Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, November 20, 2010

Mencari Cinta [10]

Izad masuk kembali ke dalam biliknya. Laura pandang Arief. Arief angkat bahu. Laura masuk ke bilik Izad. Keluarga Izad sudah tiada. Izad pula baring di katil. Laura mendekati Izad.


“Izad...”


“Aku okay. Betul cakap kau. Anjing dengan kucing mana boleh rapat. Mana boleh mencintai satu sama lain,” Izad terlebih dahulu memotong kata-kata Laura.


Laura terkejut.


“Izad, aku tak bermaksud.....”


“Aku nak tidur. Penat!” ujar Izad sambil menarik selimut menutupi badannya.


Laura diam. Tidak mampu untuk bercakap lagi.


“Kau baliklah rumah. Tak takut ke nanti aku sakitkan hati kau lagi?” ujar Izad sinis.


Air mata Laura menitis jua.


“Izad...”


“Baliklah,” ujar Izad. Selimut ditarik menutupi mukanya.


Laura pandang Izad walau mukanya ditutupi selimut. Air mata disekanya. Perlahan dia bangun. Sekali lagi dia menoleh apabila dia sampai di muka pintu. Izad masih jua begitu. Laura meneruskan langkahnya dan menutup pintu bilik wad Izad.


Izad turunkan selimut dari menutupi mukanya. Dia merenung pintu. Kau takkan tahu yang aku cintakan kau, Laura. Kenapa kau tak faham perasaan aku? Kenapa Laura? Kenapa?





***


Maisara tersedar. Dia lihat sekeliling. Kelihatan Adiela di sebelahnya. Kenapa ni? Aku dekat mana?


Adiela terjaga apabila dirasakan seperti tangan Maisara bergerak. Segera dia pandang Maisara.


“Mai!!” jerit Adiela gembira.


Maisara tersenyum Dia masih tidak faham mengapa Adiela berada di sebelahnya.


“Aku dekat mana ni?” soal Maisara.


“Kau dekat wad,” jawab Adiela.


“Wad??” Maisara cuba bangun namun dia terbaring kembali.


Adiela menolong Maisara untuk duduk.


“Kau jangan banyak bergerak. Aku panggil doktor kejap,” ujar Adiela.


Belum sempat Maisara membuka mulutnya, Adiela sudahpun hilang dari pandangan.


Maisara pening. Diurut kepalanya. Setahu dia, tadi dia berada dalam bilik. Dia demam. Dan tiba-tiba sekarang dia berada di wad. Apa makna semua ini?


Kemudian doktor datang untuk memerika Maisara. Adiela duduk di luar.


Adiela duduk di atas kerusi di luar bilik wad Maisara.


“Kakak!” panggil satu suara.


Adiela pandang ke kanan. Wajah Laura memenuhi ruang matanya.


“Laura,” sapa Adiela.


Laura duduk di sebelah Adiela. Adiela kerutkan dahi.


“Kenapa Laura menangis?” soal Adiela.


“Laura sendiri tak tahu kenapa Laura menangis,” jawab Laura.


Adiela tersenyum.


“Mana boleh tak tahu. Cuba Laura ceritakan dekat kakak,” ujar Adiela.


Laura pun menceritakan kepada Adiela apa yang terjadi.


“Laura pun tak tahu kenapa Laura menangis pasal dia. Bukankah kitorang musuh? Laura sendiri pelik kak,” Laura mengakhirkan ceritanya.


Adiela mengusap kepala Laura.


“Itu bermakna Laura sedang jatuh cinta,” ujar Adiela.


What? Cinta?” terlopong Laura mendengarnya.


Adiela menolak dagu Laura supaya Laura menutup mulutnya.


Yeah. Maybe Laura tak sedar bila perasaan tu muncul but I bet dah lama dah perasaan tu wujud dalam hati Laura hanya Laura yang tak sedar,” ujar Adiela.


“Betul ke kak?” soal Laura.


Yeah,” jawab Adiela.


“Macammana akak yakin?” soal Laura.


Because I have feel it,” jawab Adiela bangga.


Laura tersengih.


“Ala, baru ingat nak jodohkan akak dengan abang Laura,” usik Laura.


Adiela tergelak.


“Laura ni ada-ada je lah,” ujar Adiela.


“Siapa lelaki bertuah tu kak?” soal Laura.


“Ada lah. Kakak dah bertunang dah dengan dia. Lagi lima bulan kakak kahwin,” ujar Adiela.


“Kahwin jemput tau,” ujar Laura.


