Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, March 12, 2011

Mencari Cinta 30


Ayyad merenung bulan dan bintang-bintang di langit. Dia kecewa dengan jawapan Laura tadi. Dia sedih dengan kenyataan Laura. Dia marah sebab Laura masih cintakan lelaki itu. Tapi siapa dia untuk berasa begitu?


Begitu dalamkah cinta Laura kepada Izad? Begitu kacakkah Izad pada pandangan mata Laura? Begitu sempurnakah Izad berbading dengan dirinya?


Kenapa dia harus mencintai wanita yang mencintai lelaki lain? Kenapa dia harus rindu kepada wanita yang terlalu setia kepada cinta pertamanya? Kenapa dia harus sayang kepada wanita yang tidak pernah mengerti perasaannya?


Ayyad beristighfar. Wajahnya diraup berulang kali.


Dia cintakan Laura. Bukan sekadar cinta, tetapi sayang Laura. Tak pernah dia mencintai gadis lain selain Laura. Laura yang pertama di hatinya tetapi mungkinkah Laura yang terakhir?


Semua itu soalan yang tidak mampu dijawabnya. Dan semuanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa.


* * *

“Assalamualaikum,” sapa Syukor.


Adiela jawab salam Syukor.


Mummy dah restu hubungan kita,” ujar Syukor gembira.


“Alhamdulillah,” balas Adiela.


“Awak gembira tak?” soal Syukor.


“Mestilah gembira,” jawab Adiela.


“Esok, saya jemput awak,” ujar Syukor.


Adiela kerut dahi, “pergi mana?”


Mummy saya nak jumpa awak,” bagitahu Syukor.


Adiela terdiam.


“Awak jangan takutlah. Mummy saya nak jumpa dengan awak untuk bincang pasal majlis kahwin kita,” terang Syukor.


“Oh. Saya tak takutlah. Saya okay je,” balas Adiela.

Okay lah Adiela. Jumpa awak esok! Assalamualaikum,” Syukor matikan talian.


* * *


“Wah, sedapnya bau! Siapa nak datang ni, mummy?” soal Laura.


Puan Sri Salimah yang sedang membaca majalah memandang Laura sekilas.


“Tunang abang,” jawab Puan Sri Salimah.


Laura duduk sebelah Puan Sri Salimah. Keningnya diangkat.


“Kak Adiela nak datang? Yeah!” sorak Laura.


Puan Sri Salimah hanya tersenyum memandang Laura. Walaupun dia tak berapa sukakan Adiela, tetapi demi Syukor, dia sanggup bermenantukan Adiela. Dia tak nak Syukor merajuk lagi.

“Laura ajak kawan datang, boleh?” soal Laura.

Puan Sri Salimah pandang Laura. Keningnya diangkat.

“Tak ada, Laura sebenarnya dah janji dengan kawan nak keluar. Tapi sebab Kak Adiela nak datang plus makanan harini sedap-sedap, biarlah kawan Laura datang sini. Boleh tak mummy?” soal Laura.

“Siapa kawan Laura tu? Lelaki ke perempuan?” soal Puan Sri Salimah.

“Lelaki. Kawan satu U,” jawab Laura.

“Kawan je ke?” usik Puan Sri Salimah.

“Kawan je lah. Mummy jangan fikir lain ye,” Laura bagi amaran.

Puan Sri Salimah hanya tergelak.

“Boleh tak mummy?” soal Laura sekali lagi.

Of course you can, dear! Mummy pun nak kenal dengan bakal menantu mummy yang lagi seorang ni,” usik Puan Sri Salimah.

Mummy!” jerit Laura.

Puan Sri Salimah tergelak melihat muka masam Laura. Tiba-tiba bunyi salam dari pintu utama kedengaran.

“Abang dah sampai lah. Biar Laura bukakkan pintu!” Laura berlari ke arah pintu.

Pintu dibuka.

“Kak Adiela!” Laura hulurkan tangan.

Adiela sambut tangan Laura. Laura cium tangan Adiela.

“Masuklah kak. Mummy tengah tunggu kakak tu,” pelawa Laura.

Syukor berdehem. Laura dan Adiela pandang Syukor.

“Jemput Kak Adiela je? Abang?”

“Abang masuk sendirilah!”

Dan mereka tergelak.

“Apa cakap dekat depan pintu tu? Jemput Adiela masuk.”

“Tengok, mummy dah bising. Cepatlah masuk!” ujar Laura.

Adiela masuk ke dalam rumah bersama Laura dan Syukor. Adiela salam dengan Puan Sri Salimah.

“Assalamualaikum Puan Sri,” sapa Adiela.

Puan Sri Salimah jawab salam Adiela.

“Duduklah,” ujar Puan Sri Salimah.

Adiela angguk. Dia duduk bertentangan dengan Puan Sri Salimah. Laura sudahpun hilang entah ke mana. Syukor duduk di sebelah Adiela.

Daddy mana? Kata nak balik lunch,” ujar Syukor.

“Kejap lagi sampai lah tu. Ni Adiela, tunggu daddy dulu ye, baru makan. Tak apa kan?” soal Puan Sri Salimah.

“Saya tak kisah, Puan Sri,” ujar Adiela.

“Tak payahlah panggil Puan Sri. Panggil mummy je. Lagipun tak lama lagi, Adiela nak jadi menantu mummy,” ujar Puan Sri Salimah.

“Baik Puan.. Err, maksud saya. Baik mummy,” ujar Adiela.

“Syukor naik kejap tau. Nak tukar baju,” ujar Syukor.

Puan Sri Salimah dan Adiela angguk. Syukor pun berlalu meninggalkan mereka berdua. Sengaja Syukor berbuat demikian, memberi ruang kepada dua wanita itu untuk berbual.

“Adiela,” panggil Puan Sri Salimah.

“Ye mummy,” jawab Adiela.

Mummy minta maaf sebab tampar Adiela haritu. Mummy tahu mummy terlalu ikutkan perasaan,” ujar Puan Sri Salimah.

Adiela senyum, “Tak. Adiela tak kisah pun. Adiela faham perasaan mummy. Hati wanita mana yang tak sedih tengok anak sendiri terlantar di hospital. Adiela faham.”

“Jadi macammana majlis perkahwinan? Bila nak dilangsungkan?” soal Puan Sri Salimah.

“Seperti yang Puan Sri. Eh, mummy. Seperti yang mummy dengan ayah bincang haritu,” ujar Adiela.

“Minggu depan, mummy dengan daddy pergi rumah kamu. Bincang pasal tarikh perkahwinan,” ujar Puan Sri Salimah.

Adiela angguk. Dan kemudian loceng rumah berbunyi.

“Biar Laura buka!” jerit Laura yang entah mana datangnya berlari ke arah pintu.

“Kamu tengok tu Adiela. Macam budak kecik!” Puan Sri Salimah menggelegkan kepalanya.

Adiela senyum. Kemudian Laura masuk ke dalam rumah dengan Tan Sri Halim.

“Fikirkan kawan Laura, rupanya daddy!” rungut Laura.

Puan Sri Salimah dan Adiela tergelak melihat raut muka Laura. Kelakar. Tan Sri Halim angkat kening.

“Sedap bau! Jom makan. Daddy dah lapar ni,” ajak Tan Sri Halim.

Puan Sri Salimah angguk. “Laura pergi panggil abang dekat atas tu.”

“Ala, tunggu lah kawan Laura datang,” rengek Laura.

“Kawan Laura nak datang? Siapa?” Tan Sri Halim duduk di sebelah Puan Sri Salimah.

“Bakal menantu kita, bang,” jawab Puan Sri Salimah.

“Mana ada. Daddy jangan percaya cakap mummy ni. Suka buat gossip panas pasal Laura tau,” Laura turut duduk di sebelah Adiela.

Puan Sri Salimah, Tan Sri Halim dan Adiela gelak.

“Ayyad ke yang nak datang?” bisik Adiela.

Laura angguk. Adiela senyum.

“Betul lah cakap mummy tu. Bakal menantu mummy yang nak datang,” ujar Adiela.

Puan Sri Salimah dan Tan Sri Halim gelak lagi.

“Kak Adiela pun berkomplot dengan mummy. Tak nak kawan!” Laura buat muncung.

“Apa yang seronok sangat ni?” soal Syukor yang baru sahaja mendapatkan tempat di sebelah Laura.

“Tak ada apa-apa,” jawab Laura pantas.

“Eh, kenapa pula ni?” soal Syukor pelik.

“Tu bakal menantu mummy nak datang,” jawab Tan Sri Halim.

“Bakal menantu? Bila masa pula Laura bercinta ni?” soal Syukor lurus.

“Abang jangan percaya cakap diorang ni. Buat kontroversi je tu,” jawab Laura.

Tiba-tiba loceng berbunyi.

“Dah sampai pun buah hati pengarang jantung Laura tu,” usik Puan Sri Salimah.

Laura jelir lidah dan berlari ke arah pintu utama. Dia buka pintu.

“Kenapa lambat?” soal Laura.

“Lambat ke?” soalan dibalas soalan.
“Dahlah, masuk cepat. Semua orang tunggu kau,” ujar Laura.

Ayyad angguk. Dia buka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum,” sapa Ayyad.

Semua orang menjawab salam Ayyad. Ayyad kemudian salam dengan Puan Sri Salimah, Tan Sri Halim dan juga Syukor.

Handsome juga bakal menantu kita, bang. Mesti cucu kita comel nanti,” usik Puan Sri Salimah lagi.

Adiela dan Syukor gelak. Ayyad kerut dahi, tanda tak faham apa yang mereka cuba sampaikan. Dia pandang Laura.

“Dahlah, jom makan. Laura dah lapar ni,” ajak Laura.

Lalu semua orang bangun dan menuju ke arah ruang makan untuk menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap belaka.

* * *

“Dah cakap dengan Laura belum?” soal Adiela.

Ketika itu mereka baru sahaja lepas makan. Laura sudahpun naik ke atas. Manakala Syukor sedang menunaikan solat Zuhur. Puan Sri Salimah pula berada di luar, menghantar Tan Sri Halim ke keretanya. Tinggallah Adiela dan Ayyad di ruang tamu yang besar itu.

“Dia tak sukakan saya lah, kak. Buat malu je kalau saya cakap dengan dia,” ujar Ayyad perlahan.

“Mana Ayyad tahu?” soal Adiela.

“Dia cakap dia masih cintakan Izad,” ujar Ayyad lagi.

“Tapi dia tak cakap dia tak suka kan Ayyad kan?” ujar Adiela.

“Kalau dia masih cintakan Izad, maknanya saya bukan ada dalam hati dia. Saya tak nak persahabatan saya dengan dia putus disebabkan ni,” ujar Ayyad.

“Jadi memang Ayyad tak nak cakap langsung pasal hal ni dekat Laura?” soal Adiela lagi.

Ayyad angguk, “biarlah kitorang terus menjadi sahabat. Saya redha kalau memang antara saya dengan dia tak ada jodoh. Siapalah saya untuk dia.”

Belum sempat Adiela mahu menjawab, Laura muncul.

“Kak, Laura dah siapkan tempat akak solat,” ujar Laura.

Adiela senyum dekat Laura. “Okay! Dekat mana?”

“Dekat bilik sembahyang lah. Jom Laura tunjukkan,” ujar Laura.

Adiela bangun. Lalu mereka berdua melangkah naik ke atas, meninggalkan Ayyad di situ.

Ayyad mengeluh perlahan. Dia sayangkan Laura tapi dia tak nak Laura jauhkan diri dari dia kalau Laura tahu dia cintakan Laura. Dia tak nak. Jadi lebih baik dia pilih jalan ini. Mencintai tanpa dicintai.

No comments:

Post a Comment