Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, December 18, 2010

Mencari Cinta [12]

Adiela membuka matanya. Terasa pening kepalanya. Wajah Maisara memenuhi ruang matanya.


“Ayah! Adiela dah sedar!!” jerit Maisara.


“Aku dekat mana ni?” soal Adiela. Dia cuba untuk bangun namun tidak berdaya.


“Kau dekat bilik. Kau jangan banyak sangat bergerak,” muka Maisara menunjukkan bahawa dia begitu risau.


“Kenapa kepala aku sakit?” soal Adiela.


“Kau pengsan tadi,” jawab Maisara.


Adiela memicit kepalanya. Aku pengsan?


“Arief yang hantar kau,” ujar Maisara.


Dengar sahaja nama Arief, automatik Adiela teringat apa yang berlaku. Dan tanpa ditahan, air matanya mengalir.


“Kenapa ni Die? Kau jangan risau, kau okay,” pujuk Maisara.


Adiela pandang Maisara.


“Mai... Epul... Epul...” Adiela tidak dapat meneruskan kata-katanya. Sedih! Kecewa! Itulah yang dia rasa sekarang.


“Kenapa dengan Epul? Die, cakap dengan aku! Kenapa kau dengan Epul?” soal Maisara gelabah. Takut sesuatu yang tak diingini berlaku.


Baru sahaja Adiela mahu menjawab, Arief dan Razak datang ke arah mereka berdua. Perlahan Maisara bangun dan menjauhi Adiela. Adiela pula duduk bersandarkan di kepala katil.


“Anak ayah dah okay?” soal Razak.


Adiela senyum sedikit. Air matanya diseka.


“Kenapa nangis?” soal Razak.


“Sakit,” rungut Adiela.


Razak mengusap kepala Adiela.


“Ayah keluar dulu ye. Nak solat Maghrib sekejap. Borak lah dengan Arief dulu,” ujar Razak.


Adiela mengangguk. Razak melangkah keluar daripada bilik itu. Kini, tinggal Adiela, Arief dan Maisara di dalam bilik itu.


Feel more better?” soal Arief.


Adiela mengangguk. Arief duduk di atas katil itu.


“Kenapa Epul serang kita?” soal Arief.


Adiela pandang Maisara. Maisara pandang Adiela.


“Sebenarnya.....” belum sempat Maisara mahu menghabiskan ayatnya, Adiela sudahpun memotong.


“Sebenarnya dia salah orang,” ujar Adiela cepat-cepat.


Maisara pandang Adiela. Adiela buat tak reti dengan pandangan Maisara. Mai, aku sanggup berkorban untuk kau! Just for you Mai...


“Tapi...”


“Awak, saya rasa baik awak pergi solat. Saya pun nak solat ni,” ujar Adiela memotong percakapan Arief.


Arief pandang Adiela. Kemudian dia bangun dan melangkah keluar daripada bilik Adiela. Maisara hanya memandang langkah Arief tanpa Arief sedari.


Pintu ditutup. Maisara duduk di sebelah Adiela.


“Kenapa kau tak biar je aku terus-terang?” soal Maisara.


Adiela pandang Maisara. Kemudian dia bangun. Sekejap dia terhuyung-hayang.


“Aku sanggup korbankan apa sahaja untuk kau sebab kau the only kembar yang aku ada,” ujar Adiela.


“Tapi Epul?” soal Maisara.


“Dia sendiri yang putuskan hubungan kitorang. Dan apa yang perlu aku buat? Kalau aku merayu pun, kau ingat dia akan layan? Tak kan?” ujar Adiela sedikit emosional.


Maisara pandang Adiela.


“Aku tak bermaksud pun nak buat kau dengan Epul macami. Adiela, aku minta maaf. I never thought it will end like this. Maafkan aku,” ujar Maisara perlahan.


Adiela tersenyum.


“Aku tak pernah salahkan siapa-siapa. Mungkin ini memang takdir aku. And I think semua ni barulah permulaan. Okaylah Mai. Aku nak ambil wudhu’ dulu. Cari ketenangan!” ujar Adiela.


Adiela melangkah ke tandas yang berada di biliknya itu. Maisara termenung mendengar kata-kata Adiela. Akhirnya, dia mengeluh.


Adiela, kenapa kau perlu korbankan masa depan kau semata-mata untuk aku? Perjalanan hidup kau panjang lagi bukan macam aku, tinggal masa untuk mati. Sepatutnya kau biarkan sahaja aku macamni.






***




Laura memandang Arief yang baru sahaja pulang itu. Arief angkat kening. Laura buat tak layan. Arief duduk di sebelah Laura.


“Dah pukul 12, tak tidur lagi ke?” soal Arief.


“Tak. Habis abang ni, dah pukul 12 baru balik. Tak ingat jalan rumah ke?” perli Laura.


“Kenapa ni Laura?” soal Arief apabila dia merasakan ada sesuatu yang terjadi kepada Laura.


“Kenapa apa?” soal Laura kembali.


Arief mengeluh kecil.


“Laura, abang tak tahu apa masalah Laura but please make yourself calm. Abang tahu ini semua berpunca daripada kes dekat hospital hari tu. Laura, your SPM is just around the corner. Tumpukan pada pelajaran! Abang tak nak Laura fikirkan pasal Izad lagi. Lepas SPM baru Laura fikirkan,” bebel Arief panjang lebar.


Laura pandang Arief.


“Abang tak faham dan abang takkan pernah faham! Mana ada orang dalam dunia ni akan faham Laura!” rungut Laura.


Arief usap kepala Laura.


Sweetheart, I understand you. Maksud abang macamni, kalau Laura betul cintakan Izad, why not Laura cakap je dengan dia! Abang yakin dia pun cintakan Laura. Dan lepas selesai semua tu abang nak Laura tumpukan pada SPM Laura. Okay?” ujar Arief.


