Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, December 22, 2010

Mencari Cinta [14]

Arief menghempaskan pintu biliknya kuat. Laura yang berada di bawah terkejut. Segera Laura ke bilik abangnya itu. Pintu bilik diketuk perlahan.


“Abang,” panggil Laura lembut.


Arief tidak menjawab.


“Abang,” panggil Laura lagi.


Masih tiada jawapan.


Laura pulas tombol pintu bilik. Tidak berkunci. Laura masuk. Dilihatnya Arief berada di balcony biliknya. Laura melangkah perlahan ke arah Arief.


“Abang, kenapa ni?” soal Laura.


Arief tidak menjawab.


Laura pandang muka Arief. Jelas menunjukkan Arief sedang tension.


“Abang, apa yang berlaku?” soal Laura lagi.


Perlahan-lahan Arief pandang Laura.


I'm okay Laura,” ujar Arief.


No. You not okay,”bantah Laura.


Arief diam. Laura letak tangan di atas bahu Arief.


“Abang, selama ni abang dah banyak tolong Laura. And now it's my turn to help you. Bagitahu Laura apa yang terjadi,” ujar Laura.


Arief pandang Laura. Tangan Laura ditepisnya perlahan.


“Ni masalah orang dewasa Laura,” ujar Arief.


Laura gelak perlahan.


Am I too young? I don't think so. Abang, I'm seventeen years old and will become eighteen three months more. So I think I desserve to know,” ujar Laura.


Arief diam memikirkan kata-kata Laura.


“Abang,” panggil Laura.


“Abang pening Laura. Siapa sebenarnya Maisara? Dan siapa sebenarnya Adiela? Abang pening Laura. Kenapa ayah diorang halau abang? Apa yang abang dah buat? Dan siapa Epul?” soal Arief bertalu-talu.


Arief duduk di atas kerusi. Laura turut duduk di sebelah abangnya.


Do you mean kak Adiela?” soal Laura.


Arief menganggukkan kepalanya.


“Siapa Maisara pula?” soal Laura.


They are twin,” jawab Arief.


Laura terkejut.


“Abang! Kak Adiela pernah cakap yang kembar dia kena leukimia. Is that Maisara?” soal Laura.


Arief tersentak. What? Maisara leukimia?


“Abang cintakan siapa?” soal Laura.


“Maisara...” jawab Arief perlahan.


What the...”


Laura, you have to follow me!” ajak Arief seraya bangun.


Follow what?” soal Laura. Dia turut bangun.


“Abang nak kepastian! Dan Laura haruslah ikut abang,” ujar Arief.


“Tapi esok Laura sekolah,” ujar Laura.


“Tak payah sekolah esok. Please Laura. Just one day,” ujar Arief.


Laura berfikir sekejap dan akhirnya dia setuju. Arief tersenyum.


***


Bunyi hon di luar rumah membuatkan Adiela terjaga dari tidurnya. Segera Adiela membuka pintu rumahnya. Tercegat dua manusia di hadapannya. Adiela kaku di situ.


“Assalamualaikum,” sapa Laura.


“Waalaikumusalam,” jawab Adiela perlahan.


Laura melangkah mendekati Adiela. Tangannya dihulurkan ke arah Adiela. Adiela menyambut tangan Laura. Laura meletakkan tangan Adiela ke dahinya kemudian diturunkan kembali.


“Kak Adiela, apa khabar?” soal Laura.


Adiela telan liur. Apa yang aku nak jawab ni? Haruskah aku mengaku bahawa aku Adiela ataupun terus berpura-pura menjadi Maisara?


Adiela pandang Arief yang masih berdiri di sebelah keretanya.


“Kak..” panggil Laura seraya mematikan lamunan Adiela.


Baru sahaja Laura mahu menjawab, suara Razak kedengaran.


“Kenapa datang malam-malam buta ni?” soal Razak lantang.


Adiela pandang Razak.


“Nak ajak anak aku keluar?” soal Razak.


“Ayah, apa ayah merepek ni? Diorang datang mesti ada hal,” ujar Adiela.


Arief melangkah ke arah Razak dan Adiela.


“Pak cik, apa salah saya? Dosa kah saya mencintai anak pak cik? Dosa kah saya menyanyangi Maisara? Salahkah?” ujar Arief emosi.


Maisara? She's not Maisara,” ujar Razak.


Arief mengerutkan dahi. Adiela lap peluh yang memercik di dahinya. Laura hanya memerhatikan.


Then? Who is she?” soal Arief.


“Dia Adiela,” jawab Maisara dari belakang.


Semua mata tertumpu kepada Maisara di belakang Adiela. Adiela menoleh memandang Maisara. Malapetaka apa pulak ni? Mai, kenapa kau cakap macamtu?


Arief pandang Maisara.


“Permainan apa yang sedang kau orang mainkan ni?” marah Arief.


Adiela tunduk. Razak menggelengkan kepala.


“Adiela, apa sebenarnya yang kau dan Maisara cuba lakukan? Nak hancurkan hidup aku?” tengking Arief.


Adiela pandang Arief. Maisara pandang Arief juga.


“Apa yang Die buat ni Die? Ayah tak pernah ajar Die macamni pun,” rungut Razak.


“Die minta maaf. Semua ni salah Die....” belum sempat Adiela mahu menghabiskan ayatnya, Maisara sudah memotong.


“Semua ni bukan salah Adiela. Tapi semua ni salah Mai. Mai yang minta Die lakukan semua ni sebab Mai dah tak boleh hidup lama. Sebab Mai tak mampu untuk membahagiakan Arief. Sebab Mai manusia tak berguna. Mai menyesal buat semua ni. Mai langsung tak expect semua ni akan jadi mcamni,” ujar Maisara.


Arief pandang Maisara. Seperti tidak percaya apa yang dikatakan.


“Bukan, ni semua salah Die. Mai langsung tak bersalah dalam hal ni,” ujar Adiela. Masih mahu mempertahankan Maisara.


“Sudahlah Adiela. Biar diorang tahu kebenarannya. Aku dah tak boleh hidup lama. Aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia. Aku tak minta banyak. Aku cuma nak tengok kau bahagia, Die,” ujar Maisara.


Adiela diam seribu bahasa. Arief pandang Adiela. Kemudian dia pandang Maisara.


“Tapi kenapa Mai? Kenapa perlu berlakon?” soal Arief.


“Sebab Mai tak layak untuk Arief. Mai tak berhak untuk dapatkan Arief. Mai dah nak mati,” ujar Maisara.


“Kakak Mai, semua tu Allah yang tentukan. Ajal maut, jodoh pertemuan. Semua Allah yang tentukan,” ujar Laura yang pada tadi membisu.


Semua pandang Laura.


“Kakak kena kuatkan semangat untuk harungi hidup kakak. Tak semestinya dengan lakonan kakak tu, akak akan bahagia,” ujar Laura.


Mai, I'm really love you. Badly,” ujar Arief.


Maisara tahan sebak di dada.


And I just want you. Only you,” ujar Arief lagi.


Air mata menitis juga.


I'm sorry. Mai tak mungkin jadi suri hidup Arief. Memang Mai cintakan Arief tapi cinta Mai pada Arief tak sebesar cinta Mai kepada Adiela,” ujar Maisara.


Maisara melangkah masuk ke dalam biliknya dengan air mata yang berguguran.

No comments:

Post a Comment