Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, February 14, 2011

Mencari Cinta 24


Sudah dua minggu Syukor dalam keadaan koma, dan dalam dua minggu itu jugalah Adiela menemani Syukor di wad. Pagi, petang, siang dan malam. Adiela sentiasa di situ, menemani Syukor.

Adiela duduk di atas kerusi yang diletakkan bersebelahan dengan katil Syukor. Bibirnya mengukir senyuman. Walaupun Syukor tidak dapat melihatnya.

“Hari ni dah genap dua minggu awak baring macamni. Baring kaku tanpa bersuara apa-apa. Tapi saya yakin, awak dapat dengar apa yang saya cakap. Kan?” Adiela tergelak sendiri.

“Syukor, saya janji saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya takkan tinggalkan awak. Sebab itulah janji saya. Kecuali kalau awak sendiri yang buang saya dari dalam hidup awak. Syukor, saya cintakan awak. Dan perasaan tu akan kekal abadi untuk selamanya jika diizinkan-Nya,” ujar Adiela.

Adiela pandang wajah Syukor yang tidak bereaksi itu. Simpatinya jatuh kepada Syukor. Dia tahu, Syukor kemalangan selepas menjawab panggilan darinya. Dan sebab itulah Puan Sri Salimah salahkan dirinya.

Mummy awak ada datang pagi tadi sebelum dia pergi kerja. Mummy awak harap sangat awak cepat sembuh. Daddy awak pun macamtu. Semua orang nak awak cepat sembuh. Semua orang dah rindukan usikan awak,” ujar Adiela lagi.

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk. Adiela pandang ke arah pintu. Pintu dikuak dan muncul Acai. Adiela balas senyuman yang dilemparkan Acai. Kemudian dia bangun, duduk di sofa yang disediakan.

“Syukor macammana harini?” soal Acai.

“Macamtu lah,” jawab Adiela.

Acai duduk di kerusi yang tadinya diduduk Adiela.

“Awak jagakan dia sekejap. Saya nak pergi cafe,” ujar Adiela.

Acai angguk. Adiela keluar dari wad Syukor. Acai pandang ke arah Syukor. Dia tak sangka kawan baiknya akan berada dalam keadaan macamni. Pelbagai wayar berselirat di tubuh Syukor. Sungguh, dia kasihan!

“Aku tak sangka kau boleh accident macamni. Ye lah, siapa yang percaya kan? Kau tu kiranya dah expert dalam kereta ni. Tak sangka kau punya obsesi yang buat kau macamni,” luah Acai.

Acai mengeluh.

“Kau tahu tak Syukor? Adiela betul-betul cintakan kau. Sepanjang kau sakit, dia tak pernah berenggang dari kau. Dia takut. Dia takut kalau dia pergi nanti, kau akan sedar. Kau bertuah Syukor dapat Adiela. Kau bertuah,” ujar Acai lagi.

Acai tersenyum sedikit. Sungguh, dia rasa Syukor betul-betul bertuah sebab dapat Adiela. Mungkin ini hikmahnya Maisara pergi dulu. Mungkin jodoh Syukor memang diciptakan untuk Adiela!

* * *

Laura mendengus. Dah lebih setengah jam dia menunggu tetapi kereta BMW masih belum sampai. Dahlah dia nak pergi hospital, lawat abangnya.

“Hai, tunggu siapa?”

Laura pandang ke arah suara yang menegurnya itu. Dan apabila dia nampak wajah pemuda yang bernama Ayyad yang menegurnya, mukanya bertambah kelat.

“Senyum lah sikit. Tak baik asyik buat muka masam je. Nanti rezeki lari!” usik Ayyad.

“Diamlah,” marah Laura.

Ayyad tersengih. Laura tension betul dengan sikap Ayyad ni.

“Lama saya tak nampak awak. Pergi mana?” soal Ayyad.

None of your business,” jawab Laura kasar.

Ayyad gelak. “Awak ni memang jual mahal kan?”

“Habis takkan nak jual murah?” ujar Laura.

Ayyad gelak lagi. Bertambang bengang Laura dibuatnya.

“Awak tunggu siapa ni?” soal Ayyad.

“Tunggu oranglah. Takkan tunggu harimau pulak,” jawab Laura.

“Saya tahulah orang. Siapa?” soal Ayyad.

“Orang lah. Tapi yang pastinya bukan awak,” jawab Laura bersahaja.

Ayyad gelak.

“Pemandu awak?” soal Ayyad.

Laura angguk.

“Mungkin driver awak tu lupa nak ambil awak kot. Tak apalah, saya hantar awak balik,” Ayyad tawarkan perkhidmatan.

“Tak apa,” balas Laura.

“Takpelah kalau awak jual mahal sangat. Saya tak kisah. Tapi jangan salahkan saya ye kalau awak kena duduk dekat sini hingga malam,” duga Ayyad.

Laura dah cuak. Dia pandang Ayyad. Ayyad angkat kening.

Okay lah kalau macamtu. Saya pergi dulu,” ujar Ayyad.

Ayyad melangkah setapak, dua tapak. Dan tiga tapak.

“Ayyad!” panggil Laura.

Ayyad pusing belakang pandang Laura. Keningnya diangkat. Laura pandang Ayyad. Mamat ni saja je nak kenakan aku! Tapi, kalau betul? Mati aku!

“Err, tumpang,” ujar Laura.

Ayyad senyum. Laura pulak buat muka poyo.

* * *
“Rumah awak dekat mana?” soal Ayyad sebaik sahaja keretanya keluar daripada perkarangan kolej.

“Hantar saya dekat hospital,” ujar Laura tidak beriak.

Ayyad kerut dahi. Dia pandang Laura sesaat. Laura pula buat muka selamba pandang ke hadapan.

“Siapa sakit?” soal Ayyad.

Laura pandang Ayyad. Eii, menyibuk betul mamat ni! Tapi karang kalau tak jawab, maunya dia tinggalkan aku dekat tepi jalan!

“Abang,” jawab Laura.

“Sakit apa?” soal Ayyad.

Laura tidak menjawab. Dia tekan radio agar mengisi kesunyian di antara mereka. Sepanjang perjalanan, hanya lagu dan muzik yang kedengaran.

“Dah sampai,” ujar Ayyad.

Laura tanggalkan tali pinggang keledar. Dia pandang Ayyad.

“Err, terima kasih,” ucap Laura.

Ayyad senyum. “Everything for you.”

Kemudian Laura buka pintu dan keluar daripada kereta Ayyad. Dia lambaikan tangannya ke Ayyad dan terus melangkah masuk ke dalam hospital. Ayyad perhatikan Laura hingga Laura hilang dari pandangannya.

* * *
Adiela buka pintu wad. Dan dia nampak ada Laura di situ. Bibirnya menguntum senyuman kepada Laura.

“Assalamualaikum Laura,” ucap Adiela.

Laura pandang Adiela. Dia anggukkan kepalanya.

“Waalaikumusalam,” jawab Laura.

Adiela melangkah ke arah Syukor.

“Ada apa-apa perubahan?” soal Laura.

Adiela geleng, “masih macamtu juga.”

“Sabarlah ye kak,” ujar Laura.

Adiela angguk. Kemudian dia melangkah ke arah sofa. Dan duduk di situ.

“Laura macammana? Class okay?” soal Adiela.

Okay je kak. Cuma ada one guy ni. Annoying giler!” jawab Laura.

Adiela gelak.

"Kenapa gelak?” soal Laura tidak puas hati.

“Tak. Akak pesan satu dekat Laura. Jangan terlalu membenci, nanti lama-lama, akan berubah menjadi cinta,” nasihat Adiela.

Laura tersentak dengan kata-kata Adiela.

“Err kak, Laura balik dulu lah,” ujar Laura.

Adiela kerut dahi, “cepatnya!”

Laura bangun. Dia salam Adiela.

“Laura penat lah kak. Nak rehat,” Laura bagi alasan.

Adiela senyum. Dia tahu sebenarnya Laura tersentak dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Akak minta maaf kalau kata-kata akak tadi buat Laura terasa,” ujar Adiela.

Laura geleng, “taklah kak. Betul lah apa yang akak cakap tadi.”

“Hmm.. Take care okay!” pesan Adiela.

Laura angguk. Dia melangkah keluar daripada wad itu. Dan melangkah terus menuju ke suatu tempat yang mampu menenangkan hatinya.

* * *

Jangan terlalu membenci, nanti lama-lama, akan berubah menjadi cinta

Laura seka air matanya yang mengalir. Sungguh, dia rindukan Izad. Dia rindukan detik-detik bersama Izad. Akhir sekali dia jumpa Izad waktu ambil keputusan SPM. Kemudian masing-masing mendiamkan diri.

Betul, dia setuju dengan apa yang dikatakan Adiela. Tak boleh terlalu membenci kerana nanti perasaan itu akan berubah menjadi cinta. Dan tak boleh terlalu mencintai kerana nanti perasaan itu akan berubah menjadi benci.

Di saat dia tidak mahukan Izad, Izad muncul dan tidak pernah mahu pergi dari hidupnya. Tapi kenapa di saat dia mahukan Izad, Izad pergi meninggalkan dia dan tidak mahu kembali lagi ke hidupnya?

“Izad, walau di mana pun kau berada. Dengarkan aku. I love you and I need you!” ujar Laura sendiri.

“Carilah dia. Jangan hanya terus berharap dan berserah.”

Laura kesat air matanya. Dia pandang sebelahnya. Ayyad sedang duduk di sebelahnya sambil melemparkan senyuman.

“Kalau betul awak cintakan dia, teruskan mencari dan mencari,” ujar Ayyad lagi.

“Tapi di mana saya perlu cari dia?” soal Laura.

Ayyad senyum lagi.

“Tanya dekat hati awak. Di mana awak perlu cari dia,” ujar Ayyad.

Laura bangun. Dia kemaskan barang-barangnya dan kemudian melangkah pergi. Dua tapak dia melangkah, dia pusing memandang Ayyad yang tunduk memandang rumput.

“Ayyad,” panggil Laura.

Ayyad angkat kepala pandang Laura.

“Terima kasih,” ucap Laura.

“Sama-sama,” balas Ayyad.

Dan Laura melangkah pergi tinggalkan Ayyad. Ayyad pandang Laura hingga Laura hilang dari pandangannya. Dia kemudian hela nafasnya.

“Andai kau tahu, aku pun cintakan kau Laura,” ujar Ayyad perlahan.

No comments:

Post a Comment