Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, March 23, 2011

Mencari Cinta 33

Adiela peluk tubuhnya. Angin pada petang itu sunggu menenangkan dirinya. Sungguh, dia rasa bersyukur sangat sebab Puan Sri Salimah sudahpun menerima dirinya.

“Die,” tegur seseorang.

Adiela kenal suara itu. Dia mendongak pandang empunya suara itu. Bibirnya menguntum senyuman.

“Abang,” tegur Adiela juga.

“Lama tak jumpa Die. Die macammana? Sihat?” soal Epul.

Adiela angguk. “Die sihat je bang. Abang macammana?”

Adiela nampak badan Epul sudahpun berisi sedikit berbanding waktu dulu, ketika mereka berdua baru putus.

“Abang pun sihat je,” jawab Epul.

Adiela senyum. “Die dengar abang dah tunang kan?”

Epul angguk, “Alhamdulillah.”

“Jadi bila nak dilangsungkan pernikahan?” soal Adiela.

“Lepas Die kahwin, abang pula kahwin,” jawab Epul.

“Eh, boleh pulak macamtu?” Adiela angkat kening.

“Bolehlah. Sebab kan Die dulu yang bertunang,” jawab Epul.

Adiela gelak. Epul turut tergelak.

“Die bersyukur sangat abang dah bertunang,” ujar Adiela.

“Ye lah. Takkan abang nak mengharapkan Die lagi kan? Die dah ada hidup Die. Abang pun kena teruskan hidup abang,” ujar Epul.

“Alhamdulillah. Mesti tunang abang tu baik orangnya kan?” soal Adiela.


Epul angguk, “dia yang sedarkan abang dari terus mengharapkan Die. Dia yang buat abang lebih menghargai hidup. Insya-Allah jika diizinkan-Nya, abang akan terus mencintai dia sehingga akhir nyawa abang.”

Adiela senyum. Dia senang mendengar kata-kata Epul itu. Langsung tiada perasaan cemburu terselit di hatinya.

“Nanti, bolehlah Die berkenalan dengan tunang abang tu kan?” Adiela angkat kening.

“Mestilah boleh. Nanti kalau ada masa, abang bawa dia jumpa Die ye,” ujar Epul.

Adiela angguk.

“Die, abang balik dulu lah. Die tu jangan balik lewat sangat. Take care!” Epul meminta diri.

Adiela angguk. Epul berlalu tinggalkan dia di situ. Sungguh dia bahagia melihat Epul bahagia.

Telefon bimbit Adiela berbunyi. Dan nama Syukor terpapar di situ. Adiela segera menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum,” sapa Adiela.

Syukor jawab salam Adiela, “Dekat mana tu?”

“Pantai. Awak nak tahu tak?” 

“Tahu apa?”

Adiela melangkah untuk pulang ke rumah sambil berbual dengan Syukor.

“Tadi saya jumpa Epul,” bagitahu Adiela.

“Buat apa jumpa dia?” ada nada cemburu dalam ayat Syukor itu.

“Terserempak lah. Awak tahu tak? Dia dah bertunang. Dan dia nampak bahagia sangat,” cerita Adiela.

“Baguslah tu. Tak ada lah dia kacau tunang saya lagi lepasni,” ujar Syukor.

“Awak cemburu ke?” soal Adiela.

“Mana ada,” jawab Syukor.

Adiela gelak. “Ye lah tu.”

“Ye lah. Eh, esok kita pergi beli barang-barang untuk majlis pernikahan kita ye?”

“Esok? Awalnya.”

“Cik Adiela ku sayang, kita tinggal lagi dua bulan je tau nak kahwin. Awak sendiri yang dengar kan tarikh kita kahwin dari ayah awak dengan daddy mummy saya. Awak ni kan.”

“Iyalah. Pukul berapa?”

“Pukul 7 pagi.”

“Kedai pun belum buka lagi. Awak biar betul?”

“Gurau je lah. Pukul 9 pagi saya jemput awak. Esok saya telefon awak sebelum bertolak,” bagitahu Syukor.

“Baiklah,” balas Adiela.

Okay. Saya nak mandi dulu. Assalamualaikum.”

Lepas Adiela jawab salam Syukor, talian dimatikan. Dan Adiela pun masuk ke dalam rumahnya.

No comments:

Post a Comment