Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, October 22, 2010

Mencari Cinta [5]

Sudah seminggu Maisara bekerja di Kersa Holding’s. Segalanya berjalan dengan lancar. Tetapi dia bingung. Selama dia bekerja di situ, dia tidak pernah nampak Arief. Di manakah lelaki itu? Jika dia boss, kenapa dia tidak hadir ke pejabat?


Makin lama dia memikir, makin kusut fikirannya.


“Mai, kau tak nak keluar makan ke?”


Maisara sedikit tersentak. Dia memandang ke arah empunya suara. Rupa-rupanya Jasmine yang menegurnya. Jasmine memegang jawatan sebagai esekutif kewangan juga. Rakan setugas lah kiranya.


“Dah pukul berapa ni?” soalan dibalas dengan soalan.


“Pukul 1.35 dah,” jawab Jasmine.


“Iye ke? Kau turun lah dulu. Kejap lagi aku turun,” ujar Maisara.


“Kau ni memang. Kalau dah buat kerja, mesti tak sedar. Dahlah aku pergi dulu,” ujar Jasmine meminta diri.


Maisara hanya tersengih. Jasmine berlalu pergi meninggalkan Maisara. Cepat-cepat Maisara mengemas mejanya yang berterabur. Alat tulis dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Kertas-kertas kerja diletakkan di atas rak. Fail-fail disusun di atas laci.


“Rajinnya!” tegur seseorang.


Maisara memusingkan badannya untuk memandang si empunya suara.


“Ohh Encik Arief,” ujar Maisara automatik apabila terpandang wajah Arief.


Arief tersenyum. Maisara menyambung kembali kerjanya yang tergendala.


“Tak makan ke?” soal Arief sambil melangkah ke hadapan Maisara.


“ Nak pergi lah ni,” jawab Maisara tanpa memandang wajah Arief.


“Kalau macamtu, makan dengan saya je lah,” ajak Arief.


Maisara memandang Arief sekilas. Dia ni ajak betul-betul ke atau ajak-ajak ayam je?Muka macam cofident je.


“Saya ikhlas,” ujar Arief seakan-akan tahu apa yang bermain di minda Maisara.


“Tak apa lah Encik Arief. Saya dah janji dengan Jasmine ni,” ujar Maisara.


“Kalau macamtu, kita makan lah dengan Jasmine,” kata Arief selamba.


Maisara terdiam. Kenapa dia ni beria-ia nak ajak aku makan? Ke ada niat lain ni. Tak apa lah Mai. Kau keluar je dengan mamat depan kau ni.


“Okay!” jawab Maisara sambil mencapai beg tangannya.


Arief tersenyum. Mereka berjalan beriringan ke kedai makan di bawah pejabat mereka itu.


“Encik Arief, kalau saya tanya sesuatu boleh?” soal Maisara.




“Don’t call me Encik Arief. Just Arief. A-R-I-E-F. Arief,” ujar Arief. Siap mengeja lagi!


Maisara menggaru dagunya yang tidak gatal.


Go on Mai,” ujar Arief.


“Kenapa saya tak pernah nampak Encik Arief…” dilihatnya wajah Arief seperti mahu marah. Cepat-cepat dia memperbetulkan ayatnya. “Maksud saya, Arief. Kenapa saya tak pernah nampak Arief dekat pejabat sepanjang saya bekerja dekat sini?”


Arief tertawa mendengar soalan Maisara itu. Maisara hanya diam.


“Macammana Mai nak nampak Arief kalau Arief sendiri tak kerja dekat sini.”


Maisara termangu. Tak kerja dekat sini? Habis yang orang semua panggil dia Encik Arief. Lepastu siap bagi aku kerja lagi. Tak ke namanya boss dekat sini?


“Ye, memang Arief akan kerja di sini but not now. Kemungkinan besar akhir tahun ni barulah saya akan ambil alih Kersa Holding’s ni,” terang Arief.


“Ohhhh,” balas Maisara.


Arief tertawa melihat raut muka Maisara begitu.


“Kenapa gelak?” soal Maisara. Dahinya dikerutkan.


It’s because of you lah silly!” ujar Arief.


Maisara tergamam. Silly? Apa maksud dia dengan perkataan tu?


What?” soal Maisara. Masih mengawal nadanya. Karang kena buang kerja pula bila ditinggikan suara.


“You look cute when say ‘ohh’ sweetheart,” ujar Arief.


Maisara malu. Terasa darah semua menyerbu ke mukanya. Mana nak sorok muka?


Nasib baik mereka sudah sampai di cafĂ©. Jasmine dan rakan-rakannya yang lain terkejut melihat dia turun bersama Arief. Memanglah, siapa yang tidak terkejut, budak baru berjalan seiring dengan anak syarikat Kersa Holding’s. Cerita panas tu!


Lepastu boleh pula Arief buat muka selamba duduk di sebelahnya dan berbual-bual dengan rakan-rakannya seperti biasa. Maisara sendiri tidak tahu apa nak dibuatnya.


