Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, March 17, 2011

Mencari Cinta 31

Izad pegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Bangun sahaja dari tidurnya, kepalanya sakit sangat. Izad menjerit.


Datin Maznah yang dengar jeritan anak sulungnya itu bergegas mendapatkan Izad.


“Izad, kenapa ni?” soal Datin Maznah.


“Sakit ma! Sakit sangat!” jerit Izad.


Anak keduanya, Izza mendapatkan mereka.


“Izza, telefon papa!” arah Datin Maznah.


Izza menurut. Dia melangkah keluar dari bilik Izad.


“Iqram!” jerit Datin Maznah.


Iqram, anak ketiga Datin Maznah mendapatkan Datin Maznah.


“Jom papah Izad. Kita pergi hospital sekarang!” arah Datin Maznah.


Lalu mereka memapah Izad. Mereka letakkan Izad di seat belakang. Datin Maznah masuk kembali ke dalam rumah.


“Izza jaga adik-adik. Mama pergi hospital dulu!” ujar Datin Maznah.


Datin Maznah capai kunci kereta dan melangkah keluar. Dia hidupkan enjin kereta.


“Sabar Izad, kita pergi hospital sekarang,” ujar Datin Maznah.


Lalu dia mula memandu untuk pergi ke hospital.


* * *


Datin Maznah memandang sayu ke arah Izad yang sedang lena tidur akibat ubat penenang. Sungguh dia kasihan melihat Izad.


Entah kenapa nasib Izad kurang baik. Antara semua anaknya, Izad yang sering sakit. Waktu kecil-kecil, dia selalu demam. Antibodi Izad lemah sebab dia bersalinkan Izad pada usia yang muda.


Dan kali ini, dia terpaksa menerima hakikat bahawa Izad menghidap barah otak tahap kritikal. Kepala Izad yang dulunya penuh ditutup rambut kini sudah semakin membotak. Badan Izad yang dahulunya tegap sudah cengkung.


Datin Maznah menangis lagi untuk ke sekian kali. Iqram pegang bahu Datin Maznah.


“Ma, sabar. Ni semua dugaan dari Yang Maha Esa,” ujar Iqram.


Iqram turut kasihan melihat Izad. Terlalu banyak dugaan yang terpaksa dilalui abangnya itu. Terlalu banyak liku-liku hidup yang terpaksa dihadap abangnya.

* * *

Gelas yang dipegang Laura jatuh ke lantai. Ayyad pandang Laura.


“Laura, kau okay tak?” soal Ayyad.


Laura senyum tawar. Ayyad arahkan pelayan restoren itu membersihkan sisa-sisa kaca gelas itu. Kemudian Ayyad membayar harga makanan mereka dan juga gelas yang dipecahkan Laura itu.


Ayyad tarik tangan Laura agar keluar dari restoren itu. Ayyad memandu kereta ke arah taman yang menjadi tempat mereka lepak selalunya.


“Kau kenapa? Muka kau pucat sangat ni,” ujar Ayyad.


Laura geleng kepala. Dia duduk di atas rumput-rumput yang menghijau itu.


“Aku tak sedap hati,” kata Laura jujur.


“Tak sedap hati tentang apa?” soal Ayyad.


“Aku sendiri tak tahu Ayyad. Tapi aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang sedang berlaku tanpa aku sendiri tahu,” jawab Laura.


Tiba-tiba telefon bimbit Laura berbunyi. Dari nombor yang tidak dikenalinya. Laura pandang Ayyad. Kemudian dia jawab panggilan itu.

No comments:

Post a Comment