Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, November 22, 2010

Mencari CInta [11]

Sudah seminggu Maisara tidak ke pejabat. Arief sendiri tidak tahu mengapa Maisara tidak hadir. Silap dia juga kerana tidak meminta nombor telefon gadis itu. Entah apa yang berlaku kepada diri gadis itu, dia sendiri tidak tahu.


“Kenapa dengan kau ni Arief?” soal Acai sambil meletakkan dua tin minuman di atas meja.


“Entahlah Acai,” Arief mencapai satu tin air minuman ice cream soda dan dibukanya lalu diteguk.


What are you meaning by entah?” soal Acai. Minumannya diteguk.


I love her,” ujar Arief. Tin minuman diletakkan di atas meja.


So tell her,” ujar Acai.


Arief pandang Acai lima saat kemudian dia tunduk.


“Macammana aku nak bagitahu dia kalau dia menghilang tiba-tiba. Aku tak faham lah kenapa dia menghilang,” rungut Arief.


“Menghilang?”


Yeah. Dah seminggu dia tak datang pejabat!”


“Kau tak call dia?”


“Aku tak ada nombor dia.”


Acai pandang lantai. Susah juga keadaan sahabat baiknya itu.


“Aku risau Acai. Aku risau tentang keselamatan dia! Aku tahu ada sesuatu yang terjadi dengan dia. Kalau tidak kenapa perlu dia menghilangkan diri?” Arief buat kesimpulan sendiri.


“Mungkin,” Acai mengangguk.


“Tapi Acai, minggu lepas aku pergi hospital. Aku ada jumpa seorang perempuan yang memang seiras dengan Mai. Tapi bila aku tegur dia, dia kata dia tak kenal aku. Laura cakap dia tunang orang. Dah nak kahwin pun. But kenapa muka dia dengan Mai sama? Serupa!” cerita Arief.


“Mungkin pelanduk dua serupa kot,” Acai mengagak.


“Mungkin,” ujar Arief pendek.


Acai tepuk bahu Arief


Come on friend! Bersemangat sedikit. Kau cari lah dia!” usul Acai.


“Cari?” soal Arief.


Acai angguk.


“Macammana?” soal Arief.


Look. Kau tahu tak dia duduk mana? Kampung dekat mana? Or even negeri mana?” soal Acai.


“Kampung Gelam, Port Dickson,” ujar Arief.


Acai petik jari.


Then search her there!” ujar Acai.


Arief senyum.


Acai! Thanks!!” ujar Arief.


Acai tunjuk peace. Arief tersenyum.




***




Maisara termenung di jendela biliknya. Entah kenapa hati dia begitu rindu kepada seorang jejaka bernama Arief. Rindu sangat! Walaupun baru seminggu tidak bersua.


Apa lah yang kau buat ye Arief? Dengan siapa kau lunch bila aku tak ada? Arief, aku rindukan kau! Adakah kau pun begitu? Maafkan aku kerana terpaksa menghilangkan diri begini.


Maisara mengeluh. Kemudian Adiela masuk.


“Mai, jom makan!” ajak Adiela.


“Aku kenyang,” jawab Maisara.


Adiela mendekati Maisara.


What’s wrong Mai?” soal Adiela.


Maisara geleng kepala.


“Aku nak solat. Lepasni aku turun makan,” ujar Maisara.


Adiela mengangguk. Kemudian dia keluar daripada bilik Maisara. Maisara hanya memerhatikan langkah Adiela. Semoga kau bahagia dengan Epul! Jangan jadi macam aku, dah nak mati baru rasa apa itu cinta. Cinta yang tak kesampaian pulak tu...


***



Laura turun daripada kereta. Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, dia nampak Izad yang berjalan menggunakan tongkat. Perlahan Laura mendekati Izad.


“Izad...” panggil Laura.


Izad pandang Laura. Kemudian dia mempercepatkan langkahnya.


“Izad, kenapa dengan kau? Please talk to me,” pujuk Laura.


Izad buat tidak peduli. Laura berhenti melangkah. Izad meneruskan langkah. Laura pandang Izad.


Kenapa dengan kau Izad? Aku tak boleh hidup tanpa usikan kau. I can’t Izad.


Dan tanpa diduga, Izad terjatuh. Segera Laura mendapatkan Izad. Laura mahu menolong agar Izad bangun namun ditepis Izad. Laura terkejut.


“Tak payah tolong aku. Aku tahu jalan sendiri,” ujar Izad kasar.


Laura kaku di situ. Izad cuba bangun tetapi dia tidak mampu. Dan sekali lagi Izad melakukan perkara di luar dugaan Laura. Izad membaling tongkatnya. Laura tersentak.


“Sebab kaki ni lah, aku terpaksa bersusah payah macamni!” ujar Izad sambil mengetuk kaki simennya itu.


Air mata Laura menitis perlahan.


