Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, February 19, 2011

Mencari CInta 26

  Sudah dua minggu berlalu. Keadaan Syukor sudah semakin baik. Adiela pula sudahpun pulang ke kampung. Syukor masih belum tahu tentang kes Puan Sri Salimah tampar Adiela tu. Adiela malas nak panjang-panjangkan cerita tu.

Laura dengan Ayyad pula semakin hari semakin rapat. Dari guna 'saya-awak' dah bertukar jadi 'kau-aku'.Kiranya, diorang tu dah jadi best friend lah. Walaupun sebenarnya si Ayyad tu cintakan Laura. Laura pula dah semakin berjaya dalam misinya melupakan Izad.

Laura melangkah ke arah Syukor yang duduk di halaman rumah.

“Hargh!” sergah Laura.

Syukor agak terkejut. Laura tergelak. Dia duduk di sebelah Syukor.

“Laura ni nakal lah,” ujar Syukor.

“Mana ada. Abang kenapa duduk dekat tengah-tengah panas terik ni?” soal Laura.

“Abang pelik lah, Laura,” ujar Syukor.

Laura angkat kening, “pelik kenapa?”

Syukor hela nafas berat.

“Laura tahu tak? Adiela dah lain dengan abang,” bagitahu Syukor.

“Lain yang macammana?” soal Laura.

“Dia macam nak jauhkan diri dari abang. Macam something bother her. Laura tahu apa masalah dia?” soal Syukor.

Laura diam. Dia fikirkan kata-kata abangnya. Dia rasa dia macam tahu apa masalah Adiela. Dia rasa puncanya sebab Puan Sri Salimah.

“Abang tak tahu ke?” soal Laura.

Syukor kerut dahi, “tahu apa?”

“Kak Adiela tak cerita?” tanya Laura lagi.

“Cerita apa? Laura ceritalah dekat abang,” pinta Syukor.

Laura garu kepalanya yang tak gatal. Dia serba-salah antara nak cerita atau tidak. Tapi bila tengok wajah Syukor yang penuh mengharap, Laura cerita juga.

“Err. Waktu abang accident haritu, mummy marah Kak Adiela. Mummy cakap, sebab Kak Adiela, abang accident. Mummy betul-betul mengamuk waktu tu. Mungkin sebab tu, Kak Adiela jauhkan diri dari abang,” cerita Laura.

Syukor tersentak. Dia pandang Laura. Dia tahu Laura tak menipu. Segera dia melangkah masuk ke dalam rumah. Laura ikut Syukor.

“Abang nak buat apa ni?” soal Laura.

“Abang nak tanya mummy kenapa dia buat macamtu dekat Adiela,” jawab Syukor.

Syukor capai kunci kereta. Dan dia terus melangkah keluar dari rumah. Laura tercengang-cengang. Dia takut apa-apa terjadi kepada Syukor. Laura capai telefon bimbitnya. Dia dail nombor Ayyad.

“Ayyad!” panggil Laura.

“Ada apa Laura?” soal Ayyad.

“Tolong aku! Please Ayyad! I really need your help,” ujar Laura.

“Kenapa Laura? Just tell me. I will help you,” ujar Ayyad.

“Datang rumah aku sekarang. Immideately,” ujar Laura.

Okay! Tunggu,” Ayyad matikan talian.

Laura letak telefon bimbitnya dalam poket seluar jean yang dipakainya. Kemudian dia naik ke bilik untuk bersiap ala kadar.

* * *

Mummy!”

Puan Sri Salimah pandang ke arah Syukor. Dia agak terkejut dengan sergahan Syukor. Tanpa apa-apa mukadimah, terus je sergah. Syukor melangkah ke arah Puan Sri Salimah.

“Kenapa mummy marah Adiela?” soal Syukor.

Puan Sri Salimah angkat kening, “siapa bagitahu Syukor ni?”

“Itu tak penting! Yang penting, kenapa mummy marah Adiela? Kenapa mummy? Apa salah dia?” soal Syukor.

Puan Sri Salimah bangun.

