Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, December 21, 2010

Mencari Cinta [13]

Laura membetulkan ikatan rambutnya. Beg sekolah disandang dibetulkan kedudukan dan baju sekolah yang dipakainya dikemaskan. Tali kasut diikat riben supaya tidak tertanggal. Kemudian dia menarik nafas dalam dan dihembusnya kuat.


Langkahnya diaturkan ke arah pondok rehat yang terletak di hujung tapak perhimpunan. Sampai di satu tembok pondok itu, Laura berhenti melangkah. Dia berfikir sekejap. Betul ke tindakan aku?


Kemudian dia teruskan langkah lalu duduk di sebelah Izad. Izad tersentak apabila Laura tiba-tiba sahaja duduk di sebelahnya. Izad mahu bangun namun cepat ditahan oleh Laura.


“Kenapa kau nak larikan diri dari aku?” soal Laura lembut.


Laura pandang Izad. Izad tidak menjawab.


“Kau ingat dengan cara tu, masalah kita akan selesai?” soal Laura lagi.


Segera Izad pandang Laura.


“Masalah kita?” soal Izad. Keningnya diangkat.


Laura mengangguk.


“Maksud kau apa?” soal Izad. Sengaja buat tidak faham.


Laura renung mata Izad. Izad tunduk.


Please Izad. Jangan buat tak tahu. I bet you know what the hell I'm  talking about,”ujar Laura.


Tiba-tiba loceng berbunyi. Segera Izad bangun.


“Loceng dah bunyi. Aku naik dulu,” ujar Izad.


Izad bangun dan mencapai tongkatnya. Langkahnya diaturkan ke kelasnya ditingkat dua. Laura mengeluh.


“Sampai bila kau nak avoid from answering this kind of question?” keluh Laura.


Izad dengar keluhan Laura tetapi dia sengaja pekakkan telinganya. Memang, dia masih belum bersedia. Ini semua kerana mulut lancang Laura tempoh hari.




***


Kereta dibelokkan ke halaman rumah Pak Cik Razak. Kemudian enjin kereta dimatikan. Arief melangkah keluar dari kereta itu.


“Assalamualaikum,” Arief memberi salam.


Tiada jawapan.


“Assalamualaikum,” sekali lagi Arief memberi salam.


“Waalaikumusalam,” jawab satu suara dari dalam rumah.


Arief tersenyum. Pintu rumah dibuka dan wajah dua kembar yang serupa menyambut dia.


“Maisara, awak buat apa?” soal Arief.


Adiela pandang Arief. Kemudian dia senyum.


“Baru lepas solat. Awak datang ni ada apa?” soal Adiela.


“Ingatkan nak ajak awak keluar makan,” ujar Arief.


Adiela angkat kening.


“Keluar makan? Dekat mana?” soal Adiela.


“Dekat-dekat P.D jugak,” ujar Arief.


Adiela pandang Maisara. Senyuman terukir.


“Tunggu saya....”belum sempat Adiela menghabiskan ayatnya, suara ayahnya kedengaran.


“Aku tak benarkan kau bawa keluar anak dara aku,” ujar Razak.


Arief terkejut. Adiela dan Maisara juga.


“Pak cik, saya nak bawa dia keluar makan je,” ujar Arief.


“Mula-mula keluar makan, lepastu keluar apa lagi? Dahlah baik kau balik! Aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini,” halau Razak.


Arief tersentap. Adiela telan liur.


“Pak cik, kenapa benci saya ni?” soal Arief berani.


“Sebab kau, semua orang kampung cakap anak dara aku gatal! Dah, baik kau balik,” halau Razak lagi.


Arief tidak menjawab. Dia pandang Adiela. Adiela pandang bawah. Maisara pandang Arief. Razak pandang Adiela. Perlahan-lahan Arief melangkah masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan rumah Razak dengan pelbagai perasaan.




***

“Ayah, Arief tak bersalah apa-apa,” ujar Adiela.


Maisara pegang bahu Adiela.


“Dah lah Die. Tak payah kau berlakon dengan ayah lagi. Baik kau ubah perangai kau sebelum benda buruk berlaku. Ayah dah tak larat lagi nak jaga kau,” keluh Razak.


Adiela tersentak.


“Ayah... Die tak berlakon. Die tak buat perkara tak senonoh. Kenapa ayah tak percayakan Die?” soal Adiela. Air matanya mengalir perlahan.


Razak tidak membalas. Dia meneruskan langkahnya menuju ke dalam rumah. Membiarkan Adiela menangis dan Maisara sebagai pemujuk. Ahh, andainya ayah faham!


***


Maisara sisir rambutnya menggunakan jarinya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat banyak rambutnya melekat di jari jemarinya. Maisara menelan liur.


“Ya Allah, apakah ini maknanya penyakitku sudah berada di tahap kritikal? Ya Allah, andai memang itu takdirku, aku redha,” ujar Maisara lemah.


Adiela masuk. Cepat-cepat Maisara menyembunyikan tangannya yang penuh dengan rambut.


“Mai, kau buat apa?” soal Adiela.


Maisara pandang Adiela. Senyuman palsu diukirkan.


“Tak buat apa-apa,” jawab Maisara.


“Apa yang kau sorokkan dekat tangan kau tu?” soal Adiela.


Adiela melangkah ke arah Maisara.


“Tak ada apa-apa lah,” jawab Maisara.


Adiela duduk di atas katil berdekatan Maisara.


“Kau nak apa ni?” soal Maisara.


“Jom makan,” ajak Adiela.


“Kau keluarlah dulu. Kejap lagi aku keluar. Ayah mana?” soal Maisara.


“Ayah tak sudi dah nak makan semeja dengan aku. Bagi ayah, aku ni hina,” jawab Adiela perlahan.


Maisara berasa simpati. Kerana dia, Adiela begini. Timbul sesal di hati kerana membuat Adiela begitu.


“Tapi tak apa lah. Nanti ayah akan tahu juga kebenarannya. Kau keluar tau. Aku tunggu kau,” ujar Adiela seraya melangkah keluar dari bilik Maisara.


Maisara hanya memerhatikan langkah Adiela.


Kau terlalu baik Adiela. Sampai tahap macamni pun kau masih nak tolong aku. Adiela, sepatutnya kau lebih berhak untuk bahagia bukan aku. Aku dah tak lama dekat dunia ni tapi kau lama lagi. Maafkan aku, Die. Aku akan selesaikan hal ni secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment