Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, November 2, 2010

Mencari Cinta [7]

Kereta Nissan Skyline R34 yang dipandu oleh Arief memecut laju di sekitar trek. Lima pusingan dan kemudian kereta itu berhenti. Arief keluar daripada kereta itu. Kemudian kereta Nissan Turbo SR20 pula berhenti di sebelah Arief.


Yes! Aku menang lagi,” ujar Arief kepada pemandu itu apabila dia keluar daripada kereta.


Acai tersengih. Ibu jarinya dinaikkan ke atas.


“Kau memang teror. Gua tabik sama lu,” usik Acai.


Arief tersenyum. Kemudian dia menutup pintu kereta Nissan Skyline R34 kepunyaannya dan berjalan ke arah kawasan redup. Acai mengekorinya.


“Kau dah lama tak join kitorang malam-malam. Apa cerita?” soal Acai sambil duduk di atas kerusi panjang di bawah pohon yang rendang.


Arief turut duduk di sebelah Acai.


“Aku busy lah,” jawab Arief pendek.


Busy?” Acai mengangkat keningnya.


Arief mengangguk.


“Woi, kau busy apa ha? Bukan deal kau lagi lima bulan ke?” soal Acai.


Arief mengeluh perlahan. Acai memandang Arief. Seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh Arief. Tetapi apa?


“Kau ni kenapa? Ada problem apa?” soal Acai.


“Entahlah Acai. Aku pun tak tahu,” ujar Arief perlahan.


Acai menepuk bahu Arief perlahan.


“Aku kenal kau dah lama Arief. Just tell me if you have problem. Mana tahu aku boleh tolong kau,” ujar Acai.


Arief memandang Acai. Memang benar apa yang dikatakan Acai itu tetapi masalahnya aku sendiri tak tahu apa yang membuatkan aku gelisah macamni.


“Aku tak tahulah Acai. Aku tak tahu apa yang buat aku gelisah macamni. Yang aku tahu aku cuma nak dekat dengan dia je,” di akhir ayat, Arief mengeluh perlahan.


“Nak dekat dengan dia?” soal Acai kembali. Kurang faham dengan penjelasan Arief.


“Ye. Aku tak boleh jauh dari dia. Setiap hari aku mesti tengok muka dia. And even every second, aku nak tengok muka dia. Kalau tidak hati aku sakit sangat. Aku tak tahu virus apa yang melanda aku ni. Aku betul-betul tak tahu,” luah Arief.


Acai tertawa.


“Tengok, kau pun gelakkan aku,” Arief merajuk.


Acai berhenti tertawa walau di dalam hatinya memang dia mahu ketawa lagi.


“Sejak bila kau pandai merajuk ni?” usik Acai.


Arief membulatkan matanya.


Relax relax. Aku tahu virus apa yang melanda kau!” ujar Acai.


“Apa?” soal Arief tidak sabar.


“Kau sebenarnya.... Kau sebenarnya....”


“Aku sebenarnya apa? Janganlah buat suspen!”


Acai tertawa.


“Kau sebenarnya jatuh cinta!”


“Jatuh cinta??” mulut Arief ternganga luas.


Acai tertawa melihat telatah Arief itu.


“Apa maksud kau?” soal Arief.


It’s mean you in love silly!” ujar Acai.


Arief terdiam. Aku jatuh cinta? What the... Muhammad Arief Syukor jatuh cinta? Ohh tidak!


“Siapa perempuan bertuah tu?”




***




Maisara menyandarkan badannya ke kepala kati. Entah kenapa badannya terasa sakit dan dia begitu letih. Maisara memejamkan matanya tetapi matanya tidak mahu terlelap.


Ketukan pintu membuatkan Maisara ingin bangun tetapi dia tidak larat lalu dia terbaring kembali. Pintu dibuka dan terjengul wajah Liza, housemate nya.


“Kau okay?” soal Liza.


“Aku okay,” jawab Maisara.


Liza berjalan mendekati Maisara.


“Muka kau nampak pucat,” ujar Liza.


Maisara cuba tersenyum tetapi senyumannya tawar sangat. Liza meletakkan tangannya ke atas dahi Maisara.


“Badan kau panas sangat ni. Kita pergi hospital nak?” ajak Liza.


“Tak apa lah. Karang aku makan panadol eloklah,” Maisara menolak ajakan Liza. Bukan dia tidak mahu pergi tetapi dia tidak larat untuk bangun.


“Jom lah. Karang melarat pula,” ujar Liza.


“Takpe. Kejap lagi eloklah ni. Kau tak payah lah risau sangat,” ujar Maisara.