Adiela tergelak. Mereka berbual dan di akhir perbualan, mereka saling bertukar nombor telefon.


“Laura!” panggil Arief.


Laura melambaikan tangan ke arah Arief. Adiela pandang belakang melihat Arief. Laura berjalan ke arah Arief dan menarik Arief mendekati Adiela.


“Ni lah abang Laura,” ujar Laura.


“Abang dah kenal lah Laura,” sampuk Arief.


“Kakak dah kenal dengan abang ke? Kenapa Laura tak tahu ni,” ujar Laura.


Adiela kerutkan dahi.


“Kakak tak kenal pun abang Laura ni,” ujar Adiela.


Arief terkejut. Apa makna dia? Dia tak kenal aku?


“Mai, tak payah lah bergurau,” ujar Arief.


Laura kerut dahi. Laura pandang Arief dan Adiela silih berganti.


You know me right Mai?” soal Arief.


Adiela hampir-hampir sahaja tergelak tetapi dalam masa yang sama dia sebak. Mungkinkah lelaki ini kekasih Mai? Bagaimana aku nak beritahu dia pasal Mai...


“Maaf, awak salah orang. Nama saya Adiela bukan Mai,” ujar Adiela.


Arief kerutkan dahi.


“Ye lah abang. Nama akak ni bukan Mai tapi Adiela. Abang ni rabun ye?” usik Laura yang tidak tahu apa-apa.


“Okay lah Laura. Kakak pergi dulu. Bye,” ujar Adiela.


“Ingat tau kak! Nak kahwin jemput Laura,” beritahu Laura.


Adiela angkat ibu jari. Arief terkejut. Kahwin?


Adiela melangkah pergi dengan pelbagai perasaan. Mesti dia cintakan Mai. Kalau tidak kenapa muka dia terkejut apabila dia dengar yang aku nak kahwin? Ahh, apa yang harus aku lakukan?


Arief perhatikan Adiela sehingga Adiela hilang dari pandangan. Laura pandang Arief sambil keningnya diangkat.


“Kenapa abang ni? She’s not single, okay?” usik Laura.


Arief senyum palsu.


“Laura ni ke situ pulak,” Arief menafikan.


Laura tergelak.


So how Izad? Is everything fine?” soal Arief.


Laura angkat bahu. Arief usap kepala Laura.


Silly you Laura. That’s mean he love you! Don’t you know that?” ujar Arief.


Laura hanya diam.


***




Sekejap Adiela duduk, sekejap Adiela bangun. Gayanya seperti tidak tentu arah. Sesekali digaru kepalanya yang dibaluti selendang hijau.


“Kenapa kau ni?” soal Maisara yang sedari tadi memerhatikan tingkah Adiela.


Adiela pandang Maisara. Dia duduk di sebelah Maisara.


“Aku nak tanya kau satu soalan,” ujar Adiela lambat-lambat.


Maisara kerutkan dahi.


“Apa?” soal Maisara.


Adiela pegang tangan Maisara.


Do you have boyfriend?” soal Adiela.


What are you talking about Die!” nafi Maisara.


Adiela renung ke mata Maisara. Maisara serba-salah.


“Jangan tipu aku. Please tell me. I’m your twin Mai,” ujar Adiela.


“Betul, aku tak ada boyfriend!” ujar Maisara.


“Habis siapa abang Laura?” soal Adiela.


“Abang Laura?” Maisara buat muka pelik.


I bet you know him. Habis takkan sampai dia salah orang. Adiela dia cakap Mai. So?” Adiela angkat kening.


Maisara pelik. Abang Laura? Siapa pula tu? Takkanlah....


“Siapa nama abang Laura tu?” soal Maisara.


I don’t know,” ujar Adiela.


“Entah lah Die. Aku rasa aku tak kenal,” ujar Maisara setelah dua minit mendiamkan diri.


Adiela mengeluh. Kenapa aku tak tanya je nama dia tadi? Kan lagi senang!


Maisara pandang Adiela.


“Bila aku boleh keluar?” soal Maisara.


“Insya-Allah, esok dah boleh keluar,” jawab Adiela.


Maisara tersenyum.


“Boleh tak aku nak habiskan sisa-sisa hidup aku dekat Kg. Gelam?” soal Maisara.


“Mai! Kenapa kau cakap macamtu? Hidup mati semuanya di tangan Tuhan,” marah Adiela.


Maisara tersenyum.


“Boleh tak?” soal Maisara.


Of course you can. It’s your home too Mai,” jawab Adiela.


Maisara senyum. Adiela turut tersenyum.

No comments:

Post a Comment