“Dia yang buat abang accident! Dia yang buat abang dalam keadaan koma! Dan dia hampir membunuh abang! Arief sedar tak?” soal Puan Sri Salimah bengang.

Syukor menggeleng-gelengkan kepalanya sambil beristighfar.

“Mengucap mummy, mengucap! Semua tu bukan dia yang pinta. Dan bukan dia yang buat. Semua tu kerana Allah, mummy! Hanya Allah yang berhak menghidupkan seseorang dan juga mematikan seseorang. Hanya Allah, mummy!” ujar Syukor.

“Kamu dah jauh berbeza dengan Arief yang mummy kenali dulu. Kenapa? Sebab perempuan tu kan? Mummy tahu, abang berubah sebab perempuan tu!” ujar Puan Sri Salimah.

“Salah ke kalau perubahan tu membawa ke arah kebaikan? Salah ke mummy? Selama Arief hidup dalam dunia ni, tak pernah sekali pun mummy or daddy bercakap mengenai Islam. Hantar Arief dekat sekolah yang tak ada subjek Agama Islam. Kenapa mummy?” soal Syukor.

Puan Sri Salimah terdiam.

“Selama ini Arief cuma tahu agama Arief agama Islam. Arief puasa bila Arief tengok mummy dan daddy puasa. Arief pandai mengucap dua kalimah syahadah sebab Arief pernah tolong Laura hafalkan waktu sekolah rendah. Tapi Arief tak pernah solat sebab Arief tak pernah nampak mummy ataupun daddy solat. Tapi bila Adiela hadir dalam hidup Arief, baru Arief tahu apa itu Islam dalam erti sebenarnya. Arief belajar cara solat. Arief belajar semua tentang Islam,” ujar Syukor.

“Diam Syukor diam!” jerit Puan Sri Salimah.

“Sedarlah mummy! Sedar! Hidup ni cuma pinjaman daripada Allah. Harta kekayaan semua ni bukan milik kita!”

PANG!

Dalam masa yang sama, Laura dan Ayyad masuk ke dalam bilik Puan Sri Salimah. Laura terkejut melihat Puan Sri Salimah menampar Syukor.

Mummy!” jerit Laura.

Puan Sri Salimah terkejut. Dia pandang Laura. Kemudian dia pandang Syukor. Dia sendiri tak tahu macammana dia boleh tertampar Syukor.

“Laura,” ujar Puan Sri Salimah.

`Laura mendapatkan Syukor. Syukor pandang Puan Sri Salimah. Pipinya yang perit akibat menerima tamparan Puan Sri Salimah tidak diendahkan.

“Terima kasih mummy sebab tampar abang! Terima kasih mummy sebab sedarkan abang! Terima kasih untuk segalanya,” dan Syukor melangkah keluar dari bilik Puan Sri Salimah.

Puan Sri Salimah terkedu. Laura pandang Puan Sri Salimah. Ayyad masih tercegat di hadapan pintu. Tidak menyangka akan melihat drama sebabak keluarga ini.

“Haritu tampar Kak Adiela! Harini tampar abang! Lepasni siapa lagi? Laura?” soal Laura.

“Laura, mummy tak sengaja,” ujar Puan Sri Salimah.

“Laura tak sangka mummy macamni,” ujar Laura.

Laura tarik tangan Ayyad agar meninggalkan bilik itu. Panggilan Puan Sri Salimah tidak diendahkan. Sungguh, dia tidak menyangka Puan Sri Salimah akan berkasar dengan Syukor.

Puan Sri Salimah terduduk di lantai. Dia tidak menduga semua ini akan terjadi.

* * *

“Nak pergi mana ni?” soal Ayyad.

“Port Dickson!” jawab Laura.

“Haa?” terkejut Ayyad dibuatnya.

Laura pandang Ayyad sekilas.

“Aku tahu abang mesti pergi rumah Adiela. Aku kenal sangat abang aku Ayyad,” ujar Laura.

Okay,” jawab Ayyad.

Dan Ayyad terus memandu ke Port Dickson seperti yang dipinta Laura. Dia tidak mahu membantah kata-kata Laura. Sebab dia cintakan Laura. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Laura.

No comments:

Post a Comment