“Betul ni?” soal Liza.


Maisara menganggukkan kepalanya.


“Kau nak makan apa?” soal Liza.


“Takpelah. Aku tak ada selera nak makan,” ujar Maisara.


“Aku masak bubur kejap ye. Kejap lagi aku masuk balik. Kau rehatlah dulu,” ujar Liza.


Belum sempat Maisara menolak, Liza sudah keluar dari biliknya. Maisara hanya tersenyum tawar. Bersyukur kerana dia ada kawan seperti Liza.


***
Laura mengemas alat tulisnya dan buku-bukunya. Kemudian dia mencapai beg sekolahnya lalu disandang di belakangnya. Baru sahaja Laura mahu melangkah, bahunya disentuh dari belakang. Laura memusingkan badannya untuk memandang ke belakang.


Wajah Aiman memenuhi ruang matanya. Laura mengeluh perlahan. Apa pula Si Aiman ni mahu?


“Kau nak apa?” soal Laura kasar.


Relax lah. Jangan marah-marah,” ujar Aiman.


Laura buat muka bosan.


“Kalau kau setakat nak sakitkan hati aku. Kau lupakan je lah,” ujar Laura.


Dipusingkan badannya. Baru sahaja dia melangkah setapak, tangannya ditarik dari belakang.


“Laura, kenapa kau ni? Apa salah aku?” soal Aiman.


Laura memandang ke arah Aiman. Dilepaskan tangannya dari pegangan Aiman dan melangkah keluar dari kelas. Aiman mengejar Laura dari belakang. Sekali lagi tangan Laura ditariknya. Mereka berdiri betul-betul di hadapan tangga.


“Aku minta maaf kalau aku buat salah dekat kau. But please bagitahu aku. Aku sayang kau Laura. Sayang sangat-sangat,” ujar Aiman.


Perlahan-lahan Laura memandang Aiman.


“Kau nak tahu apa salah kau?” soal Laura.


Aiman mengangguk perlahan. Air mata menitis di kelopak mata Laura.


“Kau tinggalkan aku dan pergi dengan perempuan lain! Tu yang kau kata sayang? You make my heart hurt! Dan kau boleh cakap kau tak salah?” tengking Laura kuat.


Aiman tergamam.


Please Aiman, please! Don’t disturb me anymore. Aku tak larat lagi nak layan semua benda ni,” ujar Laura.


Laura mahu melepaskan tangannya daripada genggaman Aiman tetapi genggaman Aiman terlalu kuat.


Aiman, let me go!” jerit Laura.


I won’t until you accept me!” jawab Aiman.


Laura meronta-ronta mahu dilepaskan. Dan tanpa diduganya, satu tumbukan melayang ke pipi Aiman sekaligus membuatkan Aiman terjatuh dan genggamannya dilepaskan. Dan orang yang selamatkan dia ialah... Oh tidak!


“Kalau orang dah tak nak tu, takkan tak faham-faham. Kau jangan main kasar dengan dia! Ini amaran aku,” marah Izad.


Aiman bangun dan menerpa ke arah Izad. Ditumbuknya Izad tetapi sempat dielak. Lalu berlakulah pergelutan.


“Korang berhentilah!” jerit Laura, terpaksa menjadi orang tengah untuk menghentikan pergaduhan tersebut.


Tiada reaksi. Masih bergaduh.


“Korang!” jerit Laura lagi.


Masih tiada reaksi.


“Kalau korang tak berhenti, aku terjun!” jerit Laura.


Serta-merta pergaduhan berhenti. Laura memandang wajah Aiman yang penuh dengan kesan lebam akibat daripada pergaduhan itu. Kemudian dialihkan pandangan matanya ke arah Izad. Muka Izad juga ada kesan lebam dan darah.


“Pergilah,” ujar Laura kasar.


“Laura..” belum sempat Izad menghabiskan ayatnya, Laura sudah memotong.


“Kenapa kau tolong aku? Bukankah aku ni musuh kau? Dahlah, pergilah.” Ujar Laura sinis.


“Aku ikhlas tolong kau,” balas Izad.


“Ikhlas? Sudahlah, kau dengan dia sama je!” ujar Laura.


Langkahnya diteruskan menuruni tangga. Izad hanya memerhatikan sahaja dari atas tangga. Dan tanpa disengaja, Aiman tertolak Izad lalu Izad yang tidak dapat mengimbangkan badannya terjatuh.


Bunyi bising di belakang menarik perhatian Laura. Segera Laura berpaling ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila dilihat Izad berguling di tangga dan akhirnya berhenti betul-betul di sebelah kakinya.

No comments:

Post a Comment