Laura diam. Arief tersenyum. Dia bangun dari sofa dan mendaki ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka lalu dia masuk. Kemudian, dia menutup pintu biliknya itu. Langkahnya diaturkan ke arah katilnya itu. Lalu dia baring menelentang di situ.


Fikirannya ligat berfikir pada kejadian tadi. Pada Maisaranya itu. Dia sendiri pelik mengapa Epul boleh salah orang? Jikalau betul lah Epul salah orang, kenapa Maisara menangis teresak-esak? Dan kenapa Epul menanggalkan cincin di jari manis Maisara? Dan yang paling dia tidak yakin, jika itu Maisara, mengapa dia boleh pengsan kerana terlampau sedih dengan keputusan Epul?


Padahal Epul kan tunangnya Adiela. Arief pening memikirkannya. Wajah Adiela pula tak banyak berbeza dengan wajah Maisara. Jadi mana mungkin dia boleh membezakan? Dia dengan Maisara baru sahaja kenal. Arief bingung.


Hanya satu yang otaknya dapat memproses. Yang menangis itu, yang ditanggalkan cincin itu, yang pengsan itu sebenarnya ialah Adiela! Mereka sedang bertukar identiti! Tapi Arief sendiri tidak yakin dengan apa yang difikirnya.




***




Pagi yang indah itu diceriakan dengan bunyi gelak tawa Adiela dan Maisara. Mereka berdua terbaring di atas katil sambil tangan masing-masing memegang perut.


“Adiela!!” panggil Razak nyaring dari luar.


Adiela telan liur. Maisara pandang Adiela. Perlahan-lahan mereka berdua keluar ke arah Razak.


“Ye ayah. Ada apa?” soal Adiela.


Razak berdiri di muka pintu. Ada raut bengis di wajahnya. Adiela pula duduk di atas kerusi. Maisara hanya berdiri.


“Maisara, kamu masuk! Ayah nak bercakap dengan Adiela seorang!” ujar Razak.


Maisara akur. Adiela cuak. Ayah aku dah tahu ke ni? Oh Tuhan, selamatkan aku.


Razak berjalan menghampiri Adiela lalu berdiri di sebelah Adiela. Gaya seperti seorang polis menyoal penjahat.


“Ayah nak Adiela jawab jujur! Jangan tipu ayah,” ujar Razak. Nadanya mendatar.


“Apa dia?” soal Adiela takut-takut.


“Betul atau tidak kamu dengan Epul sudah putus tunang?” soal Razak.


Perlahan-lahan Adiela mengangguk. Razak meraup wajahnya.


“Betul atau tidak kamu keluar dengan kawan Mai ke pantai?” soal Razak.


Adiela mengangguk. Kepalanya ditundukkan.


“Ya Allah Adiela! Ayah tak sangka kau macamni. Apa nak jadi dengan kau Adiela? Ayah salah didik kau ke?” marah Razak.


Adiela pandang Razak. Dia bangun. Tangannya memegang tangan Razak.


“Ayah! Die tak pernah buat perkara yang dilarang oleh-Nya. Die tak pernah ayah,” ujar Adiela.


“Apa namanya kalau perempuan dan lelaki berdua-duaan? Dan apa akan terjadi? Die, ayah tak sangka kau macamni. Puas ayah didik kau tapi kau buat juga perkara yang terkutuk tu,” Razak kecewa.


Air mata Adiela mengalir.


“Ayah! Die tak buat apa-apa dengan dia! Die Cuma berbual-bual! Lagipun ramai orang dekat pantai tu yah. Kami tak duduk dekat tempat sunyi! Ayah, jangan dengar cakap Epul!” ujar Adiela.


“Ayah dah tak tahu nak cakap apa lagi Adiela. Entahlah Adiela. Ayah serahkan semua dekat Allah Yang Maha Kuasa,” ujar Razak seraya melangkah masuk ke dalam biliknya.


Adiela terkejut. Air matanya yang deras mengalir dibiarkan sahaja. Apa lagi yang mahu dicakap? Biarlah. Mungkin satu hari nanti ayah akan tahu jua kebenarannya.




***


“Kenapa kau tak cakap je hal yang sebenar Die?” soal Maisara sebaik sahaja Adiela masuk ke dalam bilik.


Adiela pandang Maisara sekilas kemudian dia duduk di atas katil. Pandangannya dibuang ke arah pemandangan di luar. Maisara maju ke Adiela. Tangannya pegang bahu Adiela. Adiela dongak pandang Maisara.


“Die, janganlah siksa hati dan perasaan kau. Please Die. Kau nak aku cakap dengan ayah? Biar aku pergi cakap,” Maisara ingin melangkah namun cepat tangannya ditarik Adiela.


Maisara pandang Adiela. Adiela geleng kepala.


“Tak payah Mai. Aku tahu satu hari nanti kebenaran akan berpihak dekat aku juga. Kau tak perlu risau. Aku tak apa-apa,” ujar Adiela lembut.


Maisara renung mata Adiela. Adiela membalas renungan mata Maisara. Ada sinar keikhlasan di mata Adiela. Perasaan bersalah mula menyelubungi hati Maisara. Teganya dia melihat kembarnya menderita.


“Die, kau tak perlu berkorban macam ni sekali. Aku akan bahagia kalau kau bahagia,” pujuk Maisara.


“Mai, kan aku cakap. Aku okay. Kau tak payah risau,”Adiela meyakinkan.


Maisara mengeluh. Adiela memang begitu. Jika A yang dicakap, A lah jawapannya. Takan pernah menjadi B.

No comments:

Post a Comment