Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, November 18, 2010

Mencari Cinta [9]

Izad sedar dari pengsannya. Terasa jari jemarinya digenggam oleh seseorang. Kepalanya dipusingkan ke kanan untuk melihat orang yang memegang jarinya itu. Dan dilihatnya Laura sedang tidur di atas kerusi itu berbantalkan tilam yang dia baring.


Izad cuba untuk bangun tetapi kerana rasa pening, dia terbaring semula. Laura tersedar apabila dirasakan tangan Izad bergerak.


“Izad!” jerit Laura gembira.


“Aku dekat mana ni?” soal Izad.


“Kau dekat hospital. Jangan risau, kau tak apa-apa,” jawab Laura.


“Hospital?” soal Izad kembali.


Laura mengangguk.


“Kau dekat hospital sebab kau nak tolong aku,” jawab Laura perlahan.


Izad diam memikirkan kata-kata Laura. Dua minit kemudian barulah dia ingat apa yang terjadi kepadanya.


“Kau ingat tak?” soal Laura.


“Ingat,” jawab Izad pendek.


Thanks selamatkan aku and sorry sebab tak hargai kau,” ujar Laura kesal.


Izad merenung wajah suram Laura. Mata Laura bengkak. Adakah dia menangis sebab aku? Ataupun dia menangis sebab ketakutan?


Laura bangun.


“Aku pergi panggil doktor. Kau nak makan apa?” soal Laura.


“Takpelah. Aku kenyang,” jawab Izad.


Laura buat tak dengar.


“Kau nak bubur ke kau nak sup?” soal Laura.


“Kan aku cakap aku dah kenyang,” ujar Izad.


“Aku suruh kau jawab, bubur ke sup?” soal Laura sekali lagi.


“Aku tak nak makan lah!”


“Bubur ke sup?”


“Laura, kau tak dengar ke?”


“Dua-dua je lah. Aku pergi dulu. Bye!” Laura keluar daripada bilik Izad sebelum sempat Izad berkata apa-apa.


Izad menggeleng-gelengkan kepalanya. Laura-Laura! Degil betul kau ni.


Setelah bertemu doktor, Laura turun ke cafe di hospital itu. Setelah membeli sup dan bubur untuk Izad, Laura berjalan menuju ke lif. Laura menekan punat dan buka sahaja lif itu dia masuk. Dan seorang lagi perempuan turut masuk.


Kedengaran esak tangis dari perempuan itu. Laura simpati terhadap perempuan itu. Apakah yang terjadi pada perempuan itu sehingga dia menangis sebegitu rupa?


“Kak.. Kenapa ni?” Laura memberanikan diri untuk bertanya.


Perempuan itu memandang Laura. Laura mendekatkan diri dengan perempuan itu.


“Sabar kak sabar,” pujuk Laura.


“Kakak sedih dik. Kakak sedih,” ujar perempuan itu.


Belum sempat Laura bertanya, lif sudahpun terbuka. Kedua-dua orang itu keluar daripada lif dan duduk di kerusi terdekat.


“Kenapa kak? Kalau kakak nak ceritakan dekat Laura, Laura tak kisah,” ujar Laura.


Perempuan itu memandang Laura.


At least kakak akan rasa tenang lepas luahkan semuanya,” ujar Laura.


“Kembar kakak kena leukimia. Laura tahu tak? Dia dah ada dalam keadaan kritikal. Even doctor pun cakap dia hanya ada 5 bulan lagi. Macammana akak tak sedih Laura? Dia satu-satunya kembar kakak,” cerita Adiela dengan esak tangis.


Laura terkejut. Berat benar dugaan yang menimpa perempuan di hadapannya itu.


“Kak, dalam dunia ni semuanya akan pergi tinggalkan kita. Even bukan sekarang tapi waktu itu akan tiba juga. Dan akak seharusnya tabah menghadapi dugaan-Nya. Ustazah Laura pernah cakap, Allah takkan beri ujian yang tak termampu oleh kita,” pujuk Laura.


Adiela memeluk Laura di sebelahnya itu. Lama mereka berpelukan.


“Terima kasih Laura! Doakan kakak kuat untuk lalui semua ni,” ujar Adiela.


Laura tersenyum. Adiela turut tersenyum walau pahit.


“Laura pergi dulu ye kak,” Laura meminta diri.


Adiela tidak menjawab. Laura berjalan meninggalkan Adiela di situ.


***


“Kenapa lambat?” soal Izad sebaik sahaja Laura masuk ke dalam biliknya.


Laura tidak menjawab. Dia duduk di kerusi sebelah Izad. Makanan yang dibelinya itu diletakkan di atas meja kecil. Izad memandang Laura. Muka Laura kelihatan sedih.


“Kenapa?” soal Izad.


Laura tidak menjawab.


“Laura, kau kenapa?” soal Izad sekali lagi.


Laura mengangkat muka memandang Izad.


“Aku sedih,” jawab Laura.


Izad mengerutkan dahi.


“Sedih? Kenapa?”


“Tadi aku jumpa seorang perempuan ni, kau tahu tak? Kembar dia kena leukimia. Kau imagine macam mana perasaan dia? Kalau aku, aku rasa aku tak mampu untuk lalui semua tu.”


Izad tersenyum.


