Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, November 5, 2010

Mencari Cinta [8]

Arief berlari pantas memasuki ruang menunggu di Hospital Kuala Lumpur. Dia mencari-cari kelibat Laura. Di manakah Laura? Dan sedang dia mencari-cari, satu troli yang diletakkan pesakit bergerak laju di hadapannya.


Waktu itu, berdebar jantung Arief. Tetapi sebab apa, dia sendiri tidak pasti. Lepas sahaja pesakit itu melintasi dia, wajah Laura memenuhi ruang matanya. Pantas Arief ke Laura.


What happen?” soal Arief.


Laura bangun lalu dipeluknya badan Arief erat. Arief tergamam tetapi dia membalas pelukan Laura. Diusapnya belakang badan Laura.


“Abang... Izad...” tergagap-gagap Laura menuturkan.


“Syhh... Jangan menangis. Abang ada,” pujuk Arief.


Arief meleraikan pelukan Laura. Kemudian dia menolak sedikit badan Laura supaya Laura duduk. Dia duduk di sebelah Laura.


“Dah Laura. Abang ada dekat sini,” pujuk Arief.


Tersedu-sedu Laura menahan tangisannya. Memang dia tidak sangka perkara itu akan berlaku kepadanya. Badannya dihadapkan ke arah Arief.


Calm down sweetheart,” pujuk Arief.


Laura menarik nafas kemudian dihembuskan kuat.


Now can you tell me what happened?” soal Arief.


Air mata jatuh lagi dari mata Laura.


“Izad... Izad jatuh tangga. Dia.. Dia kena tolak dengan Aiman...” tergagap-gagap Laura mahu menerangkan.


Arief terkejut.


“Semuanya sebab Laura. Sebab Laura...” tangisan Laura makin menjadi-jadi.


Arief mengusap-usap badan Laura.


Syhh.. It’s not your fault Laura,” pujuk Arief.


Laura hanya diam seribu bahasa.

***


Doktor yang keluar daripada bilik kecemasan membuatkan Laura pantas bangun. Laura menuju ke arah doktor tersebut.


“Dok, macammana dengan kawan saya?” soal Laura.


Arief berdiri di sebelah Laura.


“Kecederaan dia parah tetapi jangan risau keadaan dia stabil,” ujar doktor tersebut.


Laura menelan liur. Cedera parah? Apa maksudnya?


“Boleh kami tengok dia dok?” soal Arief.


“Kami dah pindahkan dia ke wad. Kalau nak lawat, silakan. Tapi dia tak sedarkan diri,” ujar doktor.


“Terima kasih dok,” ujar Arief.


Doktor itu tersenyum dan berlalu pergi. Arief memegang tangan Laura.


“Jom kita lawat dia,” ajak Arief.


Laura tidak menjawab. Arief menarik tangan Laura ke wad yang ditempatkan Izad. Air mata Laura menitis lagi apabila melihat keadaan Izad. Kakinya patah dan mukanya penuh dengan lebam.


Don’t cry Laura. At least he still alive,” pujuk Arief.


Laura bergerak ke arah Izad. Dia duduk di sebelah katil Izad. Arief hanya berdiri di muka pintu.


“Izad, bangun! Laura datang ni. Please wake up! Janganlah buat aku macamni. Kau cakap kau tak boleh kalau kau tak kacau aku. Hari ni kau tak kacau aku pun, Izad. Wake up please!” ujar Laura.


Diam. Izad langsung tidak bergerak. Arief berjalan mendekati Laura.


“Laura, jom balik,” ajak Arief.


“Laura tak nak balik. Laura nak temankan Izad ,” ujar Laura.


Laura, please!” pujuk Arief.


Laura memandang Arief.


“Abang, Izad macamni sebab dia nak tolong Laura. Jadi salahke kalau Laura temankan dia? Please abang. Laura nak tunggu sini sampai dia sedar!” ujar Laura.


Arief mengeluh dengan ketegasan Laura. Nampaknya Laura akan mewarisi sikap mummy dan daddy nya lah. Tegas dan keras kepala!