“Izad, maafkan aku. Sebab aku kau terpaksa bersusah payah,” ujar Laura.


Izad pandang Laura.


“Memang sebab kau aku jadi macamni!” tengking Izad.


Semakin laju air mata Laura mengalir menerima tengkingan Izad. Belum pernah Izad menengkingnya begini dan inilah kali pertama.


“Aku minta maaf. Lepasni aku takkan susahkan kau lagi,” ujar Laura tersekat-sekat.


Laura memusingkan badannya dan melangkah masuk ke kawasan sekolah dengan esakannya. Namun, dia sempat mengarah orang yang lalu di situ supaya menolong Izad. Izad hanya memerhatikan sahaja langkah Laura.


Sebenarnya dia sendiri tidak sampai hati melihat Laura begitu. Laura, aku minta maaf. Kau tak pernah menyusahkan aku. Aku minta maaf Laura....



***




Arief mematikan enjin kereta Evo nya itu. Segera dia melangkah mendekati kedai kopi di Kampung Gelam itu. Dia mendekati seorang pak cik yang berada di situ.


“Assalamualaikum pak cik,” sapa Arief.


“Waalaikumusalam,” jawab pak cik itu.


“Pak cik, boleh saya tanya?” soal Arief.


“Apa dia?” soal pak cik itu.


“Pak cik kenal Maisara? Rumah dia dekat mana ye?” soal Arief.


Pak cik itu berfikir-fikir.


“Dekat sini ada tiga Maisara. Kamu tahu nama penuh dia?” soal pak cik itu.


Arief mengerutkan dahi cuba berfikir nama penuh Maisara. Seingatnya, Maisara pernah memberitahunya dahulu sewaktu pertemuan dia yang pertama dengan gadis itu.


“Ingat tak?” soal pak cik itu.


“Kalau tak silap saya, nama ayah dia Razak,” ujar Arief.


“Oh Razak! Kenal kenal,” ujar pak cik itu.


“Rumah dia mana satu ye?” soal Arief.


“Rumah dia tak jauh dari sini. Jalan terus belok kanan. Rumah hujung sekali. Ada tulis dekat halaman dia Razak. Kamu carilah,” ujar pak cik itu.


Arief mengangguk.


“Kamu nak buat apa dengan dia?” soal pak cik.


“Maisara tu kawan saya. Datang nak melawat,” ujar Arief.


“Elok sangat lah tu,” ujar pak cik.


“Okay lah pak cik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Arief bersalam dengan pak cik itu.


“Waalaikumusalam,” jawab pak cik.


Arief melangkah masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin lalu bergerak menuju ke rumah Razak.



***




Maisara duduk di atas katil. Begitu juga Adiela. Tidak tersangka oleh Maisara, Arief akan mencarinya hingga ke sini. Adiela pandang Maisara.


“Kau kenal dia?” soal Adiela.


“Kenal. Dia boss aku,” jawab Maisara.


“Dan dia juga abang Laura,” ujar Adiela.


Maisara diam.


“Dan dia juga cintakan kau,” ujar Adiela.


Maisara menjengilkan matanya.


“Mai, jangan tipu perasaan kau boleh?” soal Adiela.


Maisara diam.


“Mai,” panggil Adiela.


Maisara pandang Adiela.


“Bagitahu dia yang kau pun cintakan dia,” ujar Adiela.


Maisara menggeleng.


“Tak! Aku tak berhak dapatkan dia. Hidup aku tak lama Die,” ujar Maisara.


“Tapi dengan cara ni, dia akan lebih terseksa,” ujar Adiela.


Maisara diam.


“Kau tolong aku!” ujar Maisara tiba-tiba.


Adiela angkat kening.


“Kau jadi aku. Aku jadi kau!” ujar Maisara.


“Gila!” ujar Adiela.


Maisara tunduk. Adiela serba-salah.


“Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Aku pun nak tolong kau tapi....” belum sempat dia habis cakap, Maisara dah memotongnya.


“Cuma satu je Die yang aku minta sebelum aku pejam mata. Tolong! Tolong jadi diri aku untuk sementara. Please Die. Aku dah boleh terima yang aku akan pergi tapi kehadiran dia buat aku tak boleh terima Die,” ujar Maisara.


Adiela terdiam.


Please Die!” rayu Maisara.


Seminit diam. Akhirnya Adiela mengangguk setuju. Maisara memeluk Adiela.


This is just for you Mai. Next time you have to tell him the truth,” ujar Adiela.


Maisara mengangguk.


Thanks Die!”


Tiba-tiba suara Razak kedengaran memanggil Maisara dan Adiela. Segera mereka keluar setelah memakai selendang.


“Mai, kawan kamu datang dari jauh. Kamu duduk dalam bilik pula,” ujar Razak.


Adiela pandang Maisara. Kemudian dia pandang Arief. Arief kerut dahi. Kembar?