Habis aku lepas ni! Mesti kena soal siasat macam aku ni penjenayah! Tuhan, selamatkan aku…



***




“Mai, kau ada hubungan apa dengan Arief?” soal Jue.


Maisara memandang Jue, Jasmine, Nazir, Hazriq, dan juga Yan yang mengelilinginya. Kan dia dah cakap, pasti perkara ni akan berlaku.


“Mai, kau dengar tak apa aku tanya?” soal Jue.


“Dengar,” jawab Maisara mendatar.


“Jawablah doe,” ujar Nazir yang sebaya dengannya, iaitu 25 tahun.


“Aku tak ada apa-apa hubungan lah dengan dia. Kenapa korang ni?” ujar Maisara.


“Takdelah. Kitorang pelik kau tiba-tiba jalan dengan dia,” ujar Yan.


Aku pun pelik. Kenapa dia ajak aku makan tiba-tiba. Macammana lah aku nak bagi korang jawapan.


“Mungkin sebab aku je yang ada dalam office waktu tu. Tu lah dia ajak aku keluar sekali dengan dia pergi dekat kau orang. Jangan lah fikir lain,” ujar Maisara.


“Dah lah korang. Busybody je. Jom buat kerja lagi bagus,” ujar Jasmine.


Mereka semua pun bersurailah. Tinggallah Jasmine dan Maisara.


“Kau jangan risau Mai. Aku sokong kau,” ujar Jasmine sambil mengenyitkan matanya ke Maisara.


Maisara hanya tergelak melihat perilaku Jasmine. Jasmine pula berlalu ke mejanya yang hanya terletak selang dua buah meja dari meja Maisara.




***




Baru sahaja Laura mahu melangkah keluar daripada kawasan sekolah, suara Izad sudah membingitkan telinganya.


“Lambat balik cik kak. Buat apa?” soal Izad.


Laura tidak layan.


“Eh dah pekak ke cik kak sorang ni. Ataupun bisu ye?” perli Izad.


Hati Laura membara. Segera dia berpusing menghadap Izad.


“Kau apahal?” soal Laura kasar.


Izad tertawa. Makin panas hati Laura.


“Kalau satu hari kau tak kacau aku, tak boleh ke?” soal Laura.


“Tak boleh. Kalau satu hari aku tak kacau kau, aku rasa macam tak best je,” jawab Izad sinis.


Tiba-tiba akal Laura memproses sesuatu yang agak nakal. Laura tersenyum memandang Izad. Izad buat muka pelik.


“Ataupun sebenarnya kau sayang aku?” ujar Laura seraya tergelak.


Izad memandang Laura lama.


“Kalau kau sayang aku tu cakap je lah. I can think about it. Don’t worry sayang,” usik Laura lagi.


Izad tidak menjawab. Kemudian kereta BMW berhenti di hadapan Laura.


“Okay lah sayang. Baby pergi dulu. Nanti bila baby dah sampai rumah, baby mesej sayang ye. I love you sayang,” usik Laura lagi.


Kemudian dia melangkah masuk ke dalam kereta. Izad hanya memerhatikan sahaja langkah Laura. Laura melambaikan tangan sebelum kereta itu memecut meninggalkan kawasan sekolahnya itu. Izad menelan liur. Kenapa dia cakap macamtu? Adakah dia tahu yang aku...... Oh tidak!


***


Laura menghempaskan tubuhnya di atas sofa didalam biliknnya. Puas hatinya dapat mengenakan si Izad berlagak tu. Baju sekolah masih membaluti badannya. Dan kemudian pintu biliknya diketuk dari luar.


“Siapa?” soal Laura.


“Abang lah,” jawab Arief di luar.


“Masuklah. Tak kunci,” ujar Laura.


Arief masuk ke dalam bilik Laura. Kepalanya digelengkan melihat Laura.


“Tukarlah baju tu dulu,” tegur Arief sambil duduk di atas katil Laura.


Laura hanya tersengih.


“Ni kenapa gembira semacam je. Ada apa-apa ke ni?” soal Arief.


“Mana ada apa-apa,” nafi Laura sambil kepalanya digelengkan.


“Iye ke ni?” soal Arief.


“Abang ni macam tahu tahu je kan,” akhirnya Laura mengalah.


“Abang kan,” ujar Arief.


“Iyelah tu,” ujar Laura.


So tak nak cerita ke?” soal Arief.


Laura memandang Arief. Kemudian diceritakan apa yang terjadi. Arief tergelak mendengar cerita Laura itu. Memang adiknya itu nakal! Ikut siapa lah tu.


“Laura ni nakal lah,” ujar Arief.


Serve himself lah. Siapa suruh kacau Laura,” ujar Laura.


“Wah, ganasnya adik abang ni. Ikut siapa lah ni,” usik Arief.


“Ikut siapa lagi kalau bukan abang,” balas Laura.


“Eh menjawab pula dia ni,” ujar Arief.


Laura hanya tersenyum. Arief bangun.


“Okay lah Laura. Abang nak keluar ni. Bye!” ujar Arief.


Bye!” balas Laura.


Arief melangkah keluar daripada bilik Laura.

No comments:

Post a Comment