Okay if that’s what you want Laura. Abang balik dulu. Malam nanti abang bawa pakaian Laura. And yeah Laura, have you call Izad parents?” soal Arief.


Laura menggeleng.


“Laura tak ada nombor parents Izad,” jawab Laura.


“Takpelah. Nanti abang call sekolah. Laura rehat ye,” ujar Arief.


Laura tidak membalas. Arief melangkah keluar daripada wad Izad itu. Arief pening memikirkan sikap Laura itu. Apa alasan yang mahu diberikan kepada mummy and daddy nanti? Ahh, dia pening!


Tanpa disengaja, Arief terlanggar seseorang. Terjatuh perempuan itu apabila dilanggar. Arief memandang wajah perempuan itu. Dan hatinya sedikit berbunga apabila wajah yang dilanggarnya itu ialah wajah yang dirinduinya. Tetapi kenapa dia menangis?


“Mai, are you okay?” soal Arief.


Tanpa menjawab soalan Arief, perempuan itu berlalu pergi meninggalkan Arief terpinga-pinga.




***


Adiela melihat air yang keluar daripada sinki. Air itu seperti air matanya. Laju mengalir. Mukanya dibasuh. Sedih yang teramat sangat apabila wajah pucat tidak bermaya dilihatnya sebentar tadi dia atas katil wad.


Lama dia menangis di bilik air itu. Apabila dia merasakan dirinya sudah terkawal sedikit, Adiela keluar daripada bilik air itu. Langkahnya dituju ke arah wad yang menempatkan Maisara.


Memang dia terkejut apabila menerima panggilan telefon mengatakan Maisara di wad. Ingatnya Maisara sakit-sakit biasa sahaja kerana memang pada kecil Maisara mudah jatuh sakit. Tetapi semuanya ringan-ringan sahaja seperti sakit perut, demam, pening dan lain-lain. Tidak terfikir oleh otaknya bahawa Maisara menghidap leukimia. Penyakit yang membawa maut!


Adiela duduk di atas kerusi di wad yang menempatkan seramai enam orang pesakit itu. Semuanya menghidap penyakit lain-lain tetapi bahayanya tetap sama!


“Sabar Adiela, sabar! Ini semua dugaanmu Adiela,” nasihat Razak.


Adiela memandang Razak. Air matanya masih menitis membasahi pipinya.


“Tapi kenapa Mai ayah? Kenapa dia?” soal Adiela.


Razak mengusap lembut kepala Adiela.


“Kerana itu adalah kehendak-Nya. Kita sebagai manusia harus tabah,” nasihat Razak lagi.


Adiela tidak menjawab. Ingatannya kembali berpusing kepada perbualan ringkas ayahnya dan doktor yang merawat Maisara tadi.


**


“Dok, macammana dengan anak saya?” soal Razak.


Doktor itu menggeleng-gelengkan kepalanya.


“Kenapa dok? Apa dah jadi dengan dia?” sampuk Adiela yang tidak sabar.


“Diminta kamu berdua tenang menghadapinya. Pesakit menghidap penyakit Acute lymfoblastik leukimia. Sejenis penyakit yang membawa maut,” ujar doktor.


Razak beristighfar. Adiela pula menangis.


“Tak ada cara lain nak ubatkan dia?” soal Razak.


“Maaf. Pihak kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaan pesakit sudahpun ditahap kritikal dan kami menjangka pesakit hanya mampu hidup kurang daripada lima bulan,” terang doktor.


Razak terdiam. Tidak mampu berbicara lagi. Adiela pula sudah longlai di sebelah Razak.


**


Adiela mengenggam tangan Maisara yang tidak sedarkan diri.


“Mai, aku akan lakukan apa sahaja untuk kau. Untuk membuatkan kau gembira. Kerna dengan cara itu aku akan turut gembira,” ujar Adiela.


Maisara diam. Sudah tentu dia diam kerana dia tidak sedarkan diri. Akhirnya Adiela tertidur di situ bersama genggaman tangannya yang masih tidak dilepaskan.

No comments:

Post a Comment