Sorry ayah,” ujar Adiela.


“Dah, kamu pergi buat air Adiela. Ayah nak solat sekejap,” ujar Razak sambil berlalu pergi.


Yes sir!” ujar Maisara sambil berlalu ke dapur.


Adiela duduk di hadapan Arief. Wahh, apa aku nak cakap ni? Kenal dia pun tak.


“Mai, awak ada kembar ye?” soal Arief memulakan perbualan.


Adiela pandang Arief. Kemudian dia angguk.


“Siapa nama kembar awak?” soal Arief.


“Maisara! Err.. maksud saya Adiela,” ujar Adiela tersekat-sekat. Susahnya nak menipu ni!


“Oh. Awak apa khabar Mai?” soal Arief.


“Okay je. Kenapa?” soal Adiela.


“Kenapa awak berhenti kerja?” soal Arief.


Adiela terpinga-pinga untuk mencari jawapan.


“Sebab dia tak dapat sesuaikan diri dekat bandar. Lagipun dia rindukan kembar dia. Betul tak Mai?” Maisara datang membawa dulang berisi air dan sedikit biskut.


Arief pandang Maisara. Kemudian dia tersenyum.


“Habis tak rindukan saya ke?” soal Arief.


Adiela pandang Maisara.


“Gurau je lah. Adiela, bila majlis perkahwinan awak?” soal Arief.


“Lagi empat bulan!” jawab Adiela.


Arief pandang Adiela. Adiela pandang Maisara. Maisara pandang Arief.


“Sekarang pun dah petang, apa kata kita pergi pantai nak?” soal Arief.


“Boleh. Jom Die!” ajak Adiela.


Maisara buat muka tak tahu.


“Kau lupa ke? Aku kan ada janji dengan Epul,” ujar Maisara.


“Kita pergi dua orang je lah Mai,” ajak Arief.


“Sekejap ye,” Adiela bangun dan menarik tangan Maisara ke dalam bilik.


“Suka hati kau je cakap ada janji dengan Epul kan?” marah Adiela.


“Jangan marah. Just joking,” ujar Maisara.


“Ni habis macammana?” soal Adiela.


“Pergi je lah. Nanti aku cakaplah dengan ayah,” ujar Maisara.


“Habis kau?” soal Adiela.


“Hey! Sekarang ni kau adalah Maisara!” ujar Maisara.


Adiela mengangguk lemah.


“Siapa nama dia? Lupa nak tanya tadi,” ujar Adiela.


“Arief,” jawab Maisara pendek.


Adiela melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah Arief.


“Jom lah,” ajak Adiela.


Arief tersenyum lalu mengekori langkah Adiela ke pantai.




***




“Kenapa awak tak cakap dulu yang awak nak balik kampung?” soal Arief.


“Kenapa nak kena cakap?” soal Adiela kembali.


“Ye lah, risau tau saya tiba-tiba awak menghilang,” ujar Arief.


Adiela duduk di atas tembok. Kemudian Arief pula duduk.


“Sorry lah. Saya balik kampung pun mengejut je,” ujar Adiela.


Arief mengangguk tanda faham.


So awak sihat?’ soal Arief.


“Sihat Alhamdulillah. Awak?” soal Adiela.


“Sihat juga. Awak tahu tak saya rindu awak,” ujar Arief.


Belum sempat Adiela menjawab, pipi Arief ditumbuk. Habis Arief terjatuh di atas pasir. Adiela segera bangun. Dia menoleh ke arah si pemukul.


“Rindu Rindu! Kau ingat kau tu siapa?” marah Epul.


Adiela cuak.


“Epul!” jerit Adiela.


“Kau! Aku penat-penat bekerja siang malam cari duit nak kahwin dengan kau! Kau pula berseronok dengan jantan lain! Perempuan jenis apa kau ni?” tengking Epul.


Arief bangun dan menumbuk pipi Epul pula. Adiela mengalirkan air mata. Tidak disangka Epul akan berkasar dengannya.


“Arief! Berhenti,” marah Adiela.


Arief pandang Adiela. Epul bangun. Mereka berdua dipisahkan oleh Adiela di tengah-tengah.


“Aku menyesal sayangkan kau! Aku tak sangka kau penipu macamni! Mulai hari ini kita dah tak ada apa-apa lagi ikatan! Bagi balik cincin dekat jari kau tu!” tengking Epul.


Air mata Adiela mengalir deras. Disorokkan tangan kirinya di belakang badan. Epul menarik tangan Adiela dan menanggalkan cincin di jari manis Adiela.


“Kita putus Adiela!!” marah Epul.


Epul berlalu meninggalkan Adiela.


“Epul!!” panggil Adiela berulang kali namun tidak dihiraukan Epul.


Adiela tidak mampu berdiri lagi. Akhirnya dia jatuh ke atas pasir dan tidak sedarkan diri.

No comments:

Post a Comment