“Laura, itu dugaan dia. Allah tahu dia mampu untuk lalui semua tu. Dah, kau jangan sedih,” pujuk Izad.


“Tapi kesian dekat kakak tu,” ujar Laura.


“Memanglah kesian tapi apa yang kita mampu buat? Kita tak boleh lawan kehendak-Nya,” ujar Izad.


Laura tidak menjawab.


“Laura, aku lapar,” Izad mengubah topik. Tidak mahu suasana bilik itu menjadi suram.


Serta-merta Laura tergelak.


“Tadi cakap tak nak makan,” perli Laura.


“Tu tadi. Ni sekarang,” ujar Izad.


“Iyelah sayang,” ujar Laura.


Laura mencapai bekas makanan di atas meja. Bubur dan sup dikeluarkan. Laura mencapai mangkuk yang tersedia di situ lalu dituangkan sup ke dalam mangkuk itu.


“Nah makan,” Laura meletakkan mangkuk itu ke atas meja dan didekatkan ke badan Izad. Katil Izad ditinggikan sedikit agar Izad boleh makan.


Izad makan dengan lahap. Lapar! Sudah sehari suntuk dia tidak makan. Laura hanya memerhatikan sahaja tingkah Izad.






***


Daddy tak nampak Laura hari ni. Mana dia ye?” soal Tan Sri Halim.


Arief buntu! Apa yang harus dia jawab. Berterus terang ataupun tidak?


“Mummy pun tak nampak. Abang tahu mana dia?” soal Puan Sri Salimah.


Arief mengangkat bahu.


“Keluar kot,” jawab Arief.


“Apa nak jadilah dengan Laura ni?” keluh Puan Sri Salimah.


Arief sakit hati mendengar Puan Sri Salimah berkata begitu. Mahu salahkan Laura pula. Padahal Laura tidak bersalah. Ini semua salah mummy dan daddy!


Arief bangun.


“Nak pergi mana tu Arief?” soal Tan Sri Halim.


“Keluar,” jawab Arief pendek.


“Pergi mana?” soal Tan Sri Halim lagi.


“Jumpa kawan. Lagipun kejap lagi mummy dengan daddy nak keluar kan?” ujar Arief sedikit memerli.


Arief terus keluar tanpa menoleh ke belakang lagi.


***


Arief membuka pintu bilik wad. Semua mata memandang dirinya. Arief bingung. Kenapa dia menjadi tontonan orang ramai? Kuat sangatkah dia menutup pintu tadi?


“Abang!” keadaan diselamatkan oleh Laura.


Arief mengukir senyuman. Laura berjalan ke arahnya. Kemudian Laura menarik tangan Arief keluar dari bilik itu. Mereka duduk di kerusi luar wad itu.


“Siapa ramai-ramai tu Laura?” soal Arief.


Family Izad. Ramaikan?” Laura tertawa.


“Ramai gila,” ujar Arief.


“Dia ada lima adik beradik dan dia yang nombor dua. Tadi tu semua adik beradik dia datang dengan mak bapak dia sekali,” cerita Laura.


Arief mengangguk. Patutlah ramai!


“Abang dari mana ni?” soal Laura.


“Rumah lah. Mummy and daddy tanya mana Laura tau,” ujar Arief.


Laura cuak.


“Abang cakap apa?” soal Laura.


“Abang cakaplah Laura keluar pagi tadi,” ujar Arief.


Laura tersenyum.


“Sayang abang!” ujar Laura.


Arief tergelak.


“Laura, bila nak balik?” soal Arief.


Laura diam.


“Atau Laura dah jatuh cinta dekat Izad sebab tu Laura tak nak balik?” soal Arief berbaur usikan.


“Abang!!” Laura mencubit paha Arief.


Arief tergelak.


“Tak nak kawan!” ujar Laura.


“Ala bucuk bucuk,” pujuk Arief.


Laura buat tidak endah.


“Ala intan payung emas abang,” pujuk Arief lagi.


Laura tergelak.


“Abang ni kan!” marah Laura.


Arief tergelak.


“Kenapa Laura tak nak mengaku kalau Laura cintakan dia?” soal Arief.


Laura senyum tiga saat.


“Laura dengan Izad macam anjing dengan kucing. Abang cuba fikir, anjing dengan kucing boleh saling mencintai ke? Tak kan? Dan begitu juga Laura dan Izad. Kami akan sentiasa bergaduh. Dan takkan pernah mencintai antara satu sama lain,” ujar Laura.


“Siapa cakap?” soal Arief.


“Laura cakap,” jawab Laura selamba.


“Laura....”


“Laura takkan pernah mencintai Izad. Takkan. Same goes to him,” ujar Laura.


Tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu jatuh. Arief dan Laura memandang ke tempat itu. Dan alangkah terkejutnya apabila melihat Izad di situ.


Laura melopong. Dia dengar ke aku cakap apa?


Arief pandang Laura dan Izad silih berganti. Anjing dengan kucing konon. Sekarang selesaikanlah sendiri!


Izad melangkah ke wad kembali tanpa menghiraukan dua pasang mata yang memandang dia. Hatinya bengkak! Dia memang tak akan cintakan aku. Apa lagi yang aku harus buat?

No comments:

Post a Comment