Dan saya akan panggil awak Maisara. Is it okay for you?” soal Rahman.


“Okay,” jawab Maisara.


“Awak dilantik sebagai esekutif bahagian kewangan. Saya harap awak dapat menjalankan tugas awak dengan jujur, amanah dan cekap,” ujar Rahman.


“Saya akan cuba sedaya upaya,” ujar Maisara. Sebenarnya dia sendiri terkejut kerana jawatannya ialah esekutif bahagian kewangan. Langsung tiada kaitan dengan jurusan yang diambil di kolej dahulu.


Encik Rahman tersenyum memandang Maisara. Begitu jua Maisara.



***


“Die,” panggil Epul.


Adiela menoleh ke arah Epul. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya. Dia melangkah ke arah Epul yang sedang berdiri di hadapan rumahnya.


“Ada apa?” soal Adiela.


“Ayah Die ada rumah ke?” soal Epul.


“Tak ada. Ayah kerja,” jawab Adiela.


“Jom jalan,” ajak Epul.


“Tak boleh lah. Kita duduk dekat depan rumah Die je lah,” ujar Adiela.


“Iyelah,” jawab Epul.


Mereka melangkah ke kerusi panjang di halaman rumah Adiela lalu duduk di situ.


“Ingatkan nak ajak Die pergi pantai tadi,” ujar Epul.


Sorry lah abang. Ayah Die tak kasi pergi mana-mana harini. Lain kali kita pergi ye bang,” ujar Adiela.


“Takpe. Abang tak kisah pun,” ujar Epul.


Adiela tersenyum. Sememangnya Epul memahami dirinya.


“Abang cintakan Die. Jangan tinggalkan abang tau. Tanpa Die, abang tak boleh hidup,” ujar Epul. Itulah ayat yang acapkali disebut Epul kepada Adiela.


“Abang, cinta Die kepada abang tak ternilai. Tiada siapa dapat pudarkan cinta Die kepada abang kecuali Allah. Abang kena ingat tu,” ujar Adiela.


Epul memandang Adiela. Adiela turut memandang Epul.


“Takde. Abang takut kehilangan Die. Die terlalu berharga bagi abang,” ujar Epul lagi.


Kata-kata manis yang dilemparkan kepada Adiela seringkali membuatkan Adiela terawang-awang. Manisnya cinta!


“Abang pun terlalu bernilai bagi Die,” balas Adiela.


Epul mencuit hidung Adiela namun sempat ditepis Adiela.


“Abang, kita bukan muhrim,” Adiela mengingatkan Epul.


“Lupa! Siapa suruh Die lawa sangat,” usik Epul.


Adiela tergelak.


“Abang ni. Ada-ada je lah,” ujar Adiela.


Epul tersenyum. Adiela turut tersenyum. Sudah tiga bulan mereka bertunang dan lagi tujuh bulan mereka bakal bernikah. Sungguh lambat rasanya masa berjalan!


***


Arief masuk ke dalam bilik Laura. Bilk yang berwarna merah jambu itu kelihatan sangat cantik dan sesuai untuk Laura yang manja dan comel itu.


“ Abang, ada apa?” soal Laura.


“Saje je. Abang nak jenguk adik yang tersayang,” ujar Arief sambil duduk di sofa.


Laura tersengih.


“Tersayang lah sangat kan?” usik Laura.


“Sayang lah. Kan Laura sorang je adik Arief,” ujar Arief.


Laura duduk di sebelah Arief.


“Kenapa terperap je dalam bilik?” soal Arief.


“ Habis Laura ingat abang keluar. Senyap je rumah,” jawab Laura.


Arief mengusap lembut kepala Laura.


“Laura buat apa dalam bilik?” soal Arief.


Study. Kan SPM dah nak dekat,” jawab Laura.


“Bagus adik abang ni. Masuk university nanti nak ambil jurusan apa?” soal Arief.


“Mummy suruh Laura ambil jurusan beauty dan sewaktu dengannya sebab mummy kata Laura kena take over salon mummy,” jawab Laura.


“Laura sebenarnya nak ambil jurusan apa?” soal Arief.


“Bahagian peguam and kalau boleh Laura nak bukak Laura & Co. satu hari nanti tapi nampaknya semua tu hanya mimpi,” ujar Laura bersama keluhan yang panjang.


Arief memandang Laura sayu.


“Laura cakap lah dengan mummy that you nak bukak Laura & Co. Takkan Laura nak korbankan minat Laura,” usul Arief.


“Macam abang tak kenal mummy. If she say A, A is the answer. No matter how hard you try she never say B,” ujar Laura.


Dalam hati, Arief besetuju dengan apa yang dikatakan Laura.Perangai mummy dan daddy nya memang sama. Tegas dan keras kepala!


“Abang bila start kerja?” soal Laura mengubah topik.


Arief tersenyum. Pandai Si Laura ni ubah topik ye!


“Lepas Laura habis SPM,” jawab Arief.


Mean six months more?” soal Laura.


Arief mengangguk. Laura mengeluh.


“Habis macammana dengan Laura? Dah lah mummy dengan daddy busy, nanti abang pun busy. Tinggallah Laura seorang diri,” rungut Laura.


“Laura, abang takkan lupakan Laura lah. Don’t worry sweetheart, I will take care of you because you’re the only sister I have in this small world,” ujar Arief.


Laura tersenyum. Dia yakin Arief takkan melupakannya.


“Sayang Abang!” ujar Laura.


Arief hanya tersengih.

No comments:

Post a Comment