Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, February 15, 2011

Mencari Cinta 25

Laura berlari dan terus berlari. Mengikut gerak hatinya. Tanpa dia kenal erti penat. Dan tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Terjatuh Laura dibuatnya.

Sorry,” ucap Laura.

Tanpa melihat siapa yang dilanggarnya, Laura bangun dan teruskan berlari. Air matanya mengalir laju, selaju jantungnya berdegup. Akhirnya Laura terduduk di rumput-rumput yang menghijau.

“Gerak hati aku kata kau ada dekat sini. Tapi ternyata kau tak ada dekat sini. Apa, memang antara kau dan aku tiada jodoh?” Laura hela nafas berat.

“Macammana ternyata aku ada dekat sini?” sebotol air mineral dihulurkan kepadanya.

Laura terkejut. Dia pandang orang yang hulurkan air mineral itu. Izad! Ye, Izad berada di hadapannya kini.

Izad tersenyum. Dia duduk di sebelah Laura.

“Minum ni,” ujar Izad.

Laura akur. Dia ambil botol mineral itu dan buka penutupnya. Kemudian dia teguk air itu.

“Orang tu aku ke?” soal Izad.

Laura diam. Tidak menjawab. Dia tutup balik air mineral itu dan letakkan di sebelahnya.

“Dulu aku tak hargai kehadiran kau. Dulu, aku selalu berdoa agar kau pergi dari hidup aku. Tapi aku tak tahu kenapa sekarang aku rindukan kau. Aku selalu berdoa agar kau muncul dalam hidup aku kembali. Bukan untuk sekejap, tapi untuk selama-lamanya,” luah Laura penuh emosi.

Izad lemparkan senyuman kepada Laura.

“Laura, kau nak tahu tak kenapa aku suka sangat kacau kau? Kenapa aku suka sangat cari kesalahan kau? Sebabnya hanyalah satu. Sebab aku cintakan kau,” ujar Izad.

Laura diam.

“Tapi maafkan aku Laura. Aku tak boleh terus mencintai kau. Aku tak boleh, Laura. Aku tak layak untuk kau. Bak kata kau dulu, anjing dengan kucing takkan boleh bersatu,” ujar Izad lagi.

Air mata Laura mengalir lagi.

“Izad, aku tahu kata-kata aku dulu terlalu keterlaluan. Maafkan aku! Please, jangan tinggalkan aku,” ujar Laura.

Izad bangun.

“Tak Laura. Kau tak buat apa-apa salah. Kau yang sedarkan aku dari angan-angan aku. Angan-angan yang tak mungkin jadi realiti,” ujar Izad.

Izad nak melangkah pergi tetapi cepat ditahan Laura.

“Izad! Kau kejam! Dulu waktu aku tak nak kau, kau sentiasa ada. Sekarang waktu aku perlukan kau, kau nak pergi dari aku. Kenapa Izad? Kenapa?” Laura tumbuk-tumbuk dada Izad.

Izad membiarkan sahaja tindakan Laura. Laura pegang tangan Izad.

“Izad! Aku perlukan kau. Aku terlalu perlukan kau! Tolong, jangan pernah pergi dari hidup aku. Tolong Izad! Tolong!” rayu Laura lagi.

Laura dah tak peduli. Dia sanggup ketepikan egonya hanya untuk Izad. Sebab dia benar-benar perlukan Izad kala ini.

“Laura, percayalah cakap aku. Satu hari nanti, kau akan bersyukur dengan apa yang aku buat. Satu hari nanti, kau akan tahu kenapa aku buat macamni dekat kau. Serahkan semua-Nya kepada Allah Yang Maha Esa. Dia yang lebih mengetahui. Kalau memang antara kita ada jodoh, kita akan tetap dipertemukan dalam apa jua keadaan,” Izad lepaskan tangannya dari Laura.

Dan Izad terus melangkah meninggalkan Laura. Melangkah pergi. Dan tinggallah Laura di situ. Laura yang menangis teresak-esak.

* * *

Adiela duduk di kerusi sebelah katil Syukor. Dia baru sahaja lepas solat Maghrib.

“Syukor. Awak nak tahu tak kenapa saya tak pernah mahu tinggalkan awak? Awak nak tahu tak sebab apa? Sebab saya tak nak bila awak sedar, saya tak ada di sini. Saya tak nak,” ujar Adiela.

Tiba-tiba Adiela nampak tangan Syukor bergerak.

“Syukor, awak dah sedar?” soal Adiela.

Dan tidak lama kemudian, mata Syukor pula terbuka.

“Syukor! Alhamdulillah, Ya Allah, Kau makbulkan juga doaku. Terima kasih Ya Allah,” ujar Adiela.

“Saya dekat mana?” soal Syukor.

“Awak dekat hospital. Sekejap Syukor, saya panggil doktor,” ujar Adiela.

Adiela tekan butang memanggil doktor di atas kepala katil Syukor. Tidak lama kemudian, doktor muncul. Memeriksa Syukor. Adiela pula telefon Laura dan memaklumkan hal itu.

* * *

“Kak, abang macammana?” soal Laura.

“Abang dah sedar, Laura. Abang dah boleh bercakap dengan akak,” ujar Adiela gembira.

“Alhamdulillah. Allahu Akbar! Allah Maha Besar!” ucap Laura.

Adiela senyum. Kemudian doktor keluar dari wad Syukor.

“Doktor, macammana dengan pesakit?” soal Adiela.

Doktor tersenyum, “dia berada dalam keadaan stabil. Tidak apa yang perlu dirisaukan. Cuma jangan terlalu pressure dia.”

“Terima kasih doktor!” ucap Adiela.

Doktor itu angguk dan berlalu pergi. Adiela dan Laura masuk ke dalam wad Syukor.

“Abang!” panggil Laura.

Syukor pandang Laura. Bibirnya menguntum senyuman.

“Laura,” balas Syukor.

“Alhamdulillah, abang dah sedar. Abang tahu tak? Kak Adiela tak pernah tinggalkan abang dekat sini. Kak Adiela sentiasa di sisi abang,” ujar Laura.

Syukor pandang Adiela. Bibirnya menguntum senyuman.

“Terima kasih Adiela,” ucap Syukor.

Adiela hanya tersenyum. Laura pula berganjak ke sofa. Membiarkan sepasang tunang itu meluahkan apa yang patut.

* * *

Laura duduk di taman yang diduduknya dahulu bersama dengan Ayyad. Bukan dengan sengaja. Ayyad yang jumpanya di situ. Laura suka tempat ni. Angin sepoi-sepoi bahasa terbangkan rambutnya yang dibiarkan lepas.

“Laura,” panggil Ayyad.

Laura pandang Ayyad. Ayyad duduk di sebelah Laura. Bibirnya masih menguntum senyuman.

“Awak buat apa dekat sini?” soal Ayyad.

“Cari ketenangan. Awak?” Laura angkat kening.

“Ni memang port saya lepak,” jawab Ayyad pula.

Sorry saya kacau port awak,” ujar Laura.

Laura bangun. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Ayyad tarik tangannya. Laura pandang Ayyad.

“Saya tak kisahlah. Awak? Awak ada masalah ke?” soal Ayyad.

Laura duduk kembali di rumput itu. Ayyad turut duduk kembali.

“Saya dah cari dia. Saya dah jumpa pun dia. Dan saya dah luahkan apa yang saya rasa. Tapi, dia tolak saya. Dia tak nak saya,” ujar Laura sayu.

Ayyad diam. 

“Dulu saya benci dia. Terlalu membenci. Dan sekarang saya cintakan dia. Terlalu mencintai! Saya penat, awak. Penat sangat,” ujar Laura.

Air mata Laura mula mengalir. Ayyad masih mendiamkan diri.

“Awak nak tahu tak? Kadang-kadang saya cemburu dengan abang saya. Abang saya ada tunang yang sayangkan dia. Sepanjang dia koma, kak Adiela sentiasa ada di sisi dia. Tak pernah tinggalkan dia. Saya tahu kak Adiela sayangkan abang saya sangat-sangat. Dia tak nak nanti bila abang saya sedar, dia tak ada di sisi abang. Sweet kan? Kenapalah saya tak jumpa orang macam kak Adiela tu? Yang setia kepada cintanya?” Laura seka air matanya yang laju mengalir.

“Kenapa saya jatuh cinta dekat orang macam Izad? Kenapa? Saya penat, Ayyad. Penat sangat. Kadang-kadang saya fikir, kenapa saya tak koma je? Biar semua masalah ni lenyap. Dan bila saya bangun, semua orang yang saya cinta ada di sisi saya. Macam abang saya,” sambung Laura.

Ayyad tarik Laura agar menghadapnya. Laura mengikut sahaja.

“Laura, awak tak boleh macamni. Itu sama jer macam awak salahkan takdir. Awak kena kuat, Laura. Awak kena kuat untuk lalui semua ni. Saya percaya, awak mampu lakukannya,” pujuk Ayyad.

Laura gelengkan kepalanya.

“Saya tak boleh, Ayyad. Saya tak boleh! Saya dah penat,” ujar Laura.

Ayyad letakkan kedua-dua belah tapak tangannya di telinga kiri dan kanan Laura.

“Awak kena percayakan diri awak, Laura. Kalau saya percaya awak boleh lakukannya, kenapa tidak awak?”

Laura diam. Ayyad seka air mata Laura.

“Saya janji, saya akan sentiasa berada dengan awak. Di sisi awak. Untuk melalui semua ini. Saya janji, Laura,” ujar Ayyad.

Laura pandang ke dalam mata Ayyad. Dan dia nampak sinar keikhlasan di mata Ayyad. Perlahan-lahan Laura anggukkan kepalanya. Ayyad tersenyum melihat Laura.

And I will always love you, Laura. 

No comments:

Post a Comment