Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, March 20, 2011

Mencari Cinta 32

  Laura buka pintu wad. Dia melangkah ke arah katil wad itu. Air matanya laju mengalir membasahi pipinya. Sungguh, dia tak sangka Izad dilanda dugaan yang begitu hebat ini.

“Izad,” panggil Laura.

Tiada jawapan.

“Izad, jawablah panggilan aku! Tolonglah Izad,” ujar Laura lagi.

Izza mendapatkan Laura.

“Kak Laura, doktor dah bagi abang Izad ubat penenang. Abang tengah tidur,” ujar Izza.

“Kenapa Izza tak bagitahu akak tentang ni? Kenapa seorang pun tak bagitahu Laura pasal ni? Kenapa?” soal Laura.

“Abang tak kasi. Abang tak nak akak risau tentang abang,” ujar Izza.

Laura menangis teresak-esak. Ayyad yang memerhatikan Laura pegang dadanya. Sungguh hatinya sakit sangat melihat Laura begitu.

* * *

“Laura, baliklah dulu. Dah malam ni,” ajak Ayyad.

“Tak nak! Kau baliklah dulu. Aku nak temankan Izad,” ujar Laura.

“Tapi Laura, nanti mummy dengan daddy kau risau,” pujuk Ayyad.

“Kan aku kata tak nak! Aku nak temankan Izad,” ujar Laura tegas.

Ayyad tersentak. Sungguh dia terasa dengan sikap Laura.

“Laura baliklah dulu, biar mak cik yang jaga Izad,” Datin Maznah cuba kendurkan keadaan yang tegang.

“Laura tak nak. Laura nak jaga Izad, mak cik. Cukuplah selama ni Laura terpaksa berjauhan dengan Izad. Laura tak nak berpisah dengan Izad lagi,” ujar Laura.

Ayyad melangkah keluar dari wad itu. Dia tak nak dengar lagi apa yang Laura nak cakap sebab dia tahu apa yang Laura cakap itu bakal membuatkan hatinya lebih sakit.

* * *

Izad dah sedar. Dia buka mata, melihat ke sekeliling. Ini bukan biliknya. Ertinya, dia sekarang ada di hospital.

“Mama,” panggil Izad.

Izad pandang ke arah perempuan yang sedang duduk di kerusi sebelahnya. Dan jantungnya bedegup kencang. Perempuan yang sedang tidur beralaskan katilnya itu bukan mamanya!

Dan perempuan itu bangun Dia kesat matanya dan pandang ke arah Izad. Ketika itu juga, Izad rasa macam nak tidur kembali.

“Kau dah bangun? Nak makan?” soal Laura.

Izad diam. Laura bangun. Mencapai dulang yang berisi makanan yang diserahkan nurse tadi.

“Hari ni kau breakfast roti coklat!” ujar Laura.

Laura buka bungkusan roti tu. Dia hulurkan kepada Izad. Izad tak sambut.

“Kau nak aku suapkan ke?” soal Laura.

“Aku tak lapar,” ujar Izad.

Laura tak peduli. Dia tinggikan katil Izad agar Izad boleh duduk. Dibetulkan bantal itu agar Izad selesa.

“Nah, makan,” arah Laura.

“Kan aku kata aku tak lapar,” ujar Izad sekali lagi.

“Kau jangan nak tipu lah. Semalam sehari suntuk kau tidur, tak makan. Mesti kau lapar. Cepatlah makan,” ujar Laura.

“Aku tak nak lah!” ujar Izad.

“Makan!”

“Tak nak!”

“Makan!”

“Tak nak!”

Laura mengeluh. Roti itu diletakkan di atas meja. Meja itu kemudian didekatkan dengan Izad.

“Mungkin kau tak ada selera nak makan depan aku kan. Aku keluar dulu. Kau makanlah yer,” Laura bangun.

Izad rasa bersalah. Dia pandang Laura yang melangkah keluar dari biliknya. Sungguh bukan niat dia untuk memperlakukan Laura begitu tetapi, entahlah. Dia sendiri tak tahu.

* * *

“Mama balik kejap ye Izad. Nak salin baju, kejap lagi mama datang lagi,” ujar Datin Maznah.

Izad angguk. Dia salam dengan Datin Maznah.

“Laura jaga Izad kejap ye,” pesan Datin Maznah.

Laura turut bersalam dengan Datin Maznah. Dia angguk. Kemudian Datin Maznah keluar dari wad yang menempatkan Izad. Laura duduk di kerusi yang disediakan.

“Siapa bagitahu kau aku dekat wad?” soal Izad.

Laura pandang Izad.

“Adik kau. Kenapa kau tak nak bagitahu aku yang kau sakit? Kenapa kau nak sorokkan hal ni dari aku?” soal Laura.

Izad mengeluh.

“Sebab ni lah kau tinggalkan aku. Tapi kenapa Izad? Kenapa? Kau rasa aku akan tinggalkan kau kalau aku tahu benda ni? Kau tak percayakan aku? Kau rasa aku ni jahat sangat ke? Izad, aku cintakan kau,” Laura menangis teresak-esak.

“Sebab aku cintakan kau lah aku terpaksa rahsiakan perkara ni. Aku tak nak kau risau tentang aku. Aku tak nak kau menangis macamni disebabkan aku. Aku tak nak, Laura,” jawab Izad.

“Tolonglah Izad. Tolong jangan rahsiakan apa-apa dari aku. Aku cintakan kau dan sampai bila-bila pun aku akan cintakan kau,” ujar Laura.

“Maafkan aku,” mohon Izad.

Laura seka air matanya. Izad senyum pandang Laura. Laura turut tersenyum pandang Izad.

“Aku rindu kau sangat-sangat,” ujar Izad.

“Aku pun rindukan kau,” balas Laura.

* * *

Ayyad memandu laju tanpa arah. Sungguh hatinya sakit sangat. Niatnya tadi untuk berjumpa Laura dan mengajak Laura pulang terbantut. Dia masih ingat kata-kata Laura kepada Izad.

Tolonglah Izad. Tolong jangan rahsiakan apa-apa dari aku. Aku cintakan kau dan sampai bila-bila pun aku akan cintakan kau

Memang dia langsung tak pernah wujud dalam hati Laura. Dia tak pernah ada. Kenapa? Kenapa dia tak boleh menyaingi lelaki itu? Kenapa lelaki itu yang berada di hati Laura walaupun lelaki itu banyak melukakan perasaan Laura? Kenapa?

Ayyad memberhentikan keretanya di atas bukit. Dia keluar dari kereta. Dia melangkah ke hujung bukit itu. Kalau dia melangkah setapak lagi, dia akan jatuh ke bawah. Dan mustahil jika dia masih hidup kalau dia jatuh. Kerana tinggi bukit itu teramatlah tinggi.

“Laura! Aku cintakan kau!” jerit Ayyad kuat.

Air matanya yang mengalir diseka. Buat pertama kali air matanya jatuh disebabkan perempuan. Buat pertama kali dia merasakan lukanya disebabkan perempuan.

“Aku cintakan kau.”

Ayyad terduduk di situ. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri lagi. Dia terlalu terluka dengan perempuan yang bernama Laura itu.

No comments:

